Saturday 25 December 2010

Ingin tahu | Betul ke pink warna gay?

Petang-petang Sabtu macam ni, tak plak keluar jadi apa lagi DeQdEq mengadap la laptop dan mula menjelajah ke blog-blog lain untuk mencari apa yang best, kot kot leh dapat idea untuk tulis entry baru kan.

Sekali, DeQdEq ternampak kat dashboard satu tajuk entry dari Bila Umar Berblogger..tajuknya pasal anti plagiat @ plagiarism….rupa-rupanya entry tu pasal kuasa ju-on yang melanda dunia blog baru-baru ni. Rasanya dah ramai agaknya yang kenal dengan kuasa ju-on nih…DeQdEq pun ada sentuh skit pasal kisah ju-on nih….nak tau? >>>> TENGOK SINI

Belum sempat DeQdEq menyiapkan entry nih, kuasa ju-on telah membalas dan mengecam komen DeQdEq kat entry Bila Umar Berblogger tu…deQdEq dah agak sangat mcm nak kena je dgn ju-on sbb DeQdEq bercakap tanpa bukti. Sekali amik ko….ju-on dah kategorikan DeQdEq ni orang B_NG_NG…..tak sanggup nak tulis tau…huhuhu

Korang tgk la sendiri yer apa yg DeQdEq dah komen kat blog Umar tu…dan apa plak balasan kata-kata manis dari Ju-on

ju on

ju on 2

ju on 3

ju-on 4

 

DeQdEq tak berminat pun nak bertengkar atau nak bergaduh dalam dunia blog ni…cuma DeQdEq nak cuba sampaikan apa yang baik…maksudnya berkongsi ilmu…

Jom la kita tengok…apakah warna kegemaran Rasullullah SAW…DeQdEq hanya letakkan warna pink sbb tajuk pun berkisarkan warna pink. Kalau nak baca yang selebihnya >>>> TENGOK SINI

Semua yang kat bawah nih DeQdEq amik dari ehoza.com dan sesuaikan dengan penyampaian DeQdEq:

Tapi warna-warna yang ingin dibincangkan ni bukan semua warna-warna yg wujud di dunia ni... banyak bangat kalau mau dibincangkan tapi warna-warna kegemaran Rasulullah S.A.W "Idola setiap mujahid maupun mujahidah Islam..iyakan???" Di antaranya warna Pink (Merah + putih atau merah jambu), putih dan hijau...

Warna Pink:

Kalau dilihat dunia yang canggih manggih ni, warna pink mesti dilabelkan pada gurl atau perempuan-baju,kasut,ape lagi,henset..erm sampai moto pon tempah warna pink...sungguh teruja dengan warna ini..

Alhamdulillah depa pon mengikuti jejak Rasulullah Insyaallah..bila lelaki pakai warna pink ni ade je mulut-mulut yang nak menembak ..Jauhi Mengumpat..lembut la.La Tahzan yang penting niat ikhlas kerana Allah..warna pink banyak dikaitkan dengan kasih sayang.

Sehinggakan Rasulullah S.A.W sendiri memanggil isteri tersayang Aisyah Humaira " Si Merah Jambu atau Si Comel" bak kata ustaz Ismail Kamus...Kita sekarang ni kalau suami panggil "Si Comel" bukan isteri yang mai..kucing plak...huuuu

Dari Abu Juhaifah meriwayatkan maksudnya:

 "Saya melihat Rasulullah S.A.W mengenakan pakaian berwarna merah seakan-akan saya bisa melihat kilauan dari betis beliau. Suffian berkata, hemat yang dimaksudkan dengan pakaian berwarna merah itu adalah hibarah”

(Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim dan Ahmad) dari buku seribu seratus hadith terpilih karya dr muhammad faiz almath diterbitkan oleh penerbitan kintan sdn bhd sebagai rujukan.


Hibarah yang dimaksudkan ialah corak atau warna fesyen Bangsa Yaman pada ketika itu.

Hadith ini berlaku di luar Makkah, waktu tu Nabi dan para sahabat solat di sebuah khemah bewarna merah kemudian.. Bilal azan.. Rasulullah pun keluar dengan pakaian warna merah yang disebut oleh Abu Suffian sebagai hibarah Abu Suffian adalah seorang yang kaya.

Mungkin Abu Suffian sendiri ada pakaian yang berwarna seperti hibarah yang dimaksudkan tu. Tapi, isi hadith ini, topik pakaian Rasulullah bukanlah perbahasan utama..tetapi lebih banyak menyentuh perihal ibadah dan ketika itu cara Bilal melaungkan azan..

Nak baca lebih lanjut  >>>> SILA KLIK SINI

Selain tu, boleh juga TENGOK SINI

 

P/S: DeQdEq tak terima fakta Ju-On bulat-bulat mengatakan bila lelaki suka pink tu adalah gay….lagipun Ju-On bercakap berdasarkan pergaulan dengan kawan-kawan. Mungkin Ju-On masih belum banyak berkawan.

Tak apalah Ju-On..terima kasih atas perkongsian maklumat Ju-On tu. Mungkin boleh kita katakan itu bukan FAKTA, lebih kepada pendapat Ju-On sendiri.

 

1 comment:

apdm said...

salam

perkongsian ilmu yang bermanfaat :)