Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Thursday, 3 February 2011

Makan besar …yee sang dan Tahun Baru Cina

 

Adehhh…macam best plak bila tengok kat Wanita Hari Ini baru je lepas gaulkan yee sang yang selalunya masyarakat cina akan buat setiap kali Tahun Baru Cina atau pun dipanggil makan besar.

 

 

Macam menarik kan tradisi kaum Cina nih….menggaulkan yee sang tu tandanya atau simbolik kepada keharmonian. Apa tah lagi yang pengacara WHI tu cakap tadi..DeQdEq tak dengar sangat sebab duk asyik mengadap blog. Dengar macam tu je…Jadi tak amik sangat la apa isi perbualan diorang.

 

Sumber gambar: Google

 

Kalau dah masyarakat Cina, mestila menggaulkan yee sang nih menggunakan chop stick kan…Untuk pengetahuan korang, DeQdEq memang tak reti langsung nak pakai chop stick nih…hehehe

 

 

DeQdEq pernah ada pengalaman join makan besar dengan masyarakat Cina nih..tapi bukan di Malaysia. Waktu tu di London, lepas SPM dulu…dalam awal tahun 2003…kiranya Tahun Baru Cina di tahun 2003 la…DeQdEq ke UK bercuti di rumah abang DeQdEq kat sana.

Dah tu bila Tahun Baru Cina, abang dan keluarga dia bawa DeQdEq pegi makan besar kat sebuah restoren dengan kawan-kawan pejabat dia..waktu tu abang DeQdEq kerja dengan SHELL.

Waktu gaulkan yee sang tu..DeQdEq gaul guna garfu ja….heheheh…dah tak pandai pakai chop stick…jadi guna la garfu…dah tak ingat la DeQdEq makan ke tak yee sang tu…yang DeQdEq ingat DeQdEq cuma join gaulkan yee sang guna garfu.

 

Macam mana dengan korang…mesti pandai pakai chop stick kan..ada pengalaman ke makan besar dan yee sang nih? Apa sebenarnya bahan diorang gunakan?

 

Friday, 28 January 2011

Soalan pecah kepala…siapa pandai tolong jawabkan

 

Tadi tengok kat Facebook ada kawan share soalan nih…fikir punya fikir….apa jawapannya ek…ada siapa-siapa kat sini yang boleh tolong uraikan persoalan yang melibatkan matematik ini…heheheh

Soalannya seperti berikut, bersedia semua dengan pen dan kertas…anda hanya mempunyai masa 60 saat..heheheh..

 

teka teki

 

Siapa yang dapat jawapannya, sila la kongsikan yer…

 

Kalau nak tahu jawapan kena CUBA INI….kalau tak pun BEREHAT sebentar DI SINI

Saturday, 15 January 2011

Car Wash Sex? Biar betul ini ada kat Malaysia?

Siapa yang pernah dengar pasal Car Wash Sex? Seriusly, DeQdEq memang tak pernah dengar dan tak pernah tau….sehinggalah tadi terserempak satu blog nih yang ada bercerita pasal ni. Credit to: atok sempoi

Bila baca…istigfar je yang DeQdEq mampu….tak tau nak kata apa…nak percaya ke tidak….tapi mungkin ada kebenarannya kan….wallahua’lam…

Siapa yang tahu menahu pasal Car Wash Sex ni…boleh la share maklumat yer…DeQdEq takut ini cuma sekadar gimik je…

 

Apa itu Car Wash Sex? DeQdEq pun tak tau…tapi apa yang DeQdEq baca dari atok sempoi, ini merupakan tempat cuci kereta cuma bezanya…tukang cuci nya adalah terdiri dari gadis-gadis cantik, seksi, menawan yang mencuci kereta dengan baju yang nipis, tak cukup kain dan yang sewaktu dengannya…ditambah pula dengan aksi-aksi menggoda dan mengghairahkan.

DeQdEq malu nak share gambar-gambar tersebut…sebab DeQdEq kalau boleh tak nak la berkongsi gambar yang tak sesuai…tambah-tambah yang terlalu dedah-dedah ni.

Tapi untuk menampakkan lebih jelas apa yang DeQdEq ceritakan….DeQdEq letak 2-3 keping

kete Kedai di I-City, Shah Alam ( memang dekat dengan rumah DeQdEq…tapi DeQdEq tak plak pernah tau….mungkin lepas ni boleh DeQdEq pergi dan tengok sendiri)

 

kete 2 Ini pula di Bandar Kinrara, Puchong

 

kete 3 Ni pula di Damansara Superbike.

 

Cukuplah 3 keping gambar ni yer….DeQdEq takut sebenarnya, rasa berdosa sangat kongsikan gambar macam ni…tapi DeQdEq harap dapat menyedarkan dan membangkitkan rasa tanggungjawab kita pada negara kita sendiri juga bangsa dan agama juga bertindak pada mereka yang punya kuasa dan mampu mengubah semua ni.

 

Andai kata memang benar ada di Malaysia, harap pemimpin kita dan juga pihak berkuasa akan mengambil tindakan TEGAS. Kenapa perlu menggunakan kaedah pemasaran yang sangat-sangat hina pada DeQdEq…malahan mengeksploitasi wanita demi kepentingan bisnes.

Apa wanita-wanita ini tidak sedar akan hal tersebut…bagai tiada maruah diri…tidak malukah dirimu wanita, mempamerkan tubuh dan aksi mengghairahkan untuk tatapan umum. Lelaki sudah semestinya suka dan tak nak lepaskan peluang…siap keluar handphone dan rakam lagi.

DeQdEq sangat-sangat sedih melihatkan perkara macam ni berlaku…apa yang lebih menyedihkan maruah wanita bagai dipijak-pijak…sedangkan sejak Islam diturunkan maruah wanita diangkat tinggi dan dijaga rapi.

 

Tak tahu lagi bagaimana DeQdEq ingin meluahkan rasa sedih bila melihatkan gambar-gambar ini…

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua, kepada tuan punya kedai, kepada wanita-wanita ini, kepada pelanggan-pelanggan kedai ini, kepada pemimpin-pemimpin..semoga Malaysia bebas dari perkara macam ni.

Friday, 7 January 2011

Sehari bersama staff DIGI

Hari ni DeQdEq buka kaunter promosi di DIGI kat Subang Hei-Tech…Memang ramai juga staff DIGI…kira best juga la buka kaunter kat sini sebab respons yang diterima tak mengecewakan.

Walaupun nak dapat client yang nak melabur atau menyimpan agak susah sikit. Kebanyakannya lebih suka berbelanja dari menyimpan. Tapi bila dapat berinteraksi dengan diorang sangat-sangat la best.

DeQdEq boleh tengok je hari ni, kaunter lain yang jual barang-barang semuanya ramai yang pergi. Memang ramai tertarik untuk membeli…huhuhuhu…bila tengok kaunter CWA, sebut jer simpanan dan pelaburan….pakat geleng-geleng kepala terus tanda tak nak.

Tapi apa yang lebih menarik, mereka yang betul-betul mempunyai disiplin dalam menyimpan dengan sendirinya datang ke kaunter kami untuk bertanya pasal simpanan dan pelaburan dalam unit amanah atau Unit Trust.

Kalau yang bangsa Cina lebih memilih untuk menyimpan menggunakan wang tunai lebih daripada menggunakan wang KWSP diorang. Mentaliti dan penerimaan diorang terhadap simpanan dalam Unit Trust juga berbeza sangat. Diorang ni lebih positif dan berani dan juga banyak pengetahuan dalam hal kewangan.

Memang DeQdEq kagum dengan diorang ni, muda-muda lagi dah banyak menyimpan. Sepanjang bekerja dengan CWA ni, DeQdEq susah nak jumpa dari kalangan orang Melayu sendiri yang ada disiplin untuk menyimpan dari usia muda. Ada tu memang ada, tapi tak ramai.

Korang pula macam mana? ada buat simpanan tak? kalau belum sekarang ni kena mula menyimpan dah…biar sikit tapi tetap ada simpanan. Mulakan je dulu dengan RM 1 sehari simpan dalam tabung…bila dah cukup setahun terus masukkan dalam ASB atau mana-mana Unit Trust.

Apa tu Unit Trust? Pada yang belum pernah dengar pasal Unit Trust boleh la TERJAH SINI. Kat sini DeQdEq ada kongsikan ilmu berkenaan Unit Trust dan kat mana tempat simpanan di Malaysia ni yang bagi pulangan yang tinggi.

Monday, 20 December 2010

3030

Kali ni DeQdEq bagitau awal2 sikit supaya ada pengunjung bertuah yang dapat melihat angka 3030….kalau sapa2 yang bertuah dapat berjumpa dengan 3030…boleh grab screen mcm kt bawah ni ye…kalau tak nnt tak ada buktinya….

image

Kepada yang bertuah tu nanti, mst komen kat entry nih…kalau tak mcm mana DeQdEq nak tau….jom2…ada sesuatu utk yang bertuah…dari 1010, 2020 lagi DeQdEq mencari pengunjung bertuah…tapi belum ada lagi….

Jadi, kita cuba untuk kali ke-3 okey….

Friday, 17 December 2010

Kalau Ben Ashaari bangga, DeQdEq lagi rasa bangga…

Apsal plak DeQdEq dengan Ben Ashaari ni yer…apa kaitan kami berdua…hehhehe…ni la yang DeQdEq nak bgtau pada korang…bukan apa, bila menulis blog nih, mmg la kita akan berharap agar ada yang sudi singgah dan membaca apa yang kita tulis kan…apatah lagi kalau ada yang sudi plak menjadi follower…berasa sangat bertuah bila ada yang merasa hasil tulisan kita tu ada sesuatu yang menarik…sbb tu la mereka sudi menjadi salah seorang follower…

Semalam, DeQdEq rasa terharu bila baca mesej di shout box DeQdEq…mesej tu datangnya dari seorang yang sememangnya lebih segala-galanya dari deQdEq, lebih dari segi umur, pendidikan dan kedudukan…DeQdEq ni bukan siapa-siapa pun…cuma manusia biasa..hehheeh…

Korang tengok la sendiri siapa yang DeQdEq maksudkan ni yer….KLIK SINI

image Komen di shout box

follower Dalam bulatan la orangnya…follower yang ke-180

Tapi apa plak kaitan dengan Ben Ashaari kan….bukan apa, DeQdEq dah kenal dr hafiz ni dari entry Abg Ben Ashaari kita…korang leh >>>>TENGOK SINI

Sebab tu la DeQdEq kata Ben Ashaari pun leh rasa bangga, DeQdEq nih yang baru sebulan menulis blog, msh banyak lagi kelemahan, lagi-lagi la terasa bangga sebab dr hafiz sudi singgah ke blog DeQdEq yang biasa-biasa je ni…bukan setakat singgah dan tinggalkan komen kt shout box, malah dr hafiz dah menjadi follower DeQdEq yang ke-180.

Thursday, 16 December 2010

2020 terlepas sudah..

Nampaknya tak ada yang bertuah utk mendapat hadiah bg 2020 nih…huhuhuu…DeQdEq sendiri pun terlepas la…waktu 2017 td…Bee ada komen tinggal lg 3 jer….tp Bee pun tak sempat yer no 2020 nih….DeQdEq tgk dah 2021….

Jadi, kita tunggu untuk 3030 plak yer…berapa lama plak nak bertukar no tu ke 3030..kalau 1010 ke 2020 mengambl masa 8 hari juga la sbb entry DeQdEq 1010 tu pada 7 December 2010

image

2020

Saper penah baca pasal entry DeQdEq yang 1010 pada 7 December 2010…kalau blum…tengok SINI yer…

image Jadi, pada siapa yang bertemu dgn angka 2020 pada screen ni nanti….cepat2 la capture dan hantar email atau msg pada DeQdEq…sebabnya DeQdEq ada sesuatu untuk yang bertuah….