Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Friday, 25 March 2011

Tahniah buat Papa Meow dan juga semua pencinta kucing

 

Baru tadi DeQdEq post entry pasal Lucky di bawah jagaan Papa Meow yang semakin gemoks kan…

Sekarang ni, entri ni DeQdEq nak bagi ucapan TAHNIAH khas buat Papa Meow dan anak-anak bulu kerana bakal mengisi Majalah Islam TV Al-Hijrah.

 

Papa Meow @ Saudara Al-Bakri @ pemilik http://kucing2terbiar.blogspot.com/ …..tahniah buat anda

 

papa meow

 

Nampaknya usaha Papa Meow dah mendapat tempat masyarakat…semoga selepas ni…usaha Papa Meow dan pencinta kucing yang lain akan mendapat sokongan dari lebih banyak pihak, insyaAllah…

 

Nak tahu kisah lanjut pasal temujanji Papa Meow dengan TV AL-Hijrah boleh TENGOK SINI

 

 

Thursday, 24 March 2011

Terima kasih Papa Meow…Lucky makin gemuk dengan papa meow

 

Dah lama DeQdEq tak bercerita pasal Lucky kan….sejak DeQdEq hantar Lucky kat Papa Meow hari tu, DeQdEq masih tak berkesempatan nak pegi lagi jenguk Lucky.

Harap Papa Meow update dan letak gambar dak Lucky je la….Maaf sangat Papa Meow, DeQdEq tak dapat nak pergi lagi….

 

Hari ni, ada lagi update terbaru Papa Meow pasal Lucky….

Jom kita tengok gambar Lucky yang terbaru ni….

 

 

Lucky makin gemok….gembira DeQdEq tengok….kalau DeQdEq tak selamatkan Lucky di Tasik Idaman tu..tak tahula apa nasib Lucky kan

 

 

Lucky bersama Adik….adik ni kalau ada yang tak tahu….matanya telah diambil orang dan bagi pada kucing lain….sedih kan kisah adik ni…

Ada orang sanggup ambil mata Adik, bagi pada kucing dia pastu buang adik…..kisah adik DeQdEq pernah tulis sebelum ni….boleh TENGOK SINI

Wednesday, 23 March 2011

Manusia macam ni nak dikategorikan sebagai apa ye?

 

TAdi ternampak kat wall Facebook, ada kawan yang pencinta kucing kongsikan 1 link ni….link dari blog Kak Tedi….ataupun blog : http://myqza.blogspot.com/

 

Terasa sakit hati DeQdEq baca entri tersebut sebabnya, korang baca dan nilai la sendiri kata-kata dari seorang insan ni…..Berikut merupakan kata-kata orang tu pada salah seorang blogger pencinta kucing.

 

ASKUM, maaf klu sy gnggu, sy cuma nak bertanya dan menegur kamu.

1. knp menagih simpati org klu dh thu diri tak mampu, itukan kucing2 kurap, buang duit, buang tnga, lainlah kucing parsi cantik, lawa berbaloi klu membela.

2. sudah tu minta di wall cages PERCUMA. kamu ingat semua orang akan fikir positif?

3. membela anak2 kucing kurap, berpenyakit, untuk apa...mintak wang dari masayarakat luar? mintak simpati atau mahu glamour? ukur baju lah saudari.

4. kamu dan 2 tiga orang sahabat kamu lagi juga sama, membela haiwan terbiar konon diri itu tuhan atau malaikat, mahu dipandang tinggi dimata masyarakat? begitu?

5. cuba nasihat sahabat2 kamu, tak perlu berlakon baik di depan orang, mungkin hakikat disebaliknya kamu mungkin sama saja spt manusia lain.

salam

 

 

Jadi, setelah korang baca apa yang dia tulis ni…korang rasa macam mana? Nak tau cerita lanjut dan apa yang Kak Tedi huraikan…sila ke blog Kak Tedi.

 

Apa kata DeQdEq:

Pada DeQdEq..kalau tak suka tak perlu la nak mengata orang dan menghina perbuatan orang lain pula. Sekian.

Monday, 28 February 2011

DeQdEq benci manusia kejam…

 

Dah dua tiga hari ni DeQdEq memang makin sibuk…makin hari makin sibuk…tapi tetap DeQdEq tak boleh lupakan blog kesayangan DeQdEq ni..

Malam ni baru sempat nak blogwalking sikit…macam biasa blog yang menjadi kunjungan DeQdEq mestila blog Papa Meow ….

Blog http://kucing2terbiar.blogspot.com/ merupakan blog di mana Papa Meow yang berhati mulia berkongsikan cerita tentang kucing-kucing yang dijaga oleh Papa Meow…

 

Istigfar panjang DeQdEq bila baca entri Papa Meow semalam berkenaan Cik Putih….mengapa manusi boleg berlaku sekejam macam ni…sedangkan akal telah dikurniakan oleh Allah untuk digunakan sebaik-baiknya…

Nak tau apa manusia kejam tu buat….korang tengok la sendiri gambar ni…

 

 

 

Apa korang rasa bila tengok nasib makhluk comel ini diperlakukan macam ni…..

Nak tau apa yang berlaku….sila ke blog Papa Meow kat SINI

 

DeQdEq benci manusia yang kejam….hentikan kekejaman ini….

 

 

Friday, 25 February 2011

Nuffnang seks

 

Nuffnang seks? apa hal plak Nuffnang dan seks ni? Mesti korang pelik tengok tajuk entri DeQdEq kali ni.

DeQdEq pun pelik juga…kenapa pula boleh keluar keyword Nuffnang seks kat analytics blog DeQdEq…macam-macam kan keyword yang keluar…kadang-kadang macam tak ada kaitan pun ye juga….

 

nuff seks

Tapi keyword pasal kucing comel memang tak pernah lekang dari blog DeQdEq ni….boleh dikatakan setiap hari keyword kucing comel akan melekat kat blog DeQdEq.

Kucing memang comel kan….DeQdEq suka….kepada yang suka kucing tu, jangan lupa singgah blog Papa Meow….

Papa Meow jugalah yang baik hati dan sudi menjaga Lucky, kucing yang lemas dalam tasik…..sekarang Lucky dah gemuk…..tak sabar nak jumpa Lucky…

DeQdEq bercadang nak ziarah Lucky dan anak-anak bulu yang lain kat rumah Papa Meow….JOM, siapa nak join?

 

 

Monday, 21 February 2011

Apakah hukumnya bulu kucing yang melekat di pakaian? Adakah sah solat?

 

AMARAN:

Entri ini agak panjang kerana DeQdEq berasa bertanggungjawab berkongsikan ilmu dengan semua terutama pencinta kucing. Semoga perkongsian ini memudahkan anda merujuk dan mencari sumber yang sah dalam kemusykilan dalam hukum sah solat dan bulu kucing.

 

Assalamualaikum semua….selamat sejahtera hendaknya..

Ini entri kedua DeQdEq untuk 21 Februari 2011…sekarang ni masa amat mencemburui DeQdEq…urusan kerja menyebabkan DeQdEq tak dapat nak mengadap blog lama-lama. Jadi, urusan blogwalking dan update blog juga berkurangan.

Walau apa pun, jaminan DeQdEq, blog ni takkan sunyi…DeQdEq akan pastikan juga berupdate….kalau tak mesti pengunjung blog DeQdEq akan merasa bosan kalau tak ada cerita baru.

 

P1011130

 

Malam ni, baru sempat nak buka laptop…jadi singgah-singgah la dulu blog yang wajib singgah….bila dah singgah blog Cik Lekit, DeQdEq tertarik dengan satu entri berkenaan kucing…memang DeQdEq ni pantang sikit pasal kucing…mesti nak tau je.

Cik Lekit hari ni telah berkongsi tentang “Bulu Kucing Tidak Membatalkan Solat”. Sebelum ni DeQdEq pernah baca pasal ni di Majalah Solusi Keluaran 26, ada menerangkan hukum tentang bulu kucing dan solat.

Dan DeQdEq juga pernah jumpa ada satu blog ni menunjukkan isi dari majalah Solusi keluaran 26 ni berserta kartun untuk menampakkan lebih menarik dan jelas. Blog tersebut ialah: mediasiber.com

 

 

 

Sumber kartun yang menarik ini ialah dari, ada lebih banyak kartun klu nak tengok: Adik yang kreatif dari HaaaaaCiiiiUmm

 

Apa kata DeQdEq:

 

Apa yang dapat DeQdEq simpulkan di sini ialah:

1) Kucing itu bukan najis, disebabkan itu bekas minuman atau makanan bekas kucing adalah suci. Ini adalah berdasarkan hadis berikut:

 

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat.

Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut, lalu ia membersihkan bagian yang disentuh kucing, lalu Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing,

(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

 

Untuk rujukan hadis lain, boleh LIHAT SINI.

 

2) Bulu kucing dikira najis bila sudah tercabut dari tubuh badannya. Maksudnya, bulu kucing yang luruh adalah najis, ini kerana kucing itu tergolong dalam haiwan yang tidak halal dimakan. Ini adalah bersumberkan hadis berikut:

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati.

Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai.

(Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

 

Untuk mendapat keterangan yang lebih tentang bulu haiwan yang lain, bleh RUJUK SINI.

 

3) Untuk mengelakkan rasa was-was, sebab terdapat banyak pendapat tentang hukum bulu kucing dan sah solat ini, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Ataupun, mengambil langkah yang lebih baik iaitu, mengikut Mazhab Shafie itu sendiri yang mengatakan bulu kucing yang tertanggal dari badannya adalah najis.

Jadi, bila kita menanggung najis di pakaian solat, maka solat itu tidak sah.

Oleh itu, adalah lebih baik bagi kita, pakai pakaian bersih untuk solat bila dah main dengan kucing. Jadi, tak ada la timbul rasa was-was lagi.

 

Dalam Mazhab Shafie juga mengatakan kalau terdapat juga bulu kucing yang tertinggal dan melekat sikit-sikit, sehelai dua adalah dimaafkan, jadi solat itu sah.

Kalau kita dah mengambil langkah yang terbaik, salin pakaian bersih, tapi masih ada yang terlekat di mana-mana, insyaAllah solat kita sah…

 

Jangan la lepas dah main dengan kucing, dok bergomol dengan kucing terus pegi solat dengan pakaian yang sama….sudah tentu la pakaian tu penuh dengan bulu kucing kan.

Jadi, apa kata salin dulu pakaian baru solat. Lebih bersih, kita pun tak rasa was-was…solat pun kusyu’ insyaAllah…

Tapi kalau tak ada baju nak salin, cuba la sedaya upaya buang bulu kucing yang melekat di pakaian, dan berdoala supaya Allah menerima solat kita.

 

Berikut adalah forum dan blog yang membincangkan soal ini:

Sumber 1

Sumber 2

Sumber 3

Sumber 4

Sumber 5

 

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua….insyaAllah.

Andai ada yang ingin berkongsi ilmu, dipersilakan…Sesungguhnya, DeQdEq ini masih cetek ilmu dan jahil..

 

Sunday, 20 February 2011

CONTEST KUCING PALING COMEL

 

Sesungguhnya kucing memang makhluk Allah yang sangat comel. Gelagat dan keletah mereka dah boleh mengubat hati yang tengah sedih. Cuba peluk anak kucing bila tengah sedih, pasti terasa separuh bebanan tu dah dilepaskan.

Bila ada contest kucing paling comel ni, DeQdEq dah tak keruan nak letak gambar kucing yang mana. Hasilnya, DeQdEq pinjam gambar anak kucing kawan sepejabat DeQdEq. Memang sangat comel.

 

http://apisv3.blogspot.com/2011/02/contest-kucing-paling-comel.html

 

154795_1733973955059_1409876947_1862325_3048463_n

Inilah anak kucing comel nih….nama diorang DeQdEq tak ingat plak…2 beradik ni, jantan dan betina….

kucing comel

Ini DeQdEq pusingkan gambar supaya korang yang tak payah nak teleng kepala korang kan..heheheh

 

DeQdEq nak tag sape yer…..DeQdEq nak tag

Cik Lekit ( DeQdEq tau Cik Lekit pun pencinta kucing macam DeQdEq)

Mie ( Jejaka yang bekerja di laut ni, DeQdEq tak pasti suka kucing ke tak..hehehe)

Qeat ( DeQdEq msh igt gambar kucing comel kat kampung qeat dulu)

 

 

Tuesday, 1 February 2011

Jom cuci mata | Kucing gemuk atau obese – comel atau siksa?

 

Hari ini cuaca masih lagi sejuk, kesan hujan yang tak berhenti dari hari ahad lepas…tapi hari ini mentari sudah menampakkan sinarnya walaupun tak segarang selalu.

Bila blogwalking tadi, DeQdEq terjumpa satu BLOG ni yang share gambar-gambar kucing yang gemuk..memang DeQdEq nih pantang nampak pasal kucing je mesti terus klik. Sebab DeQdEq suka dengan kucing.

 

Jadi, DeQdEq pun google la gambar kucing obese….ini hasilnya…jom kita tengok….

 

kucing obese 10

 

 kucing obese

 

 kucing obese 2

 

 kucing obese 3

 

 kucing obese 4

 

 kucing obese 5

 

 kucing obese 6

 

kucing obese 7

 

 kucing obese 8

 

 kucing obese 9

 

Macam mana? Comel tak makhluk ciptaan Allah yang satu ni….memang kucing sangat comel kan.

Tapi bila mereka gemuk dan obese macam ni, kesian plak DeQdEq tengok. Kucing pun macam manusia juga, bila gemuk dan obese, kucing juga berisiko mendapat penyakit macam manusia.

Bila dah besar dan terlebih berat, susah untuk si comel ni imbangkan badan…nak jalan pun tak stabil…kaki tak mampu menampung berat badan sendiri…akhirnya, si comel dah tak aktif bermain. Lama-lama makin malas, makin la gemuk jadinya.

 

Pelik juga DeQdEq macam mana la kucing-kucing ni membesar dengan begitu dahsyat sekali..apa agaknya tuan kucing ni bagi makan kan…

Apa-apa pun, kalau kita nak bela kucing,atau apa-apa juga haiwan…kita perlu menjaga kebajikan mereka. Jangan sesekali diabaikan kebajikan mereka. Silap-silap nanti dari dapat berbuat pahala kita mendapat dosa plak bila kita abaikan kebajikan haiwan ni.

Wednesday, 26 January 2011

Lucky dan kerusi roda

 

Dah banyak hari tunggu entri baru pasal Lucky dari Papa meow, tapi tak ada pun…mungkin Papa Meow sibuk sangat agaknya sampai tak sempat nak update entri.

 

Pagi ni, bangun je tido…tengok Papa Meow dah update entri baru..dan ada pasal Lucky.

Papa Meow dah buatkan alat bantuan untuk Lucky berjalan dengan baik. Alatnya dinamakan kerusi roda. Sangat-sangat kreatif papa meow nih…Kalau DeQdEq tak ada pun terfikir nak buat alat bantuan macam ni untuk Lucky.

Apa yang DeQdEq mampu fikir setakat jaga makan minum dan tempat tidur Lucky dengan baik, tu je lah…Tapi, Papa Meow sangat baik, mampu merasa simpati dan empati kepada Lucky. Sebab tu la Papa Meow boleh hasilkan kerusi roda untuk Lucky.

 

Walaupun nampak Lucky tak selesa lagi, mungkin juga boleh kita fikirkan sama-sama idea yang lebih baik untuk Papa Meow ciptakan alat bantuan yang lebih baik dari ini.

Atau nak kena panggil Kato datang tolong…heheheh…nak tau siapa Kato…TENGOK SINI.

 

JOM kita tengok aksi Lucky dengan kerusi roda ciptaan Papa Meow.

Dah jadi buaian dan mainan plak Lucky nih….heheheh

Kesian Lucky….mungkin tak selesa lagi

 

Ok, kalau nak tengok aksi-aksi Lucky lagi, boleh tengok di blog  papa meow

Thursday, 20 January 2011

Lucky dan kawan-kawan baru

DeQdEq asyik ingatkan Lucky…macam mana la agaknya keadaan Lucky dengan Papa Meow sekarang ni…harap Lucky dah selesa di tempat baru.

Dah banyak kisah pasal Lucky yang DeQdEq kongsikan dalam blog ni…pada yang masih ketinggalan boleh la baca kisah-kisah Lucky berikut:

Lucky 1

Lucky 2

Lucky 3

Lucky 4

Lucky 5

Lukcy 6

Lucky 7

Lucky 8

 

Kalau nak baca kisah Lucky di blog lain boleh tengok sini:

Papa Meow 1

Papa Meow 2

The Lekat Lekit Story

Myqza

 

Okey…DeQdEq nak share gambar-gambar yang sempat DeQdEq amik waktu habiskan masa di tempat Papa Meow pada Ahad lepas…enjoy

 

P1011113

 P1011114

 P1011115

 P1011117

 P1011118

 P1011119

Ini sebenarnya gambar kambing tp amik dari jauh je…DeQdEq takut…hehehh

 

 P1011120

Kolam ikan

 

 P1011121

P1011122

P1011123

 P1011124

 P1011125

Abang dan WeWek yg tak boleh berjumpa mesti nak gaduh…

 

 P1011127

 P1011129

P1011130

 P1011131

Abang nak bau Lucky, tapi Lucky takut

 

 P1011132

 P1011133

 P1011135

 P1011136

Lucky kepenatan lepas berjalan ke sana ke sini

 

 P1011137

 P1011140

Dua budak kecik ni hantar DeQdEq sampai kat pintu…..

Tuesday, 18 January 2011

Ingat Lucky mendapat ujian paling BERAT…rupanya ada lagi kucing yang jauh lebih DERITA…dialah HERO

Kenapa ada manusia yang sangat kejam…apa gunanya akal pemberian Allah buat mu wahai manusia….DeQdEq tak mampu berkata-kata melainkan air mata ini yang mengalir laju saat menonton video pasal seekor kucing malang yang telah dipotong 2 kakinya hanya kerana mencuri ikan di kedai makan.

Kenapa ada manusia macam ni? KENAPA? apa la sangat kesalahan seekor kucing macam HERO tu…kucing tak punya akal…jangan disalahkan kucing andai bertindak sesuatu yang menjengkelkan.

HERO lapar dan cuma mahukan makanan…andai MANUSIA itu berikan sedikit makanan pada HERO…HERO takkan mencuri…kucing mempunyai lebih banyak sifat mulia andai nak dibandingkan dengan MANUSIA yang tak mahu menggunakan akal.

 

Sebelum nih, DeQdEq ingat melihat Lucky…DeQdEq rasakan sangat2 kesian dan simpati nasib menimpa Lucky….tak pasti kecacatan Lucky adalah sejak lahir atau pun disebabkan kemalangan.

P1011126Inilah Lucky DeQdEq 

 

Tapi bila menonton video HERO…DeQdEq rasakan nasib Lucky masih bertuah…punya keempat-empat kaki…cuma Lucky mempunyai masalah nak imbangkan badan dan macam sakit Parkinson.

Kalau nak dibandingkan Lucky dan HERO….nasib HERO lebih teruk…diseksa sebegitu kejam oleh MANUSIA yang tak menggunakan AKAL…2 kaki HERO dipotong tanpa belas kasihan…Kini HERO meneruskan hidup dengan hanya 2 kaki…bertapa tabahnya HERO.

INILAH HERO….kalau nak dapatkan sticker ni sebagai tanda sayangkan haiwan..boleh KLIK SINI

Nak tau kisah HERO yang sebenar…..bacala di sini >>>> KISAH HERO 

Temui juga PAPA HERO di blog KAKI MOTONG.COM

 

Kalau rasa diri anda insan yang kuat dan tabah hati….sila lah tonton derita HERO ini…Hero- Saleem namun ku punya hati ( Yet I Do Have A Heart )

 

P/S:

Di sebalik kisah HERO ni…DeQdEq tau….ramai lagi insan mulia yang ada di muka bumi ini yang kasih dan sayangkan haiwan terutamanya kucing dan anjing kerana haiwan ni sangat-sangat mesra untuk dijadikan peliharaan…mereka boleh jadi kawan kita.

Boleh jer kita lihat dari blog-blog pencinta kucing yang ada banyak sangat…semua mereka itu insan mulia….semoga Allah limpahkan rezeki pada semua pencinta haiwan seperti PAPA HERO dan PAPA MEOW