Wednesday 24 July 2013

Pendidik, Mendidik, Pendidikan dan siapa dapat nombor 1 dalam kelas?


Sistem pendidikan Finland

Sampsa Vuorio, seorang guru di Torpparinmaki Comprehensive School, mengatakan:

“Kami sedar bahawa pendidikan adalah sebuah proses. Jadi proses ini perlu sedikit demi sedikit. Kami hanya membantu memberi pelbagai kemungkinan buat siswa. Para guru hanya seperti pelatih yang memberitahu mereka, jika anda melakukan ini, nilai anda adalah 6. Jika anda melakukan ini nilainya mungkin 9.”

Sistem pendidikan tidak diskriminatif dan membezakan antara pelajar pintar atau sebaliknya kerana Finland tidak menetapkan sistem kedudukan. Tiada pelajar yang ketinggalan semuanya.

Vuorio mengatakan: 
“ Kedudukan tidak ada gunanya kerana sebenarnya tiada pelajar yang pandai atau pelajar yang bodoh. Yang ada adalah, pelajar yang cepat mempelajari dan pelajar yang mempelajari ilmu lebih lambat.'”

Vuorio engatakan dengan lebih lanjut, bahawa pendidikan adalah sebuah proses. Jadi tanya perlu sedikit demi sedikit. Sekolah di sana memberikan pelajaran atau latihan sesuai dengan keperluan pelajarnya.



(Petikan dari Visualisasi Minda Ke Arah Meransang Pemikiran Kreatif oleh Tut Sayogya)


Setiap makhluk ada kelebihannya tersendiri tidak kira manusia, haiwan atau tumbuhan, apatah lagi langit, bumi, bulan, bintang dan matahari.

Sekiranya anjing menjadi haiwan yang bijak mendengar kata dan boleh dilatih, bunga ros menjadikan seorang yang marah boleh tersenyum, cahaya bulan membuatkan kita merasakan keindahan malam, apatah lagi seorang manusia yang sememangnya Allah jadikan sebagai makhluk yang paling hebat ini, tentu ada kelebihannya....

Cuma mungkin hanya perlu didorong....sebagai pendidik perlu tahu caranya....bagaimana ingin mendorong pelajar?

Sistem pendidikan yang mengutamakan kedudukan seperti nak dapat nombor 1 dalam kelas....disenaraikan pelajar nombor 1 hingga ke 30....hanya membuatkan nilai diri anak-anak menjadi rendah bagi yang diletakkan nombor tercorot.

Sedangkan anak itu juga ada kelebihannya tersendiri, mungkin tidak hebat menjawab peperiksaan menyebabkan anak ini mendapat nombor tercorot. Tetapi mungkin di padang lumba lari, dialah juara...

Sebenarnya, saya sangat suka akan kaedah atau teknik mendorong/psikologi gaya nabi yang pernah saya hadiri kursusnya dulu...

Terdapat 3 orang pendidik yang berkongsikan pengalaman mereka dalam mendidik pelajar mereka hanya dengan menggunakan teknik memuji....

Jika ingin tahu lebih lanjut, boleh dapatkan buku mereka di pasaran...


                                    


Mulakan dengan senyuman ketika membaca ayat ini...:-)

Tuesday 23 July 2013

Bagaimana Menjadi Manusia Paling Bahagia?

Assalamualaikum buat pengunjung blog,

Bahagia....

Bahagia itu indah...

Bahagia banyak tafsirannya...

Setiap insan mempunyai tafsiran bahagia yang tersendiri...

Ada yang bahagia kerana harta dan wang ringgit.
Ada yang bahagia kerana pangkat, darjat dan keturunan.
Ada pula yang bahagia kerana anak-anak.
Ada yang bahagia kerana sanjungan dan populariti.

Walau apa pun tafsiran anda, pastikan bahagia kita hanya kerana Allah. Mencari keredhaan Allah.

Satu pesanan yang pernah saya dengar, jika ingin bahagia, MAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN PADA KITA.

Pernah dengar tentang maafkan orang lain sebelum tidur?

Sememangnya memaafkan orang lain sangat besar kesannya kepada hidup kita...

Jika diri penuh rasa marah, dendam dan benci...apa yang kita dapat cuma rasa sakit hati..Ini semua adalah emosi yang negatif.

Ingin menjadi seorang yang lebih HEBAT...setelah maafkan orang lain, doakan kebaikan mereka, doakan agar dosa-dosa mereka diampunkan Allah....


InsyaAllah, kita akan menjadi orang paling bahagia di dunia yang sementara ini walau tiada harta, wang jutaan ringgit, pangkat atau nama.

JOM kita mula maafkan diri sendiri dahulu, kemudian ayuh kita maafkan orang lain dan lemparkan kasih sayang ke seluruh alam semesta....

Maka alam semesta juga akan membalas kasih sayang kita.


Mulakan dengan senyuman di saat anda baca ayat ini....:-)


Monday 22 July 2013

Kemewahan Ada di mana-mana



Sistem kepercayaan diri anda mewujudkan realiti diri. Kepercayaan peribadi merupakan asas dalam hidup. Sebagaimana yang telah kita bincangkan, banyak kepercayaan biasa kita adalah silap. Peluang dalam hidup dan kemewahan ada di sekeliling anda.

Kita pernah terfikir bahawa jika kita berjaya maka orang lain mesti gagal. Jika anda mewah maka orang lain tentu miskin. Sebab itulah apa-apa juga anda ada lebih benda bererti anda mengambil hak orang lain.

Kepercayaan silap lain ialah anda mesti berhati-hati melindungi apa yang anda ada kalau tidak orang lain akan mengambilnya.
Cuba pertimbangkan senario “BERITA BURUK/BERITA BAIK” yang berikut:
1a. Pengangguran meningkat kepada 5 peratus.
1b. Pekerjaan kukuh pada 95 peratus.

2a. Sebuah kapal terbang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa L.A hari ini.
2b. Lima ratus empat puluh sembilan daripada lima ratus lima puluh buah kapal terbang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa L.A hari ini.

3a. Encik Jones mati pada usia 80 tahun hari ini.
3b. Hidup Encik Jones yang selama 80 tahun dipenuhi dengan tahun-tahun produktif tamat pada hari ini.

4a. Joe Barnes hilang jari dalam kemalangan industri.
4b. Joe Barnes masih mempunyai 7 jari dan 2 ibu jari, minda yang sihat untuk meneruskan apa yang dibuatnya dengan baik.

5a. Satu daripada tiga perkahwinan retak dan berakhir dengan perceraian hari ini.
5b. Dua daripada tiga perkahwinan bahagia dan berpanjangan pada hari ini.

Berita yang mana lebih tepat?
Berita yang mana lebih positif?
Berita yang mana sering dilaporkan?

Jika anda selalu berkata pada diri sendiri, “Saya tidak boleh melakukannya”, “Saya tak berguna” atau “Ia tak mungkin terjadi pada saya” , maka itulah juga yang akan anda capai.
Dengan mempercayai kekurangan maka anda akan lihat “kekurangan”, anda akan mempunyai pengalaman yang kurang dan bagi anda sentiasa kekurangan.

Kekurangan ialah induk segala sifat mementingkan diri sendiri, cemburu, agresif dan rasa geram. Segalanya mempunyai kesan negatif.

Kemewahan ialah induk segala kemakmuran, kreativiti, kebaikan dan kasih sayang. Segalanya mempunyai kesan positif.

Apabila anda mengalami emosi negatif, pertama ambil langkah memberhentikannya dan dalam seminit periksa kepercayaan di sebaliknya yang menyokong kepercayaan itu. Tanya diri sendiri, “Kenapa aku mesti berperasaan begini? Apa punca aku berperasaan begini? Adakah perasaan begini realistik, logik dan gambaran tepat dunia ini sebenarnya?”

Jika jawapannya “tidak”; maka ubahlah kepercayaan itu kepada pengesahan yang positif yang membawa anda kepada emosi yang positif dan tabiat konstruktif.


Petikan dari Berfikir Seperti Cara Juara oleh Dr Walter Doyle Staples



Setiap saat, setiap masa,pilihan terletak di tangan kita...Syurga atau Neraka?
Jika ahli Syurga, cuba renungkan bagaimana sikap para ahli syurga....pastinya sentiasa positif, tersenyum, murah hati, penyayang, sentiasa tenang, akhlak yang indah dan banyak lagi ciri-ciri ahli syurga....

Mulakan dengan senyuman...:-)