Showing posts with label gosip artis. Show all posts
Showing posts with label gosip artis. Show all posts

Sunday, 23 January 2011

Linda Onn mahu merampas trofi Penyampai Radio Popular dari Fara Fauzana dengan bantuan LOOK

Tadi bila terbaca pasal blogger meraih pendapatan 1 juta dari myvitrd, DeQdEq pun keluar la semata-mata nak beli surat khabar berita minggu. Yelah, nak tau la apa yang menrik sampai boleh menjana 1 juta hanya melalui blog.

Ramai juga blogger yang dah menulis pasal ni….muka red mummy a.k.a kak red mesti menghiasi blog-blog pada hari ini.

 

Bila dah beli surat khabar, mulalah DeQdEq membelek-belek surat khabar..baca berita apa yang best…selain berita pasal blogger tu. Jadi, DeQdEq cuba cari apa yang menarik untuk dikongsi di blog DeQdEq ni.

Baca punya baca, belek dan belek…tak juga dapat idea nak tulis apa….mungkin disebabkan selsema dan sakit kepala yang menyerang DeQdEq sekarang ni membantutkan idea untuk menulis.

 

 

Sampai la pada satu berita yang telah menarik minat DeQdEq untuk dikongsikan. Tajuknya ialah: LOOK pastikan Linda Onn menang.

LOOK? Siapa LOOK? Kalau Linda Onn mestila korang kenal kan…penyampai radio SURIA FM juga mantan penyampai radio ERA FM dan juga SINAR FM.

 

LOOK adakah singkatan untuk Linda Onn’s Orange Klub. Kiranya kelab peminat dan penyokong Linda Onn la ni.

LOOK begitu bersemangat untuk pastikan Linda Onn berjaya memenangi trofi Penyampai Radio Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Linda Onn pernah memegang trofi ini selama 6 tahun berturut-turut dari tahun 2001 hingga 2006 sehinggalah muncul Fara Fauzana yang mempunyai daya tarikan tersendiri sehinggakan melayakkan dirinya dinobatkan Penyampai Radio Wanita Popular merampas trofi dari Linda Onn.

 

Untuk berita lanjut boleh ke Berita Harian Online.

Friday, 21 January 2011

Alhamdulillah…Ayu Raudhah dan Zaquan Adha selamat dijabkabulkan

Selepas Rebecca Nur Islam, nampaknya pada tahun 2011 ini dikuti oleh Ayu Raudhah yang kini bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Zaquan Adha.

Nampaknya Ayu Raudhah kini berbiras dengan RIta Rudaini..ye tak….Semoga ikatan yang dibina ini akan terus kekal dan bahagia dunia dan akhirat….amin

Selepas ni, artis mana plak yang akan melangsungkan perkahwinan yer….Yang dah kecoh sebelum ni ialah Tomok yang bakal berkahwin dengan seorang pramugari.

 

Jadi…jom kita tengok petikan berita dari mstar online berkenaan majlis pernikahan Ayu dan Zaquan:

 

Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat bergelar suami-isteri.

 

ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

 

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu aktres Rozita Che Wan, abang ipar mereka, aktor Mazlan Ahmad dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan.

Ditemui selepas majlis berakhir, Ayu yang kelihatan sebak sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin hampir dua tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

 

"Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah hampir dua tahun mempertahankan hubungan ini," kata Ayu.

Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga dan tidak menyangka jodohnya adalah dengan seorang pemain bola sepak terkenal.

"Perasaan saya bercampur-baur sebaik selamat dinikahkan. Saya akan cuba menjadi isteri yang baik dan menghormati setiap keputusan suami walaupun kami berbeza umur tiga tahun,” tutur Ayu.

Sementara itu, Zaquan juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Ayu.

“Saya rasa debaran ketika akad nikah tadi lebih mendebarkan berbanding debaran sepakan bola ke gawang gol. Bagaimanapun, saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.

 

Berita selanjutnya di mstar online.

Saturday, 15 January 2011

Alhamdulillah….Rebecca Nur Islam sudah berkahwin

Rasanya ini merupakan perkahwinan pertama artis di tahun 2011 ni…Tahniah buat Rebecca dan suami…semoga ikatan yang dibina akan kekal di dunia dan akhirat…amin

Selepas ni, seperti yang umum ketahui…tak lama lagi pelakon manis Ayu Raudhah dan pemain bola sepak kebangsaan Zaquan Adha juga akan diijabkabulkan tidak lama lagi…Ayu bakal berbiras dengan Rita Rudaini la nampaknya….kecil je dunia ni kan..

Seronok bila tengok orang kahwin..heheehh

 

 

AMPANG: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 43,Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 9.40 malam.

Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan.

Rabecca yang menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu itu melangsungkan acara pertunangan setengah jam lebih awal sebelum diijabkabulkan.

Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.

Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu pada 14 Februari depan.

Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu (hari ini ) untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.

Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad (esok).

 

Credit to: mstar online

Thursday, 30 December 2010

Akhirnya…Penantian berakhir…DeQdEq dapat juga lagu Iman Dunia @ Dakwah Muharram nyanyian Aqasha feat Sofaz...terima kasih studiokini

Yezza…akhirnya dapat juga….dapat apa pulak nih..hehhehe…apa lagi lagu Iman Dunia yang hangat dalam drama Dakwah Muharram.

Sebelum nih DeQdEq pernah share dalam entry sebelum-sebelum nih pasal macam mana nak dapatkan lagu Iman Dunia. <entry 1> dan <entry 2>

Baru tadi DeQdEq dapat mesej di shoutbox, dari studiokini, yang studiokini dah upload lagu nih….bestnya…dapat juga DeQdEq lagu nih..

 

Atas permintaan ramai, lagu tema telemovie ini, Iman Dunia turut disertakan. Lagu nyanyian Sofazr, Aqasha dan Ami.


IMAN DUNIA

[DOWNLOAD]

Tika tabir sayup terdengar
Syahdu hati mengenangMu
Ketika bertahjud terbayangkanMu
Siapakah aku disisiMu

Keasyikkan dunia peneman dukaku
Penghinaan dosaku yang telah lalu

Puasku mencari namun ku tak bertemu
Puasku jalani namun Kau takku temui
Puasku jejaki likunya tak menentu

Bara cinta terhenti sepiku tak berperi

Biarpun tiada cinta asmara laguku ini
Biarpun dikau terpisah keasyikan dunia
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa

*

Hanya Dia penentunya
Hanya DIA pendamainya
Kau liputilah kalbuku
Keimanan ketaqwaan

(ulang *)
Puasku mencari namun ku tak bertemu
Puasku jalani namun Kau takku temui
Puasku jejaki likunya tak menentu
Bara cinta terhenti sepiku tak berperi

*

Hanya Dia penentunya
Hanya DIA pendamainya
Kau liputilah kalbuku
Keimanan ketaqwaan

(ulang *)
Biar tiada cinta asmara lagu ini
Biar dikau terpisah keasyikan dunia
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa

Lirik: Erma Fatima
Lagu: Madee

Maaf jika lirik tersilap dan kualiti audio kurang memuaskan. Link download lagu Iman Dunia ehsan Studiokini.

Apa lagi, siapa yang selama nih macam DeQdEq dok tercari-cari lagu Iman Dunia, <KLIK SINI>

TERIMA KASIH SANGAT KEPADA studiokini.

Monday, 27 December 2010

Sakit mata tak leh nak mengadap laptop lama-lama….Jom layan TIRAMISU @ TV3 slot Akasia

Bila dah sakit mata nih….nak mengadap laptop lama2 pun tak terdaya…ari nih…byk masa tido jer…huhuhuh…

Bila dah tak leh mengadap laptop…jom kita mengadap TV plak..hhehe..jap lagi nak layan citer baru yang ganti Seribu Kali Cinta…TIRAMISU…macam best ja tgk iklan dia…ye la pelakon pun mantap juga, Pierre Andre dan Sharifah Amani yang baru-baru ni menang Anugerah Skrin 2010 katehori Pelakon Wanita Terbaik Filem >>>> TENGOK SINI

Drama romantis komedi bersiri terbaru berjudul Tiramisu bakal ditayangkan pada 27 Disember 2010 (hari ni la) ini bagi menggantikan drama Seribu Kali Cinta melalui Slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama ini diterbitkan oleh Kabir Bhatia, Mira Mustafa dan Francis Foo.

Pelakon-pelakon yang membintangi drama Tiramisu ini ialah Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik). Pastinya ramai yang tidak sabar menanti untuk melihat lakonan adik Mia Sara yang pernah berlakon sebagai watak Amani dalam drama Adamaya sebelum ini.

 

Sinopsis Tiramisu

TIRAMISU mengisahkan Melur (Sharifah Amani) dan Dani (Pierre Andre) yang telah berkawan rapat semasa belajar di sekolah terpaksa berpisah apabila Dani memilih untuk menyambung belajar di luar negara.

Mereka berjanji bahawa sekiranya masih bujang pada usia 28 tahun, mereka akan berkahwin. Melur dan Dani berhubung menerusi emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing. Namun, takdir telah menemukan semula Melur dan Dani. Masih adakah perasaan cinta dalam hati mereka?

Credit to: Ezany Kun

 

Tengok pengarah dah boleh rasa citer nih mesti best…ye la pengarah yang sama dengan Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2010…drama Nur Kasih…

Sapa yang tak tau drama Nur Kasih kan…semua pun mesti layan citer Nur Kasih…sampaikan Jumaat jer mesti semua nak balik umah cepat2 dan tak keluar malam sebab nak tengok Nur Kasih

Saturday, 25 December 2010

Keputusan Rasmi Anugerah Skrin 2010

Jom kita semak kejap siapa yang bertuah malam nih, siapakah pemenang2 untuk Anugerah Skrin 2010..credit to: Gua.com.my

anu skrin 

Pengacara Anugerah Skrin 2010….tahniah buat Awal dan Vee, berjaya mengacarakan dengan baik.

 

Berikut merupakan pemenang-pemenang Anugerah Skrin 2010:

Rancangan Realiti Terbaik : Showdown 2010 (8TV)

Lakon Layar Terbaik Filem : Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Drama Komedi Terbaik : Simpang 3 (TV3)

Lakon TV Terbaik : Antara Garisan (Astro)

Rancangan Hiburan Terbaik : ABP 2009 (TV9)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama : Isma Yusoof (Antara Garisan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Fazura (Pisau Cukur)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)

Rancangan Bual Bicara Terbaik : Isu Khas Palestin Gaza Kami Bersamamu (RTM)

Laporan Khas/ Berita Terbaik : Aduan Rakyat (TV3)

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik : Epik Satu Ketika Laskar Senoi (Astro)

Videografi Terbaik : Datang Bulan (Astro)

tahniah

Penerima Anugerah Yasmin Ahmad ( Shaheizy Sam) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Norkhiriah)

 

Pelakon Wanita Terbaik Filem : Sharifah Amani (Muallaf)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Bront Palarae (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik Drama : Nor Khiriah (Antara Garisan)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama : Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pengarah Terbaik Filem : Yasmin Ahmad (Muallaf)

Pengarah Drama Terbaik : Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

Rancangan Muzikal Terbaik : AJL 24 (TV3)

Anugerah Khas Juri : Shaheizy Sam

Drama Rantai Terbaik : Nur Kasih (TV3)

Filem Terbaik : Muallaf

Drama Terbaik : Antara Garisan (Astro)

 

Tahniah kepada semua pemenang…kalau nak tau ulasan DeQdEq tentang Shaheizy Sam dan Norkhiriah, >>>> TEKAN SINI

Sebagai peminat drama Melayu, DeQdEq memang dah agak kemenangan ke atas drama Antara Garisan dan juga Isma Yusoof selaku pelakon pembantu terbaik drama dalam Antara Garisan nih….memang DeQdEq boleh ingat lagi lakonan Isma Yusoof tu, dia pegang watak syaitan kalau tak silap DeQdEq….drama nih pun mamang best sangat.

 

P/S: Penggunaan gambar-gambar artis mcm nih, yang tak menutup aurat mungkin menyebabkan kita berdosa tanpa kita sedari. Jadi, lepas nih, DeQdEq mgkn kurangkan penggunaan gambar yang tak menutup aurat, sebab hukumnya kita juga turut berdosa. Untuk ketahui lebih tentang hukum-hukumnya, korang TENGOK SINI.

Friday, 24 December 2010

Tamat sudah Anugerah Skrin 2010….dan selesai juga pengembaraan DeQdEq mencari harta karun Abang Ben

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Skrin 2010…DeQdEq nak ucapkan tahniah kepada Makcik deQdEq sendiri selaku penerbit di RTM sbb menang utk kategori Laporan Khas GAZA….

Tak lupa juga, kepada Norkhiriah…DeQdEq mmg suka sangat dengan Norkhiriah ni…lakonan dia mmg best….mcm baru nih dalam cerita Seribu Kali Cinta, Norkhiriah bawa watak Peah…kelakar betul..pandai dia menjiwai watak tu…

Juga kepada Abg Shaheizy Sam yang menerima Anugerah Yasmin Ahmad….saper yg tak tau DeQdEq ber’tweet’ dengan Shaheizy Sam…kalau tak caya….korang tengok SINI

tahniah

Habis jer Anugerah Skrin 2010, maka tamat la juga pengembaraan DeQdEq dalam mencari harta karun Abg Ben….tak tau la mcm mana, betul ke tak jawapan yang DeQdEq bagi tu…penat tu…dari petang tadi lagi DeQdEq mulakan pengembaraan….ada la dalam 7 jam juga mengembara nak cari jawapan semuanya…soalan no 2 la yang buat DeQdEq pening sebenarnya….soalan no 5 pun sama gak, nak agak berapa yang msk segmen nih….aduh…pening-pening…Kalau nak tengok hasil pengembaraan deQDEq….tengok SINI

Harap-harap ada harapan menang yer Abg Ben…hehehhe…

Anugerah Skrin 2010 vs 200 blog mencari harta karun

Malam ni akan berlangsung 2 acara hebat iaitu Anugerah Skrin 2010 yang akan diacarakan oleh Awal Ashaari & Vanidah Imran di TV 3.

anu skrin

Dan juga acara 200 Blog Mencari Harta Karun yang akan diacarakan oleh Ben Ashaari di alam maya…heheheh

ben header

Kedua-dua acara memang pasti mendapat sambutan hangat pada malam nih. Sama-sama kita saksikan dan nantikan pemenang-pemenang bagi kedua-dua acara yang gah ini.

Monday, 20 December 2010

Dakwah Muharram, Iman Dunia…Ustaz Rock…ok ker? kalau ustazah rock plak…mcm mana?

DeQdEq penah share pasal drama sempena Awal Muharram lepas…drama lakonan Aqasha tu….drama bertajuk Dakwah Muharram…nak tau…bolehla >>> TEKAN SINI. Ramai betul yang minat pasal drama nih….rasanya minat diorang nih sama mcm DeQdEq sebab nk cari lagu yang bertajuk ‘Iman Dunia’ tu…sedap sgt alunan lagu tu…mmg sedap dan indah senikata dan susunan lagunya…jadi DeQdEq mencuba tuk mencari lagu tu…..TENGOK SINI. Kalau tgk pada statistic, key word yang menyebab ramai yang singgah blog DeQdEq ni antaranya ialah Iman Dunia dan Dakwah Muharram la…sbb mereka semua pun sama mcm DeQdEq dok mencari-cari lagi lagu Iman Dunia…mcm mana nak dpt nih…

Dlm kalangan pengunjung blog DeQdEq, ada seorang insan meninggalkan komen berbunyi:

dakwah muharam

Al-Farabi band…siapa tu? mereka penyanyi asal Iman Dunia ke…jadi DeQdEq pun mula search pasal Al-Farabi band nih…tp tak jumpa pun lagu Iman Dunia tu….Apa yang DeQdEq jumpa adalah pasal Al-Farabi band…bila baca pasal diorang agak terkejut juga….korang teruskan membaca ok…

Inilah Al-Farabi Band

Al-Farabi Band dianggotai oleh Mohd Nazri Alias, 37, selaku vokalis dan pemain gitar 1, Fazrina Ghazali, 36, (gitar 2), Ahmad Nasie Mohd Nawawi, 24, (vokalis), Mohd Shuhaimi Elias, 23, (dram), Abdul Razaque Samuel Fakhr Dzukifli, 20, (keyboard 1), Mohd Akmaluddin Mat Zawawi, 21, (keyboard 2) dan Mohd Nizam Alias, 42, (bass), mereka bekerja satu bumbung di syarikat multimedia, To Create Sdn Bhd, melainkan Mohd Nizam, seorang jurutera syarikat swasta lain.

Cukup mengagumkan apabila satu-satunya bunga dalam Al-Farabi Band, Fazrina atau Rina, berimej tudung litup tetapi mahir bermain gitar. Rina adalah isteri kepada ketua kumpulannya, Mohd Nazri.

Mohd Nazri berkata, awalnya mereka bermain muzik hanya suka-suka. Mereka merakamkan aktiviti yang dilakukan dan menyiarkannya di internet. Tanpa disangka, muzik yang dihasilkan mendapat perhatian ramai pelayar internet. Untuk mengetahui lebih lanjut pasal mereka >>> TENGOK SINI 

Kulit album Al-Farabi Band

Emmm….apa pendapat korang…ok tak klu ustaz dan ustazah rock mcm nih…hehheheh…DeQdEq x pandai nak komen dari sudut agama kerana ilmu masih cetek. Tp apa yang DeQdEq tgk dari band nih, it’s quite cool beb….ye la, dengan imej yang berserban mcm nih tapi boleh bermain alat muzik sehebat band-band lain….silap hari bulan kumpulan Hujan,Bunkface pun bleh kalah dgn diorang nih…yang lagi sempoi ada wanita juga dlm band ni dengan bertudung litup ok…boleh bermain gitar…

Kalau dengan imej mcm nih mesti org kata pegi masjid je la…buat apa nak gig, jamming semua nih…hahahha…apa2 pun mcm yang pernah DeQdEq suarakan, apakah boleh pendekatan seperti ini dilakukan demi menyampaikan dakwah pada anak-anak muda seperti yang telah digarap oleh Erma Fatima dalam drama Dakwah Muharram….cerita nya KAT SINI

Sunday, 19 December 2010

Terima kasih Ben Ashaari..selepas tweeter, kini di blog DeQdEq, lepas ni bertemu kita di Facebook plak yer…

Beberapa hari lepas ada terbaca blog kawan DeQdEq, cik lekit yang Ben Ashaari dah jadi follower kat blog melekik….bila baca, katanya Ben Ashaari ada buat segmen tuk sapa yang nak Ben Ashaari jadi follower kat blog….tapi DeQdEq terlepas sudah…jadi perasaan cemburu ada gak menjelma di hati…heheh..ye la, siapa yang tak rasa seronok, tak rasa best bila blogger hebat mcm Ben Ashaari datang ke blog kita dan menjadi follower plak tu….kalau nak baca entry blog melekik >>>> TENGOK SINI

Tapi hati DeQdEq yang terkecil tu terubat juga bila tengok di tweeter DeQdEq Abg Ben Ashaari jadi follower DeQdEq…kalau korang nak tengok buktinya korang leh tengok entry DeQdEq sebelum ni >>>> PICIT SINI

Menambah lagi rasa gembira dan seronok bila Abang Ben Ashaari komen pada entry DeQdEq ni….pastu menjadi follower DeQdEq yang ke-208…mmg terharu sangat-sangat…terima kasih Ben Ashaari….patutla ramai yang suka Ben Ashaari….tak sombong walau dah popular…macam juga Shaheizy Sam…hehehe…nak tau pasal Shaheizy Sam >>>> KETUK KAT SINI

ben follow Ben Ashaari singgah ke blog DeQdEq dan menjadi follower ke-208…terima kasih Abg Ben

ben komen Ini plak komen yang ditinggalkan dr Abang Ben…wlu pun singkat, tp cukup meninggalkan kesan pada DeQdEq…hhehe..tak tido malam la nampaknya…..

Shaheizy Sam, Ben Ashaari, cikepal,admiralhafiz dan DeQdEq @Tweeter

Apa hal plak la DeQdEq dengan semua nama-nama hebat dan popular nih…hehheeh..Tak ada apa la sangat…cuma DeQdEq seronok ber’tweet’ semalam…best sgt2 sbb org yang glamour dan popular boleh balas tweet DeQdEq…..Tapi yang paling DeQdEq x sangka Abang Ben Ashaari sudi menjadi follower kt tweeter ni….padahal sebelum tu ramai gak blogger yang share dlm blog Ben Ashaari dah jadi follower diorang….DeQdEq jeles tau…hehehhe…tapi terubat la juga sebab Ben Ashaari follow kat tweeter…jadila kan….sebab boleh la dpt aura dari orang-orang hebat ni…

ben ashaari 

Ben Ashaari jadi follower yang ke-88

image 

Tweet dari @cikepal

image

Ni antara permulaan tweet antara DeQdEq, cikepal, admiralhafiz dan Shaheizy Sam

image

Kata-kata semangat @admiralhafiz pada @cikepal utk terus mengayat @Shaheizy_Sam

image

Inilah balasan tweet dari @Shaheizy_Sam…..tak tido malam DeQdEq semalam hehehhe…tima kasih Shaheizy Sam….baik betul sebab balas tweet DeQdEq….Shaheizy Sam tak sombong ok….beliau cuba sedaya upaya nak membalas semua tweet dari peminat ok…

Saturday, 18 December 2010

Semoga rumahtangga Jimmy Shanley dapat diselamatkan

Rasanya masih baru lagi perkahwinan Jimmy yang terkenal sbg hos Trek Selebriti di Astro Ria. Bahtera baru dibina, tapi sudah tidak tahan dengan gelora yang datang. Tapi, kita tak tau apa sebenarnya yang berlaku dalam kehidupan pasangan ni kan..jadi kita tak leh la nak kata apa-apa. Cuma DeQdEq harap sangat perkahwinan Jimmy ni dapat diselamatkan….

Sebab punca masalah ni pun adalah dari hasutan orang….biasala manusia ni tak leh nak tengok orang senang, mst ada perasaan hasad dan dengki….mmg orang mcm ni tak bleh dibuat kawan…tengok la apa terjadi pada perkahwinan Jimmy dan isterinya. Mereka dah tak tinggal sebumbung sebabnya ada pihak yang menghasut isteri Jimmy dengan mengatakan Jimmy hanya ingin mengambil kesempatan ke atas keluarga isterinya yang merupakan jutawan kosmetik…ntah la kan…tp sebagai isteri, sepatutnya kena lebih percayakan suami dari oarang luar..betul tak? DeQdEq masih belum punya suami…tapi rasanya itu la sepatutnya….dlm perkahwinan perlu ada kepercayaan dan tolak ansur….

Untuk membaca berita lanjut, KLIK SINI