Friday 31 December 2010

Tahun 2010: SUKA atau DUKA

Tinggal beberapa jam saja lagi Tahun 2010 akan melabuhkan tirai. Seterusnya Tahun 2011 akan menjelma. Begitulah juga setiap tahun, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.

Masa berganti masa, umur semakin meningkat. Amalan dan bekalan belum mencukupi andai diri ini dijemput mengadap ILAHI.

Bagaimana dengan Tahun 2010 korang? Best ke tak best. Seronok ke tak seronok. Suka atau duka?

gembira dan sedih Yang mana satu korang…yang tersenyum lebar tu atau yang dok tengah menangis macam DeQdEq….

 

Tahun 2010 bagi DeQdEq bukanlah sesuatu yang menggembirakan buat DeQdEq. Seawal dari bulan Januari lagi, banyak hal yang menguji kesabaran DeQdEq. Banyak isu dan konflik melanda diri DeQdEq. Sehinggakan diri DeQdEq berkata, biarlah semua impian dan cita-cita aku berkubur sahaja. Asalkan diri orang lain senang dan bahagia dengan kesedihan diri DeQdEq.

DeQdEq tak punya kuasa untuk bersuara. Mereka lebih hebat dan kuat untuk berkata-kata dan menentukan nasib hidup DeQdEq. Disebabkan itulah DeQdEq seperti pasrah dengan segala apa yang menimpa diri dan nasib DeQdEq.

Tapi, alhamdulillah suatu semangat muncul bila 4 bulan bagaikan bulan kesedihan di hati DeQdEq, setelah 4 bulan tersebut, DeQdEq nekad untuk teruskan impian dan cita-cita DeQdEq. Biarlah susah macam mana sekalipun, biar perlu menyekat perut nih dari makan yang sedap-sedap, DeQdEq sanggup.

Jika sebelum ni, hidup sebagai anak perempuan tunggal dan bongsu, semua mengatakan hidup DeQdEq mewah dan senang. Memang DeQdEq akui…yelah, nak apa pun pasti dapat.

Tapi, disebabkan jalan yang DeQdEq pilih nih tak begitu disukai….jadi DeQdEq perlu berkorban segala-galanya…Biarlah kena hidup susah pun, DeQdEq sanggup. DeQdEq terima ni semua sebagai cabaran. Susah macam mana pun, tak akan ada orang yang sudi membantu lagi. Semua tu tak menggugat sedikit pun cita-cita DeQdEq. Biarlah susah dan senang lepas nih DeQdEq yang akan tanggung sendiri.

Perjalanan hari-hari di Tahun 2010 tak semudah yang disangka. Ujian dan dugaan terlalu banyak yang datang. DeQdEq masih gagal untuk mengatasi semua dugaan yang datang.

DeQdEq nak tersenyum gembira macam nih selalu…..bahagia jer rasanya kalau macam ni.

Dengan hadirnya Tahun Baru 2011 dan Maal Hijrah yang sebulan lebih awal berlalu….DeQdEq tekadkan hati dan kuatkan semangat untuk memukul semua ombak kesedihan dan kesuraman yang pernah hadir dalam hidup DeQdEq sebelum nih. Hanya senyuman kegembiraan yang akan melengkapi hari-hari DeQdEq selepas nih…amin…

Walau apa pun yang melanda….suka atau duka terletak pada diri kita sendiri…Jangan bersedih terlalu lama kerana ianya hanya akan merosakkan hari-hari bahagia kita. Pilihlah untuk hidup gembira.

Semoga hari-hari mendatang di Tahun 2011 memberi sinar baru pada kehidupan DeQdEq dan juga semua..insyaAllah.

No comments: