Ada apa dengan 30 nih….apa plak yang 555….
Sebenarnya bukan la apa-apa pun…cumanya follower DeQdEq lagi 30 orang akan mencecah ke angka 555. Mungkin pada sesetengah blogger tak kisah dengan bilangan follower.
Sebabnya follower tak semestinya akan singgah hari-hari ke blog kita untuk baca apa yang kita tulis. Sebab tu sesetengah blogger lebih pentingkan trafik dan juga ranking. Jadi, untuk memastikan trafik ke blog kencang dan juga ranking blog berada di kedudukan yang baik, kita perlu titik beratkan pada penulisan dan entri.
Ini kerana, jika entri yang ditulis menarik dan mempunyai isi yang sangat bagus, pengunjung pasti akan ramai ke blog kita seterusnya menyumbang kepada trafik ke blog kita.
Selain tu, untuk mendapatkan trafik yang kencang, boleh juga bermain dengan SEO….nak tengok buktinya boleh ke blog FAIZAL FREDLY
Ok la…kalau nak bercakap pasal tips tingkatkan trafik nih, DeQdEq pun tak pandai lagi…banyak lagi nak kena belajar. Tapi, banyak blog yang kongsikan tips ni. Jadi, korang rajin-rajin la mencari.
Ada juga blogger yang nak anjurkan kelas blogging, antara skop yang akan diajar adalah teknik tingkatkan trafik. Kalau korang berminat nak belajar boleh ke 2DAY BLOGGER.
Sekarang ni masuk ke tujuan utama entri ni di tulis…mukadimah dan pengenalan panjang betul kan…sekarang baru nak masuk isi….heheheh
DeQdEq bercadang untuk menganjurkan contest buat pertama kalinya, sempena follower blog DeQdEq akan mencecah ke angka 555. Harap-harap dapat la cecah yer…dan semoga akan lebih maju lagi dengan mencecah ke angka 5555 plak.
Dengan kehadiran pengunjung semua, follower DeQdEq…korang membuatkan blog DeQdEq darihari ke hari bertambah kukuh kedudukannya. Dan dengan kunjungan ikhlas korang semua ke blog DeQdEq, membuatkan DeQdEq ingin menjadi lebih serius dalam dunia blog ni.
DeQdEq sangat-sangat teruja bila ada yang sudi KLIK butang follow tu.pada DeQdEq itu merupakan satu penghargaan sebabnya, bila ada yg sudi jadi follower, maksudnya ada sesuatu di blog kita yang menarik dan menyebabkan diorang dengan ikhlas menekan butang follow tu.
DeQdEq memang tak pernah meminta untuk orang follow blog ni. Pada DeQdEq biarlah mereka yang follow blog ni kerana mereka suka dengan blog DeQdEq. Jadi, pada DeQdEq tak ada istilah I FOLLOW, U FOLLOW BACK.
Sebab DeQdEq, kalau suka blog tu, DeQdEq memang akan follow..walaupun memang tak sempatla nak singgah tiap-tiap hari. Tapi kalau entri korang muncul di dashboard DeQdEq, dan tajuknya menarik…memang pasti akan DeQdEq terjah.
TERIMA KASIH SEMUA….TERIMA KASIH KEPADA FOLLOWER, KEPADA SILENT READER, KEPADA PENGUNJUNG SETIA DAN SEMUANYA…SEBAB KORANGLA YANG MENYERIKAN BLOG INI.
NANTIKAN CONTEST 5-5-5.