Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts
Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts

Friday, 11 February 2011

BEN ASHAARI TANYA .. 1TUBE.MY

header ben

Pertamanya. DeQdEq nak komen pasal VBLOG BEN ASHAARI yang pertama, DeQdEq dah pun komen di 1tube petang tadi….alih2 abg ben buat segmen ni plak.

 

Jadi, DeQdEq akan komen perkara yang sama cuma lebih panjang…

Pada pendapat DeQdEq, DeQdEq lebih suka membaca hasil tulisan abang ben di blog dari menonton vblog ni.rasa cam bosan sikit tengok video ni...maaf abang ben. Mungkin sebab suara yang tak berapa jelas dan intonasi penyampaian abang ben kurang menarik walaupun isinya ada.

DeQdEq memang buka Vblog abang Ben ni sambil tengok Facebook, sebab macam tak menarik sangat nak tengok…tapi nak dengar apa yang Abang Ben cakap…

 

Bila di minit yang 3.48, bila dengar muzik, baru DeQdEq tengok balik…bila ditayangkan video abang ben dan yang lain tengah workout diiringi muzik,lebih menarik. Sebabnya, bila menonton video, kita mengharapkan sesuatu yang menarik untuk ditonton. Macam tonton video orang kahwin sekarang nih..hehehe..kan best2, dengan muzik pelbagai.

Jadi, mungkin untuk menambahbaik dan menjadikan VBlog abang Ben lebih menarik, mungkin Abang Ben boleh selitkan tulisan yang keluar sekali sekala untuk highlight kan isi-isi penting…beserta muzik menarik dan juga cara bercakap yang penuh intonasi dan lontaran vokal yang lebih jelas dan menarik

 

Bukan apa, dalam blog, abang ben boleh sampaikan dengan begitu menarik sekali, bahasa kiasan abang ben guna plak sangat menarik..memang deqdeq suka sangat baca tulisan abang ben.pasal vblog ni, mungkin sebab percubaan pertama kan..jadi banyak lagi boleh ditambah dan diperbaiki lepas ni...

Fuhhh…panjang lebar plak DeQdEq komen…apa2 pun ini cuma pendapat DeQdEq….mungkin baik dan mungkin juga tak baik….

 

Tentang www.1TUBE.MY pula, pada DeQdEq senang dan mudah untuk mendaftarkan diri. Tak tau sangat nak komen apa untuk 1TUBE nih…sebab deqdeq pun tak pandai sangat.

 

Jika diberi pilihan, memang DeQdEq teringin juga nak terlibat dalam pembikinan VBlog macam nih…sebab bila guna video, kita kena jadi lebih kreatif dan menarik.

 

 

Sunday, 6 February 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

 

JOM GEGAR 1,000 BLOG BERSAMA BEN ASHAARI…..

Abang Ben nak buat kerja gila lagi nih…jom ramai-ramai kita join kerja gila nih..heheheheh

Berminat….KLIK SINI

header ben

 

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

 

 

DeQdEq sayang Ben Ashaari…

 

Ayat mesti power kan…hehehe…apsal plak nak sayang-sayang suami orang nih…dah angau atau dah gila bayang ke?huhuhuhu..tak ada lah…

Semua orang pun tau Ben Ashaari adalah suami orang termasuk la diri DeQdEq…DeQdEq bukannya nak mengayat Abang Ben okey…

Sebenarnya DeQdEq nak ucap terima kasih yang tak terhingga pada Abang Ben..sebab Abang Ben sememangnya tak sombong langsung…dah la segmen yang abang ben buat semuanya membantu dan menggabungkan kita sebagai blogger.

Memang semangat Abang Ben ni lain dan memang menjadi contoh kepada ramai blogger…Tak tahu la nak cakap macam mana lagi…kang puji lebih-lebih orang kata DeQdEq bodek plak..hehehehe…

 

header ben http://www.benashaari.com/

 

Apa-apa pun…DeQdEq nak ucapkan terima kasih kepada Ben Ashaari yang sudi selitkan promosi untuk Contest 5-5-5 oleh DeQdEq.

Memang DeQdEq minta Abg Ben tolong promo skit…ternyata Abang Ben blogger yang baik..tak sombong walau dirinya sering dianggap popular dan hebat dalam dunia blog nih.

Abang Ben dah promo semalam kat ENTRI ni.

 

TERIMA KASIH BEN ASHAARI

 

Kepada yang berminat untuk join Contest 5-5-5 oleh DeQdEq….boleh KLIK SINI

Hadiah menarik menanti 5 orang pemenang

Friday, 4 February 2011

Terujanya…JEJAI singgah blog DeQdEq

 

Seronok rasanya hari ni…ini mesti sebab dah mulakan hari dengan senyuman. Jadi, DeQdEq dah menarik semua aura positif datang pada DeQdEq…heheheh

Tengah sibuk dengan persiapan untuk pelancaran Contest 5-5-5 nih, tiba-tiba DeQdEq terima komen dari seorang lagi blogger BEST…

Nak tengok komen tu dekat ENTRI ini.

 

Selalunya DeQdEq tengok blogger nih dalam blog Eyriqazz…blogger ni memang kegemaran Eyriqazz untuk dikutuk, di puji dan di kenakan…hehehehe…

Siapa lagi kalau bukan BRO JEJAI….JEJAI singgah blog DeQdEq tu….memang teruja sangat nih….

 

Eyriqazz, DeQdEq pinjam lagi gambar dari Eyriqazz yer…

 

Dah la semalam Kak Ina KL pun singgah juga blog DeQdEq….siapa lagi? Kak Yan juga….Eyriqazz dan Ben Ashaari. Terima kasih yer sebab sudi singgah blog DeQdEq.

Rasa-rasanya bila plak Red Mummy nak singgah blog DeQdEq kan..hehehehe…

 

Walau apa pun, DeQdEq tak lupa juga blogger lain yang rajin dan selalu singgah blog DeQdEq ni. DeQdEq nak juga bagi kredit pada diorang semua ni. Mereka ialah:

 

Puan Bee, Sunah Suka Sakura, Sis Syira, Lekat Lekit Girl, Miela Tahril, Qeat, Tasha, aleasara

 

Azman Roslan, Mie, Ujang, Syafiq Sulaiman, Nazirul Hazwan, Myvitrd

 

Kepada yang tak tersenarai jangan kecil hati yer….DeQdEq tetap menghargai korang semua, mungkin nama korang DeQdEq belum dapat ingat lagi….Bila kita selalu berinteraksi, pasti DeQdEq akan ingat yer.

Terima kasih semua.

 

pssttt…..dah redeem ke TOKEN korang dari CELCOM….DeQdEq tengah tunggu nak redeem dan amik handphone baru la…kalau korang nak redeem juga, TENGOK SINI

 

Tuesday, 25 January 2011

yanmieonline singgah blog DeQdEq

 

Korang kenal tak Kak Yan atau blogger yanmieonline.com. Kak Yan ni kira terkenal dalam dunia bloh juga. Banyak tips dan info kita boleh dapat dari blog yanmieonline.

Mula-mula DeQdEq masuk blog kak yan ni, DeQdEq dah tertarik dengan header yanmieonline. Header dia ada gambar taman permainan. Cantik dan menarik, juga terus buat kita melekat dan ingat blog yanmieonline.

Hari ni rasa terharu sangat-sangat sebab kak yan sudi singgah blog DeQdEq dan siap tinggalkan komen lagi…

 

Bila DeQdEq komen di blog kak yan, kak yan akan balas…tu yang jadi lagi seronok…

Kalau sebelum ni Eyriqazz siap tegur dan komen lagi blog DeQdEq dan Ben Ashaari pula dah follow blog DeQdEq dan tinggalkan komen, follow tweeter dan berbalas tweet dengan DeQdEq, sekarang Kak Yan pula….best sangat…ye lah blogger hebat macam diorang semua ni masih sudi singgah blog DeQdEq yang biasa je.

Mereka memang hebat kan.

kak yan

Inilah header yanmieonline, menarik kan….jadi siapa yang belum kenal kak yan boleh la klik SINI

kak yan header

 

 

Monday, 24 January 2011

DeQdEq, BEN ASHAARI dan ELEE MARDIANA

Dalam kita meniti hari dengan penuh nikmat yang pemberian dari-Nya, kadang-kadang kita terlupa pada saudara kita yang susah dan juga menghadapi nasib malang.

Seperti adik Hairuman dan juga adik Mohd Shah yang mendapat nasib yang di luar jangkauan fikiran kita.

 

Adik Hairuman

Adik Mohd Shah

 

Jadi, sudi kiranya kita sama-sama menyahut kempen ini dan membantu kedua-dua adik kita ini.

Caranya mudah…KLIK sahaja kat SINI

 

 

Wednesday, 19 January 2011

Segmen BA: Jom Gegar Blog

ben header

Dah lama tak join segmen Abang Ben nih…tadi bila singgah blog Shah di Shahazrin.com….tengok shah join segmen BA…apa lagi DeQdEq pun nak join juga la…

Pada korang yang nak join juga >>> KLIK SINI

Wednesday, 12 January 2011

SEGMEN MADAH PUJANGGA

Ingin mencuba untuk bermadah la malam nih…bukan apa….dah Abang Ben buat segmen ni kan…apa lagi jom join ramai-ramai….

BEN ASHAARI

 

Apa yang nak dimadahkan yer…berpandukan gambar di bawah ini…DeQdEq nak mencuba nasib berkarya…heheheh….

 

image

 

Menyusuri tepian sungai yang mengalir lesu, air yang dulunya jernih kini sudah hilang serinya…andai waktu dulu ku dapat melihat anak-anak ikan bermain dengan lincahnya…namun kini, jika ku tenung sedalam-dalamnya….mata ini masih tidak dapat menembusi warna air yang kian keruh.

Namun, syukur pada-Nya kerana hutan dan denai masih kukuh dan setia mempertahankan pemandangan yang indah dengan warna hijau yang bisa menenangkan jiwa dan mengurangkan tekanan.

Janganla kita mengkufuri segala nikmat yang diberikan…jagalah dan belailah semua ciptaan yang sangat indah ini agar bumi ini masih boleh kekal lebih lama.

Friday, 7 January 2011

Segmen BA: Mereka Kata

BEN ASHAARI

Segmen Ben Ashaari pertama di tahun 2011 nih…Macam biasa tak nak lepaskan peluang join segmen BA nih…Kali ni mudah je nak kena tulis kata-kata aluan untuk anda semua pengunjung di blog DeQdEq nih.

Kepada anda yang sudi singgah dan luangkan masa ke blog DeQdEq ni tak kira waktu pagi petang, siang malam, berembun, berhujan atau berpanas…Terima kasih yang tak terhingga DeQdEq ucapkan kepada kalian semua.

Tanpa kehadiran kalian ke blog DeQdEq, blog  ^_^penawar rindu, pengubat jiwa ^_^  ini tak akan bermakna.

Semoga kalian seronok dan senang untuk singgah lagi ke blog DeQdEq ni yer….bila datang jangan plak lupa bawa buah tangan…salam perkenalan, salam persaudaraan dari DeQdEq…sayang kamu, sayang semua….

Melalui blog ni DeQdEq dah dapat ramai kawan, jadi DeQdEq harap dapat terus meramaikan kenalan DeQdEq dan mengeratkan ukhwah sesama kita.

Selamat Tahun Baru 2011.

Tuesday, 28 December 2010

Segmen BA: 500 BLOG MENCARI HARTA KARUN | Soalan Bonus 2

BEN ASHAARI

DeQdEq hanya mampu join soalan bonus jer untuk 500 blog mencari harta karun ni…sebabnya semalam tak dapat nak tenung lama2 laptop..sbb sakit mata….

Untuk soalan bonus 2, DeQdEq nak menjawab setakat pukul 10 malam, penyertaan 500 BMHK SOALAN 2 yang diterima oleh BEN ASHAARI adalah 71

Hentam sajala labu…heheheh…saja suka-suka…

Sunday, 26 December 2010

Segmen BA: 500 blog

Hari nih seharian tak sempat nak buka laptop lagi…nih baru dapat mengadap laptop….harap-harap belum terlambat lagi DeQdEq nak join segmen 500 blog nih…

Kalau korang nak join juga…>>>> KLIK SINI

DeQdEq sebenarnya baru sebulan aktif menulis blog nih…alhamdulillah setakat sebulan ni, DeQdEq mendapat pengunjung yang boleh dibanggakan walaupun tak la sekencang mana…

Tapi DeQdEq tetap bersyukur atas sokongan semua, yang sudi singgah ke blog DeQdEq nih…tanpa korang semua, blog ni pasti hambar..

Tujuan DeQdEq menulis blog ni adalah untuk meluaskan rangkaian kenalan DeQdEq, juga ingin berjaya dikenali di ruang blog. Dan akhir sekali DeQdEq nak menggabungkan dunia kerja dan dunia blog ni…semoga impian ini akan tercapai..amin.

Friday, 24 December 2010

Tamat sudah Anugerah Skrin 2010….dan selesai juga pengembaraan DeQdEq mencari harta karun Abang Ben

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Skrin 2010…DeQdEq nak ucapkan tahniah kepada Makcik deQdEq sendiri selaku penerbit di RTM sbb menang utk kategori Laporan Khas GAZA….

Tak lupa juga, kepada Norkhiriah…DeQdEq mmg suka sangat dengan Norkhiriah ni…lakonan dia mmg best….mcm baru nih dalam cerita Seribu Kali Cinta, Norkhiriah bawa watak Peah…kelakar betul..pandai dia menjiwai watak tu…

Juga kepada Abg Shaheizy Sam yang menerima Anugerah Yasmin Ahmad….saper yg tak tau DeQdEq ber’tweet’ dengan Shaheizy Sam…kalau tak caya….korang tengok SINI

tahniah

Habis jer Anugerah Skrin 2010, maka tamat la juga pengembaraan DeQdEq dalam mencari harta karun Abg Ben….tak tau la mcm mana, betul ke tak jawapan yang DeQdEq bagi tu…penat tu…dari petang tadi lagi DeQdEq mulakan pengembaraan….ada la dalam 7 jam juga mengembara nak cari jawapan semuanya…soalan no 2 la yang buat DeQdEq pening sebenarnya….soalan no 5 pun sama gak, nak agak berapa yang msk segmen nih….aduh…pening-pening…Kalau nak tengok hasil pengembaraan deQDEq….tengok SINI

Harap-harap ada harapan menang yer Abg Ben…hehehhe…

200 blog mencari harta karun

Ni la segmen dari Abang Ben selepas mengumpulkan 200 blog…jenuh penat jalan-jalan ari ni…sakit mata dah nih..hehehhe ..harap-harap la betul yer…

 

BEN ASHAARI

 

SOALAN 1 :

misz nana  (http://syazanaamira.blogspot.com/)

 

SOALAN 2:

Cikgu Ima, Tajuk entry terakhir, ini yang DeQdEq confuse skit….terakhir ni maksudnya yang paling baru ke atau entry pertama? Kalau yang plg baru ialah: 200 blog!!! , dan kalau entry pertama: Ilham menerpa….bermula ceriteraku di sini ….(^_^)( http://cikguiqlima.blogspot.com/)

 

SOALAN 3:

 Mizz Farah ( http://nottygirlz.blogspot.com/ )  

 

SOALAN 4 :

Menjual produk-produk seperti ikan keli segar, ikan keli berempah, ikan talapia berempah dan yang terbaru ikan keli salai ( http://matkeli1000.blogspot.com/ )

 

SOALAN 5 :

DeQdEq rasa penyertaan kali ni mungkin dalam 30 orang setakat pukul 11.30 mlm….

 

PENDAPAT DeQdEQ tentang segmen ni, memang sangat-sangat menguji kesabaran kesemua peserta. Rasanya, hanya yang kuat semangat je yang dapat menjawab kesemua soalan nih, Yelah, cuba bayangkan nak teliti kesemua 200 blog ni bukannya senang, tambah-tambah kalau ada halangan mcm internet slow. Memang sangat-sangat menguji kesabaran. Selain tu, segmen ni berjaya menggalakkan peserta untuk blogwalking, yelah kalau nak cari jawapan kenala jalan-jalan ke semua blog tu. Kalau tak mcm mana nak jumpa jawapannya. Kiranya segmen nih berjaya membuatkan seorang blogger tu blogwalking dengan cemerlangnya, sebab paling minimum pun hari ni dah jalan ke 200 blog. Dari 200 blog yang kita singgah dan tinggalkan jejak, pasti kita akan mendapat kunjungan balas, jadi sekurang-kurangnya kita dah meningkatkan pengunjung ke blog kita.

Abang Ben,,,DeQdEq sudah pening…huhuhu

Amacam semua…sapa yang masih tengah mencari harta karun abang Ben….DeQdEq dah buat dua kali pusingan ke semua 200 blog tu..tapi masih tak dapat jawapan no 2….ntah la kat mana, apsal mata deQdEq ni tak perasan….aduh…challenge betulla soalan Abg Ben kali ni…

Tapi layan la dengar alunan muzik dari lahu-lagu tema Isabella dan Nur kasih….sedap je diorang main alat muzik…DeQdEq satu apa pun tak reti…hehehe….

Malam esok nak layan Konsert Gemuruh DT Search & Wings plak…..Terima kasih Nuffnang sebab bagi 2 tiket kat DeQdEq…

Wah…tak sangka plak Makcik DeQdEq baru jer menang untuk kategori rancangan RTM Khas Isu GAZA tu….Tahniah buat Makcik….Makcik DeQdEq nih memang kerja dah lama dengan RTM….dapat award Makcik DeQdEq….heheheh

Anugerah Skrin 2010 vs 200 blog mencari harta karun

Malam ni akan berlangsung 2 acara hebat iaitu Anugerah Skrin 2010 yang akan diacarakan oleh Awal Ashaari & Vanidah Imran di TV 3.

anu skrin

Dan juga acara 200 Blog Mencari Harta Karun yang akan diacarakan oleh Ben Ashaari di alam maya…heheheh

ben header

Kedua-dua acara memang pasti mendapat sambutan hangat pada malam nih. Sama-sama kita saksikan dan nantikan pemenang-pemenang bagi kedua-dua acara yang gah ini.

Segmen BA: 200 blog

BEN ASHAARI

Kali ni apa pula idea Abang Ben sampaikan nak 200 blog plak…hehhehe…tak sabar nak tunggu esok….DeQdEq nak join..hari ni dah terlepas,  x dpat join plk.

Wednesday, 22 December 2010

Sepantas mata, sepantas itu trafik meningkat..

Baru jer join segmen dari Ben Ashaari lagi tadi….terus je trafik naik….sebabnya ramai yang terjah nak tengok header kat blog DeQdEq sebab Abg Ben suruh carikan tuan punya serpihan header yang diberi…

Memang challege la segmen kali nih….DeQdEq pun join juga…naik penat jari ni dok asyik klik2 sampai jumpa jawapan….kalau nak tengok >>> SINI

Korang tengok la kat bawah nih….terus jer sampai 100 pageviews….hanya sebab join segmen BA…korang pun jangan lepaskan peluang untuk join segmen BA tau…memang berbaloi-baloi….

ben crop

KEPANTASAN MATA BLOGGER

Ni segmen dari Abang Ben lagi….memang betul2 meguji kecekapan DeQdEq nih….

BEN ASHAARI

 

Cari siapakah pemilik serpihan header dibawah ini dan berikan nama pemilik blog tersebut berserta urlnya sekali ;

 

Segmen ni sangat-sangat menguji kepantasan dan kecekapan melihat….selain tu juga, dpt mengenal dan melihat pelbagai jenis, rupa dan bentuk  header yang ada pada blog-blog lain. Bila dah kenal header, pasti akan kenal tuan punya blog.

KEPANTASAN MATA BLOGGER

DeQdEq pun tak nak terlepas segmen Ben Ashaari….jadi cepat2 juga buat entry nih sebab nak tersenarai antara 50 yang pantas….please…moga antara yang terpantas

Monday, 20 December 2010

KENANGANKU SEBAGAI BLOGGER

BEN ASHAARI

 

1) Tarikh lahir blog anda .. Januari 2008

2) Punca kelahiran blog anda

Ingin memahami apa itu blog, sbb duk dengar selalu pasal blog.Tapi tak paham apa pun…jadi bila search cara buat blog sendiri..jumpa la blogspot nih…daftar je la diri….tp tak tulis pun apa2 entry lagi…bersawang sampai 2 tahun lamanya…

3) Orang pertama yang jadi follower anda:

us_oo…DeQdEq ucapkan terima kasih sgt2…tp DeQdEq nak track balik x dpt sbb us_oo tak letak link blog dia kt profile blogger. Juga kepada follower DeQdEq yg lain…tanpa semua tak bermakna DeQdEq menulis blog ni.

image

4) Entri pertama anda sebagai blogger:

Entri permulaan sbg blogger yang baru nak mencuba setelah blog bersawang selama 2 tahun ialah “ SIAPA SAYA”. Skema habis..hahhaha…sebab tak pandai dan tak tau arah tuju menulis blog lagi.

5) Entri pertama anda yang mendapat banyak komen /hits:

Rasanya entry panas ni la…...”Panas…hangit…video seks dua beradik melakukan aksi orang dewasa

6) Blogger pertama yang anda jumpa: ASROL MANIA

7) Blog yg DeQdEq minat: RedMummy

8) Ceritakan kenangan manis anda sebagai seorang blogger:

Pertama kali aktif sbg blogger dan join Nuffnang dan Churp Churp, DeQdEq dpt tiket tgk Premier Screening: Narnia 3…best sangat2…sbb wkt tu br je mula aktif dlm seminggu.

Selain tu baru2 ni jer yang paling DeQdEq suka sgt dan rasa tersenyum sampai ke telinga blogger hebat iaitu Ben Ashaari jd follower DeQdEq kt Twitter dan blog DeQdEq nih…pastu siap tinggalkan komen okey…pastu jd friend kat Facebook dan berbalas komen lagi…seronok sangat2…

9) Ceritakan kenangan pahit anda sebagai seorang blogger:

Kenangan pahit….emmm, xtau la sbb DeQdEq masih baru…dlm sebulan  ni mcm tak ada yang dikira kengan pahit lagi…

10) Impian anda terhadap blog anda:

Impian DeQdEq pada blog DeQdEq ialah, DeQdEq berharap sgt2 dapat dikenali di kalangan semua blogger dan juga DeQdEq nak gabungkan dunia kerja DeQdEq dan blog DeQdEq nih.