Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Wednesday, 12 January 2011

Segmen DeQdEq macam mana | Nak buat new page untuk blog (selain home page)

Entry nih DeQdEq buat khas sempena nak menjawab pertanyaan adik manis yang seorang nih iaitu Tasha. Tasha ada tanya kat DeQdEq macam mana nak buat pages pasal AWARDS dan Jejak Mu, Jejak Ku macam contoh kat bawah ni.

tasha 4 

Jadi kalau nak membalas kat komen macam susah sikit kan…jadi DeQdEq buat la entry khas macam ni untuk Tasha. Harap dapat membantu Tasha yer.

Step 1:

Untuk membuat page macam ni, mula-mula Tasha gi ke dashboard dan pilih la edit posts.

tasha

Step 2:

Kemudian, Tasha leh lik pada edit page yer mcm yang DeQdEq tunjuk dalam gambar kat bawah ni.

tasha 1

Step 3:

Tasha boleh tengok kat bawah ni DeQdEq ada 2 page iaitu Jejak Mu, Jejak Ku dan juga AWARDS kan…macam Tasha sebab tak ada page lain…maksudnya masih kosong la….jadi Tasha klik pada new page.

tasha 2

 

Step 4:

Bila dah klik pada New Page, akan keluar la ruangan seperti di bawah ini. Tasha bolehla tulis tajuk page yang Tasha nak dan mulalah tulis entry berkenaan dan juga masukkan gambar apa sekalipun sama macam kita tulis entry kita.

tasha 3 

Step 5:

Bila dah selesai, Tasha bleh jer lik Publish Now.

 

Bila dah publish, page asal secara automatik akan menjadi HOME PAGE, dan akan bertambah lagi satu page mengikut apa yang Tasha create nanti….

 

Kalau rasa nak edit plak….Tasha ikut je step 1 sampai 3….pastu klik edit pada page mana yang Tasha nak edit. Contoh macam kat bawah nih: Klik ‘edit’ pada AWARDS utk edit atau tambah awards

tasha 5

Itu sahaja….harap dapat membantu Tasha yer….kalau ada apa-apa yang Tasha tak faham tanyala nnt yer….Semoga entry nih dapat memberi maklumat pada blogger lain juga terutamanya blogger baru.

 

Sekian dari DeQdEq…semoga ilmu ni bermanfaat untuk kita semua….

Friday, 7 January 2011

Segmen DeQdEq macam mana | Komen kat blog DeQdEq ni

Memandangkan ramai juga yang tinggalkan komen kat shout box DeQdEq kata diorang tak leh nak komen kat entry, ada yang tanya blog DeQdEq memang tak ada comment box ker? Dan banyak lagi soalan yang merujuk tak boleh nak komen.

Jadi, DeQdEq nak mengwar-warkan pada semua pengunjung blog DeQdEq cara-cara untuk komen di blog DeQdEq ni dengan menggunakan aplikasi Disqus. DeQdEq copy entry ni sejibik dari ASROL MANIA.

Blog Asrol Mania ni merupakan rujukan DeQdEq juga di awal penglibatan DeQdEq dalam dunia blog ni. Jadi, dengan izin Asrol, DeQdEq nak share cara-cara untuk komen di blog DeQdEq ni menggunakan entry tulisan Asrol sepenuhnya.

Perhatian kepada yang mengalami servis internet yang sangat lah lembap…kota komen Disqus nih akan lambat muncul sebenarnya…sebab nak kena loading dulu.

 

Sekilas Pandang

Tak tahu macam mana nak komen

Tak da back link

Pertanyaan tergantung

Kat atas ni problem ruang komen Asrol Mania

____________________________

Ada yang cakap

"Weh aku takleh komen blog ko"

"Aku tak tau macam mana nak komen kat blog ko nih"

"Ko pakai application lain kan?"

____________________________

Ada yang komen

Tak letak url

Susah la Asrol nak track back blog diorang

Kawan-kawan lain pon susah nak track link

_____________________________

Ada yang menyoal

Tapi dia terus senyap

Sebabnya dia tak subscribe emel

Bila Asrol reply, dia tak tau Asrol da jawab soklan dia

Okay

Da tau pe problem

Ya, Asrol Mania pakai aplikasi lain untuk komen

Aplikasi ni bagus

Tak macam ruang komen blogspot

Aplikasi ni memudahkan kita reply kepada yang lain

Pengunjung boleh login melalui Facebook

Berkongsi komen blog di Facebook

Jom kita zassss

__________________________________

Review Disqus

Dalam review ni, Asrol nak ajar macam mana nak komen

Aplikasi Disqus sediakan beberapa cara login untuk komen

Cara paling mudah guna akaun Facebook

Tapi masalahnya susah la nak track back laman web/blog korang

So, Asrol cadangkan korang login guna akaun Disqus

___________________________________

Cara mudah Register Disqus

Klik button Disqus

Popup ni akan kuar

Klik pada Don't have one? Register a new profile

Masukkan email, username, password

Klik Register

Korang dah pun login dan sudah boleh komen

Mudah kan?

Tapi belum cukup

Asrol tak leh nak track back blog korang

Masukkan maklumat blog korang

Klik pada edit profile

Masukkan maklumat profil korang

Korang juga di alu-alukan masukkan image korang

Edit Thumbnail

Korang boleh set up komen korang yang akan di share ke dalam laman sosial lain

Yang ni jugak penting

Kalau korang soal menyoal Asrol Mania atau pengunjung lain

Selepas diorang reply, notification mail akan dihantar pada korang

Lagi mudah kalau korang buat macam Asrol

Buka Hotmail Guna Outlook | Open Hotmail Using Outlook

Yang ni pon by default da ok da..

Abaikan pon takpe

_________________________________

Lain-lain fungsi

Kat sini korang boleh nampak fungsi Like macam Facebook

Kalau nak lebih update tentang komen post ni

Korang boleh klik button Subscribe by mail

Asrol suke subscribe by mail lepas Asrol komen kat blog orang

So, Asrol leh tau owner tu komen apa balik kat Asrol

Asrol pon leh tau pengunjung lain komen apa

Dapat la info lebih sikit

Lepastu, bila post tu da lama sikit

Atau ada komen yang da tak berkaitan Asrol

Asrol unsubscribe balik la

Yang ni rupa reply pada komen

Kan mudah tu nak tengok orang komen pe pada komen kita

Korang boleh modify balik komen korang

Bila korang hover mouse pada komen

Korang akan nampak link Moderate | Flag

Klik button Moderate

Sekarang, korang da boleh edit komen korang

Semua ni lebih mudah dari biasa

Tak payah masuk code verifier pon

Pon tak payah tinggalkan Back Link sebab link mudah di klik pada nama

Ok.. Itu saja.. Terima kasih sudi komen..

Tuesday, 28 December 2010

Segmen DeQdEq macam mana | Nak buat banner-banner tu bergerak

Ni juga la soalan yang muncul di kepala DeQdEq bila tengok kt blog lain, ada buat widget bergerak-gerak dalam kotak kat side bar..jadi DeQdEq ingin berkongsi ilmu dengan kawan-kawan yang bertanya DeQdEq.

Harap-harap DeQdEq dapat membantu Miela dan juga Bee.

Contoh macam yang DeQdEq buat dekat blog DeQdEq untuk iklan Churp Churp dan juga kotak Contest & Giveway. Menarik sebab dia bergerak-gerak.

Tapi apa yang lagi DeQdEq suka boleh jimatkan ruang kat sidebar….tul tak?

widget gerakOkey, kali nih DeQdEq akan kongsikan caranya juga….sebelum tu DeQdEq nak bagi credit pada Cheqppjoy, sebab inilah ckgu yang mengajar DeQdEq

Mula-mula:

1. Dashboard-> Design -> Add a Widget -> HTML/Javascript

2. lepas 2 paste coding kat bawah ni

_____________________________________________

*<marquee direction="up" onmouseover="this.stop()" width="200"scrollamount="4" onmouseout="this.start()" height="250"align="center">

# letakkan code banner dekat sini-


</marquee></center>

____________________________________________

Mark:

* marquee direction = "up" : arah pergerakan banner..nak ke bawah atau ke atas
* width = "200" : lebar kotak marque yang korang nak..
* scrollamount = "4" : kelajuan pergerakan..lagi besar nilai lagi laju..
* height = "250" : tinggi kotak marque yang korang nak..

 

# Contoh code banner

(code banner nih yang perlu letak antara coding kat atas tadi yang berwarna purple, kalau ada 5 banner, pastikan ada 5 code banner, cuma ubahkan “blog url” dan “ banner url”)

_______________________

<a
target="_blank" href="blog url"><img border="0" width="175" height="175" src="banner url" /></a>

_______________________

Penerangan:

blog url : paste blog url (contohnya, klu blog yang anjurkan contest, letakkan url blog penganjur contest tu)

contoh: http://diyanayaccob-deqdeq.blogspot.com/

banner url : paste banner url ( contohnya contest yang korang msk ada banner, copy url image banner tu dan tampalkan di “banner url”)

contoh:https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijiSqXPywVqrvVM0_TcQiz7y1megZ-p2iBM3Nox9U6a4CY7vq21xWmYoWD6pkICaprvrgmwP6MavT1xPyZQ0sX42xFLPI3pU8d99iSZ9pEQEvAo0uzJ-2lDtE3rSfvoxDYpmKR8GscQt7t/s1600-r/deqdeq+new 2Bheader3.png

lepas 2 boleh la SAVE..

Kalau ada yang tak faham, boleh la tanya yer..

 

Untuk dapatkan lebih banyak tutorial..silalah ke blog Cheqppjoy >>>> TEKAN SINI