Wednesday 4 August 2021

Bagaimana nak buang sistem kepercayaan yang negatif (limiting beliefs)

Diyana masih ingat lagi pertama kali Diyana tengok video Susan Boyle, seorang wanita Scott yang dah berusia masuk ke uji bakat Britain's Got Talent.

Juri waktu tu Simon pun pandang sebelah mata je waktu tengok Susan Boyle.

Tapi bila saat Susan Boyle buka mulut dan mula menyanyi lagu I Dreamed a Dream. Semua terkejut. Ada yang ternganga mulut kot.

Sebab tak sangka wanita tua macam nenek, selebet je tengok pakaian dia, tapi boleh bernyanyi sangat baik sampaikan bulu roma kita yang dengar pun meremang.

Teringat kata-kata juri wanita, tak ingat dah nama dia. Katanya "This is a wake up call to all of us."

Kenapa dia kata begitu. Sebab pandangan pertama semua orang kepada Susan Boyle semuanya macam pandang rendah, pandang lekeh.

Pandangan orang macam kata, apalah perempuan tua ni nak dengan masuk uji bakat.

Tapi bila Susan Boyle mula menyanyi semua pun terkejut dan terus berubah pandangan terhadap beliau.

Sampaikan ada yang bagi standing ovation kepada beliau kerana terlampau kagum dengan kehebatan Susan Boyle menyanyi.

Kita semua dilahirkan hebat. Tapi keadaan ketika kita membesar banyak mengubah diri kita dan membentuk sistem kepercayaan yang menyekat kita dari untuk menjadi seorang yang hebat.

Diyana sendiri akui sejak bersama Sysfel, Diyana banyak sedar diri, Diyana banyak sabotaj diri Diyana selama ni.

Banyak sangat sistem kepercayaan yang salah.

Contohnya:

Aku tak hebat.

Aku tak layak untuk ada team.

Aku tak boleh jadi leader.

Pemikiran ni semua la yang menghalang Diyana dari mula membina team.

Sedangkan dalam Sysfel untuk kita berjaya, ada pendapatan 4 angka. Kena ada team. Baru cepat grow.

Diyana masih ingat waktu mula nak buat sale dulu pun Diyana blur. Tak nampak jalan.

Tapi lepas Diyana yakinkan diri Diyana. Aku nak dapat emas. Aku boleh dapat emas.

Lepas tu ada ja jalan, ada je idea yang datang untuk Diyana buat sales.

Jangan kita sabotaj diri kita sendiri.

Yakin pada diri sendiri.

Buang semua sistem kepercayaan yang negatif dan mula bina sistem kepercayaan yang positif dan membina.

Dapat sesuatu tak dari penulisan Diyana hari ni.

#nurdiyanayaccob
#bangkitbersamaSysfel
#sysfel
#sisfeltitanium 
#titaniumrichgroup 
#sysfelconsultant

Friday 23 July 2021

Bagaimana mencipta personal branding di Sosial Media terutamanya Facebook

Assalamualaikum, great morning semua.

Hari ni Diyana rasa nak berkongsi pengalaman Diyana sejak sertai Sysfel dari Januari 2021.

Pengalaman apa?

Pengalaman nak mencipta personal branding Diyana.

Tapi ini hanya perkongsian dari pengalaman Diyana sahaja.

Apa tu personal branding?

Personal branding ni adalah apa yang kita nak orang kenal tentang kita. Apa yang orang ingat pasal kita.

Brand kan jenama.

Jenama kan perlu untuk apa saja produk bila kita nak jual. Sebab, nak bagi orang ingat dan kenal.

Contoh macam sebelum sertai Sysfel, Diyana kan buat popia Vietnam untuk jual.

Mentor dari program AWE pernah ajarkan Diyana tentang jenama ni.

Diyana letak popia Vietnam ni kat pasar Siti Khadijah. Tapi bukan Diyana sorang je yang letak popia Vietnam.

Ada saja lagi penjual lain.

Jadi, macam mana nak bagi customer ingat popia Vietnam Diyana. Macam mana nak bagi customer tau tu popia Vietnam Diyana.

Mudahnya, perlu ada jenama. Tampal la sticker logo jenama Diyana.

Nanti customer nak repeat beli pun dia tau dah nak pilih popia Vietnam Diyana dengan hanya melihat logo jenama.

Ini kalau produk.

Tapi kalau kat Sosial Media terutamanya Facebook, macam mana kita nak jenamakan diri kita.

Kalau orang dengar nama Tuan Khairul Hakimin Muhammad orang kenal beliau dengan jolokan Bapa Content Malaysia.

Kalau melihat Kak Felinna Fattah iaitu founder Sysfel, orang akan ingat kisah penghijrahan dan jatuh bangun Kak Fel dalam bisnes.

Kalau kita tengok pula Dya Zainal , kita akan nampak beliau ni seorang top leader dalam Sysfel, ada group besar dan power yang dinamakan Titanium Rich Group.

Kalau orang tengok Nurdiyana?

Haaa...apa yang orang lain akan nampak bila masuk Facebook Diyana.

Soalan ni saja, ambil masa berbulan-bulan untuk Diyana tentukan jenama diri Diyana macam mana.

Malanya, Diyana hanya nak orang kenal Diyana sebagai surirumah bergaji.

Yelah, buat Sysfel ni, Diyana akan dapat slip gaji. Walau hanya seorang surirumah tetap boleh ada slip gaji sendiri.

Bila dah makin lama dalam Sysfel, Diyana mula kena fikirkan jenama yang lebih kukuh.

Caranya macam mana.

Diyana rujuk leader Diyana, Diyana rujuk top leader Diyana kak Dya tadi.

Diyana pernah tanya kdya, Diyana screen shot Facebook profail Diyana. Pastu Diyana tanya kdya. Kdya tengok Facebook Diyana ni macam mana.

Lepas tu kdya pun share dan ajar diyana apa yang patut Diyana buat.

Belajar dengan leader ni kira short cut tau. Leader tau apa yang patut kita buat sebab sebagai leader beliau dah lalui dahulu proses yang kita sedang lalui sekarang 

Selain tu, Diyana masuk kelas belajar pasal personal branding.

Diyana banyak follow orang berpengaruh di Facebook, sebab nak tengok cara dan penulisan mereka.

Eh, rasa macam dah panjang pula Diyana menulis pagi ni.

Dapat sesuatu tak dari perkongsian Diyana pagi ni.

#nurdiyanayaccob
#sysfel
#sisfeltitanium 
#titaniumrichgroup 
#sysfelconsultant

Wednesday 7 April 2021

Bagaimana merancang untuk jadikan Ramadan tahun ni yang terbaik

“By Failing to prepare, you are preparing to fail.” – Benjamin Franklin

Mesti pernah dengar kan quote ni.

Diyana kongsikan apa yang Diyana prepare untuk sambut Ramadan tahun ni.

Untuk Ramadan kali ni, Diyana harapkan menjadi Ramadan yang terbaik.

Untuk jadikan Ramadan kali ni yang terbaik, Diyana perlukan persediaan seperti buat jadual dan perancangan.

Demi mencapai matlamat, Diyana sediakan Ramadan Planner ni. Hanya tulis tangan je. Tak ada pun beli planner khas.


Dalam planner ni Diyana pecahkan kepada tiga pula iaitu:

1. Ibadah planner 

Ibadah planner ni tujuannya untuk tetapkan matlamat apa yang kita nak capai dalam Ibadah kita seperti solat fardu di awal waktu, solat sunat utama macam tahajud, terawih dan dhuha, zakat, sedekah, khatam Quran, nak selawat 100,000x.

Bila dah ada matlamat, barulah kita jelas apa nak buat dan macam mana nak capai matlamat kita tu.

Sebagai contoh nak selawat 100,000x.
Ramadan ada 30 hari.
Jadi sehari kita perlu selawat sebanyak 3,333x.

Mungkin kita boleh bahagian pula mengikut setiap waktu solat selawat sebanyak 666x.

2. Meal planner (menu masakan untuk sahur dan berbuka)

Untuk meal planner, kita mulakan dengan buat senarai menu apa kita nak masak. Lepas tu baru masukkan dalam jadual ikut mingguan.

Dari jadual ni mudahkan kita nak beli bahan basah untuk seminggu terus.

3. Business planner (capai target jualan, untuk ni mesti ramai dah tau macam mana nak buat)

Untuk capai target jualan ni pun sama je konsep dia. Tetapkan dulu matlamat berapa nak capai untuk sebulan.

Kemudian pecahkan pula untuk sehari.


.
Perancangan ni penting untuk memastikan masa digunakan dengan efektif. Tak adala terbuang je masa hanya sebab remeh macam dok fikir nak masak apa.

Bila dah siap menu apa nak masak, dah boleh siap-siap beli bahan basah untuk seminggu dan siapkan bahan dari awal. Masa memasak pun jadi lebih cepat tak perlu nak ambil masa lama.

Kan dah boleh jimat masa untuk buat benda lain.

Untuk jimatkan masa memasak ada juga beberapa tips dan tricks.

InsyaAllah Diyana kongsikan di entri berikutnya ya.
.
Nurdiyana Yaccob
- hamba Allah yang ingin menjadi lebih baik.

Sunday 28 March 2021

Saya Sysfel Consultant


Sejak Januari 2021, Diyana pilih untuk menjadi ejen Sysfel dan nak aktif menjual.

Sysfel ni ada pelbagai rangkaian produk.

Ada makanan tambahan macam Cberries Dan Kapsul Harmony.


Ada juga rangkaian penjagaan muka macam serum, toner, moisturizer dan double cleanser.

Ada juga rangkaian body mist.

Ada pes makanan.

InsyaAllah Sysfel akan terus menerus mengeluarkan pelbagai lagi rangkaian produk.

Nurdiyana Yaccob
Sysfel Consultant
011.56959185

#sysfel
#cberries
#extrastrengthextraglow
#SysfelKotaBharu
#SysfelKelantan
#sysfelconsultant
#sysfelconsultantkotabharu
#sysfelconsultantkelantan
#SysfelConsultantPengkalanChepa
#SysfelConsultantPCB
#CberriesSysfel
#CberriesKotaBharu
#CberriesKelantan

Thursday 25 March 2021

HYDROQUINONE bahan TERLARANG Dan membahayakan

NAK KULIT CANTIK ELAKKAN PRODUK YANG ADA HYDROQUINONE

Kalau sebut hydroquinone mesti ramai yang pernah dengar kan?

Biasanya la hydroquinone ni sinonim dengan pro duk kosmetik yang orang panggil pro duk timbang kilo ni.

Sebab produk timbang kilo suka gunakan hydroquinone dalam produk diorang sebab kononnya boleh bagi kesan yang cepat.

Pakai beberapa hari ja kulit boleh putih.
Pakai beberapa hari jeragat dah hilang.

Hydroquinone adalah PRODUK TERLARANG untuk digunakan dalam produk kosmetik.

Kalau nak kulit cerah semulajadi, kita ada pilihan yang lebih selamat. 

Jangan la mempertaruhkan kulit kita kepada bahan TERLARANG yang akhirnya boleh merosakkan terus ku lit muka kita.

Kalau nak kulit cerah gais, pilih pro duk yang ada CEREPRON.

Apa benda pula CEREPRON ni?


CEREPRON ni adalah ekstrak dari yis yang berfungsi menghalang tyrosinass(enzim) pengeluaran yang dikehendaki oleh melanocyte(sel matang) dalam membentuk melanin gelap sekaligus berfungsi sebagai ejen pemutih.

Jadi, nak kulit cerah dan selamat gunakan produk yang mengandungi Cerepron.

#sysfel
#cberries
#extrastrengthextraglow
#SysfelKotaBharu
#SysfelKelantan
#sysfelconsultant
#sysfelconsultantkotabharu
#sysfelconsultantkelantan
#CberriesSysfel
#CberriesKotaBharu
#CberriesKelantan

Wednesday 24 March 2021

Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering

Bagaimana kulit kering boleh terjadi?


Salah satu sebab kulit kering terhasil adalah disebabkan cuaca dan persekitaran. Seperti mana yang kita tahu, cuaca di negara kita panas dan hujan sepanjang tahun. Jadi, tidak hairan la jika kebanyakan daripada kita juga mengalami masalah sedemikian.

Untuk solusinya, anda perlu minum air yang secukupnya bagi mengekalkan hidrasi pada kulit anda. Dalam masa yang sama, anda juga perlu menjaga kulit dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit secara konsisten bagi merawat kembali kulit anda.😊


Nurdiyana Yaccob
Sysfel Consultant Kota Bharu 
011.5695.9185

#sysfel
#cberries
#extrastrengthextraglow
#SysfelKotaBharu
#SysfelKelantan
#sysfelconsultant
#sysfelconsultantkotabharu
#sysfelconsultantkelantan
#CberriesSysfel
#CberriesKotaBharu
#CberriesKelantan

Thursday 11 March 2021

Pengalaman kena induce

Hari ni dah 11 Mac 2021. Sekejap saja baby dah 5 hari melihat dunia.

Alhamdulillah, baby sihat cuma Masih ada kuning. Hari-hari kena pergi klinik untuk check kuning.

Bacaan agak tinggi, sipi sipi je la nak sampai paras kena tahad wad.

Moga cepat turun bacaan kuning baby Diyana ni. Letih juga nak ulang ke klinik ni. Dengan keadaan baru lepas bersalin ni.


Ok la, Diyana janji nak ceritakan pengalaman Diyana kena induce kan. In Diyana coretkan kembali apa yang termampu. Moga dapat bagi panduan kepada ibu lain di luar sana.

5 Mac 2021
Mengikut Hari ni, genap kandungan Diyana 38 minggu. Maka, hari ni la perlu induce atau masuk ubat supaya bersalin 

Doktor masukkan ubat pada pukul 7.30 pagi. Lepas dah masuk ubat kena baring selama 1 jam. Sebab nak elakkan ubat terkeluar balik.

Sekitar 12.30 tengah hari, Diyana mula rasa mild contraction. 

Pukul 2.30 petang masih rasa mild contraction, 10 minit sekali, masuk pukul 3.30 petang masih mild contraction cuma lebih kerap 5 minit sekali.

Doktor panggil check jalan pada pukul 2.30 petang, waktu tu baru buka 2cm.

Lepas tu tak ada dah rasa contraction. Dia macam hilang terus.

Sampai pukul 8 malam mula terasa balik contraction, dah lebih kuat kali ni sakitnya 

Dalam pukul 10.30 malam keluar lendir darah (show). Waktu ni dah rasa happy sebab harap sangat bersalin malam ni juga.

11.30 Malam dah mula rasa makin kuat contraction. Nak duduk pun tak boleh, jadi cuba berjalan dalam wad nak bagi kurang rasa sakit.

Pastu minta nak check jalan, bila check masih lagi 2 cm. Macam frust juga takut lambat lagi jalan nak buka.

Balik kat katil, cuba tahan sakit dengan waktu tu rasa mengantuk sangat tapi tak boleh nak tidur sebab sakit.

6 Mac 2021
Sampai la pukul 12.30 pagi, sakit teramat sangat, skala 7 ke 8 dah waktu tu. Nak panggil nurse pun tak larat minta orang katil depan tolong panggilkan nurse.

Nurse suruh masuk bilik rawatan untuk check bukaan. Waktu tu dah 6cm. Terus kena tolak masuk labour room. Waktu tu dah 12.45 pagi 

Sampai labour room tukar baju, nurse pasang mesin check jantung baby. Waktu tu cuba tahan lagi sakit. 

Tapi dah rasa tak tertahan, nurse pun tanya dah nak teran ke. Diyana pun kata nak.

Nurse pun buat persediaan untuk Diyana teran. Akhirnya, pada pukul 1.15 pagi Diyana selamat melahirkan baby boy berat 2.8kg.

Alhamdulillah, Diyana dapat juga bersalin hari yang sama masuk ubat. Tak perlu la masuk ubat untuk kali kedua atau ketiga 

Syukur Allah mudahkan proses bersalin kali ni walaupun perlu induce.

Ada kakak sebelah katil Diyana, sama-sama induce 5hb tu, tapi dia masih belum ada tanda. Perlu masuk ubat untuk kali kedua.

Semuanya atas rezeki masing-masing. Maka, kita perlu berdoa dan minta pada Allah agar dipermudahkan urusan kita, insyaAllah.


Friday 5 March 2021

Perjalanan Kena Induce untuk bersalin

Hari ni 5 Mac 2021 cukup 38 minggu Diyana mengandung anak keempat.

Sepanjang kandungan ni memang ada masalah kesihatan kencing manis dan HB rendah. Kencing manis ni detect lepas kali pertama minum air gula.

Bila dah ada kencing manis, memang kena pantai BSP la. Kebanyakkan bacaan mesti ada merah 1 atau 2 kali.

Kalau pengalaman yang lepas, waktu mengandung anak pertama ada juga kencing manis tapi hanya perlu control diet.

Tapi kali ni, sebab asyik ada bacaan merah je terutama yang waktu pagi, doktor suruh makan ubat Metformin pada waktu malam.

Bila dah kena makan ubat, doktor bagitau mesti kena bersalin pada 38 minggu. Tak boleh lebih.

Kalau yang diet control dulu, tak boleh lebih dari tarikh jangka, kiranya tak boleh lebih 40 minggu.


Maka, kelmarin dah kena masuk wad. Kalau belum ada tanda bersalin, memang perlu masuk ubat. Bahasa pasar ni, kira nak paksa bersalin la.

Bila dah masuk wad kelmarin, doktor check bukaan masih belum ada bukaan. Jadi, doktor bagitau kena masuk ubat.

Jadi pagi ni dah selamat la masuk ubat. Diyana ingatkan masuk ubat tu dengan cara drip. Rupanya doktor masukkan ubat kat bawah, kat tempat baby nak keluar.

Doktor kata, lepas dah masuk ubat ni akan mula rasa sakit.

Lepas masuk ubat kena terus baring selama 1 jam nak pastikan ubat tu tak terkeluar. Maka Diyana menulis ni sambil baring.

Moga semuanya dipermudahkan Ya Allah. Ini kali pertama Diyana merasa kena induce. Doa Diyana jalan buka dengan cepat, baby keluar dengan mudah.

Amin...


Nurdiyana Yaccob
5 Mac 2021