Showing posts with label MOTIVASI DIRI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI DIRI. Show all posts

Wednesday, 13 January 2016

BAIK ATAU BURUK...Kita yang memilihnya



Sistem kepercayaan diri anda mewujudkan realiti diri. Kepercayaan peribadi merupakan asas dalam hidup. Sebagaimana yang telah kita bincangkan, banyak kepercayaan biasa kita adalah silap. Peluang dalam hidup dan kemewahan ada di sekeliling anda.

Kita pernah terfikir bahawa jika kita berjaya maka orang lain mesti gagal. Jika anda mewah maka orang lain tentu miskin. Sebab itulah apa-apa juga anda ada lebih benda bererti anda mengambil hak orang lain.

Kepercayaan silap lain ialah anda mesti berhati-hati melindungi apa yang anda ada kalau tidak orang lain akan mengambilnya.
Cuba pertimbangkan senario “BERITA BURUK/BERITA BAIK” yang berikut:

1a. Pengangguran meningkat kepada 5 peratus.
1b. Pekerjaan kukuh pada 95 peratus.

2a. Sebuah kapal terbang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa L.A hari ini.
2b. Lima ratus empat puluh sembilan daripada lima ratus lima puluh buah kapal terbang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa L.A hari ini.

3a. Encik Jones mati pada usia 80 tahun hari ini.
3b. Hidup Encik Jones yang selama 80 tahun dipenuhi dengan tahun-tahun produktif tamat pada hari ini.

4a. Joe Barnes hilang jari dalam kemalangan industri.
4b. Joe Barnes masih mempunyai 7 jari dan 2 ibu jari, minda yang sihat untuk meneruskan apa yang dibuatnya dengan baik.

5a. Satu daripada tiga perkahwinan retak dan berakhir dengan perceraian hari ini.
5b. Dua daripada tiga perkahwinan bahagia dan berpanjangan pada hari ini.

Berita yang mana lebih tepat?
Berita yang mana lebih positif?
Berita yang mana sering dilaporkan?

Jika anda selalu berkata pada diri sendiri, “Saya tidak boleh melakukannya”, “Saya tak berguna” atau “Ia tak mungkin terjadi pada saya” , maka itulah juga yang akan anda capai.
Dengan mempercayai kekurangan maka anda akan lihat “kekurangan”, anda akan mempunyai pengalaman yang kurang dan bagi anda sentiasa kekurangan.

Kekurangan ialah induk segala sifat mementingkan diri sendiri, cemburu, agresif dan rasa geram. Segalanya mempunyai kesan negatif.

Kemewahan ialah induk segala kemakmuran, kreativiti, kebaikan dan kasih sayang. Segalanya mempunyai kesan positif.

Apabila anda mengalami emosi negatif, pertama ambil langkah memberhentikannya dan dalam seminit periksa kepercayaan di sebaliknya yang menyokong kepercayaan itu. Tanya diri sendiri, “Kenapa aku mesti berperasaan begini? Apa punca aku berperasaan begini? Adakah perasaan begini realistik, logik dan gambaran tepat dunia ini sebenarnya?”

Jika jawapannya “tidak”; maka ubahlah kepercayaan itu kepada pengesahan yang positif yang membawa anda kepada emosi yang positif dan tabiat konstruktif.


Petikan dari Berfikir Seperti Cara Juara oleh Dr Walter Doyle Staples



Setiap saat, setiap masa,pilihan terletak di tangan kita...Syurga atau Neraka?
Jika ahli Syurga, cuba renungkan bagaimana sikap para ahli syurga....pastinya sentiasa positif, tersenyum, murah hati, penyayang, sentiasa tenang, akhlak yang indah dan banyak lagi ciri-ciri ahli syurga....

Mulakan dengan senyuman...:-)

Saturday, 9 April 2011

ASK, BELIEVE & RECEIVE | MINTA, PERCAYA & TERIMA

 

Anda punya impian? Pastinya semua mempunyai impian…Jangan takut untuk punyai IMPIAN BESAR…kerana… 

Pernah tak dengar pasal Ask, Believe and Receive…sebenarnya orang putih keluarkan dan buktikan rahsia alam ini melalui The Secret..

 

the secret

Kalau pernah baca buku atau menonton DVD ‘The Secret’, korang akan tahu la apa rahsia terbesar alam ni….

 

ask

 

Tapi sebenar-benarnya Allah dah lama turunkan dalam Al-Quran dan terangkan tentang perkara ni….

 

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.“

Surat Al Mu”min (40) ayat 60

 

Sesungguhnya kita percaya akan kewujudan Allah, maka kita percaya akan kewujudan dan kesahihan Al-Quran….Janji Allah itu pasti….

Bila Allah menjanjikan sebegini, kenapa kita tak nak percaya kan? Bila kita inginkan sesuatu, makan berdoalah kita kepada-Nya (ASK), dan bersangka baiklah dengan Allah bahawa Allah pasti akan kabulkan doa kita, cuma cepat atau lambat (BELIEVE)…

Akhirnya, bila Allah mengabulkan doa kita, maka pastinya kita akan menerimanya dengan senang hati (RECEIVE).

 

Sebenarnya…hari-hari sudah kita praktikkan ASK, BELIEVE & RECEIVE ni…kalau tak percaya…cuba renungkan apa yang kita lakukan dalam SOLAT?

Bukankah kita bercakap dan meminta dari ALLAH…kepada DIA kita meminta…bukannya orang lain….

solat

Wednesday, 16 March 2011

Jangan takut untuk punyai IMPIAN BESAR…kerana…

 

Rasanya macam dah lama tak buat entri untuk motivasi dan beri semangat kan….jadi malam ni DeQdEq teringin sangat nak berkongsi pasal IMPIAN atau pun DREAM.

 

impian

 

Berapa ramai yang mempunyai impian?? Rasanya setiap orang dari kita pasti punyai impian sendiri…..

 

Taki kira la kalau impian anda sebesar ini…

 kete besar

Atau ini…

 umah besar

 

Atau juga mungkin sekecil ini….

big dream

 

Apa yang lebih penting ialah anda jangan sesekali berasa takut untuk mempunyai IMPIAN BESAR….ini kerana…..DREAM IS FREEEEEEEEEE….

Mempunyai IMPIAN adalah percuma….anda tak perlu bayar pun….jadi kenapa mesti takut….

 

Dari IMPIAN kita perlu mencari jalan dan punyai strategi untuk mengejar IMPIAN kita….jangan hanya berangan tanpa mengejar IMPIAN itu…

 

 

Nak tau apa impian DeQdEq pada tahun 2011 ni? Jeng…..jeng…..jeng….

my car

 

 

Akhir kata dari DeQdEq..jangan dilupakan IMPIAN kita semua yang paling BESAR….iaitu

MATI MASUK SYURGA

Friday, 28 January 2011

Be a GOOD FINDER…apa maksudnya?

 

Hari ini DeQdEq agak sibuk sebab dari awal pagi dah keluar untuk menuju ke Eastin Hotel sebab ada seminar. Jalan pagi tadi tak tau la kenapa yang sesak sangat…selalunya boleh tahan la boleh gerak juga kat exit Tol Damansara di highway NKVE tu…tp pagi tadi, amik kau….dah start jalan sesak dari Subang ke exit Damansara.

DeQdEq bukan nak cerita pasal jalan sesak ni…bosan lah…

 

Apa yang DeQdEq nak kongsikan hari ini, apa yang DeQdEq rasa sangat-sangat berguna untuk kita semua dalam kehidupan. Sebenarnya seminar siang tadi yang berlangsung di Grand Ballroom , Eastin Hotel adalah berkenaan bagaimana untuk salesperson macam DeQdEq nak berjaya dalam mengembangkan bisnes dan agency.

 

Speaker hari ini ialah Robert Young. Siapakah dia? Ini petikan yang DeQdEq ambil dari satu laman web ni [ credit ]

“ Robert Young came into the life insurance business in 1973 to make a living, but instead found a life. He was admitted to AIA's Hall of Fame in the year 2000. In 2005, he pursued and attained his CLU and ChFC credentials.

Robert has helped out in his local underwriter association for many years and his most unforgettable contributin to the Life Insurance Industry to date was when he conceptualized the APLIC Congress, and together with a great organizing conmittee, organized the 1st APLIC Congress in 1991 which attracted over 5,000 participants from this part of Asia.” [ credit ]

 

Apa yang menarik dan apa yang sangat-sangat terkesan pada DeQdEq ialah bila Robert Young bercakap pasal be a GOOD FINDER.

Korang rasa apa yang cuba disampaikan dengan bercakap pasal be a GOOD FINDER atau kalau dialihbahasakan ke dalam Bahasa Melayu menjadi pencari hal yang baik…agaknya la macam ni…rasa susah plak nak alih bahasakan ayat nih..hehehhe

 

Rasa-rasanya korang tau tak apa yang Robert Young ni cuba sampaikan….

DeQdEq sambung nanti plak ye…sebab taknak entri terlalu panjang..nanti korang juga yang bosan…

Sebelum tu jom enjoy tengok gambar yang sempat DeQdEq rakamkan siang tadi di Eastin Hotel…sambil tu korang fikir la apa sebenarnya be a GOOD FINDER.

 

P1011150

Ini la kawan-kawan sepejabat atau TEAMMATE

 P1011141

Consultant CWA sibuk mengambil makanan…Terima kasih CWA yang memberi layanan first class untuk semua consultant CWA.

 P1011143

Makanan memang best tak ingat…banyak plak tu….DeQdEq nak ambil gambar makanan segan la plak kan…hheheh

 

P1011144

Ini Manager DeQdEq….young and success…bulan-bulan akaun bank dia memang masyuk la…

Nak tau lebih lagi kisah kejayaan MAnager DeQdEq ni boleh TENGOK SINI

 

 P1011145

Ini ZAI, tengah amik ais krim..sedap la…tapi sayang tak dapat DeQdEq nk makan banyak2..sebab baru baik demam..batuk masih ada..kalau tak selamat la ais krim tu…heheh

 

 P1011146

Ini lak Abg ZAM, tengah amik ais kacang atau ABC…

 

 P1011149

Muka baru baik demam nih…heheheh

 

 

Saturday, 15 January 2011

Oppsss….Anda fikir kerja yang anda lakukan adalah yang paling TERUK di dunia? Nanti dulu….cuba tengok ni dulu…pasti anda akan berfikir semula

 

Hari Selasa lepas DeQdEq ada seminar di Tropicana…speaker jemputan adalah Gordon Hoo….memang best sangat seminar ni…cuma apa yang DeQdEq nak share ialah, kalau kita rasa kerja kita buat sekarang ni adalah kerja yang paling teruk di dunia…kita mungkin silap.

Topik ni antara yang dikupas dalam seminar tersebut.

Jom…kita cuba hayati gambar-gambar berikut

 

job 5

 

job 6

 

job 7 

 

job 3

 

job 4

 

job 2

 

Emmmm…macam mana? Apa yang anda terfikir bila tengok semua gambar ni…

Monday, 3 January 2011

Andai kau rasa ujian yang kau hadapi adalah yang paling berat…ENGKAU SILAP

Kita selalu rasa bila masalah menimpa diri kita, masalah kita lah yang paling berat dan paling susah. Sedangkan kita tak nampak, rupa-rupanya lebih ramai lagi orang lain yang menghadapi masalah yang jauh lebih berat. Tapi mereka tetap tabah dan kuat menghadapi apa jua ujian yang mendatang.

Seperti mana yang selalu kita dengarkan, Allah menurunkan ujian ke atas seseorang hamba itu adalah setakat kemampuan dirinya untuk menampung. Allah tak akan turunkan ujian yang mana kita tak kan mampu untuk menghadapinya.

Tapi, bercakap atau menulis begini terasa mudah dan senang je, Tapi untuk betul-betul hati ini menerima dan akur dengan segala ujian bagai terlalu sukar. Ibarat macam orang kata ‘cakap tak serupa bikin’. Cakap je pandai, kena kat batang hidung sendiri dah tak reti nak buat apa.

Ke mana hilangnya semangat yang dulunya begitu tinggi dan sentiasa berkobar-kobar. Ke mana juga hilangnya dirimu yang begitu kuat bila menghadapi sebarang jua ujian yang melanda. Ke mana perginya sikap-sikap positif yang pernah menjalari segenap ruang urat saraf dan sendimu.

Hanya kerana ujian kecil ini…semuanya itu hilang dengan sekelip mata. Begitu payah engkau membina insan dalam dirimu. kemudian engkau benarkan dirimu jatuh tergolek hanya kerana satu ujian kecil.

Pasti ‘mereka’ itu ketawa kalau melihat engkau begini. Lemah dan kosong…engkau tak punya apa-apa. Bangkitlah, bangunlah…jangan kau terus duduk setelah kau jatuh begitu lama…Jangan kau lari lagi dari semua masalah yang ada. Berdepanlah segala masalah itu dengan hati yang kuat, ibadat yang cukup, doa yang tak pernah putus-putus. Pastinya Allah akan berada dengan-Mu.

Semoga dengan itu, segala urusan akan dipermudahkan. Semoga hari ini lebih dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ni…dan juga hari seterusnya jauh lebih baik…..

Rindunya dengan senyuman yang macam ni…senyuman yang betul-betul terukir kerana hati yang gembira.

 

NEW YEAR, NEW MONTH, NEW WEEK….AND……NEW ME…

Mode: Memulihkan semangat yang hilang

Sepatutnya di hari pertama bekerja di tahun baru ni mesti la bersemangat waja nak memulakan tugas. Yelah, azam baru telah disulam agar cantik dan dapat ditunaikan satu persatu supaya tidak ada yang tercicir. Tapi, sebaliknya yang berlaku pada DeQdEq.

Bercakap memang mudah, nak bagi nasihat kat orang pun lancar jer…tapi bila kena batang hidung sendiri, kena tanggung di bahu sendiri, DeQdEq seperti hilang semua kekuatan yang ada. Macam mana untuk memulihkan semangat yang hilang ni…

Bila dari dalam tak punya kekuatan, jadi sukar sangat untuk dizahirkan…walaupun badan sihat tapi terasa sangat-sangat lemah dan lemau. Ya Allah, apa yang harus diri ini lakukan.

 

P1010589Senyuman yang dizahirkan hanya untuk mengurangkan duka lara di hati.

 

Disebabkan semangat yang hilang inilah menyebabkan blog DeQdEq dalam 3 hari ni seperti sunyi dari entry baru dan menarik…semalam dan kelmarin hanya 1 entry yang DeQdEq update. Itupun sebab paksa diri…kalau tak memang 1 entry pun tak ada….

Memang trafik ke blog DeQdEq menjunam teruk kesan daripada DeQdEq hilang semangat ni. Nak blogwalking macam selalu pun tak terasa lagi nikmatnya. Maafkan DeQdEq yer semua jika DeQdEq belum membuat kunjungan balas ke blog korang.

DeQdEq tengah mencari kekuatan dan memulihkan semangat yang hilang ni. DeQdEq tak punya siapa-siapa yang dapat membantu DeQdEq di kala ini…hanya Allah yang satu…DIA lah peneman yang paling setia…sentiasa ada di sisi bila kita susah mahupun senang.

Bila bergantung harap pada manusia, beginila jadinya, bila manusia itu pergi meninggalkan kita, diri bagai hilang punca. Terkapai-kapai mencari kekuatan dan punca hidup.

Ya Allah…berikanlah aku kekuatan untuk terus memajukan diri ini..

 

Friday, 31 December 2010

Tahun 2010: SUKA atau DUKA

Tinggal beberapa jam saja lagi Tahun 2010 akan melabuhkan tirai. Seterusnya Tahun 2011 akan menjelma. Begitulah juga setiap tahun, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.

Masa berganti masa, umur semakin meningkat. Amalan dan bekalan belum mencukupi andai diri ini dijemput mengadap ILAHI.

Bagaimana dengan Tahun 2010 korang? Best ke tak best. Seronok ke tak seronok. Suka atau duka?

gembira dan sedih Yang mana satu korang…yang tersenyum lebar tu atau yang dok tengah menangis macam DeQdEq….

 

Tahun 2010 bagi DeQdEq bukanlah sesuatu yang menggembirakan buat DeQdEq. Seawal dari bulan Januari lagi, banyak hal yang menguji kesabaran DeQdEq. Banyak isu dan konflik melanda diri DeQdEq. Sehinggakan diri DeQdEq berkata, biarlah semua impian dan cita-cita aku berkubur sahaja. Asalkan diri orang lain senang dan bahagia dengan kesedihan diri DeQdEq.

DeQdEq tak punya kuasa untuk bersuara. Mereka lebih hebat dan kuat untuk berkata-kata dan menentukan nasib hidup DeQdEq. Disebabkan itulah DeQdEq seperti pasrah dengan segala apa yang menimpa diri dan nasib DeQdEq.

Tapi, alhamdulillah suatu semangat muncul bila 4 bulan bagaikan bulan kesedihan di hati DeQdEq, setelah 4 bulan tersebut, DeQdEq nekad untuk teruskan impian dan cita-cita DeQdEq. Biarlah susah macam mana sekalipun, biar perlu menyekat perut nih dari makan yang sedap-sedap, DeQdEq sanggup.

Jika sebelum ni, hidup sebagai anak perempuan tunggal dan bongsu, semua mengatakan hidup DeQdEq mewah dan senang. Memang DeQdEq akui…yelah, nak apa pun pasti dapat.

Tapi, disebabkan jalan yang DeQdEq pilih nih tak begitu disukai….jadi DeQdEq perlu berkorban segala-galanya…Biarlah kena hidup susah pun, DeQdEq sanggup. DeQdEq terima ni semua sebagai cabaran. Susah macam mana pun, tak akan ada orang yang sudi membantu lagi. Semua tu tak menggugat sedikit pun cita-cita DeQdEq. Biarlah susah dan senang lepas nih DeQdEq yang akan tanggung sendiri.

Perjalanan hari-hari di Tahun 2010 tak semudah yang disangka. Ujian dan dugaan terlalu banyak yang datang. DeQdEq masih gagal untuk mengatasi semua dugaan yang datang.

DeQdEq nak tersenyum gembira macam nih selalu…..bahagia jer rasanya kalau macam ni.

Dengan hadirnya Tahun Baru 2011 dan Maal Hijrah yang sebulan lebih awal berlalu….DeQdEq tekadkan hati dan kuatkan semangat untuk memukul semua ombak kesedihan dan kesuraman yang pernah hadir dalam hidup DeQdEq sebelum nih. Hanya senyuman kegembiraan yang akan melengkapi hari-hari DeQdEq selepas nih…amin…

Walau apa pun yang melanda….suka atau duka terletak pada diri kita sendiri…Jangan bersedih terlalu lama kerana ianya hanya akan merosakkan hari-hari bahagia kita. Pilihlah untuk hidup gembira.

Semoga hari-hari mendatang di Tahun 2011 memberi sinar baru pada kehidupan DeQdEq dan juga semua..insyaAllah.

Wednesday, 29 December 2010

GOAL Setting Mission for 2011

Hari ni dah 29 Disember 2010….tinggal 2 hari jer lagi dah nak melangkah ke tahun baru..Tahun 2011.

Dah tetapkan misi dan visi anda ke belum? Dah semak azam apa yang belum tercapai pada tahun 2010? DeQdEq tengah menggempurkan diri untuk semak balik goal yang DeQdEq nak target tahun nih…

Amacam? Korang semua macam mana? Apa impian korang? Apa yang korang nak capai pada tahun 2011 nih?

Gambar: Dari Pakcik Google

 

Macam DeQdEq….banyak sangat yang DeQdEq nak kejar dalam tahun 2011 ni…harap-harap dapat menggenggam semua impian tu seawal bulan Oktober 2011.

Kenapa Oktober? Sebab pada 1 Oktober 2011, DeQdEq akan melangkah ke usia baru iaitu 26 tahun.

Bila dah 26 tahun, no more playing….tak leh nak main-main lagi…kena terus fokus dan fokus dengan apa yang DeQdEq impikan.

Berapa besar impian anda? Teruskan bermimpi….ingat DREAMING is FREE…There is NO LIMIT in dreaming.

Tapi jangan hanya bermimpi tanpa ada plan dan langkah-langkah yang di ambil.

 

cat DREAM BIG, THINK BIG