Showing posts with label Churp Churp. Show all posts
Showing posts with label Churp Churp. Show all posts

Thursday, 7 April 2011

Ternyata itu memang milik DeQdEq

 

Sebelum ni DeQdEq ada bagitau tentang email jemputan dari Nuffnang untuk filem Scre4m kan..tapi ada kekeliruan dari DeQdEq…nak tahu ceritanya, sila BACA SINI

Jadi, DeQdEq telah menghantar tiket pada pihak Nuffnang untuk pastikan kebenarannya…

Hasilnya…ini jawapan dari Pihak Nuffnang

 

tiket nuff

 

Kiranya memang betulla tiket tu memang untuk DeQdEq…sebab sama je sama ada join contest melalui churp churp atau pun Nuffnang…

 

Tapi, sekarang ni DeQdEq rasa macam tak dapat nak pegi la plak tengok wayang ni….macam mana yer…kalau DeQdEq nak bagi tiket ni sapa yang nak?

Nak buat small contest ke..hehheheh…atau nak bagi macam tu je….

 

Tuesday, 5 April 2011

Terima Kasih Nuffnang untuk ini…tapi betul ke?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah lama tak ada cerita pasal Nuffnang….kali ni DeQdEq nak ucapkan terima kasih pada Nuffnang sebab masih sudi memilih DeQdEq untuk menerima tiket wayang bagi cerita Scre4m …..

Tapi DeQdEq rasa macam tak betul je…sebabnya DeQdEq tak ada pun komen kat Nuffnang untuk Scre4m nih…Yang DeQdEq buat adalah tweet melalui Churp Churp untuk cerita Scre4m ni…itu pun baru pagi tadi DeQdEq tweet.

 

churp screen

 

Patutnya Churp Churp la yang jemput DeQdEq kan…Tapi kenapa pula Nuffnang yang jemput DeQdEq ni….

 

 

 

Betul ke ni Nuffnang….tapi DeQdEq dah pun confirmkan kehadiran DeQdEq walaupun DeQdEq tak pasti jemputan ini benar atau tidak…hehehehe..

 

Friday, 25 February 2011

Lagi tiket wayang dari Churp Churp

 

Sekarang ni di Nuffnang dan Churp Churp ada nak bagi tiket wayang untuk I Am Number Four…..

DeQdEq hanya join Churp Churp sahaja, dengan menghantar tweet yang dikehendaki….

Alhamdulillah, rezeki DeQdEq, terpilih lagi untuk mendapat tiket percuma…Sebelum ni DeQdEq pernah dapat juga jemputan dari Churp Churp, tengok Narnia 3….best sangat…dah la waktu tu baru seminggu mendaftar dengan Nuffnang dan Churp Churp, terus terpilih plak.

Terima kasih Churp Churp….  

image

 

Nuffnang pula macam makin menyepi sahaja di blog DeQdEq…BE pun tak dapat-dapat lagi….mungkin sebab DeQdEq dah jarang update blog agaknya…jadi Nuffnang pun tak sudi bagi BE lagi….huuhuhuhuh

Tuesday, 11 January 2011

Update Earning Churp Churp setakat 11-1-11

Kalau sebelum ni DeQdEq dah pernah share kan pasal earning pertama DeQdEq dari Churp Churp nih…boleh JENGUK SINI.

Mula-mula dapat tu tak de la banyak mana pun kan…mmg skit jer…jadi hari nih bila tengok earning Churp Churp dah bertambah-tambah lagi…alhamdulillah…

Kalau tengok pada bulatan kuning tu, DeQdEq sekarang nih tengah earning RM 13.20 la….syukur sangat mendapat juga tambahan duit…walaupun tak banyak…bila dah seratus nanti leh la cash out dan simpan dalam UNIT TRUST atau buat bayar takaful pun lepas juga….

Semua social sharing yang pernah singgah di Churp Churp DeQdEq ada 19 semuanya dan sekarang ni yang masih aktif ada 10 lagi…yang lain tu campaign completed, jadi dah tamat masa untuk kita promosikan iklan-iklan tu di Facebook atau Twitter.

 

churp Churp Churp

Tuesday, 28 December 2010

Terima kasih Nuffnang…dapat 2 tiket lagi

Seronoknya…DeQdEq baru jer terima email dari Nuffnang….ingat lagi tak pasal contest Nuffnang Premiere Screening – Season of the Witch.

DeQdEq pun mencuba nasib dengan menulis entry pasal apa yang paling menakutkan tentang ‘witch’…nak baca? TENGOK SINI.

nuffnang Nuffnang.com.my

 

DeQdEq dijemput untuk menonton tayangan perdana Season of the Witch….Buat kali ke-2 DeQdEq dapat jemputan tengok wayang…

Sebelum ni dari Churp Churp @ Nuffnang, untuk menonton Narnia 3….

Hari Sabtu lepas…DeQdEq dapat peluang ke Konsert Gemuruh DT Search & Wings….dapat tiket dari Nuffnang juga…Nuffnang memang best….LOVE U Nuffnang….

Baru sebulan lebih DeQdEq join Nuffnang, dah 3 kali dapat peluang macam nih…rasa seronok sangat..memang berbaloi kita join Nuffnang…

Apa lagi, siapa yang belum lagi berdaftar dengan Nuffnang, cepat-cepat…KLIK SINI

Azam setiap tahun nak turunkan berat badan…jom kita tengok langkah pertama

Setiap tahun ni la azam DeQdEq nak turunkan berat badan…sebabnya sejak mula kerja pada tahun Disember 2008, DeQdEq memang ada byk tekanan, jadi DeQdEq lebih suka mencari makanan untuk kurangkan stress..

Jadi, mana tak nya badan nih naik bukan main…..nak tengok DeQdEq dulu dan sekarang…korang tengok la sendiri

dulu dan kini Perbezaan yang sangat ketara kan….korang bayangkan lah dalam setahun DeQdEq naik berat sampai 12kg…..apa kes….tension je makan, tension je makan…jadi inilah hasilnya…debot, tembam dan segalanya…hhuhuhu…tapi sib baik setakat 12kg tu dah berhenti tak naik-naik lagi…kalau naik lagi…xtau la mcm mana dah rupa DeQdEq sekarang ni.

Jadi, utk tahun 2011 nih…DeQdEq nekad nak turunkan berat kepada berat ideal….tak mau kurus sangat, cuma nak dapatkan berat yang ideal sudah memadai

Bila dah dapat berat ideal, barulah nak pakai baju pengantin nampak cantik…heheheh

 

Jadi, bila Nestle ada kempen gaya hidup sihat nih, mcm kena la dengan azam DeQdEq untuk turunkan berat.

Jom kita tengok profile kesihatan kita kat SINI

Kena jawab beberapa soalan dulu.

image

 image

image

image

Ini hasil daripada jawab soalan tadi….DeQdEq is “The Investor”… DeQdEq hanya seinci lagi nak menuju kesempurnaan…hehehhee….kalau seinci lagi tak jauh lah….kena usaha betul-betul nih…

image

Nak tau tak macam mana profile kesihatan anda…..haaaa..jom la TENGOK SINI

ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)

Banyak lagi yang kita boleh tengok kat sini…menu diet yang sihat dan mudah dan macam-macam lagi. Pendek kata gaya kehidupan yang sihat..JOM…sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat….

 

 

 

 

Friday, 17 December 2010

Menjana pendapatan pasif dengan menulis blog….BE oh BE

Tajuk enry kali ni terasa mcm nak buat karangan dalam peperiksaan SPM kertas Bahasa Melayu je rasanya, mmg ayat skema je..hehehe…DeQdEq saja je,nak menggunakan Bahasa Melayu dengan sebaik mungkin…sedap bahasa melayu kita ni sebenarnya….sapa lagi kan nak memartabatkan bahasa kita, kalau bukan kita sendiri…tapi semestinya ada juga bahasa-bahasa pasar atau loghat yang pastinya DeQdEq akan tulis juga dalam blog nih sebabnya nak lebih mesra dan dekat dengan pengunjung blog DeQdEq….ye la, ibaratnya DeQdEq macam berbual dengan pengunjung blog DeQdEq ni la…jadi ayat-ayatnya mestila nampak lebih mesra pengguna…hehehe…

Apahal plak DeQdEq di petang-petang Jumaat nih…ntah la, mcm terpanggil plak nak cuba memartabatkan bahasa melayu di penulisan blog nih…walaupun rasanya kertas Bahasa Melayu waktu SPM dulu cuma dapat A2…hehhehe…nama ja Melayu, tp Bahasa Melayu pun tak leh score A1….

Panjang plak DeQdEq membebel ye petang nih…sebenarnya DeQdEq nak share pasal menjana pendapatan pasif melalui blog nih….DeQdEq baru sebulan aktif menulis blog nih, dan telah mendaftarkan blog DeQdEq ni dengan Nuffnang dan juga Churp Churp..sebabnya ramai yang citer diorang dpt duit dari sini..Jadi, DeQdEq pun nak juga kan tambah rezeki dalam suka-suka nak menulis blog dan menambah kenalan.

Cuba tengok gambar kat bawah nih…saper boleh tolong jawab dan terangkan pada DeQdEq….apakah ini yang dikatakan Buffered Earning (BE) seperti blogger-blogger lain selalu perkatakan…..tolong yer sapa yang dah mahir dan tau…DeQdEq sememangnya msh blur la pasal BE nih..hehhehe…

nuffnang 1 Nuffnang.com.my

Terkejut juga tadi bila buka akaun Nuffnang, selalunya DeQdEq akan tgk kat analytics tu je…walaupun trafik tak sekencang mana, mesti nak belek juga…macam dah jadi satu kemestian plak pada DeQdEq…hari-hari mesti check analytics tu…tapi td bila cursor lalu kt bahagian earning, ternampak la RM 0.75….Tak banyak pun..hehhe…tapi macam hairan juga la…mcm mana lak dah boleh dpt earning nih…sebab slalunya klu dapat earning bila dapat BE kan..

BE plak dapat bila dah lama maintain trafik blog kita…mcm Abg Ben penah tulis…6 bulan mcm tu..tapi DeQdEq baru je sebulan…jika benar la ini yang dikatakan BE, alhamdulillah….

Sebab,sebelum ni pun DeQdEq cuma citer yang DeQdEq dpt earning dari Churp Churp je, padahal orang lain duk sibuk dgn BE…kalau yang blum baca lagi, boleh la ringankan tangan >>>> TENGOK SINI.

Jadi, DeQdEq tak adalah sibuk pasal BE dah abang Ben ckp lebih krg 6 bulan kita atif dan maintain trafik, boleh la dpt BE…kalau saper yang nak baca pasal Abg Ben tulis tu tengok plak >>>> SINI

 

 

 

Thursday, 16 December 2010

Berita gembira dari Nuffnang…Konsert Gemuruh DT Sunway Lagoon, DeQdEq dapat 2 tiket….bestnya….

Rasanya semua Nuffnangers mesti tau pasal Konsert Gemuruh DT Search & Wings yang dibawakan khas oleh DIGI. Nuffnang merupakan rakan media online kepada Konsert Gemuruh DT anjuran RYE Production, jadi Nuffnang akan memberikan 30 tiket Konsert Gemuruh DT Pulau Pinang dan 50 tiket Konsert Gemuruh DT Sunway Lagoon kepada para blogger yang merupakan peminat musik rock tanahair.

Syarat untuk menang tiket ni senang jer, hanya perlu tinggalkan komen di post Nuffnang dan bgtau Konsert yang mana kita nak pegi juga dalam komen yang sama, kena bgtau lagu mana yang paling kita minati dari Search dan Wings dan kenapa Search dan Wings merupakan lagenda rock tanah air.

Jadi, DeQdEq pun hantar la komen pada post Nuffnang tu…Korang tengok la komen yang telah DeQdEq hantar kat bawah ni.

image KLIK pada imej untuk besarkan imej

Pemenang untuk tengok Konsert Gemuruh DT Pulau Pinang dah diumumkan….Hari ni pula Nuffnang telah menghantar email kepada pemenang tiket Konsert Gemuruh DT Sunway Lagoon…

Tadi bila check email lepas je balik dari bawa kucing DeQdEq jumpa doktor, DeQdEq telah mendapat email ni…

image Nuffnang.com.my

Tak tau nak bgtau perasaan nih mcm mana….gembira sangat sebab terpilih..memang tak sangka sangat sebab hanya 50 orang yang bertuah akan menerima tiket untuk ke Konsert Gemuruh DT Sunway Lagoon ni…ye la lebih kurang 100 komen juga yang dihantar….dan DeQdEq telah terpilih untuk menerima 2 tiket ke Konsert Gemuruh DT Sunway Lagoon…DeQdEq tak penah la lagi gi Konsert mcm nih…tapi rasa best sangat sebab percuma…FREEEEEEE…heheheh….

Terima kasih Nuffnang….memang Nuffnang sangat-sangat best…baru sebulan DeQdEq join Nuffnang dan Churp Churp, ni kira kali kedua dapat menang tiket selepas menang tiket Premier Screening of The Chronicles of Narnia: The Voyage od The Dawn Treader….kalau nak tau apa yang berlaku, boleh TENGOK SINI.

Wednesday, 15 December 2010

Orang lain sibuk dgn BE, DeQdEq plak sibuk dengan assignment dari Churp Churp

Kita selalu asyik baca dan tengok blogger-blogger yang dah lama citer pasal Buffered Earning (BE)….DeQdEq blm dapat apa2 pun pasal BE nih…lgpun mengikut Abang Ben, BE nih diberi kepada blogger yang dah aktif blogging dan berdaftar dgn Nuffnang selama 6 bulan dan ke atas.

image Nak baca detail lagi >>>> TEKAN SINI

Tapi, DeQdEq plak asyik duk citer pasal Churp Churp plak….hehhehe…nk buat mcm mana…BE xada, Churp Churp yang ada….jadi DeQdEq share la pasal Churp Churp kan,..Baru je siang tadi DeQdEq share pasal Churp Churp….DeQdEq baru dpt campaign assignment yang pertama….kalau yang tak baca lagi >>>> TEKAN SINI

Email pertama dapat dari Churp Churp dlm kul 10.24 a.m…..dan lagi pada pukul 5.42 p.m…DeQdEq dapat lagi email dari Churp Churp untuk campaign assignment yang kedua…tapi DeQdEq tak pasti Churp Churp tersilap ke apa…sebabnya, bila buka akaun Churp Churp, xderla appear campaign tu kat dashboard DeQdEq….tapi xper…DeQdEq dah antar tiket kat Churp Churp…jadi kita tunggu apa jawapan diorang dulu yer…

image

Seterusnya, apa DeQdEq nak citer lagi…pasal earning Churp Churp DeQdEq…kalau sebelum nih, DeQdEq terkejut sbb dah dpt earning dari Churp Churp kan…tapi sikit jer ok…korang TENGOK la sendiri….DeQdEq share pasal tu pada ari Isnin lepas (13 December 2010)…dan pada hari ini (15 December 2010), bila buka akaun Churp Churp, earning DeQdEq dah bertambah lagi…sekarang nilai earning dah menjadi RM 2.60…alhamdulillah, wlupun tak banyak tapi tetap rezeki kan…Terima kasih Churp Churp….luv you Churp Churp

image

Churp Churp 1st Campaign Assignment

Sebelum nih DeQdEq dah penah citer pasal earning yang DeQdEq dpt dari Churp Churp….mmg agak terkejut juga bila tengok dh dpt earning, wlupun skit…yelah sebab DeQdEq baru lagi join Churp Churp nih…..Nak tau >>>> BACA SINI

Hari ni plak DeQdEq ada dapat email dari Churp Churp utk Campaign Assignment – Air Asia New Zealand.

imageKLIK untuk besarkan imej

DeQdEq pun sebenarnya x faham sgt lagi dgn sistem Churp Churp nih…tapi kira belajar la faham-faham dan buat juga faham-faham…heheheh…apa yang DeQdEq faham kita hanya perlu sebarkan atau promosikan iklan2 yang Churp Churp telah assign pada kita di Twitter @ Facebook @ Blog @ Email @ Mesengger….mudah je kan…mcm Tag line Churp Churp kat bawah nih: Spread messages, and get rewarded.

image

Ada 3 bentuk assignment dari Churp Churp untuk kita promosikan iklan-iklan nih…iaitu Social Sharing, Social Seeding dan juga Scheduled Tweets.DeQdEq tunjukkan perbezaan antara ketiga-tiga tools nih yer…

image Social Sharing nih sgt mudah, tgk kdi Dashboard kita apa iklan yang perlu kita promosikan. Kemudian cuma klik pada ‘sharing this’. Pastu korang share la di Twitter, Facebook dll.

image Social Seeding nih DeQdEq blum ada pengalaman jadi x dpat nak terangkan pada korang sbb DeQdEq pun tak faham lagi.

image Scheduled Tweets ni plak, mcm yang DeQdEq dapat email kt atas tu…Kita perlu karangkan ayat utk kita tweet di Tweeter menggunakan perkataan-perkataan wajib yang telah ditetapkan oleh Churp Churp. Pastu kena submit pada Churp Churp utk diorang semak dulu….bila dah approved nanti kita boleh la tweet…lebih kurang mcm tu la yang DeQdEq faham….

 

Sebarang maklumat baru DeQdEq akan update lagi lepas nih….nak citer banyak pun DeQdEq tak faham sangat kesemuanya…

Monday, 13 December 2010

Eh…nih Churp Churp earning DeQdEq ke?

Rasanya kebanyakan blogger yang berdaftar dgn Nuffnang mesti ada akaun Churp Churp juga kan…Hakikat sebenarnya, DeQdEq nih tak paham-paham lagi pun mcm mana yang blogger2 dok citer dpt duit dr Nuffnang….DeQdEq cuma join je la…klu dpt duit lebih dr Nuffnang alhamdulillah…kira rezeki….walau pun DeQdEq tak faham pun..hehehe…

Tapi, nih DeQdEq nak citer pasal Churp Churp….dari Churp Churp nih pun leh buat duit….yg DeQdEq faham kita cuma promote jer iklan2 yang dah Churp Churp assign kat kita melalui twitter atau facebook….dari situ nanti dpt duit la…mcm mana? jgn tanya DeQdEq…DeQdEq pun blur lagi…apa yg DeQdEq leh share, DeQdEq penah dpt jemputan tgk citer Premier Screening Narnia 3 lepas seminggu je join Churp Churp nih…korang ringan-ringan la tangan tengok >>>>> SINI

image

Malam nih bila masuk je Churp Churp semua assignment DeQdEq dah completed…jadi kena tunggu je la assignment yang baru plak….cuma ada satu perkara yang menarik kat sini..heheheh….

Korang nampak tak bawah nama DeQdEq tu, dah ada RM 1.20 earned…..kiranya DeQdEq dah dpt duit sbyk RM 1.20 dari Churp Churp la kan…alhamdulillah…wlupun tak banyak heheheh, walaupun kena tunggu lagi RM 98.80 utk cash out…tp sekurang-kurangnya dah nampak hasilnya….Dari Nuffnang mmg DeQdEq masih tak nampak apa2 punperkembangan lagi…tp Churp Churp dah nampak…..

Apa lagi…lepas nih rajin2 la tweet dan facebook assignment yg Churp Churp bagi pada korang yer….

Terima kasih Churp Churp…