Friday 31 December 2010

Tahun 2010: SUKA atau DUKA

Tinggal beberapa jam saja lagi Tahun 2010 akan melabuhkan tirai. Seterusnya Tahun 2011 akan menjelma. Begitulah juga setiap tahun, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.

Masa berganti masa, umur semakin meningkat. Amalan dan bekalan belum mencukupi andai diri ini dijemput mengadap ILAHI.

Bagaimana dengan Tahun 2010 korang? Best ke tak best. Seronok ke tak seronok. Suka atau duka?

gembira dan sedih Yang mana satu korang…yang tersenyum lebar tu atau yang dok tengah menangis macam DeQdEq….

 

Tahun 2010 bagi DeQdEq bukanlah sesuatu yang menggembirakan buat DeQdEq. Seawal dari bulan Januari lagi, banyak hal yang menguji kesabaran DeQdEq. Banyak isu dan konflik melanda diri DeQdEq. Sehinggakan diri DeQdEq berkata, biarlah semua impian dan cita-cita aku berkubur sahaja. Asalkan diri orang lain senang dan bahagia dengan kesedihan diri DeQdEq.

DeQdEq tak punya kuasa untuk bersuara. Mereka lebih hebat dan kuat untuk berkata-kata dan menentukan nasib hidup DeQdEq. Disebabkan itulah DeQdEq seperti pasrah dengan segala apa yang menimpa diri dan nasib DeQdEq.

Tapi, alhamdulillah suatu semangat muncul bila 4 bulan bagaikan bulan kesedihan di hati DeQdEq, setelah 4 bulan tersebut, DeQdEq nekad untuk teruskan impian dan cita-cita DeQdEq. Biarlah susah macam mana sekalipun, biar perlu menyekat perut nih dari makan yang sedap-sedap, DeQdEq sanggup.

Jika sebelum ni, hidup sebagai anak perempuan tunggal dan bongsu, semua mengatakan hidup DeQdEq mewah dan senang. Memang DeQdEq akui…yelah, nak apa pun pasti dapat.

Tapi, disebabkan jalan yang DeQdEq pilih nih tak begitu disukai….jadi DeQdEq perlu berkorban segala-galanya…Biarlah kena hidup susah pun, DeQdEq sanggup. DeQdEq terima ni semua sebagai cabaran. Susah macam mana pun, tak akan ada orang yang sudi membantu lagi. Semua tu tak menggugat sedikit pun cita-cita DeQdEq. Biarlah susah dan senang lepas nih DeQdEq yang akan tanggung sendiri.

Perjalanan hari-hari di Tahun 2010 tak semudah yang disangka. Ujian dan dugaan terlalu banyak yang datang. DeQdEq masih gagal untuk mengatasi semua dugaan yang datang.

DeQdEq nak tersenyum gembira macam nih selalu…..bahagia jer rasanya kalau macam ni.

Dengan hadirnya Tahun Baru 2011 dan Maal Hijrah yang sebulan lebih awal berlalu….DeQdEq tekadkan hati dan kuatkan semangat untuk memukul semua ombak kesedihan dan kesuraman yang pernah hadir dalam hidup DeQdEq sebelum nih. Hanya senyuman kegembiraan yang akan melengkapi hari-hari DeQdEq selepas nih…amin…

Walau apa pun yang melanda….suka atau duka terletak pada diri kita sendiri…Jangan bersedih terlalu lama kerana ianya hanya akan merosakkan hari-hari bahagia kita. Pilihlah untuk hidup gembira.

Semoga hari-hari mendatang di Tahun 2011 memberi sinar baru pada kehidupan DeQdEq dan juga semua..insyaAllah.

Pusingan pertama mengemas blog dah selesai….macam mana? OK tak…

Kononla hari ni DeQdEq nak mengemas blog DeQdEq nih supaya lebih ramai yang datang menginap. Dah beberapa jam mengadap laptop nih. Jenuh juga dok pikiaq apa lagi nak buat kat blog nih.

Apa yang buat orang suka nak singgah blog DeQdEq nih. Masih tercari-cari apa yang boleh buat blog DeQdEq nih jadi menarik.

Rasa-rasanya macam tak banyak perubahan pun DeQdEq buat…hehehe…cumanya DeQdEq bertukar kepada template 2 column semula macam mula-mula DeQdEq muncul dulu di arena blog.

Apa rasa anda….masam, masin, manis, pahit….hehhehe..nak kena tambah garam ke gula ker atau serbuk perasa….mana yang korang lebih suka…sila lah buat pesanan.

 

 

Round 1 dah selesai…lepas nih mungkin ada nak touch up sikit-sikit lagi…hehehhe

Operasi Mengemas Blog Sempena Tahun Baru 2011

Macam mana nak mengemas blog ni? DeQdEq masih belum puas hati dengan penampilan dan imej blog DeQdEq nih….

Banyak lagi nak belajar…template dan design mana yang ringkas dan kemas, tapi menarik minat orang untuk terus setia di blog DeQdEq nih…

Memandangkan hari nih kita semua cuti, cuti sempena kemenangan harimau malaya membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010. DeQdEq nekad hari ni nak mengemas blog DeQdEq.

Nak blogwalking sambil mencari tips untuk memperbaiki mutu blog DeQdEq…

Andai ada cadangan dan komen untuk blog DeQdEq…sila kemukakan pada DeQdEq yer. Komen dari kawan-kawan sangat-sangat lah membantu DeQdEq.

Ada ke macam ni rupanya DeQdEq nak mengemas blog…hehehhe….jadi hari nih mungkin masa DeQdEq banyak dihabiskan untuk meneliti blog agar boleh tampil dengan wajah baru sempena Tahun Baru 2011.

Selamat Tahun Baru untuk semua.

Thursday 30 December 2010

Akhirnya…Penantian berakhir…DeQdEq dapat juga lagu Iman Dunia @ Dakwah Muharram nyanyian Aqasha feat Sofaz...terima kasih studiokini

Yezza…akhirnya dapat juga….dapat apa pulak nih..hehhehe…apa lagi lagu Iman Dunia yang hangat dalam drama Dakwah Muharram.

Sebelum nih DeQdEq pernah share dalam entry sebelum-sebelum nih pasal macam mana nak dapatkan lagu Iman Dunia. <entry 1> dan <entry 2>

Baru tadi DeQdEq dapat mesej di shoutbox, dari studiokini, yang studiokini dah upload lagu nih….bestnya…dapat juga DeQdEq lagu nih..

 

Atas permintaan ramai, lagu tema telemovie ini, Iman Dunia turut disertakan. Lagu nyanyian Sofazr, Aqasha dan Ami.


IMAN DUNIA

[DOWNLOAD]

Tika tabir sayup terdengar
Syahdu hati mengenangMu
Ketika bertahjud terbayangkanMu
Siapakah aku disisiMu

Keasyikkan dunia peneman dukaku
Penghinaan dosaku yang telah lalu

Puasku mencari namun ku tak bertemu
Puasku jalani namun Kau takku temui
Puasku jejaki likunya tak menentu

Bara cinta terhenti sepiku tak berperi

Biarpun tiada cinta asmara laguku ini
Biarpun dikau terpisah keasyikan dunia
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa

*

Hanya Dia penentunya
Hanya DIA pendamainya
Kau liputilah kalbuku
Keimanan ketaqwaan

(ulang *)
Puasku mencari namun ku tak bertemu
Puasku jalani namun Kau takku temui
Puasku jejaki likunya tak menentu
Bara cinta terhenti sepiku tak berperi

*

Hanya Dia penentunya
Hanya DIA pendamainya
Kau liputilah kalbuku
Keimanan ketaqwaan

(ulang *)
Biar tiada cinta asmara lagu ini
Biar dikau terpisah keasyikan dunia
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa

Lirik: Erma Fatima
Lagu: Madee

Maaf jika lirik tersilap dan kualiti audio kurang memuaskan. Link download lagu Iman Dunia ehsan Studiokini.

Apa lagi, siapa yang selama nih macam DeQdEq dok tercari-cari lagu Iman Dunia, <KLIK SINI>

TERIMA KASIH SANGAT KEPADA studiokini.

Wednesday 29 December 2010

Tahniah Malaysia!!! Juara Piala AFF Suzuki 2010 | sambil tu jom la layan kisah cinta penjaga gol Malaysia En Apex

Akhirnya, hilang sudah debaran di hati DeQdEq nih menunggu keptusan akhir Piala AFF Suzuki 2010. Nak tengok perlawanan Malaysia vs Indonesia kat TV, tapi tak cukup kuat semangat.

Jadi, caranya DeQdEq tengok channel lain, bila dengar ja sorakan riuh rendah kat area rumah nih, terus tukar ke TV 1..hehehhe….

Bila Malaysia gol..semangat la nak tengok…tapi bila Indonesia plak sumbat gol terus DeQdEq tukar chanel…hhehee…tak sanggup nak tengok kalau Malaysia kena dengan Indonesia..

Memang berdebar habis la….jantung DeQdEq dok dug dag dug dag ja….

Sambil menunggu keputusan akhir Piala AFF Suzuki 2010 nih, DeQdEq terjumpa blog awek kepada En Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia yang sungguh cemerlang.

Apa lagi, demi menghilangkan debaran..DeQdEq layan la blog jejariruncing nih, DeQdEq baca la perjalanan kisah cinta diorang….hilang skit debaran hati nih..heheheh

Disebabkan DeQdEq nih tak minat dengan sukan….jadi kisah cinta diorang nih lagi menarik bagi DeQdEq..ehheheh

Memang la perempuan kan..suka tol dengan citer-citer panas dan gosip…Baru nak minat penjaga gol Malaysia nih…sekali dah ada awek la…hehehhe..awek-awek kat luar sana jangan kecewa yer..

jejariruncing.blogspot.com

 

Semoga Fahmi terus maju dalam kerjaya sukan bola sepak nih….dan semoga juga FahmiElia pun akan disatukan yer….bless this couple…so sweet.

Beruntung Cik Elia kita…mst blog Elia nih trafik kencang sebabnya semua pun mula mencari siapa Khairul Fahmi.

Rasanya seluruh rakyat Malaysia memberi sepenuh sokongan kepada #harimaumalaya malam nih…

Uishh…kat kawasan rumah DeQdEq nih riuh rendah sebab semua pun tengok bola malam nih…DeQdEq tak berani nak tengok..huhuuh…

Rasanya macam kali nih seluruh rakyat Malaysia menyokong pasukan Malaysia…selalunya asyik kena kutuk jer…

Kalau tengok rasa berdebar jer…jadi DeQdEq nak tunggu jer keputusan…boleh…hehhehe? Siapa agaknya bakal merangkul piala AFF Suzuki 2010…

Jiwa DeQdEq tak sekental #harimaumalaya la…hheheheh…Malaysia Boleh..Malaysia pasti menang..

Tapi DeQdEq kut perkembangan dari Twitter…baca jer upsate2 kat twitter tu….GOAL Keeper Malaysia memang best la…terbaik..

 

Penjaga gol Malaysia : Khairul Fahmi atau Apex

Belum sempat nak siapkan entry nih Malaysia dah berjaya sumbatkan gol pertama oleh Safee..rasanya Safee nih penjaring terbanyak ye tak…

Penjaring gol Malaysia: Safee Sali

Ahad lepas dalam final peringkat pertama pun dia juga yang sumbangkan gol rasanya….

DeQdEq tak tengok, tapi cuma ikut ka blog jer…baca la kat blog kawan-kawan.

Malaysia Boleh…Malaysia pasti menang…..

GOAL Setting Mission for 2011

Hari ni dah 29 Disember 2010….tinggal 2 hari jer lagi dah nak melangkah ke tahun baru..Tahun 2011.

Dah tetapkan misi dan visi anda ke belum? Dah semak azam apa yang belum tercapai pada tahun 2010? DeQdEq tengah menggempurkan diri untuk semak balik goal yang DeQdEq nak target tahun nih…

Amacam? Korang semua macam mana? Apa impian korang? Apa yang korang nak capai pada tahun 2011 nih?

Gambar: Dari Pakcik Google

 

Macam DeQdEq….banyak sangat yang DeQdEq nak kejar dalam tahun 2011 ni…harap-harap dapat menggenggam semua impian tu seawal bulan Oktober 2011.

Kenapa Oktober? Sebab pada 1 Oktober 2011, DeQdEq akan melangkah ke usia baru iaitu 26 tahun.

Bila dah 26 tahun, no more playing….tak leh nak main-main lagi…kena terus fokus dan fokus dengan apa yang DeQdEq impikan.

Berapa besar impian anda? Teruskan bermimpi….ingat DREAMING is FREE…There is NO LIMIT in dreaming.

Tapi jangan hanya bermimpi tanpa ada plan dan langkah-langkah yang di ambil.

 

cat DREAM BIG, THINK BIG

Tuesday 28 December 2010

Segmen DeQdEq macam mana | Nak buat banner-banner tu bergerak

Ni juga la soalan yang muncul di kepala DeQdEq bila tengok kt blog lain, ada buat widget bergerak-gerak dalam kotak kat side bar..jadi DeQdEq ingin berkongsi ilmu dengan kawan-kawan yang bertanya DeQdEq.

Harap-harap DeQdEq dapat membantu Miela dan juga Bee.

Contoh macam yang DeQdEq buat dekat blog DeQdEq untuk iklan Churp Churp dan juga kotak Contest & Giveway. Menarik sebab dia bergerak-gerak.

Tapi apa yang lagi DeQdEq suka boleh jimatkan ruang kat sidebar….tul tak?

widget gerakOkey, kali nih DeQdEq akan kongsikan caranya juga….sebelum tu DeQdEq nak bagi credit pada Cheqppjoy, sebab inilah ckgu yang mengajar DeQdEq

Mula-mula:

1. Dashboard-> Design -> Add a Widget -> HTML/Javascript

2. lepas 2 paste coding kat bawah ni

_____________________________________________

*<marquee direction="up" onmouseover="this.stop()" width="200"scrollamount="4" onmouseout="this.start()" height="250"align="center">

# letakkan code banner dekat sini-


</marquee></center>

____________________________________________

Mark:

* marquee direction = "up" : arah pergerakan banner..nak ke bawah atau ke atas
* width = "200" : lebar kotak marque yang korang nak..
* scrollamount = "4" : kelajuan pergerakan..lagi besar nilai lagi laju..
* height = "250" : tinggi kotak marque yang korang nak..

 

# Contoh code banner

(code banner nih yang perlu letak antara coding kat atas tadi yang berwarna purple, kalau ada 5 banner, pastikan ada 5 code banner, cuma ubahkan “blog url” dan “ banner url”)

_______________________

<a
target="_blank" href="blog url"><img border="0" width="175" height="175" src="banner url" /></a>

_______________________

Penerangan:

blog url : paste blog url (contohnya, klu blog yang anjurkan contest, letakkan url blog penganjur contest tu)

contoh: http://diyanayaccob-deqdeq.blogspot.com/

banner url : paste banner url ( contohnya contest yang korang msk ada banner, copy url image banner tu dan tampalkan di “banner url”)

contoh:https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijiSqXPywVqrvVM0_TcQiz7y1megZ-p2iBM3Nox9U6a4CY7vq21xWmYoWD6pkICaprvrgmwP6MavT1xPyZQ0sX42xFLPI3pU8d99iSZ9pEQEvAo0uzJ-2lDtE3rSfvoxDYpmKR8GscQt7t/s1600-r/deqdeq+new 2Bheader3.png

lepas 2 boleh la SAVE..

Kalau ada yang tak faham, boleh la tanya yer..

 

Untuk dapatkan lebih banyak tutorial..silalah ke blog Cheqppjoy >>>> TEKAN SINI

Segmen BA: 500 BLOG MENCARI HARTA KARUN | Soalan Bonus 2

BEN ASHAARI

DeQdEq hanya mampu join soalan bonus jer untuk 500 blog mencari harta karun ni…sebabnya semalam tak dapat nak tenung lama2 laptop..sbb sakit mata….

Untuk soalan bonus 2, DeQdEq nak menjawab setakat pukul 10 malam, penyertaan 500 BMHK SOALAN 2 yang diterima oleh BEN ASHAARI adalah 71

Hentam sajala labu…heheheh…saja suka-suka…

Bertuah sungguh DeQdEq rasa hari ni…dari tiket wayang Nuffnang bagi, award dan sekarang dapat header baru dari Cik Lekit yang cute mute

Tak tau macam mana nak gambarkan lagi perasaan DeQdEq hari nih….gembira rasanya…walaupun sakit mata nih masih berbaki…belum lega sepenuhnya…tapi byk perkara yang buat DeQdEq rasa gembira sangat.

Nak tahu tak kenapa? Pertamanya, petang tadi DeQdEq dapat email dari Nuffnang, DeQdEq dijemput untuk menonton Tayangan Perdana – Season of The Witch. Nak tau macam mana DeQdEq leh dapat tiket nih….ringankan tangan PICIT SINI

Keduanya, DeQdEq dapat award dari Pupel Liyana…boleh TENGOK SINI

Ketiganya plak….DeQdEq dapat header baru dari kawan baik dan yang paling awal di duni blog nih iaitu Cik Lekit…kalau nak tau, header yang sekarang ni pun Cik Lekit yang buatkan dan hadiahkan pada DeQdEq…kalau tak caya boleh TENGOK SINI

Terharu sangat2 dengan keprihatinan Cik Lekit pada blog DeQdEq nih, Cik Lekit tau yang DeQdEq tak pandai lagi buat header….sebab tu la Cik Lekit hadiahkan header baru kat DeQdEq sbb DeQdEq merupakan Top 1 commentator kat Blog Melekit.

Jom la kita tengok header istimewa hadiah dari Cik Lekit…header nih cantik kan….cuma muka DeQdEq jer tak cantik.hehheeh…tak kisah la tu..orang nak tengok blog DeQdEq, bukan nak tengok DeQdEq.

 

Tak cukup dengan header ni, Cik Lekit siap puji-puji DeQdEq plak..hehehe…terkembang dah bontot nih sebab kena puji..hehhehe…tengok la apa yang Cik Lekit tulis..

cik lekit KLIK untuk besarkan imej

 

Memang sebenarnya, Blog Melekit nih selalu menjadi rujukan DeQdEq dari segi penulisan. Sebabnya cara penulisan Cik Lekit nih pada DeQdEq macam lain dari yang lain.

Kalau Akak Lekit DeQdEq nih cuba kupas kupis sesuatu topik tu, yang tak menarik pun boleh jadi menarik….percaya la cakap deQdEq…antara entry yang best dikupas kupis oleh Akak Lekit ialah  “TAJUK ENTRI ANDA GIMIK ATAU MENIPU?”

Blog melekit ni juga adalag blog wajib yang mesti DeQdEq singgah setiap hari sebabnya, ada jer topik best yang akan dikupas kupis…Selain dari tu, banyak benda yang DeQdEq banyak belajar dengan Akak Lekit nih…

Memang rasa bertuah sangat dpt jumpa Akak Lekit ku sorang ni…Lurve you kak lekit…muaahhs

Terima kasih sebab bagi header baru nih…DeQdEq suka…akak pun macam tau jer DeQdEq mmg memilih warna oren sebagai tema dan warna yang sesuai dengan DeQdEq….

BLOGLIST " SAYA BUDAK BARU BELAJAR"

DeQdEq telah ditag oleh Adik Miela….dah lama Miela tag DeQdEq…tapi baru hari nih DeQdEq siapkan…heheheh

Kali ni untuk masuk bloglist “Saya Budak Baru Belajar”.

Segmen kali ni adalah anjuran mynameika.

so cm ne nak join??


1) buat en3 BLOGLIST " SAYA BUDAK BARU BELAJAR"

2) copy banner tu kat en3.

3) state sekali u all baru ke lama @ tahun create blog la senang...

4) tag la kat sape2 u all nak... ok?bole kan?

5) cam biasa bagi link kat comment box yee..

 

Blog DeQdEq sebenarnya dah lama dibina tapi tak pernah ada entry langsung…sehinggalah pada Februari 2010 DeQdEq ada buat 2 entry…lepas tu bersawang lagi.

Tapi pada November 2010, DeQdEq mulakan langkah aktif sebagai blogger…mula join Nuffnang segala sebab dah berazam nak serius dalam menulis blog….jadi inilah blog yang terhasil

Kalau korang nak join, KLIK je pada banner kat atas tu yer…

Segmen Menakalkan Blog :Blog Review By My Nakal

Ada sorang budak nakal nak buat kecoh nih….hehehhe…budak nakal nak kecoh-kecohkan pasal blog anda….bdk nakal nak buat review pasal blog anda.

Kalau korang nak budak nakal review blog korang…PICIT SINI

KLIK pada imej untuk melompat terus ke blog Budak Nakal

 

Kat bawah ni, syarat-syarat yang budak nakal tetapkan…..

Syarat kepala otak aku.

1. Hangpa kena tahan mental

2. Aku akan review sekali dengan tuan blog..hahaa(acah jer)

3. Aku akn review secara jujur..kalau aku rasa boleh di puji aku puji,kalau boleh di kutuk aku kutuk(dah lama x kutuk orang ni..hohoho)

4. Buat kan entri pasai apa hangpa minat di
review oleh aku dalam loghat kedah(tu pun klu blh.klu x blh x pa)..Pas tu tinggalkan url entri hangpa kat komen


P/s : Letakkan header blog aku dan link sekali yer

 

Budak nakal, DeQdEq nak join tau…pastikan review blog DeQdEq buat best-best yer nanti….kalau buat dalam loghat Kedah lagi best sebab DeQdEq pun orang Kedah….hehhehe

Anugerah Pengikut Blog Pupel Liyana

Alhamdulillah…..hari ni rezeki DeQdEq dapat award lagi. Kali ni dari Pupel Liyana. Tapi untuk membolehkan terima award nih..DeQdEq perlu jawab beberapa soalan dulu.

Soalan-soalan dari Pupel Liyana:

1. Siapakah Anda? Nama Penuh, Nama Timbangan, Nama Fb, Nama Blogger..

   Nama penuh: Nurdiyana Yaccob

   Nama timangan: Diyana, Yana

   Nama FB: guna nama penuh juga

   Nama Blogger: DeQdEq

 

2. Ceritakan Sedikit Latar Belakang Anda

    DeQdEq asal dari Kedah. Lulusan dari UiTM dalam jurusan Teknologi dan Sains Makanan. Sekarang nih bekerja sebagai Financial Advisors dengan CWA.

 

3. Macam Mana Leh Kenal Blog Pupel Liyana Ni & Jadi Folower?

  DeQdEq dah tak ingat la macam mana leh tau blog Pupel Liyana nih…tapi rasanya waktu blogwalking la…DeQdEq tertarik dengan nama ‘Pupel’ tu….jadi bila dah singgah terus jer follow.

4. Kekurangan & Kelebihan Blog Ini :)

  Kelebihan blog Pupel: nampak sangat kemas dan teratur…itu juga salah satu faktor DeQdEq jadi follower blog Pupel Liyana nih…tak serabut..jadi senang je nak datang selalu.

  Kekurangan blog Pupel: Pada DeQdEq tak nampak kekurangan lagi pada blog ni..hehhe

Terima kasih Nuffnang…dapat 2 tiket lagi

Seronoknya…DeQdEq baru jer terima email dari Nuffnang….ingat lagi tak pasal contest Nuffnang Premiere Screening – Season of the Witch.

DeQdEq pun mencuba nasib dengan menulis entry pasal apa yang paling menakutkan tentang ‘witch’…nak baca? TENGOK SINI.

nuffnang Nuffnang.com.my

 

DeQdEq dijemput untuk menonton tayangan perdana Season of the Witch….Buat kali ke-2 DeQdEq dapat jemputan tengok wayang…

Sebelum ni dari Churp Churp @ Nuffnang, untuk menonton Narnia 3….

Hari Sabtu lepas…DeQdEq dapat peluang ke Konsert Gemuruh DT Search & Wings….dapat tiket dari Nuffnang juga…Nuffnang memang best….LOVE U Nuffnang….

Baru sebulan lebih DeQdEq join Nuffnang, dah 3 kali dapat peluang macam nih…rasa seronok sangat..memang berbaloi kita join Nuffnang…

Apa lagi, siapa yang belum lagi berdaftar dengan Nuffnang, cepat-cepat…KLIK SINI

Sahabat Blogger Mengikut Negeri

Korang dah tau belum pasal Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri di Blog Pilihan Malaysia 2010…kat sini kita boleh la bertemu dengan kawan-kawan blogger satu negeri…

 

Blog Pilihan Malaysia

Bagaimana nak join?

Senang saja, anda perlulah membuat entri yang mengandungi:

  1. Tajuk entri : "Saya Blogger Pahang" - sila gantikan nama negeri anda
  2. Link ke blog ini - wajib
  3. Nama anda - nama manja atau glamer
  4. Status anda - sudah kahwin ke belum, anak berapa ramai, isteri berapa orang, heheh..
  5. Cara hubungi - contohnya Facebook dan twitter, email boleh juga (mana tahu kalau ada orang nak panggil masuk tv atau suratkhabar). no telefon tidak digalakkan.
  6. Daerah/Jajahan - di mana anda tinggal
  7. Tempat tinggal - jangan bagi alamat seperti dalam mykad pula, cukup sekadar bagi nama kampung, taman, felda, atau estet mana.
  8. Apa yang menarik di tempat anda - contohnya ada gua ke, ada lombong emas ataupun ada puteri bunian. heheh..


(nota : tidak kisah sama ada blog anda guna bahasa melayu atau inggeris. kita 1Malaysia 1Blogger, huhu..)

 

Senang je kan, cuma buat satu entry, pastu post kan url entry anda mengikut negeri….apa lagi..jom la join Sahabat Blogger mengikut negeri…KLIK SINI

Azam setiap tahun nak turunkan berat badan…jom kita tengok langkah pertama

Setiap tahun ni la azam DeQdEq nak turunkan berat badan…sebabnya sejak mula kerja pada tahun Disember 2008, DeQdEq memang ada byk tekanan, jadi DeQdEq lebih suka mencari makanan untuk kurangkan stress..

Jadi, mana tak nya badan nih naik bukan main…..nak tengok DeQdEq dulu dan sekarang…korang tengok la sendiri

dulu dan kini Perbezaan yang sangat ketara kan….korang bayangkan lah dalam setahun DeQdEq naik berat sampai 12kg…..apa kes….tension je makan, tension je makan…jadi inilah hasilnya…debot, tembam dan segalanya…hhuhuhu…tapi sib baik setakat 12kg tu dah berhenti tak naik-naik lagi…kalau naik lagi…xtau la mcm mana dah rupa DeQdEq sekarang ni.

Jadi, utk tahun 2011 nih…DeQdEq nekad nak turunkan berat kepada berat ideal….tak mau kurus sangat, cuma nak dapatkan berat yang ideal sudah memadai

Bila dah dapat berat ideal, barulah nak pakai baju pengantin nampak cantik…heheheh

 

Jadi, bila Nestle ada kempen gaya hidup sihat nih, mcm kena la dengan azam DeQdEq untuk turunkan berat.

Jom kita tengok profile kesihatan kita kat SINI

Kena jawab beberapa soalan dulu.

image

 image

image

image

Ini hasil daripada jawab soalan tadi….DeQdEq is “The Investor”… DeQdEq hanya seinci lagi nak menuju kesempurnaan…hehehhee….kalau seinci lagi tak jauh lah….kena usaha betul-betul nih…

image

Nak tau tak macam mana profile kesihatan anda…..haaaa..jom la TENGOK SINI

ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)

Banyak lagi yang kita boleh tengok kat sini…menu diet yang sihat dan mudah dan macam-macam lagi. Pendek kata gaya kehidupan yang sihat..JOM…sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat….

 

 

 

 

1st Lucky Draw by Misz Nana

DeQdEq telah ditag oleh Cik Lekit dari blog Dunia Melekitku…..jadi tanpa melengahkan lagi masa lagi….DeQdEq perlu siapkan terus kalau tak mesti tertangguh terus…

Lucky Draw nih dianjurkan oleh Misz Nana….syarat nak masuk pun simple jer….jadi kalau korang berminat juga, cepat TENGOK SINI

 

Seperti biasa DeQdEq perlu tag kawan-kawan DeQdEq….DeQdEq nak tag mereka yang baru hadir dalam dunia blog DeQdEq iaitu 10 follower blog ^_^ penawar rindu, pengubat jiwa ^_^

Terima kasih sebab sudi datang ke blog DeQdEq dan memeriahkan blog DeQdEq…mereka yang bertuah adalah:

pearl jade

camca dan garfu

geGatal jari

annur

anak ayah

lady anis

Eddy

ahmad jo

encik ska

hawiz

Monday 27 December 2010

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU

DeQdEq teringin nak join GA eqbalzack nih…hadiah menarik tau…kalau korang nak join juga…TENGOK SINI

 

Anda hanya perlu ikut syarat-syarat di bawah:

1. Jadi Followers eqbalzack.com.

2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com.

4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.

5. Tinggalkan link anda pada entry ini.

 

Tarikh tutup:

1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan:

1.1.11 jam 11.11 pagi

 

 

Update…Lupa plak nak tag kawan…hehhehe…DeQdEq nak tag Miela

Sakit mata tak leh nak mengadap laptop lama-lama….Jom layan TIRAMISU @ TV3 slot Akasia

Bila dah sakit mata nih….nak mengadap laptop lama2 pun tak terdaya…ari nih…byk masa tido jer…huhuhuh…

Bila dah tak leh mengadap laptop…jom kita mengadap TV plak..hhehe..jap lagi nak layan citer baru yang ganti Seribu Kali Cinta…TIRAMISU…macam best ja tgk iklan dia…ye la pelakon pun mantap juga, Pierre Andre dan Sharifah Amani yang baru-baru ni menang Anugerah Skrin 2010 katehori Pelakon Wanita Terbaik Filem >>>> TENGOK SINI

Drama romantis komedi bersiri terbaru berjudul Tiramisu bakal ditayangkan pada 27 Disember 2010 (hari ni la) ini bagi menggantikan drama Seribu Kali Cinta melalui Slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama ini diterbitkan oleh Kabir Bhatia, Mira Mustafa dan Francis Foo.

Pelakon-pelakon yang membintangi drama Tiramisu ini ialah Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik). Pastinya ramai yang tidak sabar menanti untuk melihat lakonan adik Mia Sara yang pernah berlakon sebagai watak Amani dalam drama Adamaya sebelum ini.

 

Sinopsis Tiramisu

TIRAMISU mengisahkan Melur (Sharifah Amani) dan Dani (Pierre Andre) yang telah berkawan rapat semasa belajar di sekolah terpaksa berpisah apabila Dani memilih untuk menyambung belajar di luar negara.

Mereka berjanji bahawa sekiranya masih bujang pada usia 28 tahun, mereka akan berkahwin. Melur dan Dani berhubung menerusi emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing. Namun, takdir telah menemukan semula Melur dan Dani. Masih adakah perasaan cinta dalam hati mereka?

Credit to: Ezany Kun

 

Tengok pengarah dah boleh rasa citer nih mesti best…ye la pengarah yang sama dengan Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2010…drama Nur Kasih…

Sapa yang tak tau drama Nur Kasih kan…semua pun mesti layan citer Nur Kasih…sampaikan Jumaat jer mesti semua nak balik umah cepat2 dan tak keluar malam sebab nak tengok Nur Kasih

Yeehaaa….dapat 2 award sekaligus…macam konsert double trouble plak…

Dah banyak hari pun DeQdEq dapat awrd nih sebenarnya….tapi tak sempat nak update lagi….dapat 2 award sekali…..macam Konsert Double Trouble Search & Wings la plak…hehhehe

Award nih DeQdEq dapat dari Me Love Sugar…..award sebagai tanda penghargaan sebab dah jadi follower dan juga DeQdEq bertuah menjadi follower yang ke-100…terima kasih banyak….DeQdEq suka sangat.

 

Terima kasih banyak yer…sebab bagi DeQdEq award nih…..kalau nak tengok koleksi award DeQdEq….TEKAN SINI

Aset terpenting tengah sakit…mcm mana nak teruskan aktiviti blogging

 

Dari semalam mata DeQdEq dah mula terasa sakit….mata kanan ada naik benjolan kecil…walaupun kecil…sakitnya sampai satu badan lemah…mungkinkah ini ketumbit…

Korang penah tak sakit mata macam nih….bila waktu sujud tu, Ya Allah…sakitnya rasa….mcm urat mata semuanya tertarik, tegang semacam jer…itu lah yg DeQdEq tgh rasa sekarang ni.

Mata DeQdEq yang dah sememangnya sepet pun bertambah sepet lagi sbb sakit mata ni…

Jadi, bila dah sakit mata sangat nih…..nak mengadap laptop pun segan rasanya….macam mana nak blogwalking lagi…seksa rasanya

Maaf yer pada semua, DeQdEq tak larat sangat…bila dah sihat sepenuhnya….DeQdEq akan buat kunjungan balas…buat masa nih mana yang sempat DeQDeq singgah dulu…klu dah x larat, mata nih kena la rehat…

Ni sebab mengadap laptop 24 jam agaknya…huhuuh….bukan sebab mengendap sapa-sapa…heheh

JOM Muhasabah Diri sat | Allah baru tarik sikit jer nikmat mata dengan bagi ujian sakit…dah terasa sangat siksanya…bayangkanlah mereka yang buta mata, mereka tetap tabah dengan takdir Allah…

Sunday 26 December 2010

Segmen BA: 500 blog

Hari nih seharian tak sempat nak buka laptop lagi…nih baru dapat mengadap laptop….harap-harap belum terlambat lagi DeQdEq nak join segmen 500 blog nih…

Kalau korang nak join juga…>>>> KLIK SINI

DeQdEq sebenarnya baru sebulan aktif menulis blog nih…alhamdulillah setakat sebulan ni, DeQdEq mendapat pengunjung yang boleh dibanggakan walaupun tak la sekencang mana…

Tapi DeQdEq tetap bersyukur atas sokongan semua, yang sudi singgah ke blog DeQdEq nih…tanpa korang semua, blog ni pasti hambar..

Tujuan DeQdEq menulis blog ni adalah untuk meluaskan rangkaian kenalan DeQdEq, juga ingin berjaya dikenali di ruang blog. Dan akhir sekali DeQdEq nak menggabungkan dunia kerja dan dunia blog ni…semoga impian ini akan tercapai..amin.

Saturday 25 December 2010

Ingin tahu | Betul ke pink warna gay?

Petang-petang Sabtu macam ni, tak plak keluar jadi apa lagi DeQdEq mengadap la laptop dan mula menjelajah ke blog-blog lain untuk mencari apa yang best, kot kot leh dapat idea untuk tulis entry baru kan.

Sekali, DeQdEq ternampak kat dashboard satu tajuk entry dari Bila Umar Berblogger..tajuknya pasal anti plagiat @ plagiarism….rupa-rupanya entry tu pasal kuasa ju-on yang melanda dunia blog baru-baru ni. Rasanya dah ramai agaknya yang kenal dengan kuasa ju-on nih…DeQdEq pun ada sentuh skit pasal kisah ju-on nih….nak tau? >>>> TENGOK SINI

Belum sempat DeQdEq menyiapkan entry nih, kuasa ju-on telah membalas dan mengecam komen DeQdEq kat entry Bila Umar Berblogger tu…deQdEq dah agak sangat mcm nak kena je dgn ju-on sbb DeQdEq bercakap tanpa bukti. Sekali amik ko….ju-on dah kategorikan DeQdEq ni orang B_NG_NG…..tak sanggup nak tulis tau…huhuhu

Korang tgk la sendiri yer apa yg DeQdEq dah komen kat blog Umar tu…dan apa plak balasan kata-kata manis dari Ju-on

ju on

ju on 2

ju on 3

ju-on 4

 

DeQdEq tak berminat pun nak bertengkar atau nak bergaduh dalam dunia blog ni…cuma DeQdEq nak cuba sampaikan apa yang baik…maksudnya berkongsi ilmu…

Jom la kita tengok…apakah warna kegemaran Rasullullah SAW…DeQdEq hanya letakkan warna pink sbb tajuk pun berkisarkan warna pink. Kalau nak baca yang selebihnya >>>> TENGOK SINI

Semua yang kat bawah nih DeQdEq amik dari ehoza.com dan sesuaikan dengan penyampaian DeQdEq:

Tapi warna-warna yang ingin dibincangkan ni bukan semua warna-warna yg wujud di dunia ni... banyak bangat kalau mau dibincangkan tapi warna-warna kegemaran Rasulullah S.A.W "Idola setiap mujahid maupun mujahidah Islam..iyakan???" Di antaranya warna Pink (Merah + putih atau merah jambu), putih dan hijau...

Warna Pink:

Kalau dilihat dunia yang canggih manggih ni, warna pink mesti dilabelkan pada gurl atau perempuan-baju,kasut,ape lagi,henset..erm sampai moto pon tempah warna pink...sungguh teruja dengan warna ini..

Alhamdulillah depa pon mengikuti jejak Rasulullah Insyaallah..bila lelaki pakai warna pink ni ade je mulut-mulut yang nak menembak ..Jauhi Mengumpat..lembut la.La Tahzan yang penting niat ikhlas kerana Allah..warna pink banyak dikaitkan dengan kasih sayang.

Sehinggakan Rasulullah S.A.W sendiri memanggil isteri tersayang Aisyah Humaira " Si Merah Jambu atau Si Comel" bak kata ustaz Ismail Kamus...Kita sekarang ni kalau suami panggil "Si Comel" bukan isteri yang mai..kucing plak...huuuu

Dari Abu Juhaifah meriwayatkan maksudnya:

 "Saya melihat Rasulullah S.A.W mengenakan pakaian berwarna merah seakan-akan saya bisa melihat kilauan dari betis beliau. Suffian berkata, hemat yang dimaksudkan dengan pakaian berwarna merah itu adalah hibarah”

(Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim dan Ahmad) dari buku seribu seratus hadith terpilih karya dr muhammad faiz almath diterbitkan oleh penerbitan kintan sdn bhd sebagai rujukan.


Hibarah yang dimaksudkan ialah corak atau warna fesyen Bangsa Yaman pada ketika itu.

Hadith ini berlaku di luar Makkah, waktu tu Nabi dan para sahabat solat di sebuah khemah bewarna merah kemudian.. Bilal azan.. Rasulullah pun keluar dengan pakaian warna merah yang disebut oleh Abu Suffian sebagai hibarah Abu Suffian adalah seorang yang kaya.

Mungkin Abu Suffian sendiri ada pakaian yang berwarna seperti hibarah yang dimaksudkan tu. Tapi, isi hadith ini, topik pakaian Rasulullah bukanlah perbahasan utama..tetapi lebih banyak menyentuh perihal ibadah dan ketika itu cara Bilal melaungkan azan..

Nak baca lebih lanjut  >>>> SILA KLIK SINI

Selain tu, boleh juga TENGOK SINI

 

P/S: DeQdEq tak terima fakta Ju-On bulat-bulat mengatakan bila lelaki suka pink tu adalah gay….lagipun Ju-On bercakap berdasarkan pergaulan dengan kawan-kawan. Mungkin Ju-On masih belum banyak berkawan.

Tak apalah Ju-On..terima kasih atas perkongsian maklumat Ju-On tu. Mungkin boleh kita katakan itu bukan FAKTA, lebih kepada pendapat Ju-On sendiri.

 

Kenanganku melakukan seks pertama kali

Uish…tengok tajuk gila ke apa DeQdEq nih….nak buat pengakuan berani mati ker….bukan DeQdEq la…DeQdEq belum kawen lagi ok..kalau dah kawen pun gila ke apa nak buka citer suami isteri kat blog…

DeQdEq cuma nak bongkarkan keyword yang muncul kat Nuffnang analytics DeQdEq jer…

Nak terkejut juga DeQdEq bila tadi, saja-saja la nak tengok kan keyword apa yang orang cari…kalau nak main dengan SEO…DeQdEq memang masih blur la pasal SEO..nak kena banyak belajar lagi.

 

analyticsKLIK untuk besarkan imej

 

Dalam bulatan merah tu, korang cuba tengok, keyword yang muncul ialah ‘kenanganku melakukan sek pertama kali’.  Macam mana la boleh plak muncul ayat ni dari blog DeQdEq…cuma pelik juga, nak cari pengalaman seks ke sekolah..hehhehe…yelah ‘sek’ tu singkatan untuk sekolah.

Tapi rasanya mestila seks tak..takkan la sekolah plak….hhahhaha….macam-macam la kan orang yang mencari maklumat kat internet nih..hehhehe

30 Krew BPM Diperlukan

Macam menarik jer untuk jadi krew BPM nih…Sememangnya kalau nak berjaya kena rajin kan..Jadi, DeQdEq yang masih muda, dan belum punya komitmen keluarga, pastinya punya masa untuk menjadi krew BPM ni..ibarat macam jadi AJK persatuan waktu kat sekolah dan universiti dulu…hehhehe

Kalau korang pun berminat, silalah TENGOK SINI

 

Blog Pilihan Malaysia

KLIK pada gambar untuk menjadi KREW BPM

 

KENAPA DEQDEQ LAYAK UNTUK MENJADI KREW BPM:

1- Masih bujang dan belum punya komitmen keluarga, masa lebih banyak untuk diri sendiri termasuk menulis blog

2- DeQdEq berminat meluaskan jaringan dan kenalan melalui dunia blog

3- Sejak aktif menulis blog, masa DeQdEq banyak dihabiskan depan laptop untuk blogwalking dan update blog, skurang-kurangnya 2 entry sehari…paling banyak sampai lebam la DeQdEq menulis entry kat blog ni.

4- Komited untuk berjaya sebagai blogger dan dikenalik di dunia blog.

 

Semoga, pemohonan DeQdEq nih diterima la

Saya Blogger Kedah

Mula-mula bila DeQdEq nampak tajuk entry blogger kat dashboard tu ada macam-macam, tapi semua tulis Saya Blogger …… mengikut negeri masing-masing. Kalau Pahang, Saya Blogger Pahang, kalau Selangor plak, Saya Blogger Selangor…

Pelikla juga, jadi lompat la masuk ke blog-blog nih…rupanya BPM menganjurkan segmen untuk blogger mengikut negeri….menarik sangat konsep nih…sekurang-kurangnya boleh juga kenal blogger dari satu negeri kan…

Sapa-sapa kat sini Blogger Kedah macam DeQdEq jom kita ramaikan senarai blogger Kedah….biaq kita yang ada ahli paling ramai…yeah…kalau nak tengok syarat-syaratnya…apa lagi TEKAN SINI

kedah 3

Kalau blogger dari negeri lain pun DeQdEq jemput sama-sama kita meriahkan segmen nih…boleh juga kenal blogger dari negeri lain, pasni kalau nak jalan-jalan pusing Malaysia dah ada kawan kan…kan..hhehe

 

Okey, jom kenali diri DeQdEq serba sedikit yer…Nama penuh Nurdiyana binti Yaccob, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah. Status diri masih bujang….tengah menunggu bila plak nak bertukar status..hehehhe…Tapi boleh jer panggil dengan nama DeQdEq yer…sbb nak komersialkan nama nih….ada hati tu..hheheh

Kalau nak kenali DeQdEq lebih lagi dan nak berkawan dengan DeQdEq, korang boleh la menziarahi DeQdEq di laman sosial Facebook (KLIK) atau boleh juga jadi follower DeQdEq di Twitter, kita leh sembang-sembang lagi. (KLIK). Kalau nak email plak, boleh juga…just email kat biefyna@gmail.com.

DeQdEq memang lahir dan membesar di Sungai Petani, Kedah. Rumah mak ayah pun di Sungai Petani…baru je balik minggu lepas (TENGOK SINI). Kiranya daerah Kuala Muda yer…besebelahan dan berjiran dengan daerah Yan, kat mana DeQdEq sekolah dulu.

Kalau kampung, rumah tok plak kat Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda. Kalau nak ke Pantai Merdeka lalu la kampung DeQdEq nih…kiranya umah tok DeQdEq dengan Pantai Merdeka ni tak jauh pun.. perjalanan dalam 10 minit je.

Nak tau apa tempat menarik kat Kedah? Cuba korang hayati lirik lagu kat bawah ni dulu…

Cinta Pantai Merdeka

Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan
( korus )

Kuukir namamu
Di awan
Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...
( 1 )

Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka
( solo )
( ulang 1 & korus )

Okey, yang berwarna ungu tu….semuanya antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi jika sampai ke Daerah Kuala Muda/ Yan Kedah.

Kalau rasa nak panjat gunung dan dapatkan udara segar boleh la ke Gunung Jerai. Kalau rasa nak lepak pantai jom la ke Pantai Merdeka.

Dari Pantai Merdeka ni plak, boleh naik bot ke Tanjung Dawai. Kalau nak beli belacan ke, ikan bilis ke…kat Tanjung Dawai ni murah.

kedah combine Gambar: Google

Kalau nak pi kot jalan darat pun boleh juga, melalui Merbok…kalau lalu kot sini leh juga berhenti kat jeti Sungai Merbok…bila waktu malam lagi cantik dengan lampu-lampu…kat sini boleh makan ikan bakar, tapi waktu malam la….sedapnya…

Kalau kat gambar Pantai Merdeka tu, korang boleh nampak Gunung Jerai sekali….tu la yang lagu Cinta Pantai Merdeka gabungkan ketiga-tiga tempat bi agaknya dalam lagu ni….

Kalau taknak mandi pantai plak….ada pilihan lain, boleh ke Taman Tema Carnival….kalau nih memang tak jauh la dengan rumah DeQdEq…5 minit jer…enjoy juga sini..DeQdEq paling suka slide dia…giler buat kecut perut DeQdEq je….

the carnival

Okey, kalau nak jauh dan luar dari daerah Kuala Muda/Yan ni, ada lagi tempat menarik kat Kedah…yang paling popular tentulah Pulau Langkawi….yang ni kalau tak tau memang la korang nih…hehehhe….dkt Pulau Langkawi ni pun jer ada banyak sangat tempat best.

kedah edit 2

Selain tu DeQdEq nak promote juga Tasik Pedu….DeQdEq pun tak pernah sampai lagi kat Tasik Pedu nih..tapi penah tengok dalam citer ‘IDOLA’ kalau x silap lakonan Norman Hakim dan Normala Shamsudin, depa shooting kat Tasik Pedu ni la….cantik pemandangan dan kawasan dia…Jadi, impian DeQdEq nak berbulan madu kat sini…hehheh

Kalau yang suka nak membeli-belah, boleh la singgah Pekan Rabu kat Pekan Alor Setar…kat sini macam-macam ada…Pastu kalau tak larat nak pusing satu bandaraya Alor Setar, boleh je naik Menara Alor Setar dan lihat pemandangan seluruh bandaraya Alor Setar.

Ada banyak lagi sebenarnya kalau nak disenaraikan…nanti panjang sangat pula…DeQdEq kongsikan sebahagian dulu kat sini yer…