Tuesday 28 December 2010

Bertuah sungguh DeQdEq rasa hari ni…dari tiket wayang Nuffnang bagi, award dan sekarang dapat header baru dari Cik Lekit yang cute mute

Tak tau macam mana nak gambarkan lagi perasaan DeQdEq hari nih….gembira rasanya…walaupun sakit mata nih masih berbaki…belum lega sepenuhnya…tapi byk perkara yang buat DeQdEq rasa gembira sangat.

Nak tahu tak kenapa? Pertamanya, petang tadi DeQdEq dapat email dari Nuffnang, DeQdEq dijemput untuk menonton Tayangan Perdana – Season of The Witch. Nak tau macam mana DeQdEq leh dapat tiket nih….ringankan tangan PICIT SINI

Keduanya, DeQdEq dapat award dari Pupel Liyana…boleh TENGOK SINI

Ketiganya plak….DeQdEq dapat header baru dari kawan baik dan yang paling awal di duni blog nih iaitu Cik Lekit…kalau nak tau, header yang sekarang ni pun Cik Lekit yang buatkan dan hadiahkan pada DeQdEq…kalau tak caya boleh TENGOK SINI

Terharu sangat2 dengan keprihatinan Cik Lekit pada blog DeQdEq nih, Cik Lekit tau yang DeQdEq tak pandai lagi buat header….sebab tu la Cik Lekit hadiahkan header baru kat DeQdEq sbb DeQdEq merupakan Top 1 commentator kat Blog Melekit.

Jom la kita tengok header istimewa hadiah dari Cik Lekit…header nih cantik kan….cuma muka DeQdEq jer tak cantik.hehheeh…tak kisah la tu..orang nak tengok blog DeQdEq, bukan nak tengok DeQdEq.

 

Tak cukup dengan header ni, Cik Lekit siap puji-puji DeQdEq plak..hehehe…terkembang dah bontot nih sebab kena puji..hehhehe…tengok la apa yang Cik Lekit tulis..

cik lekit KLIK untuk besarkan imej

 

Memang sebenarnya, Blog Melekit nih selalu menjadi rujukan DeQdEq dari segi penulisan. Sebabnya cara penulisan Cik Lekit nih pada DeQdEq macam lain dari yang lain.

Kalau Akak Lekit DeQdEq nih cuba kupas kupis sesuatu topik tu, yang tak menarik pun boleh jadi menarik….percaya la cakap deQdEq…antara entry yang best dikupas kupis oleh Akak Lekit ialah  “TAJUK ENTRI ANDA GIMIK ATAU MENIPU?”

Blog melekit ni juga adalag blog wajib yang mesti DeQdEq singgah setiap hari sebabnya, ada jer topik best yang akan dikupas kupis…Selain dari tu, banyak benda yang DeQdEq banyak belajar dengan Akak Lekit nih…

Memang rasa bertuah sangat dpt jumpa Akak Lekit ku sorang ni…Lurve you kak lekit…muaahhs

Terima kasih sebab bagi header baru nih…DeQdEq suka…akak pun macam tau jer DeQdEq mmg memilih warna oren sebagai tema dan warna yang sesuai dengan DeQdEq….

No comments: