Friday 13 September 2013

Rahsia Allah - Siapa Kita Untuk Mempersoalkannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog yang dirahmati,

Bismillah

Hari ini terjumpa kata-kata yang dikongsikan oleh seorang penulis Muslimah yang juga merangkap mentor penulisan saya. Mahu kenali dia? Boleh KLIK sini.




Suka sangat apabila terbaca kata-kata ini. Itulah sifat manusia yang selalu lupa dan tidak sedar hakikat sebenar di sebalik sesuatu.

Setiap perkara yang berlaku adalah hanya dengan izin Allah. Maka lihatlah 'pemberi' peristiwa itu bukannya peristiwa itu sendiri.

Soalan berkenaan jodoh ni memang selalu didengari, tambahan bagi mereka yang dah mula menginjak usianya ke lewat 20-an apatah lagi mereka yang sudah menjengah ke 30-an.


Soalan-soalan yang seringkali didengar adalah,

"Bila nak kahwin?"

"Bila nak rasa nasi minyak ni?"

"Kawan-kawan semua dah kahwin, dah ada anak, awak tu bila lagi?"

Dan banyak lagi. Bila dah kahwin, sibuk pula bertanya bila nak dapat anak? 


Saya sendiri juga dulu seperti ini, jumpa kawan-kawan...inilah antara soalan yang ingin ditanya....tapi itu dah 4-5 tahun lepas. Waktu itu, umur saya dan kawan-kawan sekitar 23, 24 atau 25 tahun. Baru habis belajar dan masing-masing sudah mula bekerjaya.

Jadi, soalan seterusnya pastinya pasal kahwin....

Jika 4-5 tahun lepas ditanya bila nak kahwin, tidak terasa sangat sebab masih muda. Tetapi apabila sudah mencecah lewat 20-an ini, hati mana yang tidak tersentuh apabila disoal tentang jodoh. Hati mana yang tidak terdetik apabila melihat rakan-rakan seperjuangan di sekolah dan universiti memuat turun gambar umat Muhammad yang baru dilahirkan di Facebook dengan wajah ceria sebagai ibu dan ayah yang baru menimang cahaya mata.

Pasti hati-hati ini ingin berkahwin dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Bahkan sudah menjadi fitrah kurniaan Allah kepada manusia untuk hidup berteman dan berpasangan.


Dalam soal anak begitu juga...sudah tentu pasangan yang diijabkabul ingin mendapatkan zuriat, ingin melahirkan umat Muhammad sebagai pencen kubur mereka nanti.

Usahlah disoal...

Sudahlah mereka ini diuji Allah agar bersabar dalam menemukan jodoh atau mendapatkan zuriat...masyarakat pula ingin menambah kesedihan mereka dengan soalan yang tiada manusia mampu menjawabnya, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


Peringatan buat diri ini juga, ayuhlah kita berhenti menjadi 'kepohci' kepada urusan-urusan yang diluar pengetahuan manusia. Sudah-sudahlah dan berhenti bertanya soalan-soalan berkenaan jodoh dan anak ini.

Bak kata Prof Dr Muhaya, jadilah kita manusia yang apabila bercakap hanya keluar perkataan yang manis didengar oleh orang lain. Jadilah kita seperti matahari yang memberi sinaran kepada orang di sekeliling kita. Jadilah kita manusia yang apabila orang bertemu dengan kita mereka merasa lebih bersemangat dan gembira, bukannya menyampah.


Lebihkan melihat diri sendiri, maka kita tak sempat nak melihat hal orang lain...:-)


Jika setuju dengan hasil penulisan saya kali ini, mohon komen dan SHARE kepada kawan-kawan yang lain....:-)


Wednesday 24 July 2013

Pendidik, Mendidik, Pendidikan dan siapa dapat nombor 1 dalam kelas?


Sistem pendidikan Finland

Sampsa Vuorio, seorang guru di Torpparinmaki Comprehensive School, mengatakan:

“Kami sedar bahawa pendidikan adalah sebuah proses. Jadi proses ini perlu sedikit demi sedikit. Kami hanya membantu memberi pelbagai kemungkinan buat siswa. Para guru hanya seperti pelatih yang memberitahu mereka, jika anda melakukan ini, nilai anda adalah 6. Jika anda melakukan ini nilainya mungkin 9.”

Sistem pendidikan tidak diskriminatif dan membezakan antara pelajar pintar atau sebaliknya kerana Finland tidak menetapkan sistem kedudukan. Tiada pelajar yang ketinggalan semuanya.

Vuorio mengatakan: 
“ Kedudukan tidak ada gunanya kerana sebenarnya tiada pelajar yang pandai atau pelajar yang bodoh. Yang ada adalah, pelajar yang cepat mempelajari dan pelajar yang mempelajari ilmu lebih lambat.'”

Vuorio engatakan dengan lebih lanjut, bahawa pendidikan adalah sebuah proses. Jadi tanya perlu sedikit demi sedikit. Sekolah di sana memberikan pelajaran atau latihan sesuai dengan keperluan pelajarnya.



(Petikan dari Visualisasi Minda Ke Arah Meransang Pemikiran Kreatif oleh Tut Sayogya)


Setiap makhluk ada kelebihannya tersendiri tidak kira manusia, haiwan atau tumbuhan, apatah lagi langit, bumi, bulan, bintang dan matahari.

Sekiranya anjing menjadi haiwan yang bijak mendengar kata dan boleh dilatih, bunga ros menjadikan seorang yang marah boleh tersenyum, cahaya bulan membuatkan kita merasakan keindahan malam, apatah lagi seorang manusia yang sememangnya Allah jadikan sebagai makhluk yang paling hebat ini, tentu ada kelebihannya....

Cuma mungkin hanya perlu didorong....sebagai pendidik perlu tahu caranya....bagaimana ingin mendorong pelajar?

Sistem pendidikan yang mengutamakan kedudukan seperti nak dapat nombor 1 dalam kelas....disenaraikan pelajar nombor 1 hingga ke 30....hanya membuatkan nilai diri anak-anak menjadi rendah bagi yang diletakkan nombor tercorot.

Sedangkan anak itu juga ada kelebihannya tersendiri, mungkin tidak hebat menjawab peperiksaan menyebabkan anak ini mendapat nombor tercorot. Tetapi mungkin di padang lumba lari, dialah juara...

Sebenarnya, saya sangat suka akan kaedah atau teknik mendorong/psikologi gaya nabi yang pernah saya hadiri kursusnya dulu...

Terdapat 3 orang pendidik yang berkongsikan pengalaman mereka dalam mendidik pelajar mereka hanya dengan menggunakan teknik memuji....

Jika ingin tahu lebih lanjut, boleh dapatkan buku mereka di pasaran...


                                    


Mulakan dengan senyuman ketika membaca ayat ini...:-)

Tuesday 23 July 2013

Bagaimana Menjadi Manusia Paling Bahagia?

Assalamualaikum buat pengunjung blog,

Bahagia....

Bahagia itu indah...

Bahagia banyak tafsirannya...

Setiap insan mempunyai tafsiran bahagia yang tersendiri...

Ada yang bahagia kerana harta dan wang ringgit.
Ada yang bahagia kerana pangkat, darjat dan keturunan.
Ada pula yang bahagia kerana anak-anak.
Ada yang bahagia kerana sanjungan dan populariti.

Walau apa pun tafsiran anda, pastikan bahagia kita hanya kerana Allah. Mencari keredhaan Allah.

Satu pesanan yang pernah saya dengar, jika ingin bahagia, MAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN PADA KITA.

Pernah dengar tentang maafkan orang lain sebelum tidur?

Sememangnya memaafkan orang lain sangat besar kesannya kepada hidup kita...

Jika diri penuh rasa marah, dendam dan benci...apa yang kita dapat cuma rasa sakit hati..Ini semua adalah emosi yang negatif.

Ingin menjadi seorang yang lebih HEBAT...setelah maafkan orang lain, doakan kebaikan mereka, doakan agar dosa-dosa mereka diampunkan Allah....


InsyaAllah, kita akan menjadi orang paling bahagia di dunia yang sementara ini walau tiada harta, wang jutaan ringgit, pangkat atau nama.

JOM kita mula maafkan diri sendiri dahulu, kemudian ayuh kita maafkan orang lain dan lemparkan kasih sayang ke seluruh alam semesta....

Maka alam semesta juga akan membalas kasih sayang kita.


Mulakan dengan senyuman di saat anda baca ayat ini....:-)


Monday 22 July 2013

Kemewahan Ada di mana-mana



Sistem kepercayaan diri anda mewujudkan realiti diri. Kepercayaan peribadi merupakan asas dalam hidup. Sebagaimana yang telah kita bincangkan, banyak kepercayaan biasa kita adalah silap. Peluang dalam hidup dan kemewahan ada di sekeliling anda.

Kita pernah terfikir bahawa jika kita berjaya maka orang lain mesti gagal. Jika anda mewah maka orang lain tentu miskin. Sebab itulah apa-apa juga anda ada lebih benda bererti anda mengambil hak orang lain.

Kepercayaan silap lain ialah anda mesti berhati-hati melindungi apa yang anda ada kalau tidak orang lain akan mengambilnya.
Cuba pertimbangkan senario “BERITA BURUK/BERITA BAIK” yang berikut:
1a. Pengangguran meningkat kepada 5 peratus.
1b. Pekerjaan kukuh pada 95 peratus.

2a. Sebuah kapal terbang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa L.A hari ini.
2b. Lima ratus empat puluh sembilan daripada lima ratus lima puluh buah kapal terbang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa L.A hari ini.

3a. Encik Jones mati pada usia 80 tahun hari ini.
3b. Hidup Encik Jones yang selama 80 tahun dipenuhi dengan tahun-tahun produktif tamat pada hari ini.

4a. Joe Barnes hilang jari dalam kemalangan industri.
4b. Joe Barnes masih mempunyai 7 jari dan 2 ibu jari, minda yang sihat untuk meneruskan apa yang dibuatnya dengan baik.

5a. Satu daripada tiga perkahwinan retak dan berakhir dengan perceraian hari ini.
5b. Dua daripada tiga perkahwinan bahagia dan berpanjangan pada hari ini.

Berita yang mana lebih tepat?
Berita yang mana lebih positif?
Berita yang mana sering dilaporkan?

Jika anda selalu berkata pada diri sendiri, “Saya tidak boleh melakukannya”, “Saya tak berguna” atau “Ia tak mungkin terjadi pada saya” , maka itulah juga yang akan anda capai.
Dengan mempercayai kekurangan maka anda akan lihat “kekurangan”, anda akan mempunyai pengalaman yang kurang dan bagi anda sentiasa kekurangan.

Kekurangan ialah induk segala sifat mementingkan diri sendiri, cemburu, agresif dan rasa geram. Segalanya mempunyai kesan negatif.

Kemewahan ialah induk segala kemakmuran, kreativiti, kebaikan dan kasih sayang. Segalanya mempunyai kesan positif.

Apabila anda mengalami emosi negatif, pertama ambil langkah memberhentikannya dan dalam seminit periksa kepercayaan di sebaliknya yang menyokong kepercayaan itu. Tanya diri sendiri, “Kenapa aku mesti berperasaan begini? Apa punca aku berperasaan begini? Adakah perasaan begini realistik, logik dan gambaran tepat dunia ini sebenarnya?”

Jika jawapannya “tidak”; maka ubahlah kepercayaan itu kepada pengesahan yang positif yang membawa anda kepada emosi yang positif dan tabiat konstruktif.


Petikan dari Berfikir Seperti Cara Juara oleh Dr Walter Doyle Staples



Setiap saat, setiap masa,pilihan terletak di tangan kita...Syurga atau Neraka?
Jika ahli Syurga, cuba renungkan bagaimana sikap para ahli syurga....pastinya sentiasa positif, tersenyum, murah hati, penyayang, sentiasa tenang, akhlak yang indah dan banyak lagi ciri-ciri ahli syurga....

Mulakan dengan senyuman...:-)

Tuesday 11 June 2013

Sisi Lain Pandangan Kita di dalam Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Kata-kata ini dipetik dari wall page Prof Dr Muhaya

 

Some thoughts on Life…

A Lovely Logic for a beautiful Life
Never try to maintain relations in your life Just try to maintain life in your relations


Death asked Life :
Why does everyone love you and hate me.

Life replied :
Because I am a beautiful Lie and you are painful Truth

We are very good Lawyers for our mistakes; and very good Judges for others` mistakes


A fantastic sentence written on every Japanese bus stop.
Only buses will stop here – Not your time So Keep walking towards your goal


Negative Thinkers focus on Problems
Positive thinkers focus on Solutions


Never hold your head high with pride or ego.
Even the winner of a gold medal gets his/her medal only when he bows his head down


Define TODAY
This is an Opportunity to Do A work better than Yesterday


African Saying:
If you want to walk quick, walk alone
If you want to walk far, walk together


Confident Quote:
I have not failed.
My success is just postponed!


 

Kata-kata yang paling deqdeq suka adalah yang terakhir…berkenaan keyakinan….saya bukan gagal, cuma kejayaan saya ditangguhkan…. LIKE dan SHARE…:-)

Tuesday 28 May 2013

Kembara Memahami Erti Tujuan Hidup

 

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Bersyukur kepada Zat yang Maha Kaya atas nikmat yang diberikan lagi pada pagi ini iaitu dapat menghirup udara dan masih bernafas. Sesungguhnya dalam setiap nafas itu adalah takdir Allah untuk kita….Subhanallah, Alhamdulillah Ya Allah….masih sedikit rasa syukur ini berbanding nikmat yang telah Engkau berikan….

Bila hidup tanpa tujuan, maka sesatlah hati..

Bila hidup ber’tuhan’kan makhluk, maka binasalah segala tindakan…

Bila hidup mengharapkan dan bergantung selain dari Allah, maka pincanglah emosi…

 

Penemuan ini adalah rezeki Allah….syukur Ya Allah…

Mohon agar diri ini bernaung di bawah rahmat-Mu dan sentiasa dalam keimanan….

Tuesday 7 May 2013

Kenapa perlu wujudkan isu perkauman?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Saya tidak suka dimomokkan dengan isu perkauman ini....kata 1Malaysia....

Berbalik la kepada sumber yang telah diturunkan Allah dan diwarisi dari Rasulullah....bagaimana muamalat mengikut Islam, bagaimana akhlak Rasulullah....maka semuanya akan hidup bahagia, saling menghormati...

Allah yang menjadikan kita pelbagai bangsa, tapi disatukan melalui agama ISLAM....ISLAM itu INDAH, apa yang penting adalah ISLAM itu difahami, dihayati dan diamalkan...

 

Sebab itu setiap kita ini adalah khalifah….jika dapat kita betulkan akidah, akhlak dan ibadat…..maka penganut agama lain pasti menghormati orang Muslim….

Perlu diingat bahawa Muslim itu bukannya orang Melayu, sebab agama yang berpaksikan syahadah dari kalimah ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH’ ini dipegang oleh pelbagai bangsa dari seluruh dunia….Di Malaysia juga, Muslim itu terdiri dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, orang asli dan kaum2 etnik yang berada di Sabah dan Sarawak.

Jadi, mengapa perlu ditakutkan dan dimomokkan rakyat Malaysia dengan isu perkauman ini.

Adalah sangat menyedihkan bila mana pihak tertentu cuba menggunakan isu perkauman ini hanya untuk kepentingan mereka.

 

Sedangkan jika mengamalkan ajaran agama ISLAM yang INDAH ini, pasti isu sebegini tidak akan timbul….malah, kita rakyat Malaysia akan hidup harmoni, saling menghormati tidak kira agama dan bangsa.

 

 

Sekian…

Pandangan peribadi saya sebagai seorang Rakyat 1Malaysia…:-)

Monday 22 April 2013

Pengalaman Menggunakan Google Hangouts

 

Assalamualaikum buat pembaca semua yang dirahmati Allah,

Moga di saat kalian membaca entri ini, kalian semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan Allah dan moga didatangkan dengan kejutan demi kejutan yang baik dalam hidup anda semua.

Pagi ini,merupakan pengalaman baru buat deqdeq apabila ada sesi coaching online bersama Mentor Penulisan ebook, Insyirah Azhar.

Alhamdulillah, selesai sesi 1 jam, banyak input yang asas dan mudah untuk bakal penulis ebook macam deqdeq ni. Terus boleh digunakan elmu tersebut dan insyaAllah sebuah ebook bakal diterbitkan tidak lama lagi.

 

Tak sangka rupanya Google ni banyak kelebihannya jika kita menggunakan dengan sebaik mungkin. Deqdeq tak pernah tahu pun sebelum ni pasal Google Hangouts. Sangat mudah untuk digunakan. Hanya duduk depan PC atau latop dilengkapi dengan internet, headfon dan microphone.

Jadi, lepas ni boleh la selalu meeting online…Lepas ni nak meeting dengan siapa pulak ye?

Moga mendapat peluang bisnes yang halal dan diberkati menggunakan teknologi yang semakin canggih sekarang ni…

 

Aminnnn

Thursday 18 April 2013

Mudahnya Hidup Bahagia

 

Marah,benci,dendam….

Sayang,suka,baik hati….

 

Di kala deqdeq menulis bait-bait perkataan ini, terasa perbezaannya….belum lagi melafazkan bait-bait perkataan tersebut,apatah lagi melontarkan kata-kata ini dengan penuh perasaan….

Apabila perkataan marah,benci,dendam ditaip, terasa seperti ada beban yang berada di belakang badan deqdeq…dalam hati deqdeq terasa seperti kurang selesa, seperti tidak tenteram jiwa dalaman deqdeq.

Berbeza dengan sayang,suka,baik hati, di saat menaip saja perkataan-perkataan ini, deqdeq boleh tersenyum dan terasa seronok, gembira….hati juga rasa berbunga-bunga….:-)

 

Begitulah besarnya impak hanya dari sepatah perkataan. Baru ditaip sudah dapat merasakan getaran yang dihantar sama ada positif atau negatif.

Cuba bayangkan jika kata-kata ini, diluahkan dengan penuh perasaan….

Sebagai contoh:

“AKU BENCIIIIIIIIII ENGKAU !!!!!!!!!!!!!!!!!!! “

 

Jom sayangi diri…..barula dapat sayangi orang lain….:-)

Mulakan dengan senyum selalu….

 

 

 

dan

“AKU SAAAAYAAAANG ENGKAU !!!!!!”

 

Bukankah kesannya atau getaran dari lafaz ini pasti memberi kesan kepada si penerimanya….andai ayat positif yang dilontarkan, pasti getarannya juga positif. Tetapi, jika ayat negatif yang dilontarkan, sudah pastinya getaran negatif yang akan dihantar dan diterima oleh orang yang mendengarnya.

 

Jika kita bercakap yang baik-baik, menghantar getaran positif kepada orang sekeliling kita, tidak kira suami, isteri, anak-anak, rakan sekerja, pekerja bawahan, hatta makcik ‘cleaner’ sekalipun, mereka akan menerima getaran positif tersebut dan pastinya akan membalas semula dan memberi balik getaran positif kepada kita. Bukan satu, malahan lebih lagi yang akan kita terima.

Ibaratnya seperti kita bersedekah…..apa yang telah Allah janjikan, bila kita beri satu, Allah akan berikan 10x ganda lagi.

“What you give, you will get back MORE !!! “