Showing posts with label traffic. Show all posts
Showing posts with label traffic. Show all posts

Saturday, 9 April 2011

Trafik tertinggi, keyword search

 

Assalamualaikum semua…selamat pagi….selamat berhujung minggu…

Kepada yang bekerja hari ini, selamat bekerja…mulakan hari ini dengan senyuman…

 

Alhamdulillah kita semua masih dipanjangkan umur dan diberikan peluang untuk bernafas di bumi bertuah ini….jadi apakah yang telah kita lakukan semalam? Pastikan hari ini lebih baik dari semalam…esok lebih baik dari hari ini…(muhasabah diri di pagi Sabtu)

 

Pagi ni DeQdEq nak kongsikan trafik tertinggi yang pernah DeQdEq dapat…tak setinggi mana pun…tapi DeQdEq akan usahakan untuk lebih maju ke hadapan….sebab hidup kita sentiasa akan ada peningkatan….betul tak?

 

high traffic

Inilah adalah catatan rekod peribadi yang tertinggi setakat 5 bulan aktif menulis blog….dalam sehari DeQdEq menerima sebanyak 720 UV pada 19 Mac 2011

 

trafik lagi

Ini pula jumlah trafik dari 2/4 – 8/4/2011 iaitu semalam…Alhamdulillah semalam berjaya juga menerima UV sebanyak 400 setelah pertama kali mendapat 444 UV

 

entri

Kalau dilihat pada 5/4/2011 tu DeQdEq dapat trafik yang tingi juga mungkin sebab banyak update agaknya….hari tu DeQdEq berjaya hasilkan 5 entri…

Jadi bila kerap update, lebih banyak pengunjung ke blog kita….berbanding hari-hari yang lain, memang setakat 1 ke 3 entri sahaja sejak dah sibuk mencari harta karun ni.

 

keyword

Untuk keyword seminggu ni sahaja…yang paling banyak semua pasal usop wilcha…ramai betul peminat Usop Wilcha kan?

 

Akhir kata….terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog DeQdEq ni….terutamanya kawan-kawan yang rajin datang…DeQdEq dapat kenal pasti beberapa orang ni rajin singgah ke blog ni menggunakan widget Geng Blogger tu juga yang rajin tinggalkan komen.

Mereka ialah:

Tasha

Qeat

Cik Lekat Lekit

Mie

Alief

 

Kalau ada yang tertinggal sila tinggalkan komen..heheheh…maaflah kalau DeQdEq tak perasankan nama anda ye….

 

 

Saturday, 5 February 2011

UV tertinggi blog DeQdEq dan siapa TOP referrer untuk bulan Januari 2011

 

Sebenarnya nak share pasal UV tertinggi setakat ini yang DeQdEq pernah dapat dari 2-3 hari lepas lagi. Tapi, disebabkan sibuk dengan lan Contest 5-5-5 DeQdEq, terpaksa la letak tepi dulu cerita pasal UV nih.

Lagi pun bukannya tinggi sampai beribu-ribu lemon pun….Setakat berapa ratus je. Tapi cukup membanggakan DeQdEq sebab tak pernah DeQdEq dapat pengunjung seramai ini.

Lagi satu, apa yang boleh dibanggakan, kiranya trafik blog DeQdEq boleh dikatakan konsisten la kot…sebab purata sehari tu lebih kurang je.

 

nuff baru

Jumlah tertinggi pengunjung adalah pada pukul 1 dan 2 petang…mencapai 36 orang…terima kasih yer kepada semua yang sudi datang ke blog DeQdEq.

nuff 2

 

Ini DeQdEq screen grab pada pukul 11 malam rasanya….jadi untuk lihat berapa sebenarnya jumlah unique visitor untuk 1 Februari 2011, jom tengok gambar seterusnya

 

analytics

Inilah dia jumlah sebenar UV yang DeQdEq dapat pada 1 Februari lepas. Pertama kalinya, UV DeQdEq mencecah 300 sebenarnya. Sebelum ni purata antara 100-200 UV je.

 

DeQdEq : nape 4 Februari tu kosong yer? Rasanya semalam ada je pengunjung ke blog DeQdEq….sapa boleh tolong jawabkan?

 

Ok, sekarang nih jom kita tengok siapa TOP REFERRER untuk blog DeQdEq. Top referrer untuk blog DeQdEq ialah http://matahaw.blogspot.com .

Sebelum ni, memang DeQdEq ada baca di blog matahaw ni, testimonial mereka yang mendapat trafik tinggi dari blog matahaw. Jadi DeQdEq pun bertanya pada matahaw. Matahaw bagi banner untuk DeQdEq letak kat sidebar…

Hasilnya memang menakjubkan…DeQdEq mula letakkan banner matahaw tu sebenarnya baru je lagi, kalau tak silap DeQdEq dalam 25 Januari 2011. Saat DeQdEq amik gambar ni pada 1 Februari 2011, matahaw dah jadi TOP REFERRER. Belum sampai pun sebulan.

Nak tengok banner matahaw, boleh tengok kat sidebar blog DeQdEq ni….

 referring site

Selain matahaw, blog Papa Meow iaitu http://kucing2terbiar.blogspot.com/. Ini semuanya rezeki yang bermula hanya kerana kucing yang DeQdEq selamatkan dari lemas dalam Tasik Idaman iaitu LUCKY.

Selai tu, DeQdEq nak higlight juga apesal.com, memang berbaloi juga ping entri kat apesal.com nih….baru lagi mendaftar dengan apesal.com pada 27 Januari 2011, tapi dah menjadi antara TOP REFERRER blog DeQdEq.

 

post

Ini pula, DeQdEq nak kongsikan juga top post yang menjadi bacaan ramai pengunjung di blog DeQdEq. DeQdEq rasa gembira sangat sebabnya kebanyakannya adalah entri hasil tulisan DeQdEq sendiri.

Yang DeQdEq tandakan 1,2,3,4 dan 8 tu semuanya kisah mengenai LUCKY. Ramai pencinta kucing yang nak tau pasal LUCKY.

Yang dalam bulatan tu, entri yang DeQdEq ambil dari petikan Harian Metro dan DeQdEq ulas sikit.

 

Tuesday, 1 February 2011

Lagi 30 mencecah 555…Apa yang akan berlaku?

 

Ada apa dengan 30 nih….apa plak yang 555….

follower

Sebenarnya bukan la apa-apa pun…cumanya follower DeQdEq lagi 30 orang akan mencecah ke angka 555. Mungkin pada sesetengah blogger tak kisah dengan bilangan follower.

 

Sebabnya follower tak semestinya akan singgah hari-hari ke blog kita untuk baca apa yang kita tulis. Sebab tu sesetengah blogger lebih pentingkan trafik dan juga ranking. Jadi, untuk memastikan trafik ke blog kencang dan juga ranking blog berada di kedudukan yang baik, kita perlu titik beratkan pada penulisan dan entri.

Ini kerana, jika entri yang ditulis menarik dan mempunyai isi yang sangat bagus, pengunjung pasti akan ramai ke blog kita seterusnya menyumbang kepada trafik ke blog kita.

Selain tu, untuk mendapatkan trafik yang kencang, boleh juga bermain dengan SEO….nak tengok buktinya boleh ke blog FAIZAL FREDLY

 

Ok la…kalau nak bercakap pasal tips tingkatkan trafik nih, DeQdEq pun tak pandai lagi…banyak lagi nak kena belajar. Tapi, banyak blog yang kongsikan tips ni. Jadi, korang rajin-rajin la mencari.

Ada juga blogger yang nak anjurkan kelas blogging, antara skop yang akan diajar adalah teknik tingkatkan trafik. Kalau korang berminat nak belajar boleh ke 2DAY BLOGGER.

 

Sekarang ni masuk ke tujuan utama entri ni di tulis…mukadimah dan pengenalan panjang betul kan…sekarang baru nak masuk isi….heheheh

DeQdEq bercadang untuk menganjurkan contest buat pertama kalinya, sempena follower blog DeQdEq akan mencecah ke angka 555. Harap-harap dapat la cecah yer…dan semoga akan lebih maju lagi dengan mencecah ke angka 5555 plak.

Dengan kehadiran pengunjung semua, follower DeQdEq…korang membuatkan blog DeQdEq darihari ke hari bertambah kukuh kedudukannya. Dan dengan kunjungan ikhlas korang semua ke blog DeQdEq, membuatkan DeQdEq ingin menjadi lebih serius dalam dunia blog ni.

 

DeQdEq sangat-sangat teruja bila ada yang sudi KLIK butang follow tu.pada DeQdEq itu merupakan satu penghargaan sebabnya, bila ada yg sudi jadi follower, maksudnya ada sesuatu di blog kita yang menarik dan menyebabkan diorang dengan ikhlas menekan butang follow tu.

DeQdEq memang tak pernah meminta untuk orang follow blog ni. Pada DeQdEq biarlah mereka yang follow blog ni kerana mereka suka dengan blog DeQdEq. Jadi, pada DeQdEq tak ada istilah I FOLLOW, U FOLLOW BACK.

Sebab DeQdEq, kalau suka blog tu, DeQdEq memang akan follow..walaupun memang tak sempatla nak singgah tiap-tiap hari. Tapi kalau entri korang muncul di dashboard DeQdEq, dan tajuknya menarik…memang pasti akan DeQdEq terjah.

 

TERIMA KASIH SEMUA….TERIMA KASIH KEPADA FOLLOWER, KEPADA SILENT READER, KEPADA PENGUNJUNG SETIA DAN SEMUANYA…SEBAB KORANGLA YANG MENYERIKAN BLOG INI.

NANTIKAN CONTEST 5-5-5.

 

 

Monday, 24 January 2011

DeQdEq menuju ranking bawah 1,000 sebelum Raya Cina

 

Dah lama tak tengok Alexa Rank. Mula-mula register dan baru 2 bulan blogging, ranking DeQdEq berada di bawah 1,000,000…boleh rujuk SINI atau lihat imej kat bawah ni.

alexa ranking-crop

 

Ini pula ranking blog DeQdEq setakat hari ini…kalau tengok Alexa rank memang berlaku peningkatan yang banyak, kira dari 900K turun ke 500K..

Kalau dilihatkan kepada Trafik Rank in MY (Malaysia), telah berlaku peningkatan sebanyak 1,357…Alhamdulillah, nampaknya DeQdEq perlu lebih bekerja keras lepas ni.

Tambahan pula nama DeQdEq mula dikenali dan diingati…yelah sebab ramai yang mula mencari DeQdEq…tengokla SINI

alexa

 

Target DeQdEq untuk capai Traffic Rank bawah 1,000 sebelum Raya Cina boleh tak tercapai…DeQdEq cuba usaha untuk majukan lagi blog DeQdEq ni.

Dengan kehadiran korang yang selalu berkunjung dan lepak kat blog DeQdEq ni la yang banyak membantu kejayaan blog DeQdEq..terima kasih sebab sudi singgah ke blog DeQdEq.

 

P/S: DeQdEq tgh fikir untuk tukar ke domain sendiri, pastinya bila tukar domain, ranking akan jatuh balik kan….

 

 

 

Tuesday, 18 January 2011

Jom Tukar Link

DeQdEq mendapat idea untuk bertukar-tukar link dengan kawan-kawan blogger semua…Rasanya semua pun tahu kan betapa bertukar link dapat membantu meningkatkan trafik ke blog kita.

DeQdEq mendapat idea untuk membuat satu blog khas untuk letak link-link blog kawan-kawan semua mengikut kategori yang sesuai dengan blog anda…kalau ada lebih dari 1 blog pun boleh diletakkan di sini..sbb DeQdEq akan cuba muatkan semua link kat blog ni mengikut kategori. Idea ni DeQdEq dapat dari kawan sekolah DeQdEq iaitu mie yang menyambut hari lahirnya hari ini…

 

SELAMAT HARI LAHIR MIE

 

Kalau nak letak semuanya kat blog  ^ _ ^ penawar rindu, pengubat jiwa ^ _ ^ ni macam tak cukup ruang je kan…jadi DeQdEq nak pastikan semua kawan-kawan boleh masuk dalam senarai blog DeQdEq.

 

Mungkin dengan cara ini dapat sama-sama kita membantu untuk meningkatkan trafik. DeQdEq tak boleh nak jamin yang dengan masuk bloglist DeQdEq ni, blog korang akan dapat trafik kencang…sebabnya blog DeQdEq pun masih suam suam kuku…tak ada la hebat macam blog BEN ASHAARI atau Cik Epal. Tapi tak salah kalau kita berkongsi kan.

 

Berikut antara senarai yang DeQdEq tengah fikir untuk letak dalam blog exchange link tu nanti:

 

Mama dan Papa Kucing

Ini khas untuk pencinta kucing di luar sana yang sangat-sangat baik hati. bila dah ada blog ni, baru DeQdEq jumpa ramai pencinta kucing yang sanggup dan baik hati berkorban masa, wang, dan tenaga demi menjaga meow…

Andai anda terdiri dari blogger pencinta kucing…anda akan tersenarai dalam bloglist Mama dan Papa Kucing.

Yang mana DeQdEq dah tau DeQdEq akan letakkan terus dalam senarai ni…tapi pada blog yang DeQdEq belum kenal, boleh la tinggalkan link nanti yer.

 

Chef Hotel 10 bintang

Kategori ni plak khas untuk yang suka berkongsi resepi….ramai juga yang DeQdEq tengok ada blog resepi kan…jadi kategori ni khas untuk anda…jadi senang bila orang nak cari resepi..terus je ke blog anda.

 

Photographer/ Videographer/ Butik Pengantin

Kategori ni DeQdEq nak buat supaya senang DeQdEq nak rujuk bila nak kahwin nanti…heheheh….sekurang-kurangnya korang pun boleh juga tengok kat senarai ni je bila nak survey nanti kan…

 

Control Macho

Kategori ni adalah untuk blogger yang tak termasuk dalam senarai kat atas ni…tapi hanya untuk blogger lelaki je…sebab tu la nama kategori pun Control Macho

 

Contol Ayu

Ini plak khas untuk rakan blogger wanita yang tak termasuk dalam kategori-kategori di atas yer…anda semuanya cantik dan ayu, jadi kategori khas hanya untuk anda.

 

Macam mana? Ok tak idea DeQdEq nih…..jadi lepas ni DeQdEq akan buat satu entry khas untuk pertukaran link nih…jadi korang semua tinggalkan link dan juga kategori mana yang sesuai dengan korang yer…

Monday, 17 January 2011

Terima kasih pencinta kucing

Walaupun hari ni tak sempat sangat nak blogwalking ke blog kawan-kawan, tetapi hari ni DeQdEq mendapat kunjungan luar biasa dari pencinta-pencinta kucing.

Sebab apa DeQdEq kata macam tu….semuanya disebabkan Lucky…Papa kucing telah menulis entri khas pasal Lucky. Jadi ramai la pencinta kucing yang datang terjah blog DeQdEq sebab nak tau pasal kisah Lucky.

 

KLIK untuk besarkan IMEJ

kucing 5 post tertinggi hari ni semuanya berkenaan Lucky….Lucky, ni yang buat DeQdEq makin rindu kamu…apa khabar mu di sana Lucky…DeQdEq rindukan Lucky.

 

kucing 2

Penyumbang utama trafik adalah blog Papa Kucing…ataupun http://kucing2terbiar.blogspot.com/

kucing 3

Terima kasih Papa Kucing…sebab sudi menerima Lucky menjadi keluarga Papa Kucing…hanya Allah yang dapat membalas budi baik Papa Kucing. Semoga Papa Kucing mendapat rezeki yang mencurah-curah lagi…amin

JOM TUKAR LINK : Join Bloglist dalam Geng DeQdEq

UPDATE @ 8.00 PM 19/01/2011:

ADA PENAMBAHAN KATEGORI KHAS UNTUK PARA IBU DAN JUGA PARA USAHAWAN

 

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera,

DeQdEq ingin mengumumkan yang DeQdEq ingin membuat pertukaran link dengan kalian semua agar kita dapat membantu sesama kita. Macam yang DeQdEq dah ceritakan dalam entri sebelum ni < KAT SINI >

DeQdEq akan buat blog khas untuk meletakkan senarai blog mengikut kategori.Bila kita saling membantu, kita akan sama-sama mencapai kejayaan..insyaAllah. Terutamanya blogger baru pasti nak promosikan blog anda kan…mungkin ini salah satu caranya.

 

link exchange

Untuk memastikan DeQdEq tak terhilang mana-mana blog, DeQdEq harap kalian dapat tinggalkan komen di entri ini dengan memberitahu URL blog kalian berserta kategori pilihan. Kalau ada 2-3 blog pun boleh senaraikan semua. Tapi biarlah blog yang aktif je ye…kalau yang dah bersawang tu tak yah le…hehehhe

Sebelum kalian tingglkan link, RUJUK di entri sebelum ini untuk lebih fahamkan kalian ye.

 

Setakat ini, DeQdEq telah menetapkan beberapa kategori seperti berikut:

1) Papa dan Mama Kucing

2) Chef Hotel 10 bintang

3) Photographer/ Videographer / Make-up

4) Control Macho

5) Control Ayu

 

Tambahan:

6) Kami Yang Kreatif >>>> Ini khas untuk mereka yang mempunyai blog untuk mempromosikan hasil kerja tangan seperti menjahit manik, key holder, kad dan lain-lain lagi.

7) SMKAY >>>> Ini khas untuk blogger satu sekolah dengan DeQdEq dulu

8) Mereka memang hebat >>>> Ini khas untuk blogger yang sudah terkenal di alam blog mcm Ben Ashaari, Red Mummy dan lain. Mereka tidak akan berada di home page.

DeQdEq buat page baru untuk mereka ni. Sebabnya DeQdEq nak blogger yang baru ni orang akan nampak dulu di HOME PAGE…mereka yang hebat ni tak perlu diperkenalkan lagi, mmg dah terkenal seantero dunia blog. Jadi, letak page lain pun tak jadi masalah kan.

9) Belajar Buat Blog >>>> kategori blog yang memang menyediakan banyak tutorial

10) Mommy Vogue >>>> kategori khas untuk para ibu…atas permintaan seorang ibu yang malu untuk masuk kategori Control Ayu…hehehhehe

11) Kami Jutawan >>>> khas untuk mereka yang berniaga melalui blog. Tak kira la apa pun…anda berniaga cup cake, baju atau tudung, produk kecantikan dan macam – macam lagi…apa-apa la asalkan anda dipanggil usahawan.

 

Rasanya cukup kot kategori-kategori yang DeQdEq senaraikan ni…kalau rasa tak termasuk dalam mana-mana kategori di atas, kalian secara automatiknya akan memasuki kategori Control Macho untuk blogger lelaki dan Control Ayu untuk blogger wanita.

Kerana kalian semua adalah blogger yang hensem, cantik dan menawan…

 

CARA NAK JOIN:

Kalian cuma perlu tinggalkan URL blog dan kategori di ruang komen entri ini.

Contoh:

Ini link DeQdEq : http://diyanayaccob-deqdeq.blogspot.com/

Kategori: Control Ayu

 

P/S: Andai rasa DeQdEq patut tambah kategori…sila tinggalkan pendapat anda di ruang komen ye.

 

Sekian, terima kasih.

 

Thursday, 13 January 2011

Makin panas dan hangit | Lagi pasal blogger sampah…maaf hanya di bibir

Kalau sebelum ni HOT pasal seorang blogger yang anti plagiat atau copy paste…atau dia lebih dikenali dengan Ju-On…Ju-On ni menjadi isu sebab cara teguran yang kasar dan maki hamun…

Tapi sekarang ni timbul lagi satu cerita HOT pasal blogger yang suka plagiat atau copy paste nih…blogger ni lak HOT sebab blog dia semua entry copy paste….DeQdEq tak pasti ada tak karya asli dari dia..

 

Pagi ni bila nak blogwalking DeQdEq tertarik dengan entry dari Si Anon kita sorang nih….Tajuk entry beliau ialah: HOT! Blogger Copy Paste | Insaf Atau Makin Panas??

Tak habis lagi rupanya pasal blogger sorang nih….rupanya memang dah banyak sangat dia buat hal dan mencemarkan dunia blog ni. Bila baca entri Anon, DeQdEq macam rasa si blogger copy paste nih hanya setakat minta maaf di bibir je tapi hakikatnya tak berubah pun.

 

Nak tengok lafaz maaf blogger ni….korang baca Lafaz maaf dari blogger sampah…boleh diterima atau tidak?

bloger sampah

 

Setelah ada pihak yang menegur sikap blogger copy paste ni pun dia masih buat hal…kononnya mengaku nak delete entry-entry copy paste tu alih-alih keluarkan tips tingkatkan trafik dengan cara copy paste….apa cer?

 

Sumber gambar: Anon

 

Part ini yang paling DeQdEq tak boleh terima….siap buat tips tingkatkan trafik dengan cara copy paste…kalau nak benda tak baik jangan la plak mengajar dan megajak orang lain buat perkara sama…

Sumber imej: Anon lagi

 

Semoga lepas nih dia sedar la akan kesilapan yang dia buat….kalau betul nak blogging biarla dengan cara yang betul.

Wednesday, 12 January 2011

Lafaz maaf dari blogger sampah…boleh diterima atau tidak?

Rasanya siapa yang singgah blog DeQdEq malam tadi…mesti ada baca entry DeQdEq pasal sorang blogger yang copy paste entry orang lain dan berbangga berbuat demikian sebab pada dia itu salah satu cara nak tingkatkan trafik blog dia.

Kalau korang belum baca lagi pasal blogger ni…korang boleh JENGUK SINI

 

Baru je tadi, DeQdEq terima komen di entry Sahabat Blogger : Pelajar Universiti Awam…komen tu datang dari blogger yang mengaku dirinya blogger sampah tersebut atau nama sebenar luqman hakim.

DeQdEq tak berapa faham maksud luqman hakim nih….korang tengok dan baca sendiri okey…

bloger sampah

Macam mana? Lafaz maaf macam ni ok ke tak? DeQdEq tak de la marah sangat dia copy paste entry DeQdEq sebelum ni, sebab entry DeQdEq bukannya best macam entry Cik Epal…klu best mcm entry cik epal tu boleh la juga nak rasa marah kan…penat2 kita tulis entry, orang lain senang-senang amik dan letak kt blog dia.

Cuma bila dia share cara nak tingkatkan trafik blog dengan cara copy paste entry org lain tu yang buat DeQdEq agak emosi…..maka terlahirlah entry AMARAN tu…hehehhe

Nak copy paste tak salah tapi letak lah backlink kan…kalau ikhlas nak berblog…harap luqman hakim tak ulangi kesilapan yang sama….tulis la blog dengan penuh etika

Tuesday, 11 January 2011

Amaran !!! Jangan la guna taktik kotor macam ni…dah tu boleh plak berbangga menjadi blog sampah…semoga diri mu kembali ke pangkal jalan

Tersangat-sangat la sedih bila DeQdEq terpandang blog seorang blogger ni….rasanya dia muda lagi..jadi leh la DeQdEq gelarkan dia adik jer…

Kenapala adik sorang nih memilih jalan yang tak baik…kalau ye pun jangan la plak mengajar atau mengajak orang lain mengikut cara adik yang tak betul tu…rasa-rasanya boleh pergi jauh ke kalau adik buat perangai macam ni?

DeQdEq tak tau la apa tujuan adik buat blog…tapi kalau entry adik semuanya copy paste, dah tu tak ada plak back link..tak bagus la dik…

blog sampah KLIK imej untuk lebih jelas

(http://lonelystarz.blogspot.com/2011/01/tips-meningkatkan-traffic-anda.html)

 

DeQdEq pun mula-mula tak faham sebab apa adik ni bertindak macam ni…adik ni pernah copy paste entry DeQdEq sebijik letak kat blog dia…kalau korang tak baca lagi…korang boleh TENGOK SINI…tapi tak tau la kot2 dia dah remove ke entry tu sbb DeQdEq dah tegur atau komen kat blog dia.

Kot entry DeQdEq tu best macam entry cik epal…takde la heran sangat..tapi entry biasa je pun..heheh

DeQdEq tak kata blog adik ni blog sampah…tapi adik ni sendiri yang macam mengaku blog dia blog sampah…boleh tengok pada entry yang DeQdEq amik dari blog dia.

Kepada yang rasa-rasa mula nak menulis blog….tak salah kalau nak copy paste entry orang lain….tapi jangan lupa bagi back link kepada blog asal yang kamu amik tu….sebagai tanda terima kasih…kita kena la hormat sesama kita sebab hasil tulisan orang lain tu jangan la plak jadikan hak milik sendiri kat blog.

Jangan ikut cara adik sorang nih yer…

Kalau betul nak tingkatkan trafik blog….jangan la buat cara kotor kan…banyak lagi cara lain kan…adik ni ada juga share kt entry yang sama….kalau nak tengok singgah la blog dia.

Takperla dik…DeQdEq tolong promote kan blog adik yer….lepas nih tak yah la nak main copy paste lagi yer…Kalau nak tau cara-cara nak tingkat trafik blog adik…adik boleh tengok SINI

 

Wednesday, 5 January 2011

Akibat semangat yang hilang…trafik cantik ja

Inilah akibatnya bila semangat DeQdEq hilang baru-baru ni. Disebabkan ada ujian dan cabaran yang datang…DeQdEq hilang kekuatan dan mula hilang semangat untuk bekerja dan segalanya.

Disebabkan semangat yang hilang..DeQdEq menjadi tak minat untuk menulis….akibatnya boleh tengok kat bawah ni…dah la UV kat blog DeQdEq tak banyak mana pun…nak cecah 300 UV sehari pun msh merangkak lagi….sekali bila tak ada semangat…dah kurang menulis…terus menjunam UV kat blog DeQdEq.

Dari 31 Dec dan 2 Jan memang la kan, cuti umum dan cuti hujung minggu mmg trafik selalunya akan menurun sebab tak ramai yang online. Tapi trafik yang terlalu rendah adalah sebab DeQdEq sendiri…kalau tak mesti hit juga 100 UV walaupun hujung minggu.

Semalam la baru rasa bersemangat balik nak menulis….jadi alhamdulillah UV dah mula menunjukkan peningkatan…..walaupun tak banyak…jadi sebagai iktibar, kita yang masih baru kena terus bekerja kuat kalau nak orang kenal blog kita.

Rajin-rajinla update….selalu blogwalking dan komen pada blog orang lain…semua ni pasti membantu trafik ke blog anda. Jangan jadi macam DeQdEq….

nuffnang stat Nuffnang

Apa tu Alexa Ranking? baru nak masuk 2 bulan blogging ranking blog DeQdEq di Alexa Rank ialah 943, 403 OK ke?

Hari ni jer dah dua entry DeQdEq baca pasal Alexa Ranking ni..satu dari Seri Bahasa dan satu lagi dari Bila Umar Berblogger.

Sebelum ni pun DeQdEq dah pernah baca pasal Alexa Rank ni…tapi macam pening-pening lalat lagi..heheeh…biasala DeQdEq ni blur skit…klu bab-bab yang teknikal sikit.

Bila mula register kat Alexa nih…seingat DeQdEq la..ranking DeQdEq ntah ke 1 juta berapa ntah….bila malam ni buka balik Alexa, tengok-tengok dah kurang dari 1 juta. Adakah ini petanda baik?

Ok ke tak kalau baru nak masuk 2 bulan DeQdEq menulis blog, ranking di Alexa adalah 943, 403….memang tak cukup hebat lagi kan…sebabnya DeQdEq ada terbaca juga sebelum nih yang mana kalau sesuatu blog tu bagus dan ramai yang singgah…ranking yang bagus adalah bawah dari 100,000…

Haaa….amik kau…DeQdEq jauh lagi la nak ke 100,000…tapi DeQdEq berbangga juga la dah berkurang dari 1 juta..hehhehehe

Nak tengok buktinya….

alexa ranking-crop 

 Alexa.com

Tapi masih banyak yang DeQdEq tak faham pasal Alexa Rank ni sebenarnya….macam mana nak tengok analis dia semua tu…huhuuuu…ada yang kata SEO pun berkait rapat gak dengan nak tingkatkan rank kat Alexa nih….waduh…pening sudah nih…

Apa-apa pun DeQdEq takkan berhenti belajar lagi pasal semua nih…semoga ilmu yang DeQdEq dapat, akan menjadikan DeQdEq blogger yang lebih baik dan dapat membantu kawan-kawan lain

Thursday, 23 December 2010

PANAS!!! Baru 1 hari buat blog…trafik terus kencang

Superb, marvellous, fantastic….apa lagi yang boleh DeQdEq katakan..kalau baru sehari buat blog dah boleh dapat trafik yang kencang…DeQdEq yang dah sebulan nih pun duk tgh merangkak lagi, duk fikir mcm mana nak tingkatkan trafik ke blog DeQdEq nih…macam-macam cara la DeQdEq cuba kan untuk tingkatkan trafik. Sebagai contohnya, join segmen Ben Ashaari…memang membantu…jadi sapa-sapa yang masih baru dlm blogging nih, rajin-rajinkan diri join sama yer…

Sebab apa tajuk entry kali ni macam gempak jer…sebabnya orangnya pun gempak…rasanya ramai malam ni yang berbicara pasal JU…dia lah orangnya…kalau JU betul seorang blogger, mmg dah boleh terkenal sekejap jer…sebabnya trafik meningkat kat sembangkosong.com, hanya disebabkan JU.

Malam nih, DeQdEq dpt mesej kat shoutbox dari seseorang utk ke blog dia, baca entry terbaru mengenai insan bergelar JUmesej tu adalah dari sembangkosong.com. DeQdEq pun dengan rasa ingin tau yang tinggi, singgahla ke sembangkosong.com. Rupanya memang dah ramai yang singgah…macam dah kenduri kawen plak, meriah sungguh kat sana…apa lagi….korang pun jangan ketinggalan, cepatla pegi sebelum nasi dan lauk habis….TEKAN SINI

Cuma DeQdEq terkejut sebenarnya, sebab ini kali pertama DeQdEq tengok pertengkaran mcm ni dalam dunia blog….ye lah DeQdEq pun baru sebulan kan aktif menulis blog ni. Jadi, bila tengok apa yang berlaku, mcm terkejut pun ada, kelakar pun ada, rasa kesian pun ada….macam-macam la…semuanya bercampur baur…

Kalau JU ada baca apa yang DeQdEq tulis nih, jangan la plak maki hamun DeQdEq yer…DeQdEq tak nak cari gaduh dengan sesiapa pun…rasanya JU dan semua pun lebih tau kan…bergaduh ni cuma merugikan diri sendiri jer…ada ke dapat untung kalau bergaduh, bertengkar, maki hamun segala….tak baik kan…

Isu yang berbangkit dan menyebabkan suhu semasa begitu panas sekali adalah pasal plagiat @ plagiarism @ copy/paste @ meniru dan yang sewaktu dengannya…

plagiarism1 Gambar : sumber dari SINI

Memang isu ni sangat-sangat la hangat diperkatakan hanya disebabkan JU. Kalau waktu kat Universiti dulu pun pensyarah mmg melarang utk copy/ paste ni kan…DeQdEq tak nak komen banyak2 sebab DeQdEq pun masih baru lagi dalam dunia blog ni…tapi pada DeQdEq, semua blogger tahu dan pandai tentang adab dalam ber ‘blog’ nih….jadi masing-masing ada cara dan strategi masing-masing untuk menulis blog.

Kita patut hormati juga, kalau ada yang tak betul, tak salah untuk menegur…tapi biarlah caranya juga betul bila kita nak menegur…Hidup di dunia blog dan dunia sebenar juga kurang lebih sama kan, kita saling memerlukan, jadi kita perlu saling membantu antara satu sama lain…

Sekian dari DeQdEq…DeQdEq minta maaf andai ada tersalah bicara, tak ada niat untuk menyakiti siapa-siapa….kalau DeQdEq salah, DeQdEq dengan hati terbuka menerima teguran,tapi cakap la baik-baik yer…

Wednesday, 22 December 2010

Sepantas mata, sepantas itu trafik meningkat..

Baru jer join segmen dari Ben Ashaari lagi tadi….terus je trafik naik….sebabnya ramai yang terjah nak tengok header kat blog DeQdEq sebab Abg Ben suruh carikan tuan punya serpihan header yang diberi…

Memang challege la segmen kali nih….DeQdEq pun join juga…naik penat jari ni dok asyik klik2 sampai jumpa jawapan….kalau nak tengok >>> SINI

Korang tengok la kat bawah nih….terus jer sampai 100 pageviews….hanya sebab join segmen BA…korang pun jangan lepaskan peluang untuk join segmen BA tau…memang berbaloi-baloi….

ben crop

Segmen: Jom Berkenalan

DeQdEq telah di’tag’ oleh Cik Eyqa lagi…kali ni utk join segmen jom berkenalan dari catatan loqman hakim…dua tiga hari sibuk skit, tak sempat nak siapkan..jadi nih baru sempat nak siapkan….

Untuk join segmen ni, DeQdEq perlu menjawab 7 soalan berikut, Jom kita layannnn….

 

-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)

DeQdEq masih single…belum berkahwin….tengah menunggu masa nak kawen yang tak tau bila lagi..hehehe

 

-Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)

Apa yang rasanya korang nak tau pasal DeQdEq yer…DeQdEq merupakan anak bongsu dan tunggal perempuan dari 6 adik beradik….kini berumur 25 tahun..graduan dari UiTM dalam jurusan Sarjana Muda (Kep) Sains dan Teknologi Makanan.

Kini, bekerja sebagai Penasihat Kewangan atau Wealth Advisors dengan CIMB Wealth Advisors…kalau sapa2 yang perlukan khidmat DeQdEq boleh jer hubungi DeQdEq….kalau nak tau produk dari CWA dengan lebih detail…boleh la singgah >>>> SINI

 

-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)

Blog ^_^ penawar rindu, pengubat jiwa ^_^ ni merupakan blog persendirian yang mana DeQdEq gunakan sebagai medium untuk meluaskan rangkaian kenalan yang dah sedia ada. Selain tu, DeQdEq suka untuk menulis dan berkongsi apa yang best kat blog nih… terutamanya bab-bab motivasi mcm tu…sbb dulu cita2 konon nak jadi kaunselor…hehehe

 

-Apa pandangan anda tentang dunia blog?

Pandangan DeQdEq mengenai dunia blog nih, blog merupakan medium yang sangat-sangat hebat pada zaman milenium nih untuk meluaskan rangkaian dan juga mempromosikan produk andai kita sebagai usahawan. Selain tu, sesiapa yang minat menulis boleh melatih diri di blog ni untuk menghasilkan tulisan yang berkualiti, selain boleh dijadikan hobi, kita juga boleh menjana pendapatan pasif dari menulis blog ni.

 

-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..

Pastikan dahulu apa tujuan anda menulis blog. Jangan jemu untuk belajar dalam dunia blog ni.Terlalu luas dunia blog ni yang perlu kita terokai, jadi jangan mudah bosan. Kena kuatkan semangat. Jadi, andai telah memilih untuk memiliki blog sendiri, kuatkan azam dan buatlah bersungguh-sungguh. Jangan hangat-hangat tahi ayam je yer.

 

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..

Keunikan pada blog DeQdEq ni apa yer…emmm….mcm susah plak nak cari apa yang uniknya blog DeQdEq nih…korang rasa, korang tau tak apa yang uniknya? sukar la DeQdEq nak tafsirkan apa yang unik di blog DeQdEq..

 

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

 InsyaAllah selagi hayat dikandung badan DeQdEq akan terus menulis blog dan sekiranya blog masih menjadi tarikan di mata Malaysia. Impian DeQdEq dalam dunia blog ni ialah ingin berjaya dikenali sebagai seorang blogger dan juga DeQdEq ingin menggabungkan dunia blog dan dunia kerja DeQdEq…harap sangat akan dapat tercapai dalam tahun 2011 ni.

 

Akhir sekali. DeQdEq ingin tag kawan-kawan DeQdEq yang lain:

Orange

Puan Stoberri

Ejen 010

Nonie

Tips| Trafik tinggi dan kencang seperti kilat

Trafik? Rasanya rata-rata semua blogger mesti akan bercerita pasal trafik…ye lah bila kita ada blog nih, kita menulis mestilah nak ada pembaca kan…bila ada yang mengunjungi blog anda, mereka lah yang menyumbang kepada trafik blog anda…tapi, macam mana pula nak trafik yang tinggi? trafik kencang = $$$ masyuk…betul tak….sapa yg tak nak duit….semua pun nak duit…sebab tu la ramai blogger yang akan berkongsi tips untuk menaikkan trafik ke blog anda. Kini, semua tu tak mustahil lagi….terdapat cara hebat dan mudah untuk tingkatkan trafik blog anda.

p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat

 

Cara nya begini:

- Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

- Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.

  1. DeQdEq

PERATURAN!!!

1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi mcm nie…

  1. Blog Korang Letak Kat Sini !

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1

Posisi no.14, Jumlah backlink = 5

Posisi no.13, Jumlah backlink = 25

Posisi no.12, Jumlah backlink = 125

Posisi no.11, Jumlah backlink = 625

Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125

Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625

Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125

Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625

Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125

Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625

Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125

Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625

Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125

Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….

Selamat mencuba!!!

***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak… Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat… ingat lagi byk backlink kiter… lagi tinggi rating kiter kat google..

Monday, 20 December 2010

Kenapa macam suram jer blog ari ni? sudah hilangkah sinarnya…

Emmm…apsal mcm suram sgt jer blog DeQdEq dari semalam yer…adakah kerana DeQdEq sudah kering idea utk menulis…huhuuu…mcm mana nak tambah lebih ramai kenalan dan juga pengunjung di blog DeQdEq ni…

Memang susah kan nak maintain trafik…mcm juga market kita…kalau sapa yg selalu tgk KLSE, mata setiap jam akan ada naik dan turun…graf takkan terus naik je, graf juga takkan turun jer kan….pasti grafnya akan naik dan turun…

Tapi, DeQdEq mengharapkan msk bulan ke-2 DeQdEq menulis blog ni, DeQdEq akan dapat menggandakan pengunjung ke blog DeQdEq…jika sekarang purata dlm 200 unique views sehari…adakah DeQdEq boleh mencapai skrg2nya 400 unique views dlm sehari…nak target ribu riban mcm jauh sangat…heheheh…

Friday, 17 December 2010

Ping blog bantu tingkatkan trafik blog

Semalam ada sorang kawan DeQdEq di blog nih bertanya DeQdEq pasal ping blog…sebabnya, DeQdEq ada tulis skit je pasal ping blog ni..kalau nak tau >>> TENGOK SINI imageAnaMardia @ http://www.rizlavender.blogspot.com/

DeQdEq nak share pasal ping blog ni pun, DeQdEq masih baru sebenarnya. Tapi, apa yang boleh DeQdEq bgtau, ping blog ni adalah perkara WAJIB yang setiap blogger kena buat lepas dah post entry kt blog. Sebab apa DeQdEq kata wajib, sebabnya ping blog ni ibarat macam promosi kepada blog kita. Ye la, kalau kita ada barang nak jual, tapi tak promote dan bgtau orang, mcm mana orang nak tau yang kita ni rupanya berniaga….Sama la juga dengan blog, dalam menulis blog, mestila kita nak orang datang dan baca blog kita kan.  Kalau xnak orang baca, baik kita tulis dalam diari ja…Tak tau la plak DeQdEq kalau ada blogger kat sini yang menulis hanya untuk diri sendiri kan.

Banyak sebenarnya website yang kita boleh daftar untuk ping blog nih….DeQdEq ada share sebelum ni….dalam entry bertajuk “15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST(Review 2)”.kalau tak baca lagi, sila la yer >>>> TENGOK SINI

Antaranya ialah:

  1. Ping Entri Baru Di GengBlogger.Com
    -rasanya korang selalu ping kat sini kan?

  2. Ping Entri Baru Di Innit Nuffnang
    -Sini pun korang selalu ping kan?

  3. Share Entri Ke Facebook
    -Facebook?selalu share tak?FB pun membantu utk dptkan visitor taw.

  4. Twitt Entri Ke Twitter
    -Twitter pun boleh jugak.Kalau korang ada ramai follower lagilah bagus dan berkesan

  5. Ping Entri Di Pingler.Com
    -Pernah dengar tak pasal pingler.com ni?tempat ni mmg power nak up trafik.Cubalah.

Kalau nak tau yang selebihnya, KLIK SINI

Kat bawah nih DeQdEq sertakan sekali dengan gambar atau bukti yang mana ping blog dapat membantu sangat-sangat dalam promosikan blog kita pada orang ramai seterusnya boleh tingkatkan trafik blog kita.

2 latestKLIK imej untuk lebih jelas

Selain ruang yang DeQdEq senaraikan kat atas nih, ada banyak lagi tempat kita nak ping blog…mcm dalam gambar kat atas ni, referring URLs yang paling banyak sekali ialah blogged.my. Statistik ni adalah sampai pukul 12 tgh malam tadi. Trafik DeQdEq kencang sgt semalam sebabnya ada isu panas….panas…dan hangit…kalau nak tau >>>> TENGOK SINI

1 latest Tengokla pageviews untuk tajuk panas tu..hehhe…selalunya 100 views ni kena DeQdEq share banyak entry baru la leh dapat banyak macam tu.

cats-cropIni plak statistik DeQdEq amik dari Nuffnang.

Jadi, lepas nih apa yang korang perlu buat, daftarkan blog korang di semua website atau hos yang tersenarai tadi, dan ping blog setiap kali post entry baru. Kebanyakkannya, mudah saja untuk mendaftar, x ada la syarat-syarat rumit pun….Apa lagi, cepat-cepat la yer daftar…lepas tu bagila maklum balas kt DeQdEq ye…

Traffic kencang…tak sia-sia daftar blogged.my

Tak sangka betul DeQdEq bila tgk traffic blog DeQdEq dah mencapai 300 views juga…slalu purata lebih kurang 100-200 views…DeQdEq xnak la citer pasal unique views, bukanlah bagus sgt pun…tp apa yang lebih penting pada DeQdEq berapa ramai yang jenguk dan singgah blog DeQdEq…bila dah sampai 300 views utk hari ni, dh rasa syukur sgt….tapi bila traffic tiba2 kencang…mcm mana plak nak maintain kan…mcm mana nak pastikan org dtg lagi…huhuhu…ni mmg challenge la utk DeQdEq yang baru sebulan berblog.

Tapi, apa yang DeQdEq nak share, traffic ari ni tiba2 kencang sebabnya entry pasal video terlampau dua beradik tu la>>>> TENGOK SINI

Ramai betul orang mencari pasal citer nih….biasala kan citer muka depan Harian Metro..selalunya mmg panas tajuk2 dia…blog DeQdEq pun mendapat tempiasnya….korang tengok la kat bawah tu…di blogged.my, dua entry DeQdEq tersenarai dalam the Most Popular of Last 24 hours…berada di kedudukan no 1 (Entry 1) dan no 6 (Entry 2)

cats-crop blogged.my

Memang tak salah la DeQdEq mengambil peluang untuk mendaftarkan blog DeQdEq kt blogged.my nih….Ada kawan DeQdEq tanya pasal ping blog kt DeQdEq sbb dia baca Entry 2 DeQdEq tu…jadi DeQdEq akan cuba share pengalaman DeQdEq dan apa yang boleh membantu blogger baru mcm DeQdEq ni up kan traffic…setakat yang DeQdEq tau je la…sebabnya DeQdEq pun byk lagi nak belajar.