Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Thursday, 5 May 2011

Pengumuman | Peserta Pilihan Juri Contest 5-5-5 DeQdEq

 

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera…

Bagaimana hari anda hari ni? Hangat atau tidak? hehehhe…

 

DeQdEq tengah kepenatan….tapi seperti yang DeQdEq janjikan semalam…DeQdEq akan mengumumkan peserta pilihan juri untuk Contest 5-5-5 DeQdEq ….

 

Berlaku perubahan dalam pemilihan pemenang yang pada asalnya DeQdEq ingin memilih 5 orang pemenang. Tapi memandangkan contest 5-5-5 DeQdEq kurang mendapat sambutan, jadi DeQdEq membuat keputusan untuk memberi saguhati kepada semua peserta.

Cuma, peserta pilihan juri akan mendapat hadiah UTAMA (yang mana DeQdEq masih tengah fikir nak bagi hadiah apa kat korang semua ni)

 

 

Sebelum DeQdEq mengumumkan siapa pemenang bagi Contest 5-5-5 DeQdEq…DeQdEq ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai contest ini. Mereka ialah:

 

 

TERIMA KASIH SEMUA…

 

DENGAN INI, DEQDEQ INGIN MENGUMUMKAN, PESERTA PILIHAN JURI IALAH:

 

 

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

 

 

 

TADAAAAA……INILAH DIA PESERTA PILIHAN JURI….

 

BELIAU IALAH MAMA ZHARFAN

 

TAHNIAH KEPADA MAMA ZHARFAN

 

 

 

P/S: Kepada semua peserta sila emailkan ke biefyna@gmail.com pada DeQdEq maklumat diri anda seperti:

Nama Penuh

Alamat Surat Menyurat

No Telefon

 

Thursday, 7 April 2011

Ternyata itu memang milik DeQdEq

 

Sebelum ni DeQdEq ada bagitau tentang email jemputan dari Nuffnang untuk filem Scre4m kan..tapi ada kekeliruan dari DeQdEq…nak tahu ceritanya, sila BACA SINI

Jadi, DeQdEq telah menghantar tiket pada pihak Nuffnang untuk pastikan kebenarannya…

Hasilnya…ini jawapan dari Pihak Nuffnang

 

tiket nuff

 

Kiranya memang betulla tiket tu memang untuk DeQdEq…sebab sama je sama ada join contest melalui churp churp atau pun Nuffnang…

 

Tapi, sekarang ni DeQdEq rasa macam tak dapat nak pegi la plak tengok wayang ni….macam mana yer…kalau DeQdEq nak bagi tiket ni sapa yang nak?

Nak buat small contest ke..hehheheh…atau nak bagi macam tu je….

 

Friday, 1 April 2011

Alamak…dah 1 April la

 

Assalamualaikum semua…salam 1 Malaysia….

Hari ni dah 1 April rupanya…..maka dengan ini DeQdEq ingin mengumumkan bahawasanya Contest 5-5-5 DeQdEq dengan rasminya telah habis…

 

contest 555 TAMAT

 

Maka tiada lagi penyertaan yang diterima selepas ini…macam la banyak sangat kan penyertaan….

Walau apa pun DeQdEq nak dahulukan ucapan TAHNIAH kepada semua peserta kerana anda adalah yang hebat di antara yang terhebat. Champion of the Champion.

 

Walaupun contest anjuran DeQdEq kali ni tak mendapat sambutan yang ramai, tapi DeQdEq tetap gembira dengan sambutan anda….sekurang-kurangnya DeQdEq dah mampu mendidik melalui saluran blog ni tentang perancangan kewangan.

Kepada semua peserta, seperti yang DeQdEq maklumkan dalam entri-entri sebelum ni…ada pertukaran tentang hadiah dan pemenang. DeQdEq tak akan berikan hadiah seperti yang dijanjikan pada awalnya.

Tetapi DeQdEq akan berikan hadiah yang sama rata untuk semua peserta. Cuma ada sesuatu yang istimewa kepada peserta yang paling menyerlah….InsyaAllah.

 

Jadi, untuk memilih peserta yang paling menyerlah, DeQdEq perlukan bantuan juri semua ye…

Juri-juri sekalian….sila ambil perhatian….tugas anda bakal bermula….

 

p/s: rasa seronok juga buat contest…nanti nak buat lagi la….hehehehe

 

Wednesday, 30 March 2011

Hayati kisah benar ini? Anda di tahap mana???

 

Assalamualaikum semua dan salam 1 Malaysia…

Sekejap sangat rasanya masa berlalu sekarang ni…rasanya macam masih baru lagi Tahun Baru 2011 hari tu….hari ni dah 30 Mac 2011…dah nak masuk bulan April 2 hari lagi….

 

Bila dah nak habis bulan Mac ni…Contest 5-5-5 DeQdEq juga dengan rasminya akan TAMAT.

 

Alhamdulillah, DeQdEq menerima lagi satu penyertaan dari salah seorang blogger mama yang terkenal juga….beliau ialah MAMA ZHARFAN

Kagum sangat DeQdEq baca entri mama zharfan ni…banyak info dan cerita yang kita boleh jadikan iktibar…inilah sebenarnya objektif DeQdEq anjurkan Contest 5-5-5 DeQdEq ni….Patutla mama zharfan submit last minute yer….the best for last bak orang putih kata…hehehehe…

Tahniah buat Mama Zharfan

 

Objektif untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tentang betapa pentingnya kita tahu tentang pengurusan kewangan dan harta kita.

Entri menarik dari Mama Zharfan ni DeQdEq rasa dapat membantu untuk membuka mata ramai orang di luar sana untuk lebih peka.

 

Nak tahu apa INFO yang sangat berguna? Tak kira anda bujang atau dah berkahwin….semua perlu tahu tentang ini….

 

JOM kita tambahkan ilmu kita….TERJAH SINI

 

Saturday, 26 February 2011

DeQdEq suka sangat entri ini..,jadikanlah contoh untuk anda

 

Assalamualakum semua…selamat berhujung minggu…apa aktiviti korang?

DeQdEq macam biasa…ada saja benda nak buat sekarang ni sampaikan update blog pun dah tak semeriah dulu lagi….tapi DeQdEq tetap akan pastikan 1 hari, 1 entri….

 

Okey la, DeQdEq telah mendapat lagi 1 penyertaan untuk Contest 5-5-5 DeQdEq….kiranya peserta ini merupakan peserta ke-6….

Apa yang DeQdEq nak kongsikan pada semua, DeQdEq rasa kagum dengan peserta kali ini…bukan apa, bila DeQdEq baca entri dia, DeQdEq dah boleh tau bahawa beliau memang mempunyai ilmu dalam bidang pengurusan kewangan ni.

 

Mungkin sudah menjadi kebiasaan dan naluri seorang ibu yang sangat mengambil berat tentang insan tersayang mendorong diri beliau mencari ilmu demi menguruskan kewangan sendiri dan keluarga.

Macam inilah yang kita perlukan sebenarnya, tak kira siapa diri kita, kita perlu melengkapkan diri kita dengan ilmu pengurusan kewangan. Mungkin ada setengah orang ini tak penting dan tak perlu…tapi bila sesuatu menimpa kita, waktu tu la baru kita akan tersedar…

 

Kalau nak tau apa terjadi pada peserta kita ni, JOM kita TERJAH blog beliau…beliau ada menceritakan pengalaman hidup beliau…

 

image KLIK pada gambar….

 

p/s:

Kepada yang masih mencari idea untuk menulis entri anda, anda juga boleh jadikan entri peserta kita ini atau peserta lain sebagai contoh. Tapi jangan pula ditiru sebijik-sebijik…

Isi sama tak jadi masalah, tapi cara anda mengolah dan sampaikan kepada pembaca perlulah mengikut kreativiti anda

 

 

 

Tuesday, 22 February 2011

Saya mahu iPad dari blog MySuperKids

 

Hari ini,hari Rabu bersamaan dengan 6 April 2011, melihat jam di tangan, baru menunjukkan pukul 10 pagi. Ada masa lagi 1 jam untuk berjumpa client. Memang hari ni aku ada janji dengan En Abdul Hamed untuk berjumpa di sini.

InsyaAllah rezeki dari Allah, aku akan dapat cek bernilai RM 200,000 hari ini. Client berminat dengan cadangan aku, jadi beliau akan melaburkan sebahagian wang simpanannya di CWA.

 

Sambil sedang menghirup Double Chocolaty Chip Frappuccino® di Starbucks Seksyen 9, Shah Alam, tiba-tiba terdengar sepasang merpati dua sejoli di meja sebelahku berbual.

 

Double Chocolaty Chip Frappuccino® Blended Crème

 

Bukan mahu menjadi penyibuk, tapi aksi dan gelagat dua remaja ni menggamit hati aku untuk mendengar dan amati perbualan mereka. Mereka masing-masing sibuk dengan iPad di tangan. Lepas tu mulut plak masing-masing becok je.

Yang aku ni, mengadap la laptop yang dah berkurun aku pakai sejak menuntut ijazah di UiTM dulu…huhuhuhu…budak-budak sekarang ni beruntung betul kan…

 

Entah apa yang seronok sangat sampai tak dipedulikan orang lain, mujurla di Starbucks waktu pagi macam ni, masih belum ramai orang. Jadi, sebab tu la lagi ketara dengan keletah dua remaja ni.

 

Antara perbualan mereka yang menarik perhatianku ialah:

 

Si Jelita: Apa jawapan soalan 1 ni? cepat la..tolong la, kalau lambat nanti orang lain plak yang menang

Si Macho: Kejap la, I tengah edit blog I ni….kan dah bagitau tadi jawapannya apa….

Si Jelita: Ye la, tapi macam tak betul je….soalan Abang Ben kali ni mencabar sangat la.

Si Macho: Mestila, mana tak pecah kepala….lepas selesai Gegar 1000 blog, kali ni Abang Ben buat gegar 5000 blog plak…

Si Jelita: Ok, done….I dah post jawapan I….U kalah…hehehehhe…

Si Macho: Apa plak….I yang tolong U cari jawapan kan…kalau menang hadiah kena kongsi….kalau tak lepas ni U belanja I Domino’s…

 

Tiba-tiba, Blackberry ku berdering, nama En Hamed terpapar di skrin…Aku pun menjawab panggilan, jadi terlepas sudah perbualan budak-budak tu tadi. Tak sempat nak tunggu penghabisan cerita..hehhee…

Rupa-rupanya, client aku bagitau dia tak dapat datang, jadi dia minta budak despatch dia yang datang hantar cek RM 200,000 tu….Alhamdulillah, income hari ini saja sudah mencecah RM 6,000.

 

Dalam hati melonjak riang, boleh la aku beli iPad macam budak berdua tu kan….heheheh…senang sikit nak keluar je pejabat untuk jumpa client, tak perlu nak usung beg berat-berat lagi….cukupla bawa handbag Coach dan iPad….

Betapa canggihnya kehidupan ku ketika itu….aku pun seronok berangan la membayangkan gaya hidup aku sebagai seorang penasihat kewangan yang berjaya dan bergaya….hehehhehe….

 

Dah client tak jadi datang, boleh la nak buka blog kejap…nak tengok apa yang menarik…sejak mula aktig menulis blog ni, hidup aku memang tak dapat dipisahkan jauh dengan laptop. Mana taknya, kalau boleh 24 jam nak mengadap laptop.

Sebab tu la bila dengar dua remaja tadi duk kecoh aku nak sangat dengar, sebab butir-butir perbualan mereka ada sebut nama Abang Ben. Sejak menulis blog nama Abang Ben memang dah selalu terpahat sebagai contoh yang hebat dalam menulis blog.

 

Kelebihan lagi buat aku, kalau aku beli iPad lagi mudah aku nak online dan update entri. Barulah boleh hasilkan entri banyak-banyak dan sekerap mungkin macam Abang Ben.

Bila ada idea je, boleh terus ON iPad dan menaip entri…uhuhuhuhuh…tak sabarnya nak dapatkan iPad.

 

Tiba-tiba, ada email masuk…aku pun check email aku dengan menggunakan Blackberry …Memang hari ini hari yang paling indah kurasakan..dahla client invest RM 200,000….sekarang ni aku dapat email dari Mommy Lyna atau pemilik blog MySuperKids.net.

Email tu mengatakan, aku adalah pemenang iPad untuk Contest Saya Mahu…yang pernah aku sertai dulu….wah…memang tak sangka sangat aku yang terpilih….

Jadi, aku tak perlu la lagi beli iPad, sebab MySuperKids.net akan hadiahkan aku iPad yang bernilai RM 1,549..

 

 ipad need for speed

 

Tak lama lepas tu despatch client aku sampai dengan cek RM 200,000 tu…Aku pun jemput mat despatch ni minum dulu, tapi dia terpaksa pergi sebab ada surat penting yang perlu di hantar.

Aku pun tak tunggu lama lagi, terus ke kaunter untuk bayar….Sekali aku tengok mamat kat kaunter ni boleh tahan juga kacaknya..hehehehe..tapi budak lagi….tak sesuai la….tak sesuai apa? adalah…..

 

Bila dah selesai, sempat lagi aku menjeling pasangan dua sejoli tadi….masing-masing masih asyik dengan iPad diorang…entah nak kejar jawab soalan Abang Ben yang mana pula la tu….

Aku pun mengorak langkah ke kereta….nak balik pejabat dan tak sabar nak kongsikan cerita kejayaan hari ini dengan kawan-kawan. Kejayaan dalam kerjaya dan juga kejayaan dalam menulis blog…

Semuanya indah, dan kejayaan ini takkan datang bergolek. Semuanya perlu di semai benih-benih usaha…kemudian barulah kita menuai kejayaannya.

 

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. SertaiBengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

 

 

Cerita ini adalah berdasarkan impian dan cita-cita….watak dan jalan cerita juga adalah bayangan dan ditambah untuk sedapkan jalan cerita.

 

Nak tahu siapa yang berlakon dalam gambaran impian DeQdEq ini:

DeQdEq semestinya pelakon utama…hehehe..

Client: Myvitrd

Si Jelita: Sunah Sakura

Si Macho: Nazirul Hazwan

Mat Despatch: Ujang9897

Mamat kaunter: Alief

 

Kenapa? Susah sangat ke? Ini entri tak puas hati….

 

Selamat petang…hari ini hangat atau hangit? amik tagline Hot FM Jam sikit…heheheh

Dah lemau ke? Atau masih bersemangat waja….hehhehe…

Baru nak update blog untuk hari ini…macam biasa DeQdEq jalan-jalan dulu melawat blog lain untuk baca entri apa yang menarik. DeQdEq ni sebenarnya, banyak perkara nak dikongsikan di blog ni, cuma kekangan masa menyebabkan banyak entri yang terbantut.

 

Dalam file draf di Windows Live Writer, berderet-deret entri, tapi semuanya tak siap lagi…jadi simpan la dulu sebagai draf…huhuhuh….Jeles betul dengan Abang Ben Ashaari yang sentiasa update blog dengan entri-entri yang sangat menarik.

DeQdEq kerja, Ben Ashaari pun kerja….Ben Ashaari dah kahwin, DeQdEq ni tak kahwin pun lagi….tapi kenapa DeQdEq tak boleh nak update blog macam Ben Ashaari. DeQdEq sendiri masih tercari-cari, apa kekurangan DeQdEq, apa lebihnya Abg Ben….sedangkan masa yang diberikan pada kita semua adalah sama iaitu 24 jam sehari…tak plak Abg Ben dapat 30 jam sehari kan?

 

Di saat DeQdEq menulis entri ini, rupanya Abang Ben ada post Vblog kedua beliau….cemburu sangat dengan Ujang, sebab sejak buat Vblog ni, Ujang asyik menjadi sebutan Abang Ben je….huhuhuhu

Sepertinya Abg Ben menjawab pula pertanyaan DeQdEq ini….jadi kalau korang nak tau macam mana hebatnya Abg Ben boleh  menghasilkan 30 entri dalam satu hari….JOM TENGOK VBLOG NI

 

Selain itu, bila melihat contest 5-5-5 DeQdEq masih belum mendapat penyertaan yang menggalakkan…kenapa dan mengapa? Tolong bagitau DeQdEq…

Setakat ni DeQdEq baru terima 5 penyertaan….DeQdEq sangat-sangat berterima kasih kepada MEREKA ini….

Apakah kerana susah sangat contest yang DeQdEq buat ni….atau memang ramai yang tak suka apabila bercakap tentang pengurusan kewangan…

Disebabkan masih ramai atau DeQdEq boleh katakan anak muda dan juga Melayu, yang masih cetek ilmu mereka tentang kewangan ini….membuatkan DeQdEq terfikir untuk menganjurkan contest sebegini bagi mendidik anak muda dan bangsa Melayu kita.

 

Bila sebut tentang ekonomi, pasti semua boleh jawab dengan tepat siapa yang banyak menguasai soal ekonomi kan?

Yang kita ni, nak suruh menabung RM 1 sehari pun rasanya susah betul tak? Habis macam mana nak mengusai ekonomi, andai ilmu malas di cari, kemudian apa yang diajar atau ilmu yang dapat tak nak pula diamalkan…

 

Susah sangat ke contest 5-5-5 DeQdEq nih….apa kata cuba bukakan minda dan berfikir tentang macam mana nak menjadi kaya dengan RM 1 satu hari….pernah tak terfikir?

Kalau ada jawapannya, jom join Contest 5-5-5 DeQdEq.

 

Sunday, 20 February 2011

CONTEST KUCING PALING COMEL

 

Sesungguhnya kucing memang makhluk Allah yang sangat comel. Gelagat dan keletah mereka dah boleh mengubat hati yang tengah sedih. Cuba peluk anak kucing bila tengah sedih, pasti terasa separuh bebanan tu dah dilepaskan.

Bila ada contest kucing paling comel ni, DeQdEq dah tak keruan nak letak gambar kucing yang mana. Hasilnya, DeQdEq pinjam gambar anak kucing kawan sepejabat DeQdEq. Memang sangat comel.

 

http://apisv3.blogspot.com/2011/02/contest-kucing-paling-comel.html

 

154795_1733973955059_1409876947_1862325_3048463_n

Inilah anak kucing comel nih….nama diorang DeQdEq tak ingat plak…2 beradik ni, jantan dan betina….

kucing comel

Ini DeQdEq pusingkan gambar supaya korang yang tak payah nak teleng kepala korang kan..heheheh

 

DeQdEq nak tag sape yer…..DeQdEq nak tag

Cik Lekit ( DeQdEq tau Cik Lekit pun pencinta kucing macam DeQdEq)

Mie ( Jejaka yang bekerja di laut ni, DeQdEq tak pasti suka kucing ke tak..hehehe)

Qeat ( DeQdEq msh igt gambar kucing comel kat kampung qeat dulu)

 

 

Contest 5-5-5 | Penyertaan terkini sehingga 20-02-2011

 

Contest 5-5-5 oleh DeQdEq (sila KLIK pada gambar untuk sertai)

 

Alhamdulillah, sejak dilancarkan Contest 5-5-5 DeQdEq ni, hari ni dah masuk 15 hari la…sebabnya DeQdEq telah melancarkan Contest 5-5-5 ni pada 5 Februari yang lalu.

Hari ini, genap sudah penyertaan sebayak 5 orang. Terima kasih kepada mereka ini:

1) ady-shariz

2) tasha

3) puan nina

4) myvitrd

5) miss ran

 

DeQdEq merasa terharu dengan penyertaan mereka semua ni…diharap semoga lebih ramai lagi penyertaan yang akan DeQdEq terima lepas ni.

Baru la terasa berbaloi DeQdEq nak bagi hadiah pada pemenang nanti. Nak tahu apa hadiahnya…TENGOK SINI

 

Kepada yang masih tercari-cari idea, boleh la singgah blog 5 peserta ini kerana mereka telah menyentuh dan mengupas isi-isi tertentu dengan pelbagai cara yang menarik.

Selain itu, terdapat juga entri contoh khas dari salah seorang juri Contest 5-5-5 ni iaitu Cik Sunah Sakura. Korang boleh tengok ENTRI CONTOH.

 

Saturday, 19 February 2011

Contest: Senyum Tak Nampak Gigi

 

Terus nak panaskan enjin DeQdEq….jom join contest…alang-alang dah kena tag dengan Cik Lekit….Sebelum ni dah ada yang tag DeQdEq, tapi DeQdEq tak sempat nak siapkan lagi…minta maaf yer

Sebenarnya, contest ni agak mencabar juga buat DeQdEq sebabnya penganjur minta gambar senyum tak nampak gigi….aduh, macam mana ek…sebab DeQdEq ni bila bergambar, memang mesti nampak gigi

Kalau tak, takde la kawan-kawan selalu kata DeQdEq buat iklan gigi…heheheeh

 

Tak caya tengok gambar-gambar ni:

gambar senyum

 

Jadi, untuk contest ni, DeQdEq nak pertaruhkan gambar ni la….kebetulan plak, DeQdEq senyum tak nampak gigi…hehehe

P1011129

 

 

DeQdEq nak tag kawan-kawan juga:

Tasha

Qeat

Kak Ayu (Citarasa Rinduan)

Qaseh

Puan Bee

 

Kepada yang nak menyertai sila la ke: SINI

 

 

Sunday, 6 February 2011

DeQdEq sayang Ben Ashaari…

 

Ayat mesti power kan…hehehe…apsal plak nak sayang-sayang suami orang nih…dah angau atau dah gila bayang ke?huhuhuhu..tak ada lah…

Semua orang pun tau Ben Ashaari adalah suami orang termasuk la diri DeQdEq…DeQdEq bukannya nak mengayat Abang Ben okey…

Sebenarnya DeQdEq nak ucap terima kasih yang tak terhingga pada Abang Ben..sebab Abang Ben sememangnya tak sombong langsung…dah la segmen yang abang ben buat semuanya membantu dan menggabungkan kita sebagai blogger.

Memang semangat Abang Ben ni lain dan memang menjadi contoh kepada ramai blogger…Tak tahu la nak cakap macam mana lagi…kang puji lebih-lebih orang kata DeQdEq bodek plak..hehehehe…

 

header ben http://www.benashaari.com/

 

Apa-apa pun…DeQdEq nak ucapkan terima kasih kepada Ben Ashaari yang sudi selitkan promosi untuk Contest 5-5-5 oleh DeQdEq.

Memang DeQdEq minta Abg Ben tolong promo skit…ternyata Abang Ben blogger yang baik..tak sombong walau dirinya sering dianggap popular dan hebat dalam dunia blog nih.

Abang Ben dah promo semalam kat ENTRI ni.

 

TERIMA KASIH BEN ASHAARI

 

Kepada yang berminat untuk join Contest 5-5-5 oleh DeQdEq….boleh KLIK SINI

Hadiah menarik menanti 5 orang pemenang

Friday, 4 February 2011

Contest Review Blog Kak Ina Kl Dot Com

 

 

Pertamanya DeQdEq nak ucapkan terima kasih pada Kak Ina KL sebab sudi singgah ke blog DeQdEq dan tinggalkan komen lagi. Terima kasih juga sebab Kak Ina menjemput DeQdEq join contest anjuran Kak Ina.

Memandangkan, Kak Ina sendiri dah jemput DeQdEq, DeQdEq taknak la menghampakan tuan rumah. Pastinya DeQdEq akan turut serta memeriahkan majlis.

 

DeQdEq sebenarnya masih baru dengan blog Kak Ina. Jadi DeQdEq akan bagi pendapat berdasarkan apa yang DeQdEq termampu. Nak komen banyak pun DeQdEq tak tau dan DeQdEq sendiri banyak lagi nak kena belajar.

 

Pertama kali menjejakkan kaki ke blog Kak Ina, DeQdEq boleh katakan blog Kak Ina kemas, tak serabut. Cuma pada pandangan mata DeQdEq blog Kak Ina macam suram je.

Template Kak Ina dan header nampak macam plain…Kalaulah header Kak Ina dapat ditonjolkan lagi, mungkin blog Kak Ina lebih berseri.

Selain tu juga, untuk menambahkan seri lagi, DeQdEq cadangkan boleh juga Kak Ina highlight kan tajuk-tajuk di side bar….Contoh macam kat blog Eyriqazz adik Kak Ina yang sorang tu…hehehehe…

 

sidebar

 

Seterusnya, kalau dapat, Kak Ina letakkan HOME di bawah header sekali dengan BESTNYA JOIN NUFFNANG, N3 HANGAT DAN HANGIT.

Sebabnya kan, bila DeQdEq menjelajah blog Kak Ina…DeQdEq nak balik ke HOME page, DeQdEq tercari-cari kat atas blog tu…tapi tak ada la plak…Sekali kena scroll down balik ke bawah dan klik Laman Utama.

 

kak ina 4

Ini sahaja yang dapat DeQdEq bagi pendapat untuk Kak Ina. Segala kekurangan dan terlebih cakap DeQdEq minta maaf ye Kak Ina.

Semoga komen DeQdEq ini dapat memberi sesuatu kepada Kak Ina dalam memantapkan lagi blog Kak Ina yang memang best dengan resepi-resepi Kak Ina.


kakinakl.com sedang mengadakan contest. Jomlah join...hadiah menarik menanti anda.

 

Apa lagi, korang pun boleh juga join contest Kak Ina KL ni tau. Kalau nak join KLIK SINI

 

Contest 5-5-5 | Cara penilaian dan pemilihan pemenang

 

Sebelum DeQdEq menerangkan cara-cara penilaian dan pemilihan pemenang Contest 5-5-5, rasanya lebih baik DeQdEq terangkan dahulu objektif pertandingan dan kenapa konsep begini yang DeQdEq pilih.

 

contest 555

 

OBJEKTIF:

1- Menghargai follower yang akan mencecah 555 juga pengunjung blog DeQdEq

2- Sambil kita suka-suka buat contest dan bagi hadiah, DeQdEq nak berkongsi maklumat dan mendidik tentang pengurusan kewangan dan harta ( maklumlah ini kerjaya DeQdEq dan DeQdEq rasa bertanggungjawab untuk membantu dan memberi ilmu tentang kewangan kepada orang ramai – macam sebelum ni DeQdEq dah kongsikan pasal client DeQdEq yang mengalami ketumbuhan dalam otak – BACA SINI )

 

CARA PENILAIAN:

1- Daya kreativiti

Memandangkan objektif pertandingan adalah untuk mendidik, jadi DeQdEq ingin mencari entri yang mempunyai input dan isi yang dapat memberi maklumat kepada pembaca. ( kalau kat sekolah tu kiranya macam alat bantuan mengajar la, lagi menarik lagi seronok nak belajar kan)

Cara penyampaian adalah bebas, ikut kreativiti anda, Tak semestinya dalam bentuk karangan panjang, pendek dan padat juga diterima asalkan dapat mendidik pembaca. Hanya isi penting mengikut point juga diterima.

Selain tu, dalam bentuk cerpen ke, dialog ke, kartun ke, pengalaman hidup ke…asal ada isi dan pendapat mengenai slogan CREATE, PROTECT & PRESERVE.

Kesimpulannya,  karya anda adalah bebas dan terpulang kepada kreativiti anda, apa yang penting ada isinya.

 

2- Pengetahuan am

Ini yang DeQdEq maksudkan dengan isi dalam entri anda. Maksudnya, taknak la entri tu kosong, menulis tapi tak ada input langsung…membebel je lebih..heheheh

Walaupun hanya satu isi atau point, tapi anda dapat sampaikan dalam bentuk yang menarik sudah cukup menepati kehendak DeQdEq. Contohnya, anda ingin berkongsi pasal slogan CREATE…ceritakan lah kenapa dan apa hanya pasal CREATE.

Kalau nak cerita pasal PROTECT sahaja pun boleh…terpulang pada anda yer.

Tak semestinya anda perlu mengulas ketiga-tiga slogan di atas.

 

Untuk membantu anda, DeQdEq memberi tempat rujukan yang mungkin dapat membantu anda mendapat pengetahuan tentang kewangan. Anda boleh RUJUK SINI.

 

Okey? Rasanya susah ke contest DeQdEq buat ni? hanya 2 kriteria ini yang akan DeQdEq dan JURI PROFESSIONAL akan nilai.

Rasanya, berbaloi dengan HADIAH yang ditawarkan, betul tak…memang agak lain konsep pertandingan yang DeQdEq anjurkan ni. Sebab berbalik kepada objektif, DeQdEq ingin mendidik.

 

Semoga, objerktif DeQdEq akan tercapai. Semoga korang semua sudi join dan memeriahkan contest pertama DeQdEq ni.

Sebarang pertanyaan atau sebarang pendapat, sila tinggalkan komen di entri ini yer.

 

 

Nantikan debarannya…Contest 5-5-5…Hadiah yang ditawarkan berjumlah RM 555

 

Selamat pagi…GREAT MORNING….

Jom mulakan hari dengan senyuman yang indah….walaupun DeQdEq sorang-sorang je kat umah, tetap nak senyum juga…heheheh….senyum itu selain sedekah juga merupakan ubat segala penyakit.

Kalau tak, takkan lah salah satu misi DeQdEq waktu menjadi superhero The Green Hornet ialah menghapuskan kesedihan dan ingin ukirkan senyuman di semua wajah…kalau nak tahu apa yang DeQdEq cerita ni, boleh la BACA sini.

 

Okey la….di pagi Jumaat yang indah ini, DeQdEq nak umumkan plak hadiah yang bakal DeQdEq tawarkan untuk 5 pemenang Contest 5-5-5.

Kalau malam tadi DeQdEq dah umumkan juri, sekarang mari kita lihat plak hadiah yang bakal DeQdEq tawarkan. Nak bagi panas sikit dan bagi semangat untuk pengunjung blog DeQdEq.

 

Sebelum tu, DeQdEq nak perlihatkan dulu banner Contest 5-5-5. Inilah banner contest yang bakal menghiasi di setiap entri penyertaan nanti ye.

 

contest 555

 

HADIAH YANG BAKAL DITAWARKAN ADALAH BERJUMLAH RM 555 SEMUANYA.

 

HADIAH AKAN DITAWARKAN SEPERTI BERIKUT(dalam bentuk cek):

 

TEMPAT PERTAMA : RM 200

TEMPAT KEDUA : RM 140

TEMPAT KETIGA : RM 105

TEMPAT KEEMPAT: RM 55

TEMPAT KELIMA: RM 55

 

Macam mana, teruja tak tengok hadiah yang bakal anda menangi nanti. Kalau teruja, jangan lupa join Contest 5-5-5 nanti yer. Lagi ramai penyertaan lagi meriah nanti.

 

DeQdEq juga ingin mengalu-ngalukan pihak penaja yang ingin menawarkan hadiah tambahan untuk pemenang Contest 5-5-5. Jika ada pihak yang sudi menjadi penaja, boleh lah menghubungi DeQdEq di alamat email : biefyna@gmail.com

Lagi banyak hadiah,lagi meriah kan…Tapi RM 555 ni tetap menjadi hadiah UTAMA.

 

PERINGATAN:

Bila hadiah yang ditawarkan menarik sebegini, jadi contest yang ditawarkan memerlukan kerajinan dan sikap bersungguh-sungguh juga menuntut anda memerah otak dan melahirkan kreativiti anda dan menggunakan pengetahuan am anda.

Sebabnya, pemenang akan dinilai dari segi kreativiti dan pengetahuan am.

 

Nantikan debarannya…Contest 5-5-5…jari menjadi juri

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk pengunjung blog DeQdEq..

DeQdEq terasa sangat gembira malam ni…dalam merangka contest yang bakal dilancarkan tak lama je lagi, DeQdEq telah mendapat persetujuan dari beberapa kawan-kawan blogger yang setuju untuk menjadi juri.

Sempena Contest 5-5-5 nih, DeQdEq memerlukan 5 orang juri untuk mencari 5 pemenang.

 

Terima kasih kepada mereka yang hebat ini. Perkenalkan juri-juri professional anda

 

azman

Saudara Azman Roslan

 

bee

Puan Bee

 

sunah

Cik Sunah Suka Sakura

dan

qeat 2

Ikhyar Dee atau Qeat (qeat tak setuju lagi tapi deqdeq pasti qeat akan setuju..hehehhe..sebabnya qeat geng DeQdEq mst akan setuju punya….kalau tak setuju DeQdEq paksa juga…hahhaha…bunyi mcm jahat ja)

 

Juri yang ke-5 sudah tentulah DeQdEq sendiri yer….mereka berempat di atas merupakan juri jemputan khas DeQdEq yang terpaksa mengorbankan peluang untuk menyertai contest pertama yang DeQdEq anjurkan….heheheh

 

Sebelum tu ada juga kawan blogger yang tak dapat nak bagi komitmen untuk menjadi juri…beliau ialah CEO Suratan Kebetulan, Saudara Naz kita…DeQdEq pun nampak dia sibuk….jadi faham la bila Naz tak dapat nak jadi juri.

Seorang lagi kawan DeQdEq Saudara Myvitrd pun mungkin sibuk sebab beliau tak balas pun komen lamaran DeQdEq untuk menjadi juri. Jadi sedab dah kesuntukkan masa, DeQdEq melamar kawan yang lain untuk menjadi juri.

 

 

Thursday, 3 February 2011

Apakah faktor yang membuatkan ramai yang akan menyertai contest yang dianjurkan

 

Sambungan dari ENTRI ini:

 

DeQdEq akan sambung apa lagi faktor kepada ramainya yang akan join contest yang kita anjurkan. Macam dalam ENTRI sebelum ni, DeQdEq dah terangkan dan bagi contoh bahawa hadiah memang menjadi faktor tarikan utama untuk kita join sesuatu contest tu.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan lagi bila nak buat contest ni. Bila buat contest mesti la nak dapat banyak penyertaan kan? Kalau penyertaan kurang tak best la. Betul tak?

 

DeQdEq pernah bertanya kepada blogger hebat kita iaitu Eyriqazz. DeQdEq menghubungi Eyriqazz melalui email. Berikut petikan email dan pendapat dari Eyriqazz.

 

eyriqazz 2

 

Mengikut Eyriqazz, dan pada pendapat beliau, sebelum kita nak anjurkan contest, kita perlu pastikan trafik blog kita stabil dulu. Kalau masih baru dan belum dapat trafik yang stabil, kena la usaha dan kerja keras dan rajin promosikan contest yang kita buat tu.

Contohnya, bila blogwalking…tinggalkan komen dan ajak blogger lain join contest yang kita anjurkan tu. Faham?

 

Dalam erti kata lain, trafik memang penting untuk sesuatu blog maksudnya blog kita kena la ada pengunjung. Kalau tak ada pengunjung siapa yang nak baca entri kita tulis? Kalau kita buat contest sapa plak yang nak join kan?

 

eyriqazz

 

Seterusnya, faktor penting lain ialah syarat yang tak memberatkan. Contohnya macam syarat yang nak kena jadi follower, LIKE page dan sewaktu dengannya. Biarla diorang follow sebab diorang suka. Tak perlu nak suruh-suruh kan.

Seterusnya syarat letakkan banner kat sidebar. Kalau letak banner dalam entri tu OK…bila nak kena letak plak kat sidebar agak menyusahkan plak. Betu tak? Macam banyak sangat perkara…leceh la.

Jadi bila ada syarat yang menyusahkan macam ni, akan buatkan sesetengahnya tak berminat nak join.

 

Setakat ini dahulu perkongsian DeQdEq. Kesimpulannya, nak menarik ramai orang join contest kita, hadiah kena menarik dan jangan letakkan syarat-syarat yang berat. Lagi mudah lagi ramai yang suka dan join.

Lagi mudah cara penyertaan lagi ramai yang berminat untuk join.

 

Wednesday, 2 February 2011

Operasi merangka contest | Apakah faktor yang membuatkan ramai yang akan menyertai contest yang dianjurkan

 

Ada apa dengan contest..kenapa ramai blogger yang menganjurkan contest ye? Banyak sebabnya…salah satu mungkin sebagai tanda penghargaan buat pengunjung dan follower blog.

Bila buat contest, secara tak langsung kita dapat menarik lebih ramai pengunjung atau dapat tingkatkan trafik blog kita. Bila ada contest, mesti ada hadiah yang ditawarkan betul tak?

Bila ada hadiah, tambah-tambah plak hadiah yang ditawarkan sangat-sangat menarik, mesti ramai yang akan cuba turut serta. Betul tak?

 

DeQdEq sendiri pun suka juga join contest, giveaway dan lucky draw yang dianjurkan oleh blogger nih. Setakat ni, dah 2 kali juga DeQdEq bertuah dan menang juga dapat hadiah…

DeQdEq pernah menang contest dari Tasha dan juga Giveaway Frozen Resolles. Hadiah yang DeQdEq dapat dari Tasha ialah RM 50..manakala giveaway dari Asma lak DeQdEq dapat Frozen Resolles. Resepi ciptaan Asma.

 

P1011163

Inilah rupa Frozen Resolles yang DeQdEq terima….mmg agak lembik la..sebab kena courier tak duduk dalam freezer kan..jadi rupanya macam ni la.

 

P1011152

Ini lak rupa Frozen Resolles yang sedang digoreng.

 

P1011155

Dan ini hasilnya setelah digoreng…rupa sangat la buruk sebab DeQdEq terlebih goreng sampai hangit plak.

 

 

Berbalik semula pada persoalan tentang apakah faktor yang menyebabkan ramai yang akan menyertai contest tersebut? Salah satunya tadi, DeQdEq dah bagitau tentunya pasal hadiah. Hadiah menarik, pasti ramai akan mencuba.

Apa lagi faktor-faktor yang lain? Nak tahu? DeQdEq pernah juga bertanya kepada blogger hebat iaitu Eyriqazz.

 

Ok, kalau nak tau apa yang Eyriqazz berkongsi dengan DeQdEq….tunggu sambungan entri ini yer…dah terlampau panjang plak kang korang malas nak baca…heheheh

 

Tuesday, 1 February 2011

Lagi 30 mencecah 555…Apa yang akan berlaku?

 

Ada apa dengan 30 nih….apa plak yang 555….

follower

Sebenarnya bukan la apa-apa pun…cumanya follower DeQdEq lagi 30 orang akan mencecah ke angka 555. Mungkin pada sesetengah blogger tak kisah dengan bilangan follower.

 

Sebabnya follower tak semestinya akan singgah hari-hari ke blog kita untuk baca apa yang kita tulis. Sebab tu sesetengah blogger lebih pentingkan trafik dan juga ranking. Jadi, untuk memastikan trafik ke blog kencang dan juga ranking blog berada di kedudukan yang baik, kita perlu titik beratkan pada penulisan dan entri.

Ini kerana, jika entri yang ditulis menarik dan mempunyai isi yang sangat bagus, pengunjung pasti akan ramai ke blog kita seterusnya menyumbang kepada trafik ke blog kita.

Selain tu, untuk mendapatkan trafik yang kencang, boleh juga bermain dengan SEO….nak tengok buktinya boleh ke blog FAIZAL FREDLY

 

Ok la…kalau nak bercakap pasal tips tingkatkan trafik nih, DeQdEq pun tak pandai lagi…banyak lagi nak kena belajar. Tapi, banyak blog yang kongsikan tips ni. Jadi, korang rajin-rajin la mencari.

Ada juga blogger yang nak anjurkan kelas blogging, antara skop yang akan diajar adalah teknik tingkatkan trafik. Kalau korang berminat nak belajar boleh ke 2DAY BLOGGER.

 

Sekarang ni masuk ke tujuan utama entri ni di tulis…mukadimah dan pengenalan panjang betul kan…sekarang baru nak masuk isi….heheheh

DeQdEq bercadang untuk menganjurkan contest buat pertama kalinya, sempena follower blog DeQdEq akan mencecah ke angka 555. Harap-harap dapat la cecah yer…dan semoga akan lebih maju lagi dengan mencecah ke angka 5555 plak.

Dengan kehadiran pengunjung semua, follower DeQdEq…korang membuatkan blog DeQdEq darihari ke hari bertambah kukuh kedudukannya. Dan dengan kunjungan ikhlas korang semua ke blog DeQdEq, membuatkan DeQdEq ingin menjadi lebih serius dalam dunia blog ni.

 

DeQdEq sangat-sangat teruja bila ada yang sudi KLIK butang follow tu.pada DeQdEq itu merupakan satu penghargaan sebabnya, bila ada yg sudi jadi follower, maksudnya ada sesuatu di blog kita yang menarik dan menyebabkan diorang dengan ikhlas menekan butang follow tu.

DeQdEq memang tak pernah meminta untuk orang follow blog ni. Pada DeQdEq biarlah mereka yang follow blog ni kerana mereka suka dengan blog DeQdEq. Jadi, pada DeQdEq tak ada istilah I FOLLOW, U FOLLOW BACK.

Sebab DeQdEq, kalau suka blog tu, DeQdEq memang akan follow..walaupun memang tak sempatla nak singgah tiap-tiap hari. Tapi kalau entri korang muncul di dashboard DeQdEq, dan tajuknya menarik…memang pasti akan DeQdEq terjah.

 

TERIMA KASIH SEMUA….TERIMA KASIH KEPADA FOLLOWER, KEPADA SILENT READER, KEPADA PENGUNJUNG SETIA DAN SEMUANYA…SEBAB KORANGLA YANG MENYERIKAN BLOG INI.

NANTIKAN CONTEST 5-5-5.