Showing posts with label BPM. Show all posts
Showing posts with label BPM. Show all posts

Thursday, 24 February 2011

Segmen BPM: 1 jam 1 blogger

 

Dah lama DeQdEq tak update pasal Blog Pilihan Malaysia…sedangkan DeQdEq ni adalah krew….jadi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai krew BPM, DeQdEq nak update segmen terbaru di BPM…

Ada banyak segmen tengah berlangsung di BPM sebenarnya…tapi DeQdEq nak war-warkan segmen BPM: 1 jam 1 blogger ni sebabnya agak unik dan menarik…rugi kalau tak join

 

Apa yang korang perlu buat adalah copy dan paste dalam email. jawab semua soalan tersebut dan korang perlu emailkan jawapan yang sudah dibuat kepada email bentong_fc@yahoo.com. pastikan juga tajuk email korang seperti ini : "Segmen BPM : 1 Jam 1 Blogger"..

 

  1. Nama panggilan anda dalam blog?
  2. Nama blog dan url?
  3. Sejak bila anda buat blog ini?
  4. Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?
  5. Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?
  6. Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?
  7. Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?
  8. Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?
  9. Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?
  10. Kata-kata semangat untuk blogger lain?
  11. Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

 

Untuk melihat butiran mengenai segmen BPM: 1 jam 1 blogger ni….sila ke BLOG INI

 

Jom kita join ramai-ramai okey…

 

 

Monday, 7 February 2011

Ucapan Romantis Untuk Kekanda/Adinda

 

Pengumuman untuk semua yang sedang hangat bercinta, tak kira yang baru berkahwin atau dah lama, juga kepada merekan yang baru bertunang….

 

BPM telah anjurkan segmen baru iaitu  “Ucapan Romantis Untuk Kekanda/Adinda

 

Sebelum tu DeQdEq nak beritahu dahulu segmen ini ada 3 kategori yang anda boleh pilih. kategori tersebut adalah:

 

  1. Ucapan Untuk Suami/Isteri - kategori ini untuk mereka yang telah pun berkahwin. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada suami ataupun isteri anda.
  2. Ucapan Untuk Si Teruna/Si Dara - kategori ini untuk mereka yang tengah bertunang sahaja. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada pasangan tunang anda.
  3. Ucapan Untuk Kekasih - Kategori ini untuk mereka yang tengah bercinta atau pun bercouple.. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada pakwe atau makwe anda.

 

Harap anda boleh kenal pasti kategori anda. jadi macam mana nak join? ok, mudah saja..

 

Berminat? Untuk mengetahui cara nak join segmen ni…KLIK SINI

 

Friday, 21 January 2011

Perhatian: Pelajar Universiti Swasta, Pelajar Kolej dan Pelajar Politeknik

Blog Pilihan Malaysia

 

Adakah anda tergolong dalam semua yang DeQdEq sebutkan dalam tajuk utama di atas?

Kalau anda antara mereka, adakah anda telah mendaftarkan diri atau join segmen Sahabat Blogger mengikut kategori seperti di atas.

 

Kalau belum mendagtarkan diri..jom la join dan kita meriahkan Sahabat Blogger anjuran Blog Pilihan Malaysia 2011 ini. Untuk memudahkan anda, boleh je klik link kat bawah ni ye.

 

Sahabat Blogger : Pelajar Universiti Swasta (tarikh tutup: 24 Jan 2011)

Sahabat Blogger : Pelajar Kolej (tarikh tutup: 25 Jan 2011)

Sahabat Blogger : Pelajar Politeknik (tarikh tutup: 27 Jan 2011)

Monday, 17 January 2011

Sahabat Blogger : Pelajar Universiti Swasta

Siapa yang masih bergelar pelajar dan anda merupakan penuntut di universiti swasta….sila ambil perhatin…ini masa untuk anda menjadi sebahagian daripada blog pilihan Malaysia.

 

Blog Pilihan Malaysia

BOLEH TENGOK SINI

 

Segman khas telah dilancarkan untuk anda pelajar universiti swasta.

 

Bagaimana mahu join?

 

Sila buat satu entri yang menarik untuk di baca. dalam entri tersebut harus ada:

  • Link entri blog ini.
  • Tajuk entri 'Saya Pelajar MMU" (gantikan nama universiti anda belajar)
  • Gambar anda bersama rakan kelas, sekurang-kurangnya sekeping.
  • Nyatakan anda belajar di universiti mana? kursus apa? bila masuk dan bila akan tamat belajar?
  • Ceritakan pengalaman pahit manis anda semasa belajar yang anda tidak boleh lupakan.

 

Setelah siap mengarang entry anda, pastikan entry anda di pos kan di ENTRY ini PELAJAR UNIVERSITI SWASTA

Wednesday, 12 January 2011

Sahabat Blogger : Pelajar Universiti Awam

Kalau sebelum ni, Blog Pilihan Malaysia menganjurkan segmen untuk blogger mengikut negeri…sekarang ni plak ada segmen khas untuk korang yang masih belajar…

Untuk permulaan BPM buat khas bagi Pelajar Universiti Awam….pelajar-pelajar lain akan menyusul kemudian

Blog Pilihan Malaysia

Keterangan Lanjut >>>> Tengok la SINI

 

Bagaimana nak join?


Seperti biasa anda dikehendaki membuat satu entri yang sangat menarik untuk dibaca. dalam entri tersebut anda perlu letakkan:

  • Link entri blog ini.
  • Tajuk entri 'Saya Pelajar UiTM" (gantikan nama universiti anda belajar)
  • Gambar anda bersama rakan kelas, sekurang-kurangnya sekeping.
  • Nyatakan anda belajar di universiti mana? kursus apa? bila masuk dan bila akan tamat belajar?
  • Ceritakan pengalaman pahit manis anda semasa belajar. contohnya, anda jatuh cinta dengan rakan sekelas, pergi lawatan sambil belajar atau meniru semasa exam, heheh..

 

Okey…kalau ada apa-apa yang tak faham….sila rujuk SINI

Wednesday, 5 January 2011

Blog Pilihan Malaysia berwajah baru 2011- Cepat !!! Sahabat Blogger Mengikut Negeri akan ditutup pada 10 Januari

Siapa yang pernah dengar pasal Blog Pilihan Malaysia (BPM)  nih….rasanya ramai dah tau kan…BPM pada tahun 2010 sangat cemerlang dengan menganjurkan award ala-ala Anugerah Bintang Popular gitu…tapi waktu tu DeQdEq masih baru sangat blogging. Jadi banyak yang DeQdEq ketingalan.

Tapi terima kasih juga pada BPM sebab anjurkan award macam tu…senang DeQdEq nak blogwalking dan mencari tutorial serta blogger lama yang memang terkenal di dunia blog ni.

Blog Pilihan Malaysia

BPM berwajah baru untuk BPM 2011 - lebih menarik, kemas dan bergaya.

Terkini, BPM sedang menganjurkan segmen “sahabat blogger mengikut negeri”. Rasanya masih ramai yang tak tau pasal nih…sebabnya DeQdEq tengok ramai lagi yang tak join. Kalau rasa nak berkenalan dengan blogger satu negeri dengan anda inilah peluangnya. Korang boleh tengok SINI.

Cepat-cepat la join yer…boleh berkenal-kenalan sesama blogger satu negeri dan juga dari negeri lain. Tarikh tutup penyertaan ialah 10 Januari ni. Jadi masih punya masa untuk join yer.

Tuesday, 28 December 2010

Sahabat Blogger Mengikut Negeri

Korang dah tau belum pasal Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri di Blog Pilihan Malaysia 2010…kat sini kita boleh la bertemu dengan kawan-kawan blogger satu negeri…

 

Blog Pilihan Malaysia

Bagaimana nak join?

Senang saja, anda perlulah membuat entri yang mengandungi:

  1. Tajuk entri : "Saya Blogger Pahang" - sila gantikan nama negeri anda
  2. Link ke blog ini - wajib
  3. Nama anda - nama manja atau glamer
  4. Status anda - sudah kahwin ke belum, anak berapa ramai, isteri berapa orang, heheh..
  5. Cara hubungi - contohnya Facebook dan twitter, email boleh juga (mana tahu kalau ada orang nak panggil masuk tv atau suratkhabar). no telefon tidak digalakkan.
  6. Daerah/Jajahan - di mana anda tinggal
  7. Tempat tinggal - jangan bagi alamat seperti dalam mykad pula, cukup sekadar bagi nama kampung, taman, felda, atau estet mana.
  8. Apa yang menarik di tempat anda - contohnya ada gua ke, ada lombong emas ataupun ada puteri bunian. heheh..


(nota : tidak kisah sama ada blog anda guna bahasa melayu atau inggeris. kita 1Malaysia 1Blogger, huhu..)

 

Senang je kan, cuma buat satu entry, pastu post kan url entry anda mengikut negeri….apa lagi..jom la join Sahabat Blogger mengikut negeri…KLIK SINI