Tuesday 5 August 2014

Ramadhan dan Syawal 2014

Assalamualaikum dan Salam Syawal anda...

Sekejap sahaja masa berlalu...hari ini dah masuk Syawal yang ke-9

Hari ini di Whatsapp, ramai yang berkongsikan gambar yang mana pada hari Jumaat ini akan dijalankan upacara boikot McD selama 24 jam bermula 7 pagi pada 8 Ogos hingga 7 pagi keesokkannya...

Alhamdulillah, kini umat Islam di Malaysia semakin tinggi rasa empati dan memperjuangkan nasib saudara seagama kita di Palestin....syukur kita berada di bumi bertuah Malaysia.

Moga kita terus tingkatkan amalan dan mencegah kemungkaran agar bumi Malaysia terus dirahmati Allah....Aminn..


Bagi Deqdeq sendiri, syukur berjaya mengelakkan untuk membeli dan makan di McD sudah hampir 2 tahun....dan kini dalam usaha untuk mengelakkan menggunakan produk lain yang menyalurkan kewangan kepada rejim Zionis yang kejam....

Sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan....dan terus bangkit dalam membantu umat Islam di seluruh dunia....



InsyaAllah.....