Monday 31 January 2011

Harga minyak RON 97 naik 10 sen lagi

Harga minyak naik lagi? Biar betul? Bukan ke baru je naik hari tu….nak naik lagi?

Nampak gayanya macam tu la…..jadi apa kesannya? Adakah anda akan turut merasa kesan dari kenaikkan harga minyak atau petrol atau RON97.

Kepada penguna RON 95 mungkin boleh menarik nafas lega…tapi macam biasa la kan…bila harga petrol naik, semua barang pun nak naik harga juga.

Tapi rasanya isi pendapatan rumah atau pendapatan rakyat Malaysia puratanya masih di tahap sama dalam RM 2,000 sebulan…tak pula nak naik kan. Jadi, apa yang anda mampu lakukan…

Mula fikirkan kerja sampingan? Nak buat 2-3 kerja atau macam mana?

 

Bila terjadinya macam ni, DeQdEq rasa bersyukur sangat dengan kerjaya DeQdEq yang mempunyai pendapatan yang tiada had…unlimited income…nak mulakan kerjaya dengan CWA?

Boleh rujuk di SINI.

 

 

 

Petikan dari Malaysia Kini:

 

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

 

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telah pun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

 

Sumber: MalaysiaKini

 

Apakah persediaan anda bila tiba masanya…Innalillah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pengunjung blog DeQdEq,

Salam ceria dan salam bahagia.

 

Dah dua hari blog DeQdEq tak berupdate..sebab sibuk bercuti di hujung minggu….Bila hari ini memulakan kerja, terasa hati ini tersentap dan terkedu bila di awal pagi sudah mendapat berita yang sangat sedih dari seorang client DeQdEq.

Tak dapat DeQdEq bayangkan keadaan di client DeQdEq sekarang ni…sebab tu DeQdEq mencuri masa menulis juga entri ini untuk berkongsi rasa dengan pembaca semua.

 

Bayangkan, 2 hari yang lepas, client DeQdEq telah disahkan bahawa terdapat ketumbuhan di otak. Bila tadi, DeQdEq call client DeQdEq tu, dia dalam perjalanan ke Hospital Ipoh untuk mendapat nasihat dari sepupu beliau yang juga seorang doktor. Jika tak ada yang menghalang, pembedahan akan dilakukan secepat mungkin.

Saat dirinya bagitau DeQdEq yang dia telah disahkan ada ketumbuhan di dalam otak, bagai halilintar yang memancar rasanya….Terdiam DeQdEq tak tau nak cakap apa. Apa yang mampu DeQdEq panjatkan doa semoga pembedahan lancar dan dia kembali sihat.

 

DeQdEq tak tau nak tulis apa lagi sebab tak tau macam mana nak lahirkan perasaan DeQdEq di kala ini…hanya Allah yang lebih mengetahui.

DeQdEq rasakan dah gagal jadi penasihat pada client ni, sebabnya dia masih belum buat penama dan masih belum sempat menulis wasiat beliau. Takut DeQdEq kalau jadi apa-apa. Bukan nak minta, tapi itulah hakikatnya…apa-apa boleh berlaku dalam keadaan macam ni.

 

Semoga client DeQdEq akan berjaya melalui pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam otaknya dan dia akan kembali sihat…Harap pembaca semua doakan juga untuk beliau.

 

Kalau korang berada di tempat client DeQdEq ni, apa yang korang rasa…apakah persediaan korang…apakah yang bakal diwarisi kepada anak dan isteri. Sudahkan anda update penama di EPF dan bagaimana wang simpanan di tempat lain juga harta anda.

ADAKAH ANAK DAN ISTERI ANDA DAPAT MEWARISI SEMUA ITU

Sudahkan anda siapkan urusan penama dan wasiat…

 

Pada saat ini juga DeQdEq rasakan DeQdEq patut dan wajib jalankan tanggungjawab DeQdEq sebagai penasihat kewangan dan harta dengan menyampaikan maklumat betapa pentingnya penama dan wasiat dalam pembahagian harta.

Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusan ku…semoga diriku dapat membantu saudara seagamaku dengan sebanyak mungkin…amin

 

Kalau anda rasa ini merupakan tanggungjawab anda untuk pastikan harta anda sampai kepada insan yang sepatutnya…anda perlu sediakan wasiat….untuk keterangan lanjut anda boleh RUJUK SINI.

Juga boleh hubungi DeQdEq untuk mendapat consultation dari DeQdEq…

ADAKAH PILIHAN ATAU TANGGUNGJAWAB

IEP SEMINAR PERCUMA BERKENAAN PERANCANGAN HARTA PUSAKA

BERMINAT? HUBUNGI dEqDeQ DI SINI

RUJUK SINI

 

 

 

 

 

Saturday 29 January 2011

Kembali ke zaman riang kanak-kanak ribena

Wah…tak sabarnya nak tunggu esok….nak pergi bercuti dan habiskan masa di The Lost World of Tambun, Ipoh Perak.

 

 

Kalau ikutkan ini dah kali ke-3 DeQdEq menjejakkan kaki ke sini. Sebelum ni pegi dengan famili. Kali ni plak dengan kawan-kawan satu agency.

 

Untuk anak-anak kecil juga yang dewasa….boleh luangkan masa menambah ilmu pengetahuan di Lost World Petting Zoo ni..Pada siapa yang berani boleh la bergambar dengan ular sawa..hhehehehe

 

Inilah kenangan DeQdEq di Lost World of Tambun…adeh…gemoks sungguh waktu ni….mcm mana nih…hehehehe…

 

Nampaknya esok, satu hari la tak dapat nak update blog dan juga blogwalking. Memang selalu Sabtu dan Ahad je, mesti pengunjung ke blog DeQdEq pun kurang berbanding hari bekerja. Sebabnya ramai yang keluar bersuka ria di luar…hhehehee

 

Harap cuaca esok hari cerah dan tak sabar nak melalui hari ceria bersama kawan-kawan….

Kepada yang pulang ke kampung, selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat. Kalau mengantuk, berehat sebentar di Stesyen Petronas terdekat….iklan sikit yer…heheheh

 

KEPADA KAWAN-KAWAN BERBANGSA CINA….XIN NIAN KUAI LE…SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI DeQDeq…..

 

Friday 28 January 2011

Soalan pecah kepala…siapa pandai tolong jawabkan

 

Tadi tengok kat Facebook ada kawan share soalan nih…fikir punya fikir….apa jawapannya ek…ada siapa-siapa kat sini yang boleh tolong uraikan persoalan yang melibatkan matematik ini…heheheh

Soalannya seperti berikut, bersedia semua dengan pen dan kertas…anda hanya mempunyai masa 60 saat..heheheh..

 

teka teki

 

Siapa yang dapat jawapannya, sila la kongsikan yer…

 

Kalau nak tahu jawapan kena CUBA INI….kalau tak pun BEREHAT sebentar DI SINI

Be a GOOD FINDER…apa maksudnya?

 

Hari ini DeQdEq agak sibuk sebab dari awal pagi dah keluar untuk menuju ke Eastin Hotel sebab ada seminar. Jalan pagi tadi tak tau la kenapa yang sesak sangat…selalunya boleh tahan la boleh gerak juga kat exit Tol Damansara di highway NKVE tu…tp pagi tadi, amik kau….dah start jalan sesak dari Subang ke exit Damansara.

DeQdEq bukan nak cerita pasal jalan sesak ni…bosan lah…

 

Apa yang DeQdEq nak kongsikan hari ini, apa yang DeQdEq rasa sangat-sangat berguna untuk kita semua dalam kehidupan. Sebenarnya seminar siang tadi yang berlangsung di Grand Ballroom , Eastin Hotel adalah berkenaan bagaimana untuk salesperson macam DeQdEq nak berjaya dalam mengembangkan bisnes dan agency.

 

Speaker hari ini ialah Robert Young. Siapakah dia? Ini petikan yang DeQdEq ambil dari satu laman web ni [ credit ]

“ Robert Young came into the life insurance business in 1973 to make a living, but instead found a life. He was admitted to AIA's Hall of Fame in the year 2000. In 2005, he pursued and attained his CLU and ChFC credentials.

Robert has helped out in his local underwriter association for many years and his most unforgettable contributin to the Life Insurance Industry to date was when he conceptualized the APLIC Congress, and together with a great organizing conmittee, organized the 1st APLIC Congress in 1991 which attracted over 5,000 participants from this part of Asia.” [ credit ]

 

Apa yang menarik dan apa yang sangat-sangat terkesan pada DeQdEq ialah bila Robert Young bercakap pasal be a GOOD FINDER.

Korang rasa apa yang cuba disampaikan dengan bercakap pasal be a GOOD FINDER atau kalau dialihbahasakan ke dalam Bahasa Melayu menjadi pencari hal yang baik…agaknya la macam ni…rasa susah plak nak alih bahasakan ayat nih..hehehhe

 

Rasa-rasanya korang tau tak apa yang Robert Young ni cuba sampaikan….

DeQdEq sambung nanti plak ye…sebab taknak entri terlalu panjang..nanti korang juga yang bosan…

Sebelum tu jom enjoy tengok gambar yang sempat DeQdEq rakamkan siang tadi di Eastin Hotel…sambil tu korang fikir la apa sebenarnya be a GOOD FINDER.

 

P1011150

Ini la kawan-kawan sepejabat atau TEAMMATE

 P1011141

Consultant CWA sibuk mengambil makanan…Terima kasih CWA yang memberi layanan first class untuk semua consultant CWA.

 P1011143

Makanan memang best tak ingat…banyak plak tu….DeQdEq nak ambil gambar makanan segan la plak kan…hheheh

 

P1011144

Ini Manager DeQdEq….young and success…bulan-bulan akaun bank dia memang masyuk la…

Nak tau lebih lagi kisah kejayaan MAnager DeQdEq ni boleh TENGOK SINI

 

 P1011145

Ini ZAI, tengah amik ais krim..sedap la…tapi sayang tak dapat DeQdEq nk makan banyak2..sebab baru baik demam..batuk masih ada..kalau tak selamat la ais krim tu…heheh

 

 P1011146

Ini lak Abg ZAM, tengah amik ais kacang atau ABC…

 

 P1011149

Muka baru baik demam nih…heheheh

 

 

Wednesday 26 January 2011

Lucky dan kerusi roda

 

Dah banyak hari tunggu entri baru pasal Lucky dari Papa meow, tapi tak ada pun…mungkin Papa Meow sibuk sangat agaknya sampai tak sempat nak update entri.

 

Pagi ni, bangun je tido…tengok Papa Meow dah update entri baru..dan ada pasal Lucky.

Papa Meow dah buatkan alat bantuan untuk Lucky berjalan dengan baik. Alatnya dinamakan kerusi roda. Sangat-sangat kreatif papa meow nih…Kalau DeQdEq tak ada pun terfikir nak buat alat bantuan macam ni untuk Lucky.

Apa yang DeQdEq mampu fikir setakat jaga makan minum dan tempat tidur Lucky dengan baik, tu je lah…Tapi, Papa Meow sangat baik, mampu merasa simpati dan empati kepada Lucky. Sebab tu la Papa Meow boleh hasilkan kerusi roda untuk Lucky.

 

Walaupun nampak Lucky tak selesa lagi, mungkin juga boleh kita fikirkan sama-sama idea yang lebih baik untuk Papa Meow ciptakan alat bantuan yang lebih baik dari ini.

Atau nak kena panggil Kato datang tolong…heheheh…nak tau siapa Kato…TENGOK SINI.

 

JOM kita tengok aksi Lucky dengan kerusi roda ciptaan Papa Meow.

Dah jadi buaian dan mainan plak Lucky nih….heheheh

Kesian Lucky….mungkin tak selesa lagi

 

Ok, kalau nak tengok aksi-aksi Lucky lagi, boleh tengok di blog  papa meow

Tuesday 25 January 2011

yanmieonline singgah blog DeQdEq

 

Korang kenal tak Kak Yan atau blogger yanmieonline.com. Kak Yan ni kira terkenal dalam dunia bloh juga. Banyak tips dan info kita boleh dapat dari blog yanmieonline.

Mula-mula DeQdEq masuk blog kak yan ni, DeQdEq dah tertarik dengan header yanmieonline. Header dia ada gambar taman permainan. Cantik dan menarik, juga terus buat kita melekat dan ingat blog yanmieonline.

Hari ni rasa terharu sangat-sangat sebab kak yan sudi singgah blog DeQdEq dan siap tinggalkan komen lagi…

 

Bila DeQdEq komen di blog kak yan, kak yan akan balas…tu yang jadi lagi seronok…

Kalau sebelum ni Eyriqazz siap tegur dan komen lagi blog DeQdEq dan Ben Ashaari pula dah follow blog DeQdEq dan tinggalkan komen, follow tweeter dan berbalas tweet dengan DeQdEq, sekarang Kak Yan pula….best sangat…ye lah blogger hebat macam diorang semua ni masih sudi singgah blog DeQdEq yang biasa je.

Mereka memang hebat kan.

kak yan

Inilah header yanmieonline, menarik kan….jadi siapa yang belum kenal kak yan boleh la klik SINI

kak yan header

 

 

Review: The Green Hornet sangat-sangat best…rugi kalau tak tengok

 

Malam tadi walaupun dilanda demam selsema….tetap juga DeQdEq pegi Mid Valley sebab nak tengok The Green Hornet. Yelah dah Nuffnang bagi tiket, mana boleh disia-siakan…

Durasi cerita ni DeQdEq tak pasti berapa lama…tapi macam hampir 2 jam juga rasanya…jadi disebabkan 2 jam duduk dalam panggung wayang malam tadi, DeQdEq terus demam panas…huhuhu

Tapi, tak kisah la sebab enjoy dengan cerita The Green Hornet nih…demam pun demam la….Kesannya hari ni nak cakap pun siksa sebab sakit tekak dan suara pun mcm tak ada je…selsema toksah cakap la…memang heavy running la hingus ni…huhuhuh

 

Apa yang best pasal The Green Hornet ni…DeQdEq paling suka kereta Green Hornet ni..atau nama kete ni Black Beauty….memang best sangat la tengok teknologi dan kecanggihan Black Beauty yang dicapta oleh Kato, watak pembantu kepada The Green Hornet…

 

 

Lagi apa yang DeQdEq suka ialah watak Kato nih…hehhehe…selain hensem, watak Kato ialah seorang yang sangat pandai dalam mencipta dan seorang yang tangkas bila berlawan…Kira macam HERO idaman gitu..heheheh

Sorry Green Hornet, DeQdEq lebih sukakan Kato….Green Hornet bila dan nak habis cerita baru menunjukkan ciri-ciri HERO yang bijak…di awal-awal cerita macam tak cerdik sangat…harapkan Kato je asyik tolong.

 

 

Cerita ni memang di luar jangkaan DeQdEq, ingatkan boring macam Season of The Witch ari tu….tapi rupa-rupanya sangat-sangat la best.

Dengan aksinya, lawaknya semua pun best sangat. Jadi korang yang nak tengok, DeQdEq akan kata OK…tak rugi kalau korang tengok The Green Hornet.

 

Malam tadi, DeQdEq ada jumpa kawan blogger Ujang9897 dan YanaMIB juga Wacanaku yang mendapat tempat duduk patah, tapi telah digantikan dengan tiket wayang 3D….rezeki leh tengok The Green Hornet 3D.

 

Jadi, kesimpulannya The Green Hornet best…

 

Monday 24 January 2011

Walau demam selsema melanda, tetap layan Green Hornet

Tengah bersiap-siap untuk ke Mid Valley….malam ni nak pegi tengok wayang citer Green Hornet…dapat tiket dari Nuffnang. Sebab join contest buat enti pasal Green Hornet…Dah baca belum? Kalau belum. tengok SINI….

 

Green Hornet

 

Dah dapat tiket free macam sayang plak kalau tak pegi kan…hehehe…Selsema pun selsema lah…janji layan tengok wayang kan…

 

Ingatkan ada rezeki untuk jumpa kak abby a.k.a The Lekat Lekit Story…tapi masih belum rezeki kami untuk berjumpa…kata cik lekit, email yang dpt dari Nuffnang tu adalah berlaku kesilapan kecil…boleh tengok SINI

 

Harap dapat la berjumpa blogger lain…macam Ujang9897 dan Yana MIB ke..heheheh…yang lain DeQdEq tak berapa kenal lagi…kalau ada yang kenal DeQdEq…tegur la nanti yer…

 

Jumpa di Mid Valley…

Pelbagai versi DeQdEq

 

Tengah hari tadi DeQdEq bercerita pasal Alexa Rank kan…pastu ada DeQdEq selitkan pasal ramai yang mula mengenali nama DeQdEq atau mengingati DeQdEq bila mereka singgah ke blog DeQdEq ni.

Kalau tak baca lagi…korang tengok SINI

 

Kali ni plak…balik dari seminar CWA berkenaan Rancang Harta, Elak Merana di Damansara, DeQdEq pun check la analytics kt Nuffnang, saja nak tengok keyword hari ini.

Keputusan yang keluar macam gambar kat bawah ni.

 

aku

 

Memang masih ada yang mencari blog DeQdEq. Cara mereka mencari plak ada berbagai-bagai versi. Antaranya:

1) deqdeq-blogspot

2) blog deq-deq

3) http://diyanayaccob-deqdeq.blogspot.com/

4) deq-deq blogspot

 

Terima kasih semua yang sudi singgah dan lepak kat blog DeQdEq ni…yang cuba mencari blog DeQdEq sebab nak baca tulisan DeQdEq. Terima kasih sangat-sangat.

Pada DeQdEq ini satu penghargaan yang tak terhingga bila korang mula kenal dan ingatkan blog DeQdEq. Tak kenal DeQdEq pun tak apa, apa yang penting korang kenal blog DeQdEq kan.

 

DeQdEq menuju ranking bawah 1,000 sebelum Raya Cina

 

Dah lama tak tengok Alexa Rank. Mula-mula register dan baru 2 bulan blogging, ranking DeQdEq berada di bawah 1,000,000…boleh rujuk SINI atau lihat imej kat bawah ni.

alexa ranking-crop

 

Ini pula ranking blog DeQdEq setakat hari ini…kalau tengok Alexa rank memang berlaku peningkatan yang banyak, kira dari 900K turun ke 500K..

Kalau dilihatkan kepada Trafik Rank in MY (Malaysia), telah berlaku peningkatan sebanyak 1,357…Alhamdulillah, nampaknya DeQdEq perlu lebih bekerja keras lepas ni.

Tambahan pula nama DeQdEq mula dikenali dan diingati…yelah sebab ramai yang mula mencari DeQdEq…tengokla SINI

alexa

 

Target DeQdEq untuk capai Traffic Rank bawah 1,000 sebelum Raya Cina boleh tak tercapai…DeQdEq cuba usaha untuk majukan lagi blog DeQdEq ni.

Dengan kehadiran korang yang selalu berkunjung dan lepak kat blog DeQdEq ni la yang banyak membantu kejayaan blog DeQdEq..terima kasih sebab sudi singgah ke blog DeQdEq.

 

P/S: DeQdEq tgh fikir untuk tukar ke domain sendiri, pastinya bila tukar domain, ranking akan jatuh balik kan….

 

 

 

DeQdEq, BEN ASHAARI dan ELEE MARDIANA

Dalam kita meniti hari dengan penuh nikmat yang pemberian dari-Nya, kadang-kadang kita terlupa pada saudara kita yang susah dan juga menghadapi nasib malang.

Seperti adik Hairuman dan juga adik Mohd Shah yang mendapat nasib yang di luar jangkauan fikiran kita.

 

Adik Hairuman

Adik Mohd Shah

 

Jadi, sudi kiranya kita sama-sama menyahut kempen ini dan membantu kedua-dua adik kita ini.

Caranya mudah…KLIK sahaja kat SINI

 

 

Sunday 23 January 2011

Sila hubungi suamiku kerana aku tak dapat memuaskan dirinya

 

Emmm…..apahal plak la malam-malam ni DeQdEq buat entri dengan tajuk macam ni kan..suami siapa yang DeQdEq maksudkan..

Sebenarnya DeQdEq nak share sikit apa yang telah DeQdEq alami tadi. DeQdEq baru je balik dari Bangi. Meraikan hari lahir seorang yang istimewa…

DeQdEq ada la singgah Petronas sebab dah nak terkucil sangat tadi…bila dah selesai qada’ hajat…DeQdEq tertarik nak baca apa yang tertulis kat pintu tandas yang DeQdEq gunakan.

 

 

Apa yang tertulis adalah seperti tajuk DeQdEq ni la…Sila hubungi suamiku kerana aku tak dapat memuaskan dirinya berserta dengan nombor handphone, tapi DeQdEq tak ingat la kan…hehhehe…terkejut juga bila DeQdEq baca tu.

Biar betul…takkan la ada seorang isteri yang sanggup buat macam ni kan…atau ada tangan-tangan yang memang tak reti dok diam…suka menconteng dan mengotorkan harta awam.

Rasanya korang pun mesti dah selalu tengok kan kat pintu-pintu tandas awam…mesti ada no telefon dan ayat-ayat yang ntah apa-apa…

 

DeQdEq rasa memang ini semua kerja orang yang tak bertanggungjawab…yang suka menconteng dan merosakkan harta benda awam…apa la yang seronok dok menconteng belakang pintu tandas tu kan…macam mana la kita nak maju kalau masih ada yang bersikap macam ni…

Linda Onn mahu merampas trofi Penyampai Radio Popular dari Fara Fauzana dengan bantuan LOOK

Tadi bila terbaca pasal blogger meraih pendapatan 1 juta dari myvitrd, DeQdEq pun keluar la semata-mata nak beli surat khabar berita minggu. Yelah, nak tau la apa yang menrik sampai boleh menjana 1 juta hanya melalui blog.

Ramai juga blogger yang dah menulis pasal ni….muka red mummy a.k.a kak red mesti menghiasi blog-blog pada hari ini.

 

Bila dah beli surat khabar, mulalah DeQdEq membelek-belek surat khabar..baca berita apa yang best…selain berita pasal blogger tu. Jadi, DeQdEq cuba cari apa yang menarik untuk dikongsi di blog DeQdEq ni.

Baca punya baca, belek dan belek…tak juga dapat idea nak tulis apa….mungkin disebabkan selsema dan sakit kepala yang menyerang DeQdEq sekarang ni membantutkan idea untuk menulis.

 

 

Sampai la pada satu berita yang telah menarik minat DeQdEq untuk dikongsikan. Tajuknya ialah: LOOK pastikan Linda Onn menang.

LOOK? Siapa LOOK? Kalau Linda Onn mestila korang kenal kan…penyampai radio SURIA FM juga mantan penyampai radio ERA FM dan juga SINAR FM.

 

LOOK adakah singkatan untuk Linda Onn’s Orange Klub. Kiranya kelab peminat dan penyokong Linda Onn la ni.

LOOK begitu bersemangat untuk pastikan Linda Onn berjaya memenangi trofi Penyampai Radio Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Linda Onn pernah memegang trofi ini selama 6 tahun berturut-turut dari tahun 2001 hingga 2006 sehinggalah muncul Fara Fauzana yang mempunyai daya tarikan tersendiri sehinggakan melayakkan dirinya dinobatkan Penyampai Radio Wanita Popular merampas trofi dari Linda Onn.

 

Untuk berita lanjut boleh ke Berita Harian Online.

Saturday 22 January 2011

Lagi 3 menghampiri 500

Alhamdulillah bersyukur sangat setelah 3 bulan DeQdEq aktif menulis blog ini…follower dari hari ke hari makin bertambah…tanpa pengunjung dan juga follower, blog DeQdEq tak ada maknanya.

Bila ada blog, kita nak berkongsi dengan orang lain kan..jadi kita mengharapkan orang akan berkunjung ke blog kita.

 

Jutaan terima kasih DeQdEq ingin ucapkan kepada semua follower DeQdEq….nak bagi award tak pandai nak buat…macam mana yer..

Tapi tak apalah, DeQdEq akan belajar untuk terus memajukan diri dan juga blog DeQdEq ni. Mulanya DeQdEq bercadang untuk memberi hadiah atau tanda ingatan kepada follower yang ke-500, tapi DeQdEq nak tukar la…

 

follow

Sekarang, follower DeQdEq dah 497 dan lagi 3 akan mencecah 500 orang. Jadi, DeQdEq nak mencari follower ke-555 dan pastinya ada sesuatu untuk follower yang bertuah ini nanti seperti follower DeQdEq yang ke-100.

Kalau nak tau follower ke-100 dapat apa, bolehlah TENGOK SINI

 

P/S: Rasa-rasanya kepada follower ke-555 nanti nak tak kalau DeQdEq bagi HAPPY PREPAID atau PIZZA

 

Bacaan lelaki sahaja, siapa rasa dirinya MACHO

MACHO? Macho tu macam mana ye? Lelaki yang macam mana yang dikatakan macho…Adakah macam Aaron Aziz atau pun macam Fahrin Ahmad.

Adakah yang berbadan sasa macam Abang Ben Ashaari kita….heheheh…DeQdEq dah kata lelaki je boleh baca ni…

Tapi ada juga wanita yang nak baca kan…Jadi, apakah pula perspektif macho pada mata wanita…

 

Gambar: Google

 

Walau apa pun pandangan dan perspektif anda tentang lelaki macho, DeQdEq yakin, bagi seorang wanita, jika sudah sayang dan cintakan seorang lelaki itu, LELAKI itulah yang paling macho di matanya. Tak ada lelaki lain yang akan boleh menambat hati wanita tersebut.

BETUL TAK WANITA?

 

Ok la…sebenarnya DeQdEq tengah mencari lelaki-lelaki macho di luar sana yang masih belum join bloglist Geng DeQdEq…DeQdEq masih membuka ruang untuk semua dan blogger macho masih kurang penyertaannya.

Apa kata, jika anda lelaki dan semestinya anda macho mengikut ke’macho’an anda tersendiri…tinggalkan LINK anda di SINI.

 

Untuk mereka yang telah join bloglist Geng DeQdEq…boleh semak senarai terkini yang telah dikemaskini di GENG DeQdEq

 

Siapa yang ingin menukar gaya rambut dan didandan oleh pakar, dan pastinya dengan harga yang jauh lebih murah…Dapatkan Milk A Deal at Ivan & Max dengan hanya RM 30.

 

Friday 21 January 2011

Ramainya singgah blog DeQdEq

 

Kecoh je DeQdEq ni…macam la ramai sangat orang yang datang ke blog DeQdEq..setakat 17 orang je yang online pada masa yang sama..bukan ramai pun.

Tapi bagi DeQdEq ni dah kira ramai la..sbb sebelum ni nak lebih dari 15 orang pun tak pernah tau…

Ini kiranya pertama kali la ramai yang singgah ke blog DeQdEq pada waktu yang sama…17 orang…minta-minta la lepas ni 71 orang plak…hehehe

who

 

Bila dah ramai yang online pada waktu yang sama, DeQdEq pun nak tau la apa yang korang tertarik untuk singgah dan baca kat blog DeQdEq ni….

Rupa-rupanya, cerita pasal pernikahan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha yang menjadi minat korang…Kalau pasal artis memang ramai yang minat nak baca kan.

 

Tengok la imej kat bawah yang sempat DeQdEq grab…kebanyakkannya semua online dan baca kisah Ayu dan Zaquan

 

ramai

 

 

Alhamdulillah…Ayu Raudhah dan Zaquan Adha selamat dijabkabulkan

Selepas Rebecca Nur Islam, nampaknya pada tahun 2011 ini dikuti oleh Ayu Raudhah yang kini bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Zaquan Adha.

Nampaknya Ayu Raudhah kini berbiras dengan RIta Rudaini..ye tak….Semoga ikatan yang dibina ini akan terus kekal dan bahagia dunia dan akhirat….amin

Selepas ni, artis mana plak yang akan melangsungkan perkahwinan yer….Yang dah kecoh sebelum ni ialah Tomok yang bakal berkahwin dengan seorang pramugari.

 

Jadi…jom kita tengok petikan berita dari mstar online berkenaan majlis pernikahan Ayu dan Zaquan:

 

Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat bergelar suami-isteri.

 

ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

 

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu aktres Rozita Che Wan, abang ipar mereka, aktor Mazlan Ahmad dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan.

Ditemui selepas majlis berakhir, Ayu yang kelihatan sebak sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin hampir dua tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

 

"Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah hampir dua tahun mempertahankan hubungan ini," kata Ayu.

Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga dan tidak menyangka jodohnya adalah dengan seorang pemain bola sepak terkenal.

"Perasaan saya bercampur-baur sebaik selamat dinikahkan. Saya akan cuba menjadi isteri yang baik dan menghormati setiap keputusan suami walaupun kami berbeza umur tiga tahun,” tutur Ayu.

Sementara itu, Zaquan juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Ayu.

“Saya rasa debaran ketika akad nikah tadi lebih mendebarkan berbanding debaran sepakan bola ke gawang gol. Bagaimanapun, saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.

 

Berita selanjutnya di mstar online.

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

http://sitifatimahhh91.blogspot.com/2011/01/rebut-rm100-dalam-contest-pic-hitam.html

 

Dah lama DeQDEq kena tag untuk contest ni oleh Cik Lekit dari Dunia Melekitku….baru hari ini nak siapkan..huuhuh…

 

Update @ 10.40 pm 21-01-2011, petang tadi lupa nak masukkan gambar….hhehehee…Gambar yang DeQdEq ingin pertaruhkan ialah gambar di waktu perkahwinan kawan sepejabat.

 

gambar AF kaen-crop

 

Ok, kalau DeQdEq menang contest ni…..DeQdEq nak beli buku tulisan Jack Canfield betajuk “The Succes Principles: How To Get From Where You Are to Where You Want To be”.

Buku ni berharga RM 70.00….baki duit ni, DeQdEq simpan je la.

Front Cover

 

DeQdEq nak tag kawan- kawan, mereka ialah:

Qeat

Cma Shiema

Sunah Mohammad

Puan Bee

Miela Tahril

 

 

Tak sangka dapat 1 lagi BE…terima kasih Nuffnang

Nuffnang nampaknya makin murah hati…DeQdEq diberikan lagi 1 BE…Kali ni dari DIGI Happy….

Tapi DeQdEq tak perasan plak lagi iklan DiGi Happy ni menari-nari dalam blog DeQdEq…yang DeQdEq nampak iklan burger king dan Gadis Semasa Sunsilk tu je.

 

BE lagi

Kalau korang perasan Nuffnang bagi BE kat DeQdEq semuanya kt LR…bila plak DeQdEq nak dapat yang SS dan LB kan…hehehhe..Walau apapun DeQDEq tetap bersyukur dengan rezeki ini…alhamdulillah

 

Terima kasih Nuffnang dan DIGI Happy kerana memberi peluang kepada blog DeQdEq. Bila dah banyak BE…DeQdEq kena la bekerja lebih keras kan…

 

 

Update bloglist Geng DeQdEq setakat 21/01/2011

Salam hari Jumaat,

Setakat ini DeQdEq telah mendapat respons dari 20 blogger untuk menyertai bloglist Geng DeQdEq…jadi DeQdEq telah masukkan senarai blog yang telah meninggalkan komen di entri Jom Tukar Link: Join Bloglist Geng DeQdEq.

Terima kasih sangat sebab korang semua sudi untuk join Bloglist Geng DeQdEq ni yer..

 

Jadi….harap korang yang telah join Bloglist Geng DeQdEq ni dapat melawat blog Geng DeQdEq dan semak senarai blog yang telah DeQdEq masukkan yer…

UNTUK SEMAK >>>> KLIK SINI

Kalau ada yang tertinggal sila tinggalkan komen di page utama Geng DeQdEq.

 

Terima kasih

 

Perhatian: Pelajar Universiti Swasta, Pelajar Kolej dan Pelajar Politeknik

Blog Pilihan Malaysia

 

Adakah anda tergolong dalam semua yang DeQdEq sebutkan dalam tajuk utama di atas?

Kalau anda antara mereka, adakah anda telah mendaftarkan diri atau join segmen Sahabat Blogger mengikut kategori seperti di atas.

 

Kalau belum mendagtarkan diri..jom la join dan kita meriahkan Sahabat Blogger anjuran Blog Pilihan Malaysia 2011 ini. Untuk memudahkan anda, boleh je klik link kat bawah ni ye.

 

Sahabat Blogger : Pelajar Universiti Swasta (tarikh tutup: 24 Jan 2011)

Sahabat Blogger : Pelajar Kolej (tarikh tutup: 25 Jan 2011)

Sahabat Blogger : Pelajar Politeknik (tarikh tutup: 27 Jan 2011)

Thursday 20 January 2011

Lucky dan kawan-kawan baru

DeQdEq asyik ingatkan Lucky…macam mana la agaknya keadaan Lucky dengan Papa Meow sekarang ni…harap Lucky dah selesa di tempat baru.

Dah banyak kisah pasal Lucky yang DeQdEq kongsikan dalam blog ni…pada yang masih ketinggalan boleh la baca kisah-kisah Lucky berikut:

Lucky 1

Lucky 2

Lucky 3

Lucky 4

Lucky 5

Lukcy 6

Lucky 7

Lucky 8

 

Kalau nak baca kisah Lucky di blog lain boleh tengok sini:

Papa Meow 1

Papa Meow 2

The Lekat Lekit Story

Myqza

 

Okey…DeQdEq nak share gambar-gambar yang sempat DeQdEq amik waktu habiskan masa di tempat Papa Meow pada Ahad lepas…enjoy

 

P1011113

 P1011114

 P1011115

 P1011117

 P1011118

 P1011119

Ini sebenarnya gambar kambing tp amik dari jauh je…DeQdEq takut…hehehh

 

 P1011120

Kolam ikan

 

 P1011121

P1011122

P1011123

 P1011124

 P1011125

Abang dan WeWek yg tak boleh berjumpa mesti nak gaduh…

 

 P1011127

 P1011129

P1011130

 P1011131

Abang nak bau Lucky, tapi Lucky takut

 

 P1011132

 P1011133

 P1011135

 P1011136

Lucky kepenatan lepas berjalan ke sana ke sini

 

 P1011137

 P1011140

Dua budak kecik ni hantar DeQdEq sampai kat pintu…..