Sunday 24 January 2016

Impian perlu dibayangi dan dirasai di dalam minda dan jiwa...barulah dapat direalisasikan secara fizikal

Impian perlu ditulis

Impian perlu dibayangi dalam kotak fikiran

Impian perlu dirasai di dalam jiwa seperti sudah benar-benar memilikinya


Untuk merasai pergilah melihat rumah impian anda

Untuk merasai pergilah ke butik dan bergayalah dengan beg tangan,baju, jam idaman anda

Untuk merasai pergilah ke bilik pameran kereta dan pandu uji kereta idaman anda

InsyaAllah dengan izin Allah semua impian pasti dapat dimiliki

Tidak akan bergerak walau satu tanpa izin Allah..

Jadi mohon doa kepada Allah sungguh-sungguh dan letak sepenuh keyakinan terhadapNya...

InsyaAllah akan diberikan pada waktu dan saat yang tepat..






Wednesday 13 January 2016

BAIK ATAU BURUK...Kita yang memilihnya



Sistem kepercayaan diri anda mewujudkan realiti diri. Kepercayaan peribadi merupakan asas dalam hidup. Sebagaimana yang telah kita bincangkan, banyak kepercayaan biasa kita adalah silap. Peluang dalam hidup dan kemewahan ada di sekeliling anda.

Kita pernah terfikir bahawa jika kita berjaya maka orang lain mesti gagal. Jika anda mewah maka orang lain tentu miskin. Sebab itulah apa-apa juga anda ada lebih benda bererti anda mengambil hak orang lain.

Kepercayaan silap lain ialah anda mesti berhati-hati melindungi apa yang anda ada kalau tidak orang lain akan mengambilnya.
Cuba pertimbangkan senario “BERITA BURUK/BERITA BAIK” yang berikut:

1a. Pengangguran meningkat kepada 5 peratus.
1b. Pekerjaan kukuh pada 95 peratus.

2a. Sebuah kapal terbang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa L.A hari ini.
2b. Lima ratus empat puluh sembilan daripada lima ratus lima puluh buah kapal terbang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa L.A hari ini.

3a. Encik Jones mati pada usia 80 tahun hari ini.
3b. Hidup Encik Jones yang selama 80 tahun dipenuhi dengan tahun-tahun produktif tamat pada hari ini.

4a. Joe Barnes hilang jari dalam kemalangan industri.
4b. Joe Barnes masih mempunyai 7 jari dan 2 ibu jari, minda yang sihat untuk meneruskan apa yang dibuatnya dengan baik.

5a. Satu daripada tiga perkahwinan retak dan berakhir dengan perceraian hari ini.
5b. Dua daripada tiga perkahwinan bahagia dan berpanjangan pada hari ini.

Berita yang mana lebih tepat?
Berita yang mana lebih positif?
Berita yang mana sering dilaporkan?

Jika anda selalu berkata pada diri sendiri, “Saya tidak boleh melakukannya”, “Saya tak berguna” atau “Ia tak mungkin terjadi pada saya” , maka itulah juga yang akan anda capai.
Dengan mempercayai kekurangan maka anda akan lihat “kekurangan”, anda akan mempunyai pengalaman yang kurang dan bagi anda sentiasa kekurangan.

Kekurangan ialah induk segala sifat mementingkan diri sendiri, cemburu, agresif dan rasa geram. Segalanya mempunyai kesan negatif.

Kemewahan ialah induk segala kemakmuran, kreativiti, kebaikan dan kasih sayang. Segalanya mempunyai kesan positif.

Apabila anda mengalami emosi negatif, pertama ambil langkah memberhentikannya dan dalam seminit periksa kepercayaan di sebaliknya yang menyokong kepercayaan itu. Tanya diri sendiri, “Kenapa aku mesti berperasaan begini? Apa punca aku berperasaan begini? Adakah perasaan begini realistik, logik dan gambaran tepat dunia ini sebenarnya?”

Jika jawapannya “tidak”; maka ubahlah kepercayaan itu kepada pengesahan yang positif yang membawa anda kepada emosi yang positif dan tabiat konstruktif.


Petikan dari Berfikir Seperti Cara Juara oleh Dr Walter Doyle Staples



Setiap saat, setiap masa,pilihan terletak di tangan kita...Syurga atau Neraka?
Jika ahli Syurga, cuba renungkan bagaimana sikap para ahli syurga....pastinya sentiasa positif, tersenyum, murah hati, penyayang, sentiasa tenang, akhlak yang indah dan banyak lagi ciri-ciri ahli syurga....

Mulakan dengan senyuman...:-)