Wah…tak sabarnya nak tunggu esok….nak pergi bercuti dan habiskan masa di The Lost World of Tambun, Ipoh Perak.
Kalau ikutkan ini dah kali ke-3 DeQdEq menjejakkan kaki ke sini. Sebelum ni pegi dengan famili. Kali ni plak dengan kawan-kawan satu agency.
Untuk anak-anak kecil juga yang dewasa….boleh luangkan masa menambah ilmu pengetahuan di Lost World Petting Zoo ni..Pada siapa yang berani boleh la bergambar dengan ular sawa..hhehehehe
Inilah kenangan DeQdEq di Lost World of Tambun…adeh…gemoks sungguh waktu ni….mcm mana nih…hehehehe…
Nampaknya esok, satu hari la tak dapat nak update blog dan juga blogwalking. Memang selalu Sabtu dan Ahad je, mesti pengunjung ke blog DeQdEq pun kurang berbanding hari bekerja. Sebabnya ramai yang keluar bersuka ria di luar…hhehehee
Harap cuaca esok hari cerah dan tak sabar nak melalui hari ceria bersama kawan-kawan….
Kepada yang pulang ke kampung, selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat. Kalau mengantuk, berehat sebentar di Stesyen Petronas terdekat….iklan sikit yer…heheheh
KEPADA KAWAN-KAWAN BERBANGSA CINA….XIN NIAN KUAI LE…SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI DeQDeq…..