Thursday 30 June 2011

PR 4 | Betul ke ni Page Rank blog DeQdEq?

 

Assalamualaikum dan selamat pagi,

 

Malam tadi sempat DeQdEq blogwalking dan jalan-jalan ke blog kawan-kawan yang dah lama DeQdEq tak jengah..

 

Dalam beberapa blog yang DeQdEq singgah, ada yang bercerita tentang Page Rank…DeQdEq memang tak pandai pasal Page Rank ni semua.

Apa yang DeQdEq tau, kalau Page Rank tinggi tu bagus…bagus sebab apa, DeQdEq tak tau….tak habis lagi belajar pasal ni…heheheh

 

Sebab ada masa, DeQdEq pun saja-saja la check Page Rank blog DeQdEq yang dah lebih 2 minggu bersawang sebab sibuk kebelakangan ni…

DeQdEq terkejut sangat bila tengok Page Rank blog DeQdEq ni…BETUL KE? Sebelum ni, dah lama juga la DeQdEq semak….Page Rank blog DeQdEq adalah PR 0….

Tapi kini……..tengok la sendiri ye…

 

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

pagerank

Ini menggunakan http://www.prchecker.info/

 

rank 

Ini pula DeQdEq nak double check sebab macam tak percaya je…..DeQdEq guna pula http://www.rankchecker.com/pagerank-checker/

 

Hasilnya tetap sama….apakah ini satu kejayaan? DeQdEq pun tak pasti…

Apa yang DeQdEq pasti Alexa Rank blog DeQdEq makin lama dah makin jatuh…..huhuhuuu….ini semua sebab dah jarang update blog…jadi trafik pun jatuh….

I like this…kantoi..

 

DeQdEq suka la dengan lagu nih…mula-mula dengar kat blog mana tah, tuan blog tu guna jadi background music..rasa macam menarik dengan lirik dan lagu dia. Simple tapi catchy gitu.

 

Ada sekali tu…Eyriqazz ada tulis entri bertajuk Semalam I Call U, U tak answer, apa lagi DeQdEq pun klik la kan…sebab tertarik dengan tajuk tu…Bila dah baca. DeQdEq pun dapat tau siapa yang nyanyikan lagu nih…Tajuknya ialah Kantoi..

Kalau nak tengok versi Eyriqazz pun boleh juga…KLIK SINI

 

Bila dah tau penyanyi lagu “Kantoi” ni..Zee Avi…DeQdeq pun terus la search kat youtube….

Jadi dapat la video ni…..enjoy yer….

 

Wednesday 29 June 2011

Wordless Wednesday? Apa ni?

 

 

Wordless Wednesday

 

Apakah ini?

DeQdEq dah lama tak online…..bila online sejak akhir-akhir ni, setiap hari rabu mesti jumpa entri Wordless Wednesday.

Apakah sebenarnya Wordless Wednesday ni?

Tolong bagitau DeQdEq boleh?

Ipad dari mysuperkids | Kini Cabaran Bermula

 

Assalamualaikum dan selamat petang…

Hari ni DeQdEq mendapat kunjungan dari Mommy Fara. Rajin betul Mommy Fara ni sebab dia tolong update dan ingatkan semua peserta contest ipad Mysuperkids ni tentang cabaran yang telah bermula.

Kalau tak, DeQdEq pun tak tau…dah la memang jarang online lagi sekarang ni…

 

Bila DeQdEq menjenguk blog Mommy Lyna iaitu empunya blog yang akan menghadiahkan ipad kepada pemenang cabaran ni, DeQdEq tengok DeQdEq dah disenaraikan dalam Kumpulan D.

Berikut adalah ahli kumpulan D…

 

KUMPULAN D:

  1. Fara -  saya mahu menjadi tabah setabah mommylina dari blog mysuperkids...
  2. Ieda - SAYA MAHU.....DARI BLOG......
  3. Mymmy1511 - Saya mahu ilmu mengenai pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan dari blog Babylicious dan menang iPad dari blog MySuperKids.
  4. Fadil - Saya Mahu Menyedut Dari Blog syoknya-download
  5. Atoyissan - saya mahu SEMUA ORANG TAHU YANG MAMA PON MAMPU MENGGENGGAM SEGULUNG PHD dari blog ATOYIS-SAN
  6. DeQDeQ - Saya mahu iPad dari blog MySuperKids
  7. Rozilah Arib @ Arif - “Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids”
  8. Ayah Iman - Saya Mahu iPad Dari Blog IbuCergas.com
  9. Sikulat -  “Saya Mahu Menjana Pendapatan Tambahan Dari Blog sikuLatLife ini” – Part 3
  10. AitotYati – Saya Mahu Jelaskan Kenapa Saya Tidak Follw Blog Ben Ashaari Lagi

 

Kepada semua peserta…apa lagi…cepat mulakan perjuangan anda

Tuesday 21 June 2011

TIPS: Bagaimana untuk BERJAYA dan BAHAGIA

 

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….

Bertemu juga kita akhirnya setelah sekian lama DeQdEq tak berkesempatan update blog ni.

Di kesempatan ini, DeQdEq ingin berkongsi satu TIPS yang tidak ada nilainya andai semua orang amalkan TIPS ini pasti DUNIA akan berubah.

 

Untuk mengubah keadaan sekeliling mahupun dunia, kita yang perlu berubah dulu….Tapi bagaimana?

Nak tahu caranya…Scroll ke bawah dan hayati lah sebaik-baiknya mesej yang cuba disampaikan melalui video ini.

 

|

|

|


|


|


|


|


|


|


|


|


|


|

|

|


|


|


|


|


|


|


|


|


|

|

 

 

 

 
 

Rahsia ini telah dikongsikan oleh Dr Azizan di Page Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman di Facebook pagi tadi.

Monday 13 June 2011

Kenangan Terindah bersama Nuffnang dan Ning Baizura

 

Hai semua….hari ini DeQdEq rasa sangat-sangat gembira….

Ingat lagi tak entri Bakal bersua muka dengan Ning Baizura

Dan pada hari ini…..detik pukul 11 pagi lebih sikit la…sebab DeQdEq sampai lambat skit….DeQdEq sudah bersua muka dengan Ning Baizura….

 

Lagi yang DeQdEq tak dapat lupakan kenangan terindah hari ini…DeQdEq dapat jumpa blogger lain yang hebat-hebat macam isaac tan, DD Fabulous dan zaid

Kami berempat la Nuffnanger yang bertuah untuk berjumpa Kak Ning Baizura…..Yang lain sila jeles k…hehhehe…just kidding ye….

DeQdEq sangat-sangat berterima kasih pada Nuffnang sebab beri peluang ni pada DeQdEq

 

P1011336

Ini antara gambar yang sempat dirakamkan tadi…..(muka DeQdEq dah macam tepung gomak plak nampaknya…putih semcam ja…padahal orangnya tak putih mana pun..huhuhuhu)

 

Kami semua dapat Album terbaru Ning Baizura yang bertajuk ‘DEWA”…..siap tandatangan Kak Ning lagi….eksklusif dari Kak Ning…Thanx kak Ning….

 

Ok, nanti DeQdEq akan cerita lagi pasal album DEWA dan lagu-lagu yang terdapat dalam album DEWA ni juga gambar-gambar lain yang sempat DeQdEq rakamkan untuk tatapan pengunjung blog DeQdEq.

 

pssstttt…….Kak Ning pun nak jadi blogger juga lepas ni…..

 

Sunday 12 June 2011

Hari ni sibuk nak pergi kenduri lagi…

 

Assalamualaikum dan selamat hari ahad..

Bila musim cuti sekolah macam ni memang undangan perkahwinan banyak sangat….macam DeQdeQ dari minggu lepas ja dah sibuk dengan kenduri….4- 5 kenduri juga la.

 

Hari ni plak DeQdEq akan menghadiri majlis perkahwinan kawan baik DeQdEq, tapi sebelah pihak suami dia plak…..

Ni gamabar-gambar yang sempat dirakamkan waktu majlis sebelah Farhana, kawan baik DeQdEq….

 

farhana 4

Menjadi pengapit

 

 farhana 1

SBG-14 bergabung……

 

 

farhana 2

 

 

farhana 3

Saturday 11 June 2011

Perhatian Peserta Contest 5-5-5 DeQdEq

 

Assalamualaikum dan selamat petang…

 

contest 555

Tengah ada masa ni, DeQdEq nak buat pengumuman skit….

Kepada Peserta Contest 5-5-5 DeQdEq, DeQdEq nak mohon ribuan kemaafan sebab tak sempat lagi nak kirimkan hadiah….

 

InsyaAllah DeQdEq akan usahakan secepat yang boleh ye….Kepada Miss Ran harap dapat email maklumat kat DeQdEq ye sebab DeQdEq cari kt email macam tak de je…..

 

Hadiah yang bakal DeQdEq berikan tak ada la semahal mana ye, tapi mungkin dapat memberi ilmu dan manfaat kepada anda sebagai seorang blogger….hehehehe

 

Bakal bersua muka dengan Ning Baizura

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat Hari Sabtu….buat apa hari ni? kerja ke? DeQdEq baru je lepas group meeting dan dapat dengar GREAT sharing dari kawan sekerja DeQdEq yang baru collect cheque RM 2 juta pada Khamis lepas….bayangkan dalam akaun bank dia confirm2 dah ada RM 60,000 nanti untuk komisyen bulan Jun ni…

Panas betul rasanya bila dengar kawan DeQdEq dapat close million ni….bila plak rezeki DeQdEq kan…tapi tak apa, rezeki masing-masing…kalau DeQdEq usaha pasti Allah akan bagi juga kan….apa yang penting kena usaha…

 

Berbalik semula pada tajuk kita….ingat lagi entri DeQdEq semalam? Baru terima panggilan hangit lagi panas dan meletup…

 

DeQdEq dah bagi pembayang pun…..Qeat yang berjaya teka…tengah malam tadi Qeat mesej DeQdEq…..Ujang sorila….salah tekaanmu….heheheh

 

Sebenarnya ialah…

 

ning 1

ning

 

 

Terima kasih Nuffnang……..LOVE Nuffnang….

Friday 10 June 2011

Baru terima panggilan hangit lagi panas dan meletup…

 

Baru je siap menyegarkan diri setelah seharian mengharungi perjalanan dari Sungai Petani – Shah Alam, masuk je bilik terus ada call masuk…

Nombor yang tertera ada nombor pejabat/rumah….dan DeQdEq tak kenal plak nombor tu…

Tapi bila dah jawab panggilan tu…rasa seronok plak dengan berita yang dikhabarkan…..

Nak tau berita apa? TUNGGGUUUUUUUUUUUUUUUUUU……….

 

Pembayang: Boleh didapati dalam website Nuffnang….heheheheh

Nak cashout Nuffnang la…tapi macam mana?

 

Assalamualaikum dan selamat petang….

Dah makan cucoq pisang petang ni…cuaca sejuk macam ni kalau dapat makan cucoq pisang panaih memang best….

Terbawa-bawa plak loghat Kedah dalam blog nih..hehehheh…..yelah…seminggu DeQdEq kat Kedah, ni pun baru je sampai Shah Alam….memandangkan sibuk DeQdEq tak sempat pun update blog dan cerita DeQdEq balik Kedah……best sangat sebab dapat jumpa kawan-kawan lama waktu kenduri kawan baik DeQdEq

 

Bila check akaun Nuffnang DeQdEq hari ni….memang tak terkejut la bila statistic menunjukkan pengunjung ke blog DeQdEq sikit ja….dalam 100 UV sehari….

Yelah, dah DeQdEq tak update blog kan….sapa la nak datang jenguk blog DeQdEq ni…

 

Alhamdulillah BE yang 4 dulu pun masih tinggal 1 je…walaupun yang lain sudah menjadi metered earning…..jadi, bila dah semua BE pun menjadi metered earning, DeQdEq bercadang nak cash out….walaupun tak banyak, tapi rasanya apa salahnya kan nak cash out buat pertama kali…

Kalau macam myvitrd dah selalu cash out…..ni plak myvitrd share yang BE dia pun dah jadi ME…tapi tengok la sendiri brapa dia dapat dari BE…memang boleh buat duit raya la….

 

[ME%252010-6-11%255B1%255D.png]

Thursday 9 June 2011

Hello…anybody there…!!! Genap 2 minggu blog tak berupdate

 

Assalamualaikum dan selamat pagi…..selamat hari Khamis…

Setelah sekian lama tak jenguk blog ni sebab kesibukan melanda juga kesihatan yang tak mengizinkan….hari ni DeQdEq kuatkan semangat dan cekalkan hati untuk menulis serba sedikit coretan hati untuk tatapan pengunjung blog DeQdEq.

Dah 2 minggu tak update…tentu banyak sangat cerita kan…tapi itulah….bila dah lama tak mengarang, rasa otak ni jadi malas nak berfikir…..huhuhuhuhu

Maaf juga untuk semua peserta Contest 5-5-5 DeQdEq …..hadiah masih belum sempat DeQdEq nak proses dan hantar pada semua….harap maaf….bukan DeQdEq lupa atau cuba memungkiri janji….

Sesungguhnya, kekangan masa dan juga kesihatan membuatkan DeQdEq perlu utamakan urusan yang lebih UTAMA…..

 

InsyaAllah, DeQdEq cuba untuk utuskan hadiah untuk korang semua ye….