Friday 19 August 2011

Berbuka Puasa dengan Artis dan Selebriti (II)

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

 

Di sini DeQdEq ingin kongsikan kenangan ketika Majlis Berbuka Puasa bersama Dr Azizan dan Alumni.

 

SAM_0338

Bersama Dr Azizan juga mentor kepada ramai jutawan dan bakal jutawan

 

SAM_0341

Bersama Afdlin dan Pak Husein (penulis buku terkenal)

 

   SAM_0342

Bersama Rashidi Ishak

 

SAM_0344

Bersama Vanidah Imran

 

SAM_0348

Berbuka Puasa dengan Artis dan Selebriti (I)

 

Ini pula DeQdEq kongsikan kenangan berbuka puasa dengan kawan DeQdEq di Intekma Resort, Shah Alam. Dengan hanya RM47 untuk dewasa, kita boleh nikmati lebih dari 50 hidangan.

Memang tak termakan semuanya….tapi enjoy sangat sebab dapat luangkan masa dengan kawan di tepi kolam renang lagi….siap dihiburkan oleh Rosma AF 1….

 

Rosma sangat comel dan kurus je…jeles tul tengok Rosma kurus dan cantik sangat…Sepanjang Ramadhan 2011 ni memang Rosma akan membuat persembahan di Intekma Resort.

Solat terawih berjemaah pun ada juga…..jadi jangan risau untuk solat terawih ye…

 

 SAM_0367

Khai, Rosma dan Sahri mendendangkan lagu Raya baru mereka yang bertajuk Aidilfitri Mulia….Lagu yang rancak dan sedap didengar…..I Likeeee…

 

SAM_0380

Dapat bergambar dengan Rosma di atas pentas lepas berduet dengan Rosma lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma…

Tak sangka plak dalam ramai-ramai Rosma ajak DeQdEq siap pegang dan tarik tangan ke pentas untuk nyanyi dengan dia….hhuhuhuu…Apa-apa pun memang menjadi kenangan buat DeQdEq…

Rosma memang peramah dan pandai berceloteh….

Sebagai hadiah sebab sudi naik ke pentas, Rosma hadiahkan DeQdEq CD lagu Raya…terima kasih Rosma

 

 SAM_0382

Bergambar selepas minta tandatangan…

 

 SAM_0383

 

SAM_0385

Terima kasih untuk CD Lagu Raya ni…

 

CD bertajuk Lebaran Illahi Aidilfitri memuatkan 6 buah lagu iaitu 4 lagu baru dan 2 lagu lama yang diberi nafas baru iaitu Dendang Perantau dan Hari Raya Bahagia.

 

Manakala 4 lagu terbaru ialah:

1) Aidilfitri Mulia (ini yang Khai, Rosma dan Sahri nyanyi waktu DeQdEq berbuka kt Intekma)

2) Gemersik Illahi

3) Gembira Di Hari Raya

4) Hari Raya Bersama

Juga turut serta penampilan khas Cikgu Siti Hajar di dalam Album ini.

 

Jadi, kepada yang nak beramah mesra dengan Rosma, boleh la berbuka puasa di Intekma Resort…..Rosma tak sombong, memang baik dan mesra sangat.

Jangan lupa KLIK fanpage Khai & Rosma kat SINI

 

SELAMAT BERBUKA SEMUA DAN SELAMAT HARI RAYA…..

 

Wednesday 17 August 2011

Salam Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum dan selamat pagi, Salam Ramadhan dan Salam Nuzul Al-Quran

Sekejap saja masa berlalu, dah masuk hari ke-17 kita berpuasa….Alhamdulilllah kerana Allah masih memberi peluang untuk diri ini masih bernafas di muka bumi ini….masih diberi peluang untuk sujud dan beribadat kepada-MU…

Hari demi hari berlalu, bulan demi bulan berlalu dan tahun demi tahun berlalu…umur juga makin meningkat…namun berapa banyak amal yang kita ada…berapa banyak pula dosa yang telah kita lakukan…Ya Allah, ampuni dosa-dosa ku ini…

 

Sepatutnya di bulan Ramadhan ini, lebih banyak amal yang kita lakukan….tapi malu diri ini….separuh bulan telah berlalu, aku masih belum khatam membaca Al-Quran….huhuhuhuu…betapa lemahnya diriku ini Ya Allah…

Ampunkan aku andai aku lalai dan alpa dengan segala suruhan mu Ya Allah…sesungguhnya aku ingin menjadi sebahagian dari hamba-hamba-Mu yang di redhai walaupun hanya sekadar di Syurga-Mu yang paling bawah.

 

Terima kasih Ya Allah untuk segala nikmat dan rezeki yang Engkau berikan…jadikan aku hamba-Mu yang bersyukur dan sentiasa menggunakan nikmat yang Engkau berikan ini untuk menambah nilai hidupku, keluargaku dan orang-orang yang memerlukan….

AMINNNNNNNNN

Monday 8 August 2011

101 Impianku

Assalamualaikum,

Entry ini ditulis khas sebagai menyiapkan assignment Dr Azizan sewaktu DeQdEq menghadiri seminar Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 29,30 dan 31 Julai lepas di Wisma MCA.

Seminar 3 hari yang sangat hebat, hanya yang hadir mampu merasai kelebihan seminar IMKK ni…memang sangat membantu untuk kita mengubah hidup.

Pada hari terakhir, Dr Azizan telah berikan assignment kepada semua peserta yang mana kami perlu menyenaraikan 101 impian. Kerana kejayaan itu bermula dengan impian. Masih ingat lagi dengan entri DeQdEq tentang Jangan takut untuk punyai IMPIAN BESAR…kerana…

 

Bukan mudah untuk DeQdEq senaraikan semua impian ni…memang betul kata Dr Azizan bahawa bila dah cuba senaraikan impian ni baru kita tahu betapa kita miskin dengan impian. Baru impian yang ke 20, DeQdEq dah merasa buntu…apa lagi impian yang aku ada….apa lagi yang aku ingin capai? Apa lagi yang aku boleh lakukan untuk menambah nilai pada orang lain.

 

Berikut DeQdEq senaraikan 101 impian DeQdEq, insyaAllah semua impian ini pasti dapat dilaksanakan jika yakin dengan Allah dan juga usaha yang tak pernah lekang.

 

Dari skop kerjaya:

1) Mendapat 2 tiket untuk Premier Club 2012 (Double Qualifier) = berjaya mencapai target 4,500,000 point

2) Beli 1 tiket ekstra untuk Ayah ikut sama ke percutian bagi Premier Club 2012

3) Million Dolar Producer (MDP) setiap bulan bermula Ogos 2011

4) Naik pangkat sebagai Agency Manager (AM) pada Disember 2013

5) Mempunyai anak didik sepenuh masa seramai 20 orang yang komited sebagai Ejen CWA

6) Naik pangkat sebagai Group Agency Manager (GAM) pada Disember 2014

7) Mempunyai syarikat sendiri yang pertama

8) Buka agency di Sungai Petani, Kedah

9) Mencapai target dan menjadi qualifier setiap tahun bermula tahun 2011

10) Tersenarai sebagai salah seorang di dinding Hall of Fame CWA

11) Mempunyai seorang pembantu peribadi sepenuh masa

12) Mempunyai sebuah laptop baru

13) Mempunyai sebuah komputer di pejabat

 

Dari skop kehidupan:

14) Berkahwin pada Disember 2012

15) Mempunyai seorang suami yang soleh, penyayang dan dapat membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah

16) Mempunyai 6 orang anak yang soleh dan solehah

17) Mempunyai sebuah BMW 528i M Sport berwarna merah metallic

18) Mempunyai telefon Blackberry baru

19) Mempunyai sebuah Blackberry Playbook

20) Mempunyai sebuah iPad 2

21) Mempunyai gelang tangan emas

22) Mempunyai beg tangan Coach

23) Mempunyai koleksi beg LV

24) Mempunyai koleksi barangan AIGNER

25) Mempunyai koleksi barangan Mont Blanc

26) Mempunyai jam tangan ROLEX

27) Berjaya menurunkan berat badan dan kekalkan berat badan 55kg

28) Hidup sihat, cantik dan langsing

29) Mendapatkan rawatan rambut gugur dan rambut kembali lebat dan hitam

30) Mendapat 2 tiket ke Konsert Westlife pada 7 Oktober 2011 (tempat duduk paling depan pentas)

31) Mempunyai kamera DSLR

32) Menukar tayar dan rim kereta CLK (my cute little kancil)

33) Mengecat CLK dengan warna pink

34) Memasang filem penapis haba (tinted) pada CLK

35) Mempunyai pelatih kecergasan peribadi

36) Mempunyai konsultan imej, designer dan tukang jahit peribadi

37) Mempunyai doktor peribadi dan keluarga

38) Mempunyai doktor gigi peribadi dan keluarga

39) Berjaya menguasai tajwid dan memperbetulkan bacaan Al-Quran

40) Sentiasa menghadiri majlis ilmu untuk mempelajari ilmu fekah, tauhid dan lain-lain

41) Mempunyai yatch peribadi

42) Mempelajari scuba diving

43) Mencuba Sky Diving

44) Melakukan bungee jumping

45) Belajar memanah

46) Belajar menembak

47) Belajar menunggang kuda

48) Mempelajari dan fasih bercakap Bahasa Mandarin

49) Mempunyai banglo di Sungai Petani

50) Mempunyai banglo mewah dilengkapi kolam renang

51) Mempunyai banglo mewah dengan 8 bilik tidur, 5 bilik air, bilik solat, perpustakaan mini, gym mini dan pejabat mini di Shah Alam.

52) Mempunyai banglo percutian di Cameron Highland

53) Mempunyai banglo percutian di Langkawi

54) Mempunyai banglo rehat di Janda Baik

55) Mempunyai ladang buah-buahan seluas 60 ekar

56) Menjadi ahli kepada kelab-kelab mewah

57) Menjadi ahli di hotel-hotel mewah

58) Meluangkan masa seminggu sekali di spa & salon

59) Mempunyai rangkaian rumah sewa

60) Membuka pusat penjagaan kucing-kucing terbiar dilengkapi dengan doktor dan alat perubatan yang lengkap.

61) Menyambung pelajaran dan berjaya mendapatkan Master & PhD dalam bisnes, kewangan, psikologi dan human behaviour.

62) Menunaikan haji pada umur 30 tahun

63) Mempunyai kereta Bentley berserta pemandu yang bertauliah, cekap, beriman, jujur dan amanah.

64) Bercuti menaiki cruize

65) Bercuti bersama suami ke Kepulauan Sabah

 

Dari skop kewangan:

66) Menjadi jutawan bila mencecah umur 30 tahun ( tahun 2015)

67) Mempunyai simpanan wang tunai RM 1,000,000 pada umur 30 tahun

68) Memegang polisi takaful bernilai RM 5,000,000

69) Mempunyai simpanan emas bernilai RM 500,000 pada umur 30 tahun

70) Menjana pendapatan RM 100,000 sebulan melalui syarikat pertama.

  

Dari skop menambah nilai kepada keluarga dan orang lain:

71) Mengubahsuai rumah mak ayah

72) Memasang lantai kayu lamina di rumah mak ayah

73) Memasang langsir baru untuk rumah mak ayah

74) Membeli TV LCD 42” untuk rumah mak ayah

75) Memasang pendingin hawa baru di rumah mak ayah

76) Mengerjakan Umrah bersama mak ayah pada Mac 2012

77) Duit belanja persekolahan untuk anak-anak sedara kesayangan setiap tahun

78) Bercuti bersama mak ayah, abang dan isterinya juga anak-anak sedara di kampung ke Hong Kong Disneyland

79) Membina rumah kayu yang cantik sebagai homestay untuk ayah.

80) Mengupah pembantu rumah Melayu yang beriman, jujur dan amanah di rumah mak ayah

81) Menghadiahkan Mercedes S-class untuk mak ayah berserta seorang pemandu yang bertauliah, cekap,beriman, jujur dan amanah.

82) Kembara ke Eropah bersama keluarga menaiki caravan

83) Menjadi seorang motivator & kaunselor yang berjaya memberi semangat kepada orang ramai

84) Menjadi sukarelawan

85) Membina masjid

86) Membina madrasah

87) Membantu golongan berpendapatan rendah/ miskin untuk bebas hutang dan hidup kaya dan berjaya

88) Menganjurkan Klinik Bijak Wang untuk semua golongan ( dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa)

89) Membina bisnes keluarga

90) Menjadi penulis dan melahirkan buku motivasi dll

91) Mempunyai rancangan bual bicara sendiri

92) Muncul di kaca TV dan radio

93) Penulis dalam ruangan majalah

94) Muncul di muka hadapan majalah terkenal

 

Lain-lain:

95) Menghadiahkan Toyota Alphard kepada suami

96) Membantu suami dalam pengusahaan bengkel mengecat kereta bertaraf 5 bintang

97) Menikmati makan malam bersama suami di restoran mewah seminggu sekali

98) Meluangkan dan menghabiskan masa berdua bersama suami di hotel/ resort seminggu sekali

99) Mempunyai kilang dan menghasilkan makanan halal yang digemari ramai

100) Berjaya membantu dan melahirkan lebih ramai bangsa Melayu yang kaya dan berjaya di dunia dan akhirat

101) Menyara ramai anak yatim/ anak terbuang dan lain

102) …..

103) …..

104) InsyaAllah akan ada lebih banyak impian

 

 

Alhamdulillah…siap juga akhirnya…semoga dipermudahkan jalan oleh Yang Maha Kuasa….aminnnn