Jam penggera canggih telah berdering….deringan lagu Britney Spears lagi….
Dengan pantasnya Super DeQdEq bersiap dan menyarungkan uniform serba hijau untuk bersedia menerima tugasan…tugasan untuk menyelamatkan DUNIA….GO Super DeQdEq…
Tak kira tugasan kecil atau tugasan besar Super DeQdEq pasti akan melaksanakan dengan cemerlang…
Apa sebenarnya tugasan Super DeQdEq? Atau apa yang Super DeQdEq akan lakukan sebagai seorang Green Hornet?
MENGHAPUSKAN KESEDIHAN
Super DeQdEq menghapuskan kesedihan yang wujud di muka bumi ini. Tak kira apa cara sekalipun Super DeQdEq membantu mereka yang dalam kesedihan dan kesusahan agar mereka akan kembali tersenyum. Bila semua orang senyum….dunia tiada penyakit…macam lagu nyanyian Najwa dan Malique tu.
Bumi juga bebas dari penyakit…semua hidup sihat dan gembira.
MENGHAPUSKAN KEMISKINAN
Super DeQdEq membantu mereka yang hidup melarat dan merempat dalam kemiskinan. Super DeQdEq pastikan mereka mempunyai pekerjaan agar dapat menampung kehidupan harian mereka. Jadi tak akan wujud lagi peminta sedekah atau pengemis. Jadi, negara kita bebas kemiskinan. Semua akan hidup dengan gembira.
Bila kemiskinan dihapuskan..dengan drastiknya kes ragut, rompak dan curi sudah tiada lagi kerana masing-masing mendapat hak masing-masing. Amannya bumi kita sekarang ni kerana jenayah seperti ini telah tiada.
MENGHAPUSKAN JENAYAH BERAT
Super DeQdEq berkuasa untuk lakukan apa sahaja…jadi Super DeQdEq telah hapuskan segala jenayah berat seperti dadah, perdagangan manusia dan banyak lagi.
Tidak kira perogol, pendera kanak-kanak semuanya Super DeQdEq hapuskan dengan pastikan mereka sedar akan kesalahan yang telah dilakukan. Super DeQdEq aturkan mereka yang bersalah untuk menjalani denda melakukan khidmat sosial. Dengan itu kita akan mendapat pekerja sosial secara percuma…tentunya keadaan yang memberi kebaikan pada semua.
Terlalu banyak yang Super DeQdEq ingin lakukan lagi demi mengharmonikan dunia..tidak akan ada lagi pergaduhan, perbalahan, perebutan dan segala macam perkara yang menggugatkan keharmonian dunia.
Super DeQdEq pastinya menjalin hubungan dan kerjasama dengan pihak-pihak berkuasa seperti POLIS, RELA, KASTAM dan lain-lagi agar dapat membantu menyelesaikan segala jenayah yang wujud di desa, di kota atau di bandar raya.
Jadi, sekarang ni masanya untuk memperkenalkan Super DeQdEq The Green Hornet kepada korang semua….Inilah dia THE GREEN HORNET
Tiba-tiba….krriiiing……..bunyi jam loceng yang begitu bingit mengganggu tumpuan Super DeQdEq….
Sekali….bila nak hentikan jam loceng tu……gedebuk…DeQdEq terjatuh katil…..huhuhuhuhu…sekali rupanya DeQdEq bermimpi je….DeQdEq bukan lah Super DeQdEq The Green Hornet yang telah membantu menghapuskan jenayah di muka bumi ini…huhuhuh…sedihnya…bagaimana DeQdEq nak membantu dunia andai diriku bukan The Green Hornet.
Semua itu hanya mimpi…IF I WERE THE GREEN HORNET.
Tak apalah, baik bersiap-siap nak berjumpa super hero yang sebenar di GSC Mid Valley….iaitu THE REAL GREEN HORNET….Jangan jeles yer...korang semua pun boleh saksikan juga The Green Hornet…temui super hero anda di pawagam bermula 27 Januari ini….

Cerita ni adalah berdasarkan angan-angan dan impian murni seorang insan kerdil…demi menyahut contest NUFFNANG buat yang kali ke-2 rasanya… LOVE NUFFNANG