Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Saturday, 9 April 2011

Trafik tertinggi, keyword search

 

Assalamualaikum semua…selamat pagi….selamat berhujung minggu…

Kepada yang bekerja hari ini, selamat bekerja…mulakan hari ini dengan senyuman…

 

Alhamdulillah kita semua masih dipanjangkan umur dan diberikan peluang untuk bernafas di bumi bertuah ini….jadi apakah yang telah kita lakukan semalam? Pastikan hari ini lebih baik dari semalam…esok lebih baik dari hari ini…(muhasabah diri di pagi Sabtu)

 

Pagi ni DeQdEq nak kongsikan trafik tertinggi yang pernah DeQdEq dapat…tak setinggi mana pun…tapi DeQdEq akan usahakan untuk lebih maju ke hadapan….sebab hidup kita sentiasa akan ada peningkatan….betul tak?

 

high traffic

Inilah adalah catatan rekod peribadi yang tertinggi setakat 5 bulan aktif menulis blog….dalam sehari DeQdEq menerima sebanyak 720 UV pada 19 Mac 2011

 

trafik lagi

Ini pula jumlah trafik dari 2/4 – 8/4/2011 iaitu semalam…Alhamdulillah semalam berjaya juga menerima UV sebanyak 400 setelah pertama kali mendapat 444 UV

 

entri

Kalau dilihat pada 5/4/2011 tu DeQdEq dapat trafik yang tingi juga mungkin sebab banyak update agaknya….hari tu DeQdEq berjaya hasilkan 5 entri…

Jadi bila kerap update, lebih banyak pengunjung ke blog kita….berbanding hari-hari yang lain, memang setakat 1 ke 3 entri sahaja sejak dah sibuk mencari harta karun ni.

 

keyword

Untuk keyword seminggu ni sahaja…yang paling banyak semua pasal usop wilcha…ramai betul peminat Usop Wilcha kan?

 

Akhir kata….terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog DeQdEq ni….terutamanya kawan-kawan yang rajin datang…DeQdEq dapat kenal pasti beberapa orang ni rajin singgah ke blog ni menggunakan widget Geng Blogger tu juga yang rajin tinggalkan komen.

Mereka ialah:

Tasha

Qeat

Cik Lekat Lekit

Mie

Alief

 

Kalau ada yang tertinggal sila tinggalkan komen..heheheh…maaflah kalau DeQdEq tak perasankan nama anda ye….

 

 

Wednesday, 16 March 2011

Tadaaaa…..kini 666 bukan lagi 555

 

666

 

Sebelum ni DeQdEq mencari follower ke-555…dan contest pun DeQdEq tengah anjurkan sekarang ni sempena follower DeQdEq dah mencecah 555.

Tapi sekarang bukan lagi 555….kini sudah 666…

Follower bertuah tersebut ialah Syahirah…..tapi DeQdEq tak dapat link blog beliau…kalau Syahirah ada baca entri ni, sila tinggalkan komen dan link blog ok…

 

Tapi tetap jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan Ben Ashaari…semalam kalau tak silap follower blog Abang Ben dah pun mencecah 11,111 ok….

Sekarang ni Abang Ben nak tunggu 12,345 pula….

 

 

P/S: memandangakan COntest 5-5-5 DeQdEq kurang mendapat sambutan….barangkali akan ada perubahan…atau DeQdEq nak hentikan je lah…..boleh? bagi penghargaan sama rata pada semua peserta…..

 

 Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Marilah mari..kita membeli……

Saturday, 12 March 2011

Nuffnang,sejak tak dapat BE baru, DeQdEq ingin membawa diri…

 

Tajuk tak boleh blah….Apa tujuan tulis blog ni dik oiii….Kalau Red Mummy mesti dah marah DeQdEq kalau asyik fikir duit je dari blog…kepada yang telah menonton Vlog Red Mummy mesti tau kan…

 

Sememangnya menulis blog adalah untuk berkongsi apa jua yang menarik dengan semua pembaca….tapi dalam masa yang sama andai dapat menjana wang sampingan, tentunya menulis blog akan menjadi lebih bersemangat kan….

Walau apa pun, sejak Nuffnang dah lama tak bagi BE kat blog DeQdEq, DeQdEq dah mula tak kisah lagi pasal BE….andai ada rezeki BE, alhamdulillah..kalau belum ada rezeki, tak apa la…

DeQdEq tak boleh salahkan Nuffnang andai tak nak bagi BE lagi pada DeQdEq, sebabnya rasanya dah lebih 1 bulan rasanya DeQdEq sibuk dan tak selalu update blog. Jadi, takkan la blog yang macam ni nak jad pilihan Nuffnang kan…akan merugikan pula customer diorang letak iklan kat blog DeQdEq..

 

Walau apa pun, DeQdEq berharap….dan DeQdEq ingin membawa diri ke Nuffnang Sharing Session – Frames Cafe’…harap sangat dapat join sesi ni…jadi boleh la DeQdEq berkenal-kenalan dengan blogger lain dan juga pihak Nuffnang sendiri…

 

 

Nuffnang..harap sangat dapat pilih DeQdEq ye….teringin sangat DeQdEq nak join apa-apa jua event dari Nuffnang…nak jadi ahli Glitterati Plus pun belum lagi rezeki…huhuhu

 

 

 

 

Saturday, 26 February 2011

DeQdEq suka sangat entri ini..,jadikanlah contoh untuk anda

 

Assalamualakum semua…selamat berhujung minggu…apa aktiviti korang?

DeQdEq macam biasa…ada saja benda nak buat sekarang ni sampaikan update blog pun dah tak semeriah dulu lagi….tapi DeQdEq tetap akan pastikan 1 hari, 1 entri….

 

Okey la, DeQdEq telah mendapat lagi 1 penyertaan untuk Contest 5-5-5 DeQdEq….kiranya peserta ini merupakan peserta ke-6….

Apa yang DeQdEq nak kongsikan pada semua, DeQdEq rasa kagum dengan peserta kali ini…bukan apa, bila DeQdEq baca entri dia, DeQdEq dah boleh tau bahawa beliau memang mempunyai ilmu dalam bidang pengurusan kewangan ni.

 

Mungkin sudah menjadi kebiasaan dan naluri seorang ibu yang sangat mengambil berat tentang insan tersayang mendorong diri beliau mencari ilmu demi menguruskan kewangan sendiri dan keluarga.

Macam inilah yang kita perlukan sebenarnya, tak kira siapa diri kita, kita perlu melengkapkan diri kita dengan ilmu pengurusan kewangan. Mungkin ada setengah orang ini tak penting dan tak perlu…tapi bila sesuatu menimpa kita, waktu tu la baru kita akan tersedar…

 

Kalau nak tau apa terjadi pada peserta kita ni, JOM kita TERJAH blog beliau…beliau ada menceritakan pengalaman hidup beliau…

 

image KLIK pada gambar….

 

p/s:

Kepada yang masih mencari idea untuk menulis entri anda, anda juga boleh jadikan entri peserta kita ini atau peserta lain sebagai contoh. Tapi jangan pula ditiru sebijik-sebijik…

Isi sama tak jadi masalah, tapi cara anda mengolah dan sampaikan kepada pembaca perlulah mengikut kreativiti anda

 

 

 

Thursday, 24 February 2011

Seronoknya tengok mereka semua menjadi pengarah dan pelakon…

 

Seharian tak sempat nak on laptop….dah sampai rumah pukul 8 malam baru la dapat on laptop…bila on je laptop ni, apa lagi terus buka blog…tengok blog kawan-kawan….

Sekarang ni, DeQdEq pelik sikit kenapa di dashboard blogger DeQdEq ni, tak keluar pun entri-entri blog yang DeQdEq follow…dah banyak hari masalah ni berlaku. Jadi, rasa susah je nak blogwalking…

Kalau tak tengok je kat dashboard tu apa entri terbaru dari semua blog yang DeQdEq follow…kalau tauk best je, measti DeQdEq klik….

Tapi, bila dah macam ni….susah la sikit….

 

Adik DeQdEq yang sorang ni, iaitu Cik Sunah, blog dia la yang akan DeQdEq terjah dulu..sebab link ke blog dia ada di atas blog DeQdEq…jadi bila buka blog je…nampak entri Sunah, terus je klik….

Bila dah baca entri sunah hari ni….rupanya semua duk sibuk jadi pengarah, penulis skrip dan juga pelakon sempena Segmen Abang Ben

Segmen yang bertajuk SEGMEN : Tuan Direktor ! Pilih kasih eh !!….minat tak? kalau minat, tunggu apa lagi…JOIN la sekarang…

 

Antara karya yang DeQdEq dah baca ialah hasil tulisan:

1) Sunah

2) Ujang9897

3) d_hatie

4) Faizal Fredley

 

Apa tunggu lagi….cepat gi terjah blog diorang ni dan baca hasil tulisan mereka….sangat best okey…

 

 

Segmen BPM: 1 jam 1 blogger

 

Dah lama DeQdEq tak update pasal Blog Pilihan Malaysia…sedangkan DeQdEq ni adalah krew….jadi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai krew BPM, DeQdEq nak update segmen terbaru di BPM…

Ada banyak segmen tengah berlangsung di BPM sebenarnya…tapi DeQdEq nak war-warkan segmen BPM: 1 jam 1 blogger ni sebabnya agak unik dan menarik…rugi kalau tak join

 

Apa yang korang perlu buat adalah copy dan paste dalam email. jawab semua soalan tersebut dan korang perlu emailkan jawapan yang sudah dibuat kepada email bentong_fc@yahoo.com. pastikan juga tajuk email korang seperti ini : "Segmen BPM : 1 Jam 1 Blogger"..

 

  1. Nama panggilan anda dalam blog?
  2. Nama blog dan url?
  3. Sejak bila anda buat blog ini?
  4. Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?
  5. Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?
  6. Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?
  7. Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?
  8. Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?
  9. Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?
  10. Kata-kata semangat untuk blogger lain?
  11. Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

 

Untuk melihat butiran mengenai segmen BPM: 1 jam 1 blogger ni….sila ke BLOG INI

 

Jom kita join ramai-ramai okey…

 

 

Tuesday, 22 February 2011

Kenapa? Susah sangat ke? Ini entri tak puas hati….

 

Selamat petang…hari ini hangat atau hangit? amik tagline Hot FM Jam sikit…heheheh

Dah lemau ke? Atau masih bersemangat waja….hehhehe…

Baru nak update blog untuk hari ini…macam biasa DeQdEq jalan-jalan dulu melawat blog lain untuk baca entri apa yang menarik. DeQdEq ni sebenarnya, banyak perkara nak dikongsikan di blog ni, cuma kekangan masa menyebabkan banyak entri yang terbantut.

 

Dalam file draf di Windows Live Writer, berderet-deret entri, tapi semuanya tak siap lagi…jadi simpan la dulu sebagai draf…huhuhuh….Jeles betul dengan Abang Ben Ashaari yang sentiasa update blog dengan entri-entri yang sangat menarik.

DeQdEq kerja, Ben Ashaari pun kerja….Ben Ashaari dah kahwin, DeQdEq ni tak kahwin pun lagi….tapi kenapa DeQdEq tak boleh nak update blog macam Ben Ashaari. DeQdEq sendiri masih tercari-cari, apa kekurangan DeQdEq, apa lebihnya Abg Ben….sedangkan masa yang diberikan pada kita semua adalah sama iaitu 24 jam sehari…tak plak Abg Ben dapat 30 jam sehari kan?

 

Di saat DeQdEq menulis entri ini, rupanya Abang Ben ada post Vblog kedua beliau….cemburu sangat dengan Ujang, sebab sejak buat Vblog ni, Ujang asyik menjadi sebutan Abang Ben je….huhuhuhu

Sepertinya Abg Ben menjawab pula pertanyaan DeQdEq ini….jadi kalau korang nak tau macam mana hebatnya Abg Ben boleh  menghasilkan 30 entri dalam satu hari….JOM TENGOK VBLOG NI

 

Selain itu, bila melihat contest 5-5-5 DeQdEq masih belum mendapat penyertaan yang menggalakkan…kenapa dan mengapa? Tolong bagitau DeQdEq…

Setakat ni DeQdEq baru terima 5 penyertaan….DeQdEq sangat-sangat berterima kasih kepada MEREKA ini….

Apakah kerana susah sangat contest yang DeQdEq buat ni….atau memang ramai yang tak suka apabila bercakap tentang pengurusan kewangan…

Disebabkan masih ramai atau DeQdEq boleh katakan anak muda dan juga Melayu, yang masih cetek ilmu mereka tentang kewangan ini….membuatkan DeQdEq terfikir untuk menganjurkan contest sebegini bagi mendidik anak muda dan bangsa Melayu kita.

 

Bila sebut tentang ekonomi, pasti semua boleh jawab dengan tepat siapa yang banyak menguasai soal ekonomi kan?

Yang kita ni, nak suruh menabung RM 1 sehari pun rasanya susah betul tak? Habis macam mana nak mengusai ekonomi, andai ilmu malas di cari, kemudian apa yang diajar atau ilmu yang dapat tak nak pula diamalkan…

 

Susah sangat ke contest 5-5-5 DeQdEq nih….apa kata cuba bukakan minda dan berfikir tentang macam mana nak menjadi kaya dengan RM 1 satu hari….pernah tak terfikir?

Kalau ada jawapannya, jom join Contest 5-5-5 DeQdEq.

 

Sunday, 20 February 2011

Contest 5-5-5 | Penyertaan terkini sehingga 20-02-2011

 

Contest 5-5-5 oleh DeQdEq (sila KLIK pada gambar untuk sertai)

 

Alhamdulillah, sejak dilancarkan Contest 5-5-5 DeQdEq ni, hari ni dah masuk 15 hari la…sebabnya DeQdEq telah melancarkan Contest 5-5-5 ni pada 5 Februari yang lalu.

Hari ini, genap sudah penyertaan sebayak 5 orang. Terima kasih kepada mereka ini:

1) ady-shariz

2) tasha

3) puan nina

4) myvitrd

5) miss ran

 

DeQdEq merasa terharu dengan penyertaan mereka semua ni…diharap semoga lebih ramai lagi penyertaan yang akan DeQdEq terima lepas ni.

Baru la terasa berbaloi DeQdEq nak bagi hadiah pada pemenang nanti. Nak tahu apa hadiahnya…TENGOK SINI

 

Kepada yang masih tercari-cari idea, boleh la singgah blog 5 peserta ini kerana mereka telah menyentuh dan mengupas isi-isi tertentu dengan pelbagai cara yang menarik.

Selain itu, terdapat juga entri contoh khas dari salah seorang juri Contest 5-5-5 ni iaitu Cik Sunah Sakura. Korang boleh tengok ENTRI CONTOH.

 

Monday, 7 February 2011

Ucapan Romantis Untuk Kekanda/Adinda

 

Pengumuman untuk semua yang sedang hangat bercinta, tak kira yang baru berkahwin atau dah lama, juga kepada merekan yang baru bertunang….

 

BPM telah anjurkan segmen baru iaitu  “Ucapan Romantis Untuk Kekanda/Adinda

 

Sebelum tu DeQdEq nak beritahu dahulu segmen ini ada 3 kategori yang anda boleh pilih. kategori tersebut adalah:

 

  1. Ucapan Untuk Suami/Isteri - kategori ini untuk mereka yang telah pun berkahwin. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada suami ataupun isteri anda.
  2. Ucapan Untuk Si Teruna/Si Dara - kategori ini untuk mereka yang tengah bertunang sahaja. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada pasangan tunang anda.
  3. Ucapan Untuk Kekasih - Kategori ini untuk mereka yang tengah bercinta atau pun bercouple.. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada pakwe atau makwe anda.

 

Harap anda boleh kenal pasti kategori anda. jadi macam mana nak join? ok, mudah saja..

 

Berminat? Untuk mengetahui cara nak join segmen ni…KLIK SINI

 

Dah dapat….555…terima kasih

555

 

Penantian akhirnya berakhir….DeQdEq dah temui follower yang ke-555.

Beliau adalah SENGAT

Terima kasih sudi singgah dan follow blog DeQdEq.

Terima kasih juga untuk semua…

 

Sunday, 6 February 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

 

JOM GEGAR 1,000 BLOG BERSAMA BEN ASHAARI…..

Abang Ben nak buat kerja gila lagi nih…jom ramai-ramai kita join kerja gila nih..heheheheh

Berminat….KLIK SINI

header ben

 

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

 

 

DeQdEq sayang Ben Ashaari…

 

Ayat mesti power kan…hehehe…apsal plak nak sayang-sayang suami orang nih…dah angau atau dah gila bayang ke?huhuhuhu..tak ada lah…

Semua orang pun tau Ben Ashaari adalah suami orang termasuk la diri DeQdEq…DeQdEq bukannya nak mengayat Abang Ben okey…

Sebenarnya DeQdEq nak ucap terima kasih yang tak terhingga pada Abang Ben..sebab Abang Ben sememangnya tak sombong langsung…dah la segmen yang abang ben buat semuanya membantu dan menggabungkan kita sebagai blogger.

Memang semangat Abang Ben ni lain dan memang menjadi contoh kepada ramai blogger…Tak tahu la nak cakap macam mana lagi…kang puji lebih-lebih orang kata DeQdEq bodek plak..hehehehe…

 

header ben http://www.benashaari.com/

 

Apa-apa pun…DeQdEq nak ucapkan terima kasih kepada Ben Ashaari yang sudi selitkan promosi untuk Contest 5-5-5 oleh DeQdEq.

Memang DeQdEq minta Abg Ben tolong promo skit…ternyata Abang Ben blogger yang baik..tak sombong walau dirinya sering dianggap popular dan hebat dalam dunia blog nih.

Abang Ben dah promo semalam kat ENTRI ni.

 

TERIMA KASIH BEN ASHAARI

 

Kepada yang berminat untuk join Contest 5-5-5 oleh DeQdEq….boleh KLIK SINI

Hadiah menarik menanti 5 orang pemenang

Saturday, 5 February 2011

UV tertinggi blog DeQdEq dan siapa TOP referrer untuk bulan Januari 2011

 

Sebenarnya nak share pasal UV tertinggi setakat ini yang DeQdEq pernah dapat dari 2-3 hari lepas lagi. Tapi, disebabkan sibuk dengan lan Contest 5-5-5 DeQdEq, terpaksa la letak tepi dulu cerita pasal UV nih.

Lagi pun bukannya tinggi sampai beribu-ribu lemon pun….Setakat berapa ratus je. Tapi cukup membanggakan DeQdEq sebab tak pernah DeQdEq dapat pengunjung seramai ini.

Lagi satu, apa yang boleh dibanggakan, kiranya trafik blog DeQdEq boleh dikatakan konsisten la kot…sebab purata sehari tu lebih kurang je.

 

nuff baru

Jumlah tertinggi pengunjung adalah pada pukul 1 dan 2 petang…mencapai 36 orang…terima kasih yer kepada semua yang sudi datang ke blog DeQdEq.

nuff 2

 

Ini DeQdEq screen grab pada pukul 11 malam rasanya….jadi untuk lihat berapa sebenarnya jumlah unique visitor untuk 1 Februari 2011, jom tengok gambar seterusnya

 

analytics

Inilah dia jumlah sebenar UV yang DeQdEq dapat pada 1 Februari lepas. Pertama kalinya, UV DeQdEq mencecah 300 sebenarnya. Sebelum ni purata antara 100-200 UV je.

 

DeQdEq : nape 4 Februari tu kosong yer? Rasanya semalam ada je pengunjung ke blog DeQdEq….sapa boleh tolong jawabkan?

 

Ok, sekarang nih jom kita tengok siapa TOP REFERRER untuk blog DeQdEq. Top referrer untuk blog DeQdEq ialah http://matahaw.blogspot.com .

Sebelum ni, memang DeQdEq ada baca di blog matahaw ni, testimonial mereka yang mendapat trafik tinggi dari blog matahaw. Jadi DeQdEq pun bertanya pada matahaw. Matahaw bagi banner untuk DeQdEq letak kat sidebar…

Hasilnya memang menakjubkan…DeQdEq mula letakkan banner matahaw tu sebenarnya baru je lagi, kalau tak silap DeQdEq dalam 25 Januari 2011. Saat DeQdEq amik gambar ni pada 1 Februari 2011, matahaw dah jadi TOP REFERRER. Belum sampai pun sebulan.

Nak tengok banner matahaw, boleh tengok kat sidebar blog DeQdEq ni….

 referring site

Selain matahaw, blog Papa Meow iaitu http://kucing2terbiar.blogspot.com/. Ini semuanya rezeki yang bermula hanya kerana kucing yang DeQdEq selamatkan dari lemas dalam Tasik Idaman iaitu LUCKY.

Selai tu, DeQdEq nak higlight juga apesal.com, memang berbaloi juga ping entri kat apesal.com nih….baru lagi mendaftar dengan apesal.com pada 27 Januari 2011, tapi dah menjadi antara TOP REFERRER blog DeQdEq.

 

post

Ini pula, DeQdEq nak kongsikan juga top post yang menjadi bacaan ramai pengunjung di blog DeQdEq. DeQdEq rasa gembira sangat sebabnya kebanyakannya adalah entri hasil tulisan DeQdEq sendiri.

Yang DeQdEq tandakan 1,2,3,4 dan 8 tu semuanya kisah mengenai LUCKY. Ramai pencinta kucing yang nak tau pasal LUCKY.

Yang dalam bulatan tu, entri yang DeQdEq ambil dari petikan Harian Metro dan DeQdEq ulas sikit.

 

Friday, 4 February 2011

Terujanya…JEJAI singgah blog DeQdEq

 

Seronok rasanya hari ni…ini mesti sebab dah mulakan hari dengan senyuman. Jadi, DeQdEq dah menarik semua aura positif datang pada DeQdEq…heheheh

Tengah sibuk dengan persiapan untuk pelancaran Contest 5-5-5 nih, tiba-tiba DeQdEq terima komen dari seorang lagi blogger BEST…

Nak tengok komen tu dekat ENTRI ini.

 

Selalunya DeQdEq tengok blogger nih dalam blog Eyriqazz…blogger ni memang kegemaran Eyriqazz untuk dikutuk, di puji dan di kenakan…hehehehe…

Siapa lagi kalau bukan BRO JEJAI….JEJAI singgah blog DeQdEq tu….memang teruja sangat nih….

 

Eyriqazz, DeQdEq pinjam lagi gambar dari Eyriqazz yer…

 

Dah la semalam Kak Ina KL pun singgah juga blog DeQdEq….siapa lagi? Kak Yan juga….Eyriqazz dan Ben Ashaari. Terima kasih yer sebab sudi singgah blog DeQdEq.

Rasa-rasanya bila plak Red Mummy nak singgah blog DeQdEq kan..hehehehe…

 

Walau apa pun, DeQdEq tak lupa juga blogger lain yang rajin dan selalu singgah blog DeQdEq ni. DeQdEq nak juga bagi kredit pada diorang semua ni. Mereka ialah:

 

Puan Bee, Sunah Suka Sakura, Sis Syira, Lekat Lekit Girl, Miela Tahril, Qeat, Tasha, aleasara

 

Azman Roslan, Mie, Ujang, Syafiq Sulaiman, Nazirul Hazwan, Myvitrd

 

Kepada yang tak tersenarai jangan kecil hati yer….DeQdEq tetap menghargai korang semua, mungkin nama korang DeQdEq belum dapat ingat lagi….Bila kita selalu berinteraksi, pasti DeQdEq akan ingat yer.

Terima kasih semua.

 

pssttt…..dah redeem ke TOKEN korang dari CELCOM….DeQdEq tengah tunggu nak redeem dan amik handphone baru la…kalau korang nak redeem juga, TENGOK SINI

 

Contest 5-5-5 | Cara penilaian dan pemilihan pemenang

 

Sebelum DeQdEq menerangkan cara-cara penilaian dan pemilihan pemenang Contest 5-5-5, rasanya lebih baik DeQdEq terangkan dahulu objektif pertandingan dan kenapa konsep begini yang DeQdEq pilih.

 

contest 555

 

OBJEKTIF:

1- Menghargai follower yang akan mencecah 555 juga pengunjung blog DeQdEq

2- Sambil kita suka-suka buat contest dan bagi hadiah, DeQdEq nak berkongsi maklumat dan mendidik tentang pengurusan kewangan dan harta ( maklumlah ini kerjaya DeQdEq dan DeQdEq rasa bertanggungjawab untuk membantu dan memberi ilmu tentang kewangan kepada orang ramai – macam sebelum ni DeQdEq dah kongsikan pasal client DeQdEq yang mengalami ketumbuhan dalam otak – BACA SINI )

 

CARA PENILAIAN:

1- Daya kreativiti

Memandangkan objektif pertandingan adalah untuk mendidik, jadi DeQdEq ingin mencari entri yang mempunyai input dan isi yang dapat memberi maklumat kepada pembaca. ( kalau kat sekolah tu kiranya macam alat bantuan mengajar la, lagi menarik lagi seronok nak belajar kan)

Cara penyampaian adalah bebas, ikut kreativiti anda, Tak semestinya dalam bentuk karangan panjang, pendek dan padat juga diterima asalkan dapat mendidik pembaca. Hanya isi penting mengikut point juga diterima.

Selain tu, dalam bentuk cerpen ke, dialog ke, kartun ke, pengalaman hidup ke…asal ada isi dan pendapat mengenai slogan CREATE, PROTECT & PRESERVE.

Kesimpulannya,  karya anda adalah bebas dan terpulang kepada kreativiti anda, apa yang penting ada isinya.

 

2- Pengetahuan am

Ini yang DeQdEq maksudkan dengan isi dalam entri anda. Maksudnya, taknak la entri tu kosong, menulis tapi tak ada input langsung…membebel je lebih..heheheh

Walaupun hanya satu isi atau point, tapi anda dapat sampaikan dalam bentuk yang menarik sudah cukup menepati kehendak DeQdEq. Contohnya, anda ingin berkongsi pasal slogan CREATE…ceritakan lah kenapa dan apa hanya pasal CREATE.

Kalau nak cerita pasal PROTECT sahaja pun boleh…terpulang pada anda yer.

Tak semestinya anda perlu mengulas ketiga-tiga slogan di atas.

 

Untuk membantu anda, DeQdEq memberi tempat rujukan yang mungkin dapat membantu anda mendapat pengetahuan tentang kewangan. Anda boleh RUJUK SINI.

 

Okey? Rasanya susah ke contest DeQdEq buat ni? hanya 2 kriteria ini yang akan DeQdEq dan JURI PROFESSIONAL akan nilai.

Rasanya, berbaloi dengan HADIAH yang ditawarkan, betul tak…memang agak lain konsep pertandingan yang DeQdEq anjurkan ni. Sebab berbalik kepada objektif, DeQdEq ingin mendidik.

 

Semoga, objerktif DeQdEq akan tercapai. Semoga korang semua sudi join dan memeriahkan contest pertama DeQdEq ni.

Sebarang pertanyaan atau sebarang pendapat, sila tinggalkan komen di entri ini yer.

 

 

Nantikan debarannya…Contest 5-5-5…Hadiah yang ditawarkan berjumlah RM 555

 

Selamat pagi…GREAT MORNING….

Jom mulakan hari dengan senyuman yang indah….walaupun DeQdEq sorang-sorang je kat umah, tetap nak senyum juga…heheheh….senyum itu selain sedekah juga merupakan ubat segala penyakit.

Kalau tak, takkan lah salah satu misi DeQdEq waktu menjadi superhero The Green Hornet ialah menghapuskan kesedihan dan ingin ukirkan senyuman di semua wajah…kalau nak tahu apa yang DeQdEq cerita ni, boleh la BACA sini.

 

Okey la….di pagi Jumaat yang indah ini, DeQdEq nak umumkan plak hadiah yang bakal DeQdEq tawarkan untuk 5 pemenang Contest 5-5-5.

Kalau malam tadi DeQdEq dah umumkan juri, sekarang mari kita lihat plak hadiah yang bakal DeQdEq tawarkan. Nak bagi panas sikit dan bagi semangat untuk pengunjung blog DeQdEq.

 

Sebelum tu, DeQdEq nak perlihatkan dulu banner Contest 5-5-5. Inilah banner contest yang bakal menghiasi di setiap entri penyertaan nanti ye.

 

contest 555

 

HADIAH YANG BAKAL DITAWARKAN ADALAH BERJUMLAH RM 555 SEMUANYA.

 

HADIAH AKAN DITAWARKAN SEPERTI BERIKUT(dalam bentuk cek):

 

TEMPAT PERTAMA : RM 200

TEMPAT KEDUA : RM 140

TEMPAT KETIGA : RM 105

TEMPAT KEEMPAT: RM 55

TEMPAT KELIMA: RM 55

 

Macam mana, teruja tak tengok hadiah yang bakal anda menangi nanti. Kalau teruja, jangan lupa join Contest 5-5-5 nanti yer. Lagi ramai penyertaan lagi meriah nanti.

 

DeQdEq juga ingin mengalu-ngalukan pihak penaja yang ingin menawarkan hadiah tambahan untuk pemenang Contest 5-5-5. Jika ada pihak yang sudi menjadi penaja, boleh lah menghubungi DeQdEq di alamat email : biefyna@gmail.com

Lagi banyak hadiah,lagi meriah kan…Tapi RM 555 ni tetap menjadi hadiah UTAMA.

 

PERINGATAN:

Bila hadiah yang ditawarkan menarik sebegini, jadi contest yang ditawarkan memerlukan kerajinan dan sikap bersungguh-sungguh juga menuntut anda memerah otak dan melahirkan kreativiti anda dan menggunakan pengetahuan am anda.

Sebabnya, pemenang akan dinilai dari segi kreativiti dan pengetahuan am.

 

Nantikan debarannya…Contest 5-5-5…jari menjadi juri

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk pengunjung blog DeQdEq..

DeQdEq terasa sangat gembira malam ni…dalam merangka contest yang bakal dilancarkan tak lama je lagi, DeQdEq telah mendapat persetujuan dari beberapa kawan-kawan blogger yang setuju untuk menjadi juri.

Sempena Contest 5-5-5 nih, DeQdEq memerlukan 5 orang juri untuk mencari 5 pemenang.

 

Terima kasih kepada mereka yang hebat ini. Perkenalkan juri-juri professional anda

 

azman

Saudara Azman Roslan

 

bee

Puan Bee

 

sunah

Cik Sunah Suka Sakura

dan

qeat 2

Ikhyar Dee atau Qeat (qeat tak setuju lagi tapi deqdeq pasti qeat akan setuju..hehehhe..sebabnya qeat geng DeQdEq mst akan setuju punya….kalau tak setuju DeQdEq paksa juga…hahhaha…bunyi mcm jahat ja)

 

Juri yang ke-5 sudah tentulah DeQdEq sendiri yer….mereka berempat di atas merupakan juri jemputan khas DeQdEq yang terpaksa mengorbankan peluang untuk menyertai contest pertama yang DeQdEq anjurkan….heheheh

 

Sebelum tu ada juga kawan blogger yang tak dapat nak bagi komitmen untuk menjadi juri…beliau ialah CEO Suratan Kebetulan, Saudara Naz kita…DeQdEq pun nampak dia sibuk….jadi faham la bila Naz tak dapat nak jadi juri.

Seorang lagi kawan DeQdEq Saudara Myvitrd pun mungkin sibuk sebab beliau tak balas pun komen lamaran DeQdEq untuk menjadi juri. Jadi sedab dah kesuntukkan masa, DeQdEq melamar kawan yang lain untuk menjadi juri.

 

 

Thursday, 3 February 2011

Apakah faktor yang membuatkan ramai yang akan menyertai contest yang dianjurkan

 

Sambungan dari ENTRI ini:

 

DeQdEq akan sambung apa lagi faktor kepada ramainya yang akan join contest yang kita anjurkan. Macam dalam ENTRI sebelum ni, DeQdEq dah terangkan dan bagi contoh bahawa hadiah memang menjadi faktor tarikan utama untuk kita join sesuatu contest tu.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan lagi bila nak buat contest ni. Bila buat contest mesti la nak dapat banyak penyertaan kan? Kalau penyertaan kurang tak best la. Betul tak?

 

DeQdEq pernah bertanya kepada blogger hebat kita iaitu Eyriqazz. DeQdEq menghubungi Eyriqazz melalui email. Berikut petikan email dan pendapat dari Eyriqazz.

 

eyriqazz 2

 

Mengikut Eyriqazz, dan pada pendapat beliau, sebelum kita nak anjurkan contest, kita perlu pastikan trafik blog kita stabil dulu. Kalau masih baru dan belum dapat trafik yang stabil, kena la usaha dan kerja keras dan rajin promosikan contest yang kita buat tu.

Contohnya, bila blogwalking…tinggalkan komen dan ajak blogger lain join contest yang kita anjurkan tu. Faham?

 

Dalam erti kata lain, trafik memang penting untuk sesuatu blog maksudnya blog kita kena la ada pengunjung. Kalau tak ada pengunjung siapa yang nak baca entri kita tulis? Kalau kita buat contest sapa plak yang nak join kan?

 

eyriqazz

 

Seterusnya, faktor penting lain ialah syarat yang tak memberatkan. Contohnya macam syarat yang nak kena jadi follower, LIKE page dan sewaktu dengannya. Biarla diorang follow sebab diorang suka. Tak perlu nak suruh-suruh kan.

Seterusnya syarat letakkan banner kat sidebar. Kalau letak banner dalam entri tu OK…bila nak kena letak plak kat sidebar agak menyusahkan plak. Betu tak? Macam banyak sangat perkara…leceh la.

Jadi bila ada syarat yang menyusahkan macam ni, akan buatkan sesetengahnya tak berminat nak join.

 

Setakat ini dahulu perkongsian DeQdEq. Kesimpulannya, nak menarik ramai orang join contest kita, hadiah kena menarik dan jangan letakkan syarat-syarat yang berat. Lagi mudah lagi ramai yang suka dan join.

Lagi mudah cara penyertaan lagi ramai yang berminat untuk join.

 

Selepas Kak Yan, Kak Ina KL pula singgah blog DeQdEq

 

Di pagi Khamis yang sunyi ini…sebab semua orang cuti…dah tu ramai yang balik kampung….DeQdEq je yang tak balik kampung…huhuhuh…tak apala…bulan 3 nanti DeQdEq balik juga…sebab nak pi kenduri kahwin kawan.

Kalau ikutkan hari ni, kat kampung ada kawan DeQdEq bertunang..Tahniah buat kawan DeQdEq sebab dah menjadi tunangan orang. Maaf DeQdEq tak dapat hadirkan diri…

Jeles sunguh hati DeQdEq asyik orang lain yang tunang dan kawen..hehheh…DeQdEq pun nak kawen….InsyaAllah, ada rezeki nanti DeQdEq akan jemput ye semua pengunjung blog DeQdEq, kawan-kawan blogger, follower blog DeQdEq….tunggu ye..

 

Sebenarnya, DeQdEq nak berbangga jap dalam entri nih boleh…hehehe…bukan apa..pagi ni blog DeQdEq dikunjungi oleh seorang blogger terkenal dan hebat juga iaitu Kak Ina KL.

Terima kasih yer Kak Ina..sebab sudi singgah blog DeQdEq dan komen lagi.

 

 

Ini Kak Ina KL dan Eyriqazz. Memang DeQdEq kenal Kak Ina KL pun dari blog Eyriqazz. Eyriqaz…DeQdEq pinjam gambar ni yer…

Siapa yang tak kenal lagi Kak Ina KL, memang wajib terjah BLOG Kak Ina KL ni.

 

Sebelum ni, DeQdEq pernah ceritakan yang Kak Yan, Ben Ashaari dan Eyriqazz juga pernah siggah blog DeQdEq dan tinggalkan komen kat blog DeQdEq.

Kalau nak tengok entri berkenaan mereka di atas ni…boleh la jenguk ENTRI 1, ENTRI 2 dan ENTRI 3

 

Memang terharu sangat-sangat okey..bila blogger hebat macam diorang semua nih masih sudi singgah blog DeQdEq dan siap tinggalkan komen lagi.

Tapi, DeQdEq tau, tanpa kehadiran blogger lain dan pengunjung semua, blog DeQdEq ni mungkin tak dikenali atau diterjah oleh blogger hebat tu. Terima kasih juga untuk pengunjung blog DeQdEq ni. Korang memang nadi blog DeQdEq.

 

NADI tau…kalau tak ada nadi memang tak hidup la blog DeQdEq ni. TERIMA KASIH SEMUA. DeQdEq sayang kamu semua.

Tuesday, 1 February 2011

Lagi 30 mencecah 555…Apa yang akan berlaku?

 

Ada apa dengan 30 nih….apa plak yang 555….

follower

Sebenarnya bukan la apa-apa pun…cumanya follower DeQdEq lagi 30 orang akan mencecah ke angka 555. Mungkin pada sesetengah blogger tak kisah dengan bilangan follower.

 

Sebabnya follower tak semestinya akan singgah hari-hari ke blog kita untuk baca apa yang kita tulis. Sebab tu sesetengah blogger lebih pentingkan trafik dan juga ranking. Jadi, untuk memastikan trafik ke blog kencang dan juga ranking blog berada di kedudukan yang baik, kita perlu titik beratkan pada penulisan dan entri.

Ini kerana, jika entri yang ditulis menarik dan mempunyai isi yang sangat bagus, pengunjung pasti akan ramai ke blog kita seterusnya menyumbang kepada trafik ke blog kita.

Selain tu, untuk mendapatkan trafik yang kencang, boleh juga bermain dengan SEO….nak tengok buktinya boleh ke blog FAIZAL FREDLY

 

Ok la…kalau nak bercakap pasal tips tingkatkan trafik nih, DeQdEq pun tak pandai lagi…banyak lagi nak kena belajar. Tapi, banyak blog yang kongsikan tips ni. Jadi, korang rajin-rajin la mencari.

Ada juga blogger yang nak anjurkan kelas blogging, antara skop yang akan diajar adalah teknik tingkatkan trafik. Kalau korang berminat nak belajar boleh ke 2DAY BLOGGER.

 

Sekarang ni masuk ke tujuan utama entri ni di tulis…mukadimah dan pengenalan panjang betul kan…sekarang baru nak masuk isi….heheheh

DeQdEq bercadang untuk menganjurkan contest buat pertama kalinya, sempena follower blog DeQdEq akan mencecah ke angka 555. Harap-harap dapat la cecah yer…dan semoga akan lebih maju lagi dengan mencecah ke angka 5555 plak.

Dengan kehadiran pengunjung semua, follower DeQdEq…korang membuatkan blog DeQdEq darihari ke hari bertambah kukuh kedudukannya. Dan dengan kunjungan ikhlas korang semua ke blog DeQdEq, membuatkan DeQdEq ingin menjadi lebih serius dalam dunia blog ni.

 

DeQdEq sangat-sangat teruja bila ada yang sudi KLIK butang follow tu.pada DeQdEq itu merupakan satu penghargaan sebabnya, bila ada yg sudi jadi follower, maksudnya ada sesuatu di blog kita yang menarik dan menyebabkan diorang dengan ikhlas menekan butang follow tu.

DeQdEq memang tak pernah meminta untuk orang follow blog ni. Pada DeQdEq biarlah mereka yang follow blog ni kerana mereka suka dengan blog DeQdEq. Jadi, pada DeQdEq tak ada istilah I FOLLOW, U FOLLOW BACK.

Sebab DeQdEq, kalau suka blog tu, DeQdEq memang akan follow..walaupun memang tak sempatla nak singgah tiap-tiap hari. Tapi kalau entri korang muncul di dashboard DeQdEq, dan tajuknya menarik…memang pasti akan DeQdEq terjah.

 

TERIMA KASIH SEMUA….TERIMA KASIH KEPADA FOLLOWER, KEPADA SILENT READER, KEPADA PENGUNJUNG SETIA DAN SEMUANYA…SEBAB KORANGLA YANG MENYERIKAN BLOG INI.

NANTIKAN CONTEST 5-5-5.