Sunday 21 April 2019

Sekejap je dah Nisfu Syaaban

Alhamdulillah...masih dipanjangkan umur kita hingga ke saat ini
dah masuk 15 Syaaban pun....bermakna tak lama lagi je nak melangkah ke bulan Ramadhan.
Ya Allah panjangkan umur kami agar dapat bertemu bulan Ramadhan tahun ini.


Monday 25 February 2019

Jangan disempitkan makna rezeki

Ramai sangat yang belum tahu hakikat rezeki yang sebenar.

Sihat itu rezeki, bangun pagi boleh melihat boleh bercakap boleh berjalan itu rezeki.

Tapi,

Ramai yang rasa rezeki tu hanya duit semata².

Cuba bayangkan,

Bangun pagi tetiba bukak mata gelap gelita tak boleh nak tgk dah insan kesayangan sedih kan😢

Tapi kalau waktu tu baru kita nak faham rezeki tu merangkumi semua nikmat yang kita dapat ia hanya sia².

So mulai hari ini belajar bersyukur.

Sebab Allah dah janji bila kau bersyukur aku akan tambah lagi.

Faham ke faham?

-Ibu hana

Saturday 23 February 2019

Makna Rezeki

APAKAH MAKNA REZEKI?

Secara mudahnya REZEKI ni boleh kita tafsirkan sesuatu yang bermanfaat kepada kita. Sebagai contoh, kita ada kereta kancil yang boleh dinaiki...tetapi jiran kita cuma ada sebiji motosikal untuk dinaiki. Rezeki kita lain lain. Asalkan sesuatu perkara tu memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, itulah REZEKI. REZEKI juga adalah kurnia atau anugerah dari Allah buat hambaNYA.


Bagaimana Allah menurunkan REZEKI?


Dalam mendapatkan sebuah rezeki dari Allah, Al-Qur’an telah menjelaskan cara menurunkan rezeki Allah kepada hambanya, diantaranya sebagai berikut
                  1.Rezeki karena usaha
Rezeki karena usaha dapat dilihat firman Allah :
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakan” (Q.S.53 : 39)


2. Rezeki yang telah dijamin
“Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya” (QS.11 : 6
Ayat tersebut erat kaitannya dengan nomor 1 diatas, yang dengan artian bahwa Allah pasti menjamin rezeki bagi siapa yang berusaha.


3. Rezeki karena bersyukur
Salah cara memberikan Allah rezeki adalah dengan jalan bersyukur dari segala nikmat yang telah di nikmati. Sebagaimana Allah berfirman :
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur past kami akan menambah (nikmat) kepadamu (Q.S. 14 : 7)


4. Rezeki yang tak terduga
                   Rezeki yang tak terduga tersebut dapat di jumpai dalam Al-Qur’an ada tersebut sebagaimana firman Allah :
“Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya” (Q.S.At-thalaq : 2)



5. Rezeki karena banyak beristigfar
Hal tersebut telah dijelaskan dalam Al-Qur’an :
“beristigfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah maha pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta” (Q.S. 71 : 10-11)



6. Rezeki karena menikah
Salah satu ditambahkannya rezeki seorang hamba adalah dengan jalan menikah, dengan artian bahwa seorang hamba apabila sudah menikah maka Allah akan membukakan pintu rezeki. Hal ini dijelaskan dalam Al-qur’an
“Dan nikahilah orang-orang yang masih membujang diantara kamu dan juga orang-orang yang layak diantara hamba sahayamu, baik laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin maka Allah akan memberikan kemapaman kepada mereka dengan karuniaNya” (Q.S.An-nur : 32)



7. Rezeki karena anak
Anak adalah salah satu karunia yang sangat besar dari Allah, anak juga merupakan penyebab diberikannya rezeki. Dalam Al-qur’an telah dijelaskan dimana anak anak salah satu penyebab ditambahkannya rezeki seorang hamba
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakamu karena takut miskin. Kamilah yang menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu” (Q.S. Al-isra’ : 31)


8. Rezeki karena sedekah
Salah satu jalan untuk ditambahkannya rezeki adalah dengan rajin bersedekah, karena orang yang bersedekah adalah orang-orang yang selalu merasa bersyukur atas nikmat yang diberikan kepadanya, dan orang-orang yang sering bersedekah maka Allah akan menambahkan rezekinya. Firman Allah dalam Al-Qur’an
“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infaq dan sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak” (Q.S. Al-Baqarah : 245)

Sumber: SINI


Soal rezeki terlalu luas sehinggakan kadang kadang kita terlepas pandang hal hal kecil yang boleh menghalang dan menyempitkan rezeki. Tau tak yang dalam menyakiti hati orang lain atau kita memendam rasa sakit hati kepada seseorang, kedua dua belah pihak sebenarnya dalam keadaan menghalang rezeki.

Sebab tu kita jangan nak pendam rasa sakit hati....dan jangan pula menyakiti hati orang.

Diyana sendiri akui bila tau hal ni...rasa malunya dengan Allah....dok minta macam macam, tapi hal kecil macam ni Diyana terlepas pandang. 


Nak dapatkan lebih tips dan formula untuk rezeki melimpah ruah dan tak putus putus?

KLIK >>>>>>>>>>>>>> Saya Suka Membaca

Saturday 16 February 2019

Penjenamaan semula blog - Rebranding My Blog 2019

Assalamualaikum

Alhamdulillah diberikan kesempatan lagi hari ini untuk bernafas di muka bumi Allah.

Sungguh panjang perjalanan hidup ini, berbagai-bagai ujian yang telah dilalui, dan sekarang juga turut diuji.

Dari bujang hingga kini telah berkahwin dan mempunyai anak 3 orang yang sihat, aktif dan bijak, alhamdulillah.

Dari bekerja kini menjadi surirumah sepenuh masa.

Dari tinggal di bandar besar kini tinggal di kampung.

Kini, tahun 2019...umur pun akan menginjak ke 34 tahun...Diyana ingin kembali menghidupkan blog yang dah lama sangat terbiar...yang dah lama bersawang. Walau dah lama tak diupdate, masih juga ada pengunjung yang sudi singgah di blog Diyana ni.

Disebabkan tidak lagi bekerja, Diyana akan melahirkan semula blog ini dan akan diberikan penjenamaan semula yang mana blog akan mempunyai domain dan hosting sendiri lepas ni. Diyana dah buat keputusan untuk menjana pendapatan dari blog ni.

Terima kasih yang singgah blog Diyana.
Pada yang baca entri ni...tinggalkan jejak di komen ye.


Salam ukhwah,
Diyana Yaccob

Wednesday 16 January 2019

Seronoknya Apabila Sentiasa Dapat Apa yang Kita Inginkan...tapi bagaimana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang dirahmati Allah,

Impian?

Cita-cita?

Matlamat?


Apakah semua ini?

Adakah perkataan-perkataan ini membawa maksud yang sama atau berlainan?

Ada lagi, perlu ada visi dan misi.

Semua ini pasti rancak akan dibualkan setiap kali hujung tahun dan awal tahun baru.

Masing masing akan bercerita tentang azam tahun baru. Maka akan ada juga syarikat/organisasi yang mengadakan 'Goal Setting' seminar.

Ini menunjukkan betapa pentingnya menetapkan matlamat atau goal setting. Kalau orang buat bisnes, rasanya lebih terdedah kepada Goal Setting ni.

Namun, bagi anda yang bekerja juga boleh buat Goal Setting anda sendiri.

Dalam goal setting biasanya akan diajar tentang 'affirmation', vision board dan 'visualisation'.

Bunyinya macam "Huh...apa benda tu." Tak perlu percaya, buat je dulu...


Untuk mendapatkan segala yang diimpi dengan mudah...mknta hanya pada yang Berkuasa...

JAGA ALLAH, ALaLAH JAGA KITA

Untuk lebih jelas...

https://bit.ly/koderahsiarezeki

Bagaimana ingin bangkit dari kegagalan

HATI TENANG WALAU TAK PUNYA DUIT

Walau dah tengah malam...pasti ramai yang telah lena kan.

Tapi, hati ni rasa nak juga menulis, nak meluah rasa. Walau sekadar luahan, moga dapat memberi manfaat kepada yang membaca status ni.

Pasti setiap dari kita sentiasa berfikir nak mencari duit, sama ada bekerja atau berniaga...tujuannya pasti sama iaitu nak kan duit, betul?

Duit di sini adalah salah satu bentuk rezeki yang Allah beri pada kita...kalau nak jelaskan tentang rezeki, konsepnya sangat la luas, bukan sekadar duit.

Hidup zaman sekarang ni, tipula kalau kita kata tak perlukan duit, cukupla dengan apa yang ada...memang duit tu tak penting, tapi segala galanya sekarang perlukan duit.

Rasa resah, gelisah, buntu, down, dalam memikirkan rezeki?

Saya pernah melaluinya...tahun 2018 adalah tahun paling sakit atau tahun kejatuhan saya bagi kerjaya dan kewangan.

Alhamdulillah, rumahtangga dan keluarga masih utuh, walau perlu menghadapi ujian besar.

Bila melibatkan kewangan ni, pastinya HUTANG la yang paling menjerat kehidupan Diyana.

Walaupun kini, Diyana masih belum kaya, tak punya banyak duit, malahan sekarang tak lagi bekerja..menjadi surirumah sepenuh masa. 

Kalau difikirkan, mana la nak dapat duit kan...dah la bulan 8/2018 bersalin anak ketiga terus cuti dan tak bekerja lagi sampai sekarang.

Tapi, Allah kan Maha Kaya, Maha Berkuasa dan Berkehendak...dengan rahmat dan kasih sayang dariNya, Diyana dapat merasa rezeki yang tak disangka sangka...seperti check akaun bank, tiba tiba ada je duit...

Mungkin disebabkan Diyana berjuang untuk mengamalkan ilmu dari sini: http://bit.ly/koderahsiarezeki

Bila sekarang tak bekerja dan tak ada duit pun, hati tetap tenang tak lagi rasa gelisah...

Andai ada kawan kawan yang sedang melalui saat getir, rasa sakit dan payahnya, Diyana faham sangat.

Sebab tu nak kongsikan ilmu ni dengan semua...jenguk je sini ye http://bit.ly/koderahsiarezeki

Moga mendapat jalan keluar dan bangkit dari segala kekusutan.
Hanya yang pernah melalui je faham apa yang sedang anda rasai.