Monday 27 December 2010

Sakit mata tak leh nak mengadap laptop lama-lama….Jom layan TIRAMISU @ TV3 slot Akasia

Bila dah sakit mata nih….nak mengadap laptop lama2 pun tak terdaya…ari nih…byk masa tido jer…huhuhuh…

Bila dah tak leh mengadap laptop…jom kita mengadap TV plak..hhehe..jap lagi nak layan citer baru yang ganti Seribu Kali Cinta…TIRAMISU…macam best ja tgk iklan dia…ye la pelakon pun mantap juga, Pierre Andre dan Sharifah Amani yang baru-baru ni menang Anugerah Skrin 2010 katehori Pelakon Wanita Terbaik Filem >>>> TENGOK SINI

Drama romantis komedi bersiri terbaru berjudul Tiramisu bakal ditayangkan pada 27 Disember 2010 (hari ni la) ini bagi menggantikan drama Seribu Kali Cinta melalui Slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama ini diterbitkan oleh Kabir Bhatia, Mira Mustafa dan Francis Foo.

Pelakon-pelakon yang membintangi drama Tiramisu ini ialah Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik). Pastinya ramai yang tidak sabar menanti untuk melihat lakonan adik Mia Sara yang pernah berlakon sebagai watak Amani dalam drama Adamaya sebelum ini.

 

Sinopsis Tiramisu

TIRAMISU mengisahkan Melur (Sharifah Amani) dan Dani (Pierre Andre) yang telah berkawan rapat semasa belajar di sekolah terpaksa berpisah apabila Dani memilih untuk menyambung belajar di luar negara.

Mereka berjanji bahawa sekiranya masih bujang pada usia 28 tahun, mereka akan berkahwin. Melur dan Dani berhubung menerusi emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing. Namun, takdir telah menemukan semula Melur dan Dani. Masih adakah perasaan cinta dalam hati mereka?

Credit to: Ezany Kun

 

Tengok pengarah dah boleh rasa citer nih mesti best…ye la pengarah yang sama dengan Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2010…drama Nur Kasih…

Sapa yang tak tau drama Nur Kasih kan…semua pun mesti layan citer Nur Kasih…sampaikan Jumaat jer mesti semua nak balik umah cepat2 dan tak keluar malam sebab nak tengok Nur Kasih

No comments: