Monday 28 February 2011

DeQdEq benci manusia kejam…

 

Dah dua tiga hari ni DeQdEq memang makin sibuk…makin hari makin sibuk…tapi tetap DeQdEq tak boleh lupakan blog kesayangan DeQdEq ni..

Malam ni baru sempat nak blogwalking sikit…macam biasa blog yang menjadi kunjungan DeQdEq mestila blog Papa Meow ….

Blog http://kucing2terbiar.blogspot.com/ merupakan blog di mana Papa Meow yang berhati mulia berkongsikan cerita tentang kucing-kucing yang dijaga oleh Papa Meow…

 

Istigfar panjang DeQdEq bila baca entri Papa Meow semalam berkenaan Cik Putih….mengapa manusi boleg berlaku sekejam macam ni…sedangkan akal telah dikurniakan oleh Allah untuk digunakan sebaik-baiknya…

Nak tau apa manusia kejam tu buat….korang tengok la sendiri gambar ni…

 

 

 

Apa korang rasa bila tengok nasib makhluk comel ini diperlakukan macam ni…..

Nak tau apa yang berlaku….sila ke blog Papa Meow kat SINI

 

DeQdEq benci manusia yang kejam….hentikan kekejaman ini….

 

 

Join Bloglist Ujang9897

 

Wah…ujang telah membubarkan bloglist dia…jadi DeQdEq taknak melepaskan peluang untuk berada dalam bloglist Ujang

 

Apa yang DeQdEq boleh review serba sedikit tentang blog Ujang ni kan…entri ujang sememangnya terkenal dengan tajuk-tajuk yang gempak dan 18SX…heheeheh…sebab tu kot Ujang galmour…hehehhehe

Dari segi template memang ringkas, simple dan sangat kemas..tak serabut mata memandang dan membuatkan DeQdEq senang sekali untuk selalu singgah ke blog Ujang ni…

                  

Dah la tu…tak pandai DeQdEq nak review lagi….

Siapa yang nak join..jom, jom….KLIK SINI

Saturday 26 February 2011

DeQdEq suka sangat entri ini..,jadikanlah contoh untuk anda

 

Assalamualakum semua…selamat berhujung minggu…apa aktiviti korang?

DeQdEq macam biasa…ada saja benda nak buat sekarang ni sampaikan update blog pun dah tak semeriah dulu lagi….tapi DeQdEq tetap akan pastikan 1 hari, 1 entri….

 

Okey la, DeQdEq telah mendapat lagi 1 penyertaan untuk Contest 5-5-5 DeQdEq….kiranya peserta ini merupakan peserta ke-6….

Apa yang DeQdEq nak kongsikan pada semua, DeQdEq rasa kagum dengan peserta kali ini…bukan apa, bila DeQdEq baca entri dia, DeQdEq dah boleh tau bahawa beliau memang mempunyai ilmu dalam bidang pengurusan kewangan ni.

 

Mungkin sudah menjadi kebiasaan dan naluri seorang ibu yang sangat mengambil berat tentang insan tersayang mendorong diri beliau mencari ilmu demi menguruskan kewangan sendiri dan keluarga.

Macam inilah yang kita perlukan sebenarnya, tak kira siapa diri kita, kita perlu melengkapkan diri kita dengan ilmu pengurusan kewangan. Mungkin ada setengah orang ini tak penting dan tak perlu…tapi bila sesuatu menimpa kita, waktu tu la baru kita akan tersedar…

 

Kalau nak tau apa terjadi pada peserta kita ni, JOM kita TERJAH blog beliau…beliau ada menceritakan pengalaman hidup beliau…

 

image KLIK pada gambar….

 

p/s:

Kepada yang masih mencari idea untuk menulis entri anda, anda juga boleh jadikan entri peserta kita ini atau peserta lain sebagai contoh. Tapi jangan pula ditiru sebijik-sebijik…

Isi sama tak jadi masalah, tapi cara anda mengolah dan sampaikan kepada pembaca perlulah mengikut kreativiti anda

 

 

 

Friday 25 February 2011

Nuffnang seks

 

Nuffnang seks? apa hal plak Nuffnang dan seks ni? Mesti korang pelik tengok tajuk entri DeQdEq kali ni.

DeQdEq pun pelik juga…kenapa pula boleh keluar keyword Nuffnang seks kat analytics blog DeQdEq…macam-macam kan keyword yang keluar…kadang-kadang macam tak ada kaitan pun ye juga….

 

nuff seks

Tapi keyword pasal kucing comel memang tak pernah lekang dari blog DeQdEq ni….boleh dikatakan setiap hari keyword kucing comel akan melekat kat blog DeQdEq.

Kucing memang comel kan….DeQdEq suka….kepada yang suka kucing tu, jangan lupa singgah blog Papa Meow….

Papa Meow jugalah yang baik hati dan sudi menjaga Lucky, kucing yang lemas dalam tasik…..sekarang Lucky dah gemuk…..tak sabar nak jumpa Lucky…

DeQdEq bercadang nak ziarah Lucky dan anak-anak bulu yang lain kat rumah Papa Meow….JOM, siapa nak join?

 

 

Lagi tiket wayang dari Churp Churp

 

Sekarang ni di Nuffnang dan Churp Churp ada nak bagi tiket wayang untuk I Am Number Four…..

DeQdEq hanya join Churp Churp sahaja, dengan menghantar tweet yang dikehendaki….

Alhamdulillah, rezeki DeQdEq, terpilih lagi untuk mendapat tiket percuma…Sebelum ni DeQdEq pernah dapat juga jemputan dari Churp Churp, tengok Narnia 3….best sangat…dah la waktu tu baru seminggu mendaftar dengan Nuffnang dan Churp Churp, terus terpilih plak.

Terima kasih Churp Churp….  

image

 

Nuffnang pula macam makin menyepi sahaja di blog DeQdEq…BE pun tak dapat-dapat lagi….mungkin sebab DeQdEq dah jarang update blog agaknya…jadi Nuffnang pun tak sudi bagi BE lagi….huuhuhuhuh

Thursday 24 February 2011

Kenapa jadi macam ni? Susah la kalau terus macam ni…

 

Siapa yang boleh tolong DeQdEq di saat ini…DeQdEq pelik la..kenapa kat dashboard blogger DeQdEq tu tak keluar puan entri-entri terbaru dari blog yang DeQdEq follow….

Dia kata DeQdEq tak follow blog….mana mungkin…DeQdEq dah follow banyak blog…sebelum ni ok je….tapi dah seminggu juga masalah ni melanda…

Rasa susah nak blogwalking dan nak tau apa isu menarik hari ini…kalau dulu scroll down je entri terbaru kat dashboard tu…dah boleh ke mana-mana blog yang menarik.

 

Lagi satu masalah yang terjadi sekarang ni ialah, bila orang komen kat blog DeQdEq, tak ada pun email notification masuk…tapi nasib baik keluar dekat dashboard….kalau tak, DeQdEq tak tau la sapa yang komen kat blog DeQdEq ni…

Kemudian, bila DeQdEq komen kat blog lain plak, walaupun dah subscribe untuk balasan komen tu…sama juga….tak ada pun masuk email notification…

Jadi, DeQDEq tak dapat tau kalau owner blog tu balas komen DeQdEq atau tidak….adehhhh….kenapa macam ni…

 

Kalau dulu, berderet-deret email masuk sebab DeQdEq selalu komen kat blog lain….tapi sejak masalah ni melanda, email dah kurang masuk….macam mana nak balas komen diorang…huhuhuhuhu..sedih ni…….

 

 

Seronoknya tengok mereka semua menjadi pengarah dan pelakon…

 

Seharian tak sempat nak on laptop….dah sampai rumah pukul 8 malam baru la dapat on laptop…bila on je laptop ni, apa lagi terus buka blog…tengok blog kawan-kawan….

Sekarang ni, DeQdEq pelik sikit kenapa di dashboard blogger DeQdEq ni, tak keluar pun entri-entri blog yang DeQdEq follow…dah banyak hari masalah ni berlaku. Jadi, rasa susah je nak blogwalking…

Kalau tak tengok je kat dashboard tu apa entri terbaru dari semua blog yang DeQdEq follow…kalau tauk best je, measti DeQdEq klik….

Tapi, bila dah macam ni….susah la sikit….

 

Adik DeQdEq yang sorang ni, iaitu Cik Sunah, blog dia la yang akan DeQdEq terjah dulu..sebab link ke blog dia ada di atas blog DeQdEq…jadi bila buka blog je…nampak entri Sunah, terus je klik….

Bila dah baca entri sunah hari ni….rupanya semua duk sibuk jadi pengarah, penulis skrip dan juga pelakon sempena Segmen Abang Ben

Segmen yang bertajuk SEGMEN : Tuan Direktor ! Pilih kasih eh !!….minat tak? kalau minat, tunggu apa lagi…JOIN la sekarang…

 

Antara karya yang DeQdEq dah baca ialah hasil tulisan:

1) Sunah

2) Ujang9897

3) d_hatie

4) Faizal Fredley

 

Apa tunggu lagi….cepat gi terjah blog diorang ni dan baca hasil tulisan mereka….sangat best okey…

 

 

Segmen BPM: 1 jam 1 blogger

 

Dah lama DeQdEq tak update pasal Blog Pilihan Malaysia…sedangkan DeQdEq ni adalah krew….jadi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai krew BPM, DeQdEq nak update segmen terbaru di BPM…

Ada banyak segmen tengah berlangsung di BPM sebenarnya…tapi DeQdEq nak war-warkan segmen BPM: 1 jam 1 blogger ni sebabnya agak unik dan menarik…rugi kalau tak join

 

Apa yang korang perlu buat adalah copy dan paste dalam email. jawab semua soalan tersebut dan korang perlu emailkan jawapan yang sudah dibuat kepada email bentong_fc@yahoo.com. pastikan juga tajuk email korang seperti ini : "Segmen BPM : 1 Jam 1 Blogger"..

 

  1. Nama panggilan anda dalam blog?
  2. Nama blog dan url?
  3. Sejak bila anda buat blog ini?
  4. Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?
  5. Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?
  6. Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?
  7. Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?
  8. Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?
  9. Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?
  10. Kata-kata semangat untuk blogger lain?
  11. Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

 

Untuk melihat butiran mengenai segmen BPM: 1 jam 1 blogger ni….sila ke BLOG INI

 

Jom kita join ramai-ramai okey…

 

 

Awal pagi ini…mulakan dengan Green Apple

 

Assalamualaikum….

Selamat pagi Malaysia….jangan lupa mulakan hari dengan senyuman….kalau tak orang lain kat rumah…senyum kat diri sendiri…tengok cermin dan senyum kat diri sendiri…pasti anda terasa lain….aura positif….barulah semua yang dilakukan pun seronok dan mudah je

 

Pagi ni….DeQdEq mulakan hari dengan green apple hower gel dari Body Shop….emm….harum sangat….terasa segar sentiasa…heheheheh…

P1011143

Sebenarnya, semalam ada jumpa client di UNITEN, sekali ada event kat sana dan Body Shop ada buka kaunter bergerak gitu….apa lagi masuk la….

Bila dah masuk, jalan-jalan tengok barang….berkenan dengan shower gel ni….DeQdEq pun beli la sebab dapat murah….selalunya satu dijual pada harga RM 19.90…

Tapi semalam dapat 2 pada harga RM 25…jadi ok la tu….hehhehee….DeQdEq ambik la dua….Green Apple dan Dewberry….

P1011147

 

Sekarang ni, DeQdEq dah berbau apple je…heheheheh…yelah shower gel dah green apple, perfume plak apple blossom…..

Sekarang, dah boleh pergi kerja…..JOM SEMUA…..

Jangan lupa senyum dulu…..

 

Tuesday 22 February 2011

Saya mahu iPad dari blog MySuperKids

 

Hari ini,hari Rabu bersamaan dengan 6 April 2011, melihat jam di tangan, baru menunjukkan pukul 10 pagi. Ada masa lagi 1 jam untuk berjumpa client. Memang hari ni aku ada janji dengan En Abdul Hamed untuk berjumpa di sini.

InsyaAllah rezeki dari Allah, aku akan dapat cek bernilai RM 200,000 hari ini. Client berminat dengan cadangan aku, jadi beliau akan melaburkan sebahagian wang simpanannya di CWA.

 

Sambil sedang menghirup Double Chocolaty Chip Frappuccino® di Starbucks Seksyen 9, Shah Alam, tiba-tiba terdengar sepasang merpati dua sejoli di meja sebelahku berbual.

 

Double Chocolaty Chip Frappuccino® Blended Crème

 

Bukan mahu menjadi penyibuk, tapi aksi dan gelagat dua remaja ni menggamit hati aku untuk mendengar dan amati perbualan mereka. Mereka masing-masing sibuk dengan iPad di tangan. Lepas tu mulut plak masing-masing becok je.

Yang aku ni, mengadap la laptop yang dah berkurun aku pakai sejak menuntut ijazah di UiTM dulu…huhuhuhu…budak-budak sekarang ni beruntung betul kan…

 

Entah apa yang seronok sangat sampai tak dipedulikan orang lain, mujurla di Starbucks waktu pagi macam ni, masih belum ramai orang. Jadi, sebab tu la lagi ketara dengan keletah dua remaja ni.

 

Antara perbualan mereka yang menarik perhatianku ialah:

 

Si Jelita: Apa jawapan soalan 1 ni? cepat la..tolong la, kalau lambat nanti orang lain plak yang menang

Si Macho: Kejap la, I tengah edit blog I ni….kan dah bagitau tadi jawapannya apa….

Si Jelita: Ye la, tapi macam tak betul je….soalan Abang Ben kali ni mencabar sangat la.

Si Macho: Mestila, mana tak pecah kepala….lepas selesai Gegar 1000 blog, kali ni Abang Ben buat gegar 5000 blog plak…

Si Jelita: Ok, done….I dah post jawapan I….U kalah…hehehehhe…

Si Macho: Apa plak….I yang tolong U cari jawapan kan…kalau menang hadiah kena kongsi….kalau tak lepas ni U belanja I Domino’s…

 

Tiba-tiba, Blackberry ku berdering, nama En Hamed terpapar di skrin…Aku pun menjawab panggilan, jadi terlepas sudah perbualan budak-budak tu tadi. Tak sempat nak tunggu penghabisan cerita..hehhee…

Rupa-rupanya, client aku bagitau dia tak dapat datang, jadi dia minta budak despatch dia yang datang hantar cek RM 200,000 tu….Alhamdulillah, income hari ini saja sudah mencecah RM 6,000.

 

Dalam hati melonjak riang, boleh la aku beli iPad macam budak berdua tu kan….heheheh…senang sikit nak keluar je pejabat untuk jumpa client, tak perlu nak usung beg berat-berat lagi….cukupla bawa handbag Coach dan iPad….

Betapa canggihnya kehidupan ku ketika itu….aku pun seronok berangan la membayangkan gaya hidup aku sebagai seorang penasihat kewangan yang berjaya dan bergaya….hehehhehe….

 

Dah client tak jadi datang, boleh la nak buka blog kejap…nak tengok apa yang menarik…sejak mula aktig menulis blog ni, hidup aku memang tak dapat dipisahkan jauh dengan laptop. Mana taknya, kalau boleh 24 jam nak mengadap laptop.

Sebab tu la bila dengar dua remaja tadi duk kecoh aku nak sangat dengar, sebab butir-butir perbualan mereka ada sebut nama Abang Ben. Sejak menulis blog nama Abang Ben memang dah selalu terpahat sebagai contoh yang hebat dalam menulis blog.

 

Kelebihan lagi buat aku, kalau aku beli iPad lagi mudah aku nak online dan update entri. Barulah boleh hasilkan entri banyak-banyak dan sekerap mungkin macam Abang Ben.

Bila ada idea je, boleh terus ON iPad dan menaip entri…uhuhuhuhuh…tak sabarnya nak dapatkan iPad.

 

Tiba-tiba, ada email masuk…aku pun check email aku dengan menggunakan Blackberry …Memang hari ini hari yang paling indah kurasakan..dahla client invest RM 200,000….sekarang ni aku dapat email dari Mommy Lyna atau pemilik blog MySuperKids.net.

Email tu mengatakan, aku adalah pemenang iPad untuk Contest Saya Mahu…yang pernah aku sertai dulu….wah…memang tak sangka sangat aku yang terpilih….

Jadi, aku tak perlu la lagi beli iPad, sebab MySuperKids.net akan hadiahkan aku iPad yang bernilai RM 1,549..

 

 ipad need for speed

 

Tak lama lepas tu despatch client aku sampai dengan cek RM 200,000 tu…Aku pun jemput mat despatch ni minum dulu, tapi dia terpaksa pergi sebab ada surat penting yang perlu di hantar.

Aku pun tak tunggu lama lagi, terus ke kaunter untuk bayar….Sekali aku tengok mamat kat kaunter ni boleh tahan juga kacaknya..hehehehe..tapi budak lagi….tak sesuai la….tak sesuai apa? adalah…..

 

Bila dah selesai, sempat lagi aku menjeling pasangan dua sejoli tadi….masing-masing masih asyik dengan iPad diorang…entah nak kejar jawab soalan Abang Ben yang mana pula la tu….

Aku pun mengorak langkah ke kereta….nak balik pejabat dan tak sabar nak kongsikan cerita kejayaan hari ini dengan kawan-kawan. Kejayaan dalam kerjaya dan juga kejayaan dalam menulis blog…

Semuanya indah, dan kejayaan ini takkan datang bergolek. Semuanya perlu di semai benih-benih usaha…kemudian barulah kita menuai kejayaannya.

 

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. SertaiBengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

 

 

Cerita ini adalah berdasarkan impian dan cita-cita….watak dan jalan cerita juga adalah bayangan dan ditambah untuk sedapkan jalan cerita.

 

Nak tahu siapa yang berlakon dalam gambaran impian DeQdEq ini:

DeQdEq semestinya pelakon utama…hehehe..

Client: Myvitrd

Si Jelita: Sunah Sakura

Si Macho: Nazirul Hazwan

Mat Despatch: Ujang9897

Mamat kaunter: Alief

 

Terharu, kagum dan rasa bersyukur bila menonton drama ‘Hani’ di Slot Lestary TV3

 

Bila melihatkan kesusahan orang lain, barula terasa diri ini sangat bertuah dikurniakan pelbagai nikmat dari Allah. Membuatkan rasa syukur kian menebal di hati.

Sungguh tak pernah DeQdEq terfikir akan kewujudan Al-Quran Braille khas untuk orang buta. Subhanallah, Allah Maha Suci dan Maha Besar..walaupun hambanya ditakdirkan buta, tapi bukanlah alasan untuk melupakan tanggungjawab sebagai hamba dan melupakan kewajipan untuk beribadat dan menonton ilmu.

Allah Maha Adil kepada semua hambanya….segala yang ditakdirkan untuk kita adalah yang terbaik buat kita. Sesungguhnya, kita yang dilengkapi dengan nikmat melihat ini, pernah ke kita berfikir, apa kita menggunakan mata ni dengan sebaiknya…

Bersama-sama la kita muhasabah diri…

 

 

Kagum dengan penerbit dan penulis skrip drama Hani ni, banyak maklumat yang disampaikan melalui drama ini. Tak adalah ceritanya kosong atau asyik berkisar tentang perkara yang biasa dan kosong je…

 

Tambahan:

Biar betul di Malaysia cuma ada satu je Al-Quran Braille ni….jadi susahla untuk mereka yang buta ni nak belajar…takada ke peruntukkan untuk pendidikan Al-Quran bagi orang buta ni….Kerajaan perlu juga ambil tindakan untuk masalah ini. Jangan kita pinggirkan hak mereka yang kurang upaya.

Kalau susah….macam mana nak buat? tukar format atau apa yer….

 

Ada kawan-kawan DeQdEq katakan memang contest 5-5-5 DeQdEq ni agak susah….terima kasih tau Cik Lekit dan Cik Sunah..

DeQdEq tau, memang contest yang mudah akan dapat ramai penyertaan….banyak contoh contest yang mudah kita boleh tengok….DeQdEq sendiri pun banyak juga join contest-contest tu….

Contohnya Contest Kucing Paling Comel….memang sangat mudah…cuma letak gambar kucing je…DeQdEq rasa penyertaan contest ni dah pun melebihi 50….tahniah kepada penganjur…adik kita sorang ni…apisv3.

Kalau sesiapa yang suka kucing…ada gambar kucing…boleh join juga….SILA KLIK SINI

 

Tapi tak kurang juga kan ada contest yang bukan la susah, cuma kehendak contest tu agak berat dan memerlukan kita memerah otak dan berfikir lebih jauh dan kreatif….mungkin contest 5-5-5 DeQdEq ni pun boleh dikategorikan begitu.

Sebabnya, DeQdEq buat contest ni bukan setakat untuk suka-suka…DeQdEq punya objektif dari mula-mula menulis blog lagi, iaitu ingin mendidik dan memberi ilmu setakat termampu oleh DeQdEq.

Memandangkan kerjaya DeQdEq setiap hari pun adalah untuk meyampaikan maklumat dan mendidik client tentang pengurusan kewangan, jadi DeQdEq ingin sekali berkongsi ilmu di alam blog pula.

 

Macam contest 5-5-5 ni, DeQdEq mengambil masa mungkin dalam 2 minggu juga untuk merangka contest ni, sebab nak bagi mudah dan menarik, di samping dapat mencapai objektif untuk mendidik dan menyampaikan ilmu tentang pengurusan kewangan.

Apa yang korang faham atau tau tentang CREATE, PROTECT & PRESERVE.

 

CREATE:

Bagaimana anda ingin menggandakan wang simpanan anda….bagaimana anda merancang kewangan anda pada setiap bulan..ada tak buat simpanan. Potong gaji dan masukkan ke Tabung Haji atau ASB ke…semua itu adalah termasuk dalam mencipta kekayaan atau CREATE WEALTH.

 

PROTECT:

Ini pula adalah berkenaan apakah anda telah mempunyai perlindungan….kiranya anda punya kekayaan yang melimpah ruah sekarang ni, tapi tak ada pelan perlindungan, andai kata suatu hari nanti anda jatuh sakit atau hilang keupayaan kekal, tak mampu lagi bekerja.,Takaful dan Insurans dapat menggantikan sumber pendapatan anda atau ‘income replacement’.

Bila sakit menimpa, duit berjuta pun boleh habis dengan sekelip mata memandangkan kos perubatan masa kini terlalu tinggi….sebab tu kita selalu lihat di dada akhbar, yang mana terdapat ramai yang meminta simpati orang ramai unuk menderma bagi menampung kos-kos rawatan.

 

PRESERVE:

Ini pula lebih kepada perancangan harta pusaka anda. Tahukah anda apa akan terjadi kepada harta dan aset anda bila anda telah tiada di dunia. Apakah semua harta itu akan sampai ke tangan insan tersayang anda.

Atau harta anda tak dapat dituntut kerana anda tidak menulis wasiat dan melantik pentadbir yang akan menguruskan pembahagian harta anda.

_______________________________________________

 

Banyak lagi sebenarnya untuk dikongsikan di sini…sebab itu DeQdEq ingin melihat sejauh mana anda semua tahu tentang pengurusan kewangan dan harta kita.

Sebab DeQdEq sendiri, pada usia muda dulu tambahan di waktu remaja, tak mengambil berat dan tak mengambil tahu pun tempat simpanan yang mana memberikan pulangan yang tinggi…

Bila dah bekerja dalam bidang ni..barula rasa macam menyesal, kenapala DeQdEq tak simpan duit PTPTN dulu…kalau aku simpan sikit…sekurang-kurangnya DeQdEq dah ada simpanan sikit kan…

 

Tapi hal yang lepas biarlah lepas kan…jadi apa yang kita boleh buat adalah merancang untuk masa kini dan masa hadapan…

Maafla…panjang lebar pula DeQdEq membebel dalam entri ini….DeQdEq cuba untuk sampaikan apa yang DeQdEq rasa…

 

Tentang Contest 5-5-5 tu…andai ramai yang bermanfaat dan dapat menambah ilmu dari contest ini pun syukur alhamdulillah….sebabnya, ilmu yang kita kongsikan dan dapat pula diamalkan oleh orang lain sangat-sangat la menguntungkan, di dunia dan juga akhirat insyaAllah.

 

merce Jom cuci mata sikit…heheheheh…..cantik tak kereta ni?

 

Kenapa? Susah sangat ke? Ini entri tak puas hati….

 

Selamat petang…hari ini hangat atau hangit? amik tagline Hot FM Jam sikit…heheheh

Dah lemau ke? Atau masih bersemangat waja….hehhehe…

Baru nak update blog untuk hari ini…macam biasa DeQdEq jalan-jalan dulu melawat blog lain untuk baca entri apa yang menarik. DeQdEq ni sebenarnya, banyak perkara nak dikongsikan di blog ni, cuma kekangan masa menyebabkan banyak entri yang terbantut.

 

Dalam file draf di Windows Live Writer, berderet-deret entri, tapi semuanya tak siap lagi…jadi simpan la dulu sebagai draf…huhuhuh….Jeles betul dengan Abang Ben Ashaari yang sentiasa update blog dengan entri-entri yang sangat menarik.

DeQdEq kerja, Ben Ashaari pun kerja….Ben Ashaari dah kahwin, DeQdEq ni tak kahwin pun lagi….tapi kenapa DeQdEq tak boleh nak update blog macam Ben Ashaari. DeQdEq sendiri masih tercari-cari, apa kekurangan DeQdEq, apa lebihnya Abg Ben….sedangkan masa yang diberikan pada kita semua adalah sama iaitu 24 jam sehari…tak plak Abg Ben dapat 30 jam sehari kan?

 

Di saat DeQdEq menulis entri ini, rupanya Abang Ben ada post Vblog kedua beliau….cemburu sangat dengan Ujang, sebab sejak buat Vblog ni, Ujang asyik menjadi sebutan Abang Ben je….huhuhuhu

Sepertinya Abg Ben menjawab pula pertanyaan DeQdEq ini….jadi kalau korang nak tau macam mana hebatnya Abg Ben boleh  menghasilkan 30 entri dalam satu hari….JOM TENGOK VBLOG NI

 

Selain itu, bila melihat contest 5-5-5 DeQdEq masih belum mendapat penyertaan yang menggalakkan…kenapa dan mengapa? Tolong bagitau DeQdEq…

Setakat ni DeQdEq baru terima 5 penyertaan….DeQdEq sangat-sangat berterima kasih kepada MEREKA ini….

Apakah kerana susah sangat contest yang DeQdEq buat ni….atau memang ramai yang tak suka apabila bercakap tentang pengurusan kewangan…

Disebabkan masih ramai atau DeQdEq boleh katakan anak muda dan juga Melayu, yang masih cetek ilmu mereka tentang kewangan ini….membuatkan DeQdEq terfikir untuk menganjurkan contest sebegini bagi mendidik anak muda dan bangsa Melayu kita.

 

Bila sebut tentang ekonomi, pasti semua boleh jawab dengan tepat siapa yang banyak menguasai soal ekonomi kan?

Yang kita ni, nak suruh menabung RM 1 sehari pun rasanya susah betul tak? Habis macam mana nak mengusai ekonomi, andai ilmu malas di cari, kemudian apa yang diajar atau ilmu yang dapat tak nak pula diamalkan…

 

Susah sangat ke contest 5-5-5 DeQdEq nih….apa kata cuba bukakan minda dan berfikir tentang macam mana nak menjadi kaya dengan RM 1 satu hari….pernah tak terfikir?

Kalau ada jawapannya, jom join Contest 5-5-5 DeQdEq.

 

Monday 21 February 2011

Apakah hukumnya bulu kucing yang melekat di pakaian? Adakah sah solat?

 

AMARAN:

Entri ini agak panjang kerana DeQdEq berasa bertanggungjawab berkongsikan ilmu dengan semua terutama pencinta kucing. Semoga perkongsian ini memudahkan anda merujuk dan mencari sumber yang sah dalam kemusykilan dalam hukum sah solat dan bulu kucing.

 

Assalamualaikum semua….selamat sejahtera hendaknya..

Ini entri kedua DeQdEq untuk 21 Februari 2011…sekarang ni masa amat mencemburui DeQdEq…urusan kerja menyebabkan DeQdEq tak dapat nak mengadap blog lama-lama. Jadi, urusan blogwalking dan update blog juga berkurangan.

Walau apa pun, jaminan DeQdEq, blog ni takkan sunyi…DeQdEq akan pastikan juga berupdate….kalau tak mesti pengunjung blog DeQdEq akan merasa bosan kalau tak ada cerita baru.

 

P1011130

 

Malam ni, baru sempat nak buka laptop…jadi singgah-singgah la dulu blog yang wajib singgah….bila dah singgah blog Cik Lekit, DeQdEq tertarik dengan satu entri berkenaan kucing…memang DeQdEq ni pantang sikit pasal kucing…mesti nak tau je.

Cik Lekit hari ni telah berkongsi tentang “Bulu Kucing Tidak Membatalkan Solat”. Sebelum ni DeQdEq pernah baca pasal ni di Majalah Solusi Keluaran 26, ada menerangkan hukum tentang bulu kucing dan solat.

Dan DeQdEq juga pernah jumpa ada satu blog ni menunjukkan isi dari majalah Solusi keluaran 26 ni berserta kartun untuk menampakkan lebih menarik dan jelas. Blog tersebut ialah: mediasiber.com

 

 

 

Sumber kartun yang menarik ini ialah dari, ada lebih banyak kartun klu nak tengok: Adik yang kreatif dari HaaaaaCiiiiUmm

 

Apa kata DeQdEq:

 

Apa yang dapat DeQdEq simpulkan di sini ialah:

1) Kucing itu bukan najis, disebabkan itu bekas minuman atau makanan bekas kucing adalah suci. Ini adalah berdasarkan hadis berikut:

 

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat.

Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut, lalu ia membersihkan bagian yang disentuh kucing, lalu Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing,

(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

 

Untuk rujukan hadis lain, boleh LIHAT SINI.

 

2) Bulu kucing dikira najis bila sudah tercabut dari tubuh badannya. Maksudnya, bulu kucing yang luruh adalah najis, ini kerana kucing itu tergolong dalam haiwan yang tidak halal dimakan. Ini adalah bersumberkan hadis berikut:

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati.

Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai.

(Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

 

Untuk mendapat keterangan yang lebih tentang bulu haiwan yang lain, bleh RUJUK SINI.

 

3) Untuk mengelakkan rasa was-was, sebab terdapat banyak pendapat tentang hukum bulu kucing dan sah solat ini, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Ataupun, mengambil langkah yang lebih baik iaitu, mengikut Mazhab Shafie itu sendiri yang mengatakan bulu kucing yang tertanggal dari badannya adalah najis.

Jadi, bila kita menanggung najis di pakaian solat, maka solat itu tidak sah.

Oleh itu, adalah lebih baik bagi kita, pakai pakaian bersih untuk solat bila dah main dengan kucing. Jadi, tak ada la timbul rasa was-was lagi.

 

Dalam Mazhab Shafie juga mengatakan kalau terdapat juga bulu kucing yang tertinggal dan melekat sikit-sikit, sehelai dua adalah dimaafkan, jadi solat itu sah.

Kalau kita dah mengambil langkah yang terbaik, salin pakaian bersih, tapi masih ada yang terlekat di mana-mana, insyaAllah solat kita sah…

 

Jangan la lepas dah main dengan kucing, dok bergomol dengan kucing terus pegi solat dengan pakaian yang sama….sudah tentu la pakaian tu penuh dengan bulu kucing kan.

Jadi, apa kata salin dulu pakaian baru solat. Lebih bersih, kita pun tak rasa was-was…solat pun kusyu’ insyaAllah…

Tapi kalau tak ada baju nak salin, cuba la sedaya upaya buang bulu kucing yang melekat di pakaian, dan berdoala supaya Allah menerima solat kita.

 

Berikut adalah forum dan blog yang membincangkan soal ini:

Sumber 1

Sumber 2

Sumber 3

Sumber 4

Sumber 5

 

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua….insyaAllah.

Andai ada yang ingin berkongsi ilmu, dipersilakan…Sesungguhnya, DeQdEq ini masih cetek ilmu dan jahil..

 

Selamat Hari Senayan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…

 

Apa tu hari senayan….kalau orang kedah mesti hampa tau kan…senayan tu adalah hari Isnin la…tapi tak tau la pasai apa yang orang Kedah ni tukaq panggil senayan plak.

Ejaan tu DeQdEq tak tau la betoi ke dak…heheheheh

 

Kalau hari senayan macam ni, kat umah tok DeQdEq mesti ada pekan senayan…pekan senayan ni plak adalah macam pasar tani tu…tapi sebab dia buat hari isnin, dipangil la pekan senayan…

Hari-hari lain, tak ada plak…pekan Selasa ka, pekan Rabu ka, pekan Khamis ka..heheheh

 

Apa-apa pun, selamat bekerja untuk anda semua……mulakan hari anda dengan senyuman…

Sunday 20 February 2011

AdiaLuvLuze 1st Giveaway

http://adialuvluze.blogspot.com/2011/01/adialuvluze-my-first-ga.html

 

Jom ramai-ramai kita meriahkan GA kawan kita ni tanda sokongan antara satu sama lain.

Kepada yang berminat boleh la KLIK SINI.

CONTEST KUCING PALING COMEL

 

Sesungguhnya kucing memang makhluk Allah yang sangat comel. Gelagat dan keletah mereka dah boleh mengubat hati yang tengah sedih. Cuba peluk anak kucing bila tengah sedih, pasti terasa separuh bebanan tu dah dilepaskan.

Bila ada contest kucing paling comel ni, DeQdEq dah tak keruan nak letak gambar kucing yang mana. Hasilnya, DeQdEq pinjam gambar anak kucing kawan sepejabat DeQdEq. Memang sangat comel.

 

http://apisv3.blogspot.com/2011/02/contest-kucing-paling-comel.html

 

154795_1733973955059_1409876947_1862325_3048463_n

Inilah anak kucing comel nih….nama diorang DeQdEq tak ingat plak…2 beradik ni, jantan dan betina….

kucing comel

Ini DeQdEq pusingkan gambar supaya korang yang tak payah nak teleng kepala korang kan..heheheh

 

DeQdEq nak tag sape yer…..DeQdEq nak tag

Cik Lekit ( DeQdEq tau Cik Lekit pun pencinta kucing macam DeQdEq)

Mie ( Jejaka yang bekerja di laut ni, DeQdEq tak pasti suka kucing ke tak..hehehe)

Qeat ( DeQdEq msh igt gambar kucing comel kat kampung qeat dulu)

 

 

Contest 5-5-5 | Penyertaan terkini sehingga 20-02-2011

 

Contest 5-5-5 oleh DeQdEq (sila KLIK pada gambar untuk sertai)

 

Alhamdulillah, sejak dilancarkan Contest 5-5-5 DeQdEq ni, hari ni dah masuk 15 hari la…sebabnya DeQdEq telah melancarkan Contest 5-5-5 ni pada 5 Februari yang lalu.

Hari ini, genap sudah penyertaan sebayak 5 orang. Terima kasih kepada mereka ini:

1) ady-shariz

2) tasha

3) puan nina

4) myvitrd

5) miss ran

 

DeQdEq merasa terharu dengan penyertaan mereka semua ni…diharap semoga lebih ramai lagi penyertaan yang akan DeQdEq terima lepas ni.

Baru la terasa berbaloi DeQdEq nak bagi hadiah pada pemenang nanti. Nak tahu apa hadiahnya…TENGOK SINI

 

Kepada yang masih tercari-cari idea, boleh la singgah blog 5 peserta ini kerana mereka telah menyentuh dan mengupas isi-isi tertentu dengan pelbagai cara yang menarik.

Selain itu, terdapat juga entri contoh khas dari salah seorang juri Contest 5-5-5 ni iaitu Cik Sunah Sakura. Korang boleh tengok ENTRI CONTOH.

 

KWSP umum dividen 2010 sebanyak 5.8%

 

epf

 

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.

"Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya.— Bernama

 

Sumber: Utusan Online

 

Apa kata DeQdEq:

Bila baca berita ni, DeQdEq berasa gembira bagi mereka yang ada caruman di KWSP sebab dividen pada tahun 2010 ini merupakan dividen yang tertinggi dalam jangka masa 5 tahun ini (2006-2010) malahan dalam 10 tahun ini.

Malahan, DeQdEq lebih berasa gembira bagi pihak client-client DeQdEq yang dan mendapat keuntungan yang berganda sehingga 30% hanya untuk tahun 2010. Ini kerana mereka telah membuat keputusan bijak untuk melaburkan sebahagian wang caruman di KWSP iaitu dari Akaun 1 ke dalam saham amanah atau unit trust.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh mendapatkan khidmat nasihat DeQdEq di SINI

 

p/s:

kepada yang ingin meyertai contest 5-5-5 deqdeq….ini juga boleh dijadikan salah satu isi tapi perlulah mendapat kupasan yang kreatif dan menarik.

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF

 

 

header ben

Segmen Ben Ashaari….Jom join ramai-ramai….KLIK SINI

 

 

GIVEAWAY PERTAMA: Jom Blogwalking Contest Dari Abgteror Sempena 3 Bulan Berblogging

 

ads

 

TARIKH MULA: 23 Februari 2011

TARIKH TUTUP: 23 Mac 2011

PENYERTAAN: Semua Yang Berminat

SEBARKAN SEKARANG UNTUK PENYERTAAN!!!
SYARAT PENYERTAAN:..........

 

Nak join? KLIK pada gambar atau SINI

 

Warna warni 1 Malaysia di Lebuhraya Persekutuan

 

Sebenarnya dah lama DeQdEq nak share gambar ni….rasanya dah 2 minggu lepas gambar ni dirakamkan oleh DeQdEq.

Waktu tu, tengah memandu di Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menuju ke Bangsar untuk berjumpa client. Kalau tak silap jam waktu tu menunjukkan pada pukul 10 pagi, tapi jalan masih lagi sesak selepas Tol Batu 3.

Trafik bergerak perlahan sampai ke “Jambatan Pulau Pinang” kalau tak salah DeQdEq….dah macam nak bagi laporan trafik pula kat korang kan.

 

Bila dah jalan sesak macam ni, trafik pula perlahan…setakat gear 1 dan gear 2 je….layan radio je la….tapi tiba-tiba DeQdEq terdengar bunyi macam gendang cina…

Sekali, memang betul pun…ada lori yang bawa anak-anak muda yang nak pegi buat tayangan tarian singa rasanya…diorang ni pun nak menghilangkan bosan, jadi ketuk-ketuk la gendang tu.

 

Bila lori tu berada di hadapan kereta DeQdEq, kebetulan kamera ada, DeQdEq pun ambik kesempatan rakamkan gelagat mereka.

P1011159

 

P1011160

Gambar kedua ni, diorang dah perasan, jadi adik yang pegang topeng ni pun bergaya sakan la sebab dah tau DeQdEq nak ambil gambar diorang.

 

Kenapa warna warni 1 Malaysia? Sebabnya, kat dalam lori ni, apa yang DeQdEq nampak…pemuda bangsa Cina memang la ada, dah nama pun tarian singa kan…tapi ada juga pemuda India dan Melayu….

Bukan ke itu warna warni 1 Malaysia kan…

Award dari Nota Kaki….terima kasih

 

 

Terima kasih buat Nota Kaki sebab berikan award ni buat DeQdEq

Rasa macam dah lama juga tak dapat award nih..hehehehe

apa-apa pun terima kasih kepada semua yang dah bagi DeQdEq award ye.

Saturday 19 February 2011

Jawapan yang dicari ialah ‘PEKNGA’

 

Tadi, DeQdEq minta korang teka nama makanan orang Kedah kat SINI kan….DeQdEq pun sebenarnya baru ja tau makanan ni dalam setahun dua ni…

Sebab tu la DeQdEq nak tanya korang juga…

Tak sangka rupanya, ramai yang tahu….hehehehe

 

Jawapan yang DeQdEq tunggu ialah Peknga…nama panggilan ni wujud sebab cara nak buat peknga kena tempek di belanga..jadi orang-orang tua kita panggilla peknga…Kreatif kan orang-orang lama ni….

 

Mereka yang telah menjawab dengan tepat ialah:

Yaya (apa nak bagi kat Yaya ye)

Noor Liana

zan-get-sue[change_the_world]

Budak Botak

Diba

 

Yang lain-lain tu, ada yang jawab betul juga…cumanya, jawapan mereka ni jawapan bahasa skema…atau jawapan bahasa…DeQdEq tunggukan jawapan dalam loghat Kedah…Mereka ini menjawab lempeng kelapa.

Soba

Hanya Aku

Anastasyea

Sunah Sakura

Mie