Showing posts with label exchange link. Show all posts
Showing posts with label exchange link. Show all posts

Saturday, 22 January 2011

Bacaan lelaki sahaja, siapa rasa dirinya MACHO

MACHO? Macho tu macam mana ye? Lelaki yang macam mana yang dikatakan macho…Adakah macam Aaron Aziz atau pun macam Fahrin Ahmad.

Adakah yang berbadan sasa macam Abang Ben Ashaari kita….heheheh…DeQdEq dah kata lelaki je boleh baca ni…

Tapi ada juga wanita yang nak baca kan…Jadi, apakah pula perspektif macho pada mata wanita…

 

Gambar: Google

 

Walau apa pun pandangan dan perspektif anda tentang lelaki macho, DeQdEq yakin, bagi seorang wanita, jika sudah sayang dan cintakan seorang lelaki itu, LELAKI itulah yang paling macho di matanya. Tak ada lelaki lain yang akan boleh menambat hati wanita tersebut.

BETUL TAK WANITA?

 

Ok la…sebenarnya DeQdEq tengah mencari lelaki-lelaki macho di luar sana yang masih belum join bloglist Geng DeQdEq…DeQdEq masih membuka ruang untuk semua dan blogger macho masih kurang penyertaannya.

Apa kata, jika anda lelaki dan semestinya anda macho mengikut ke’macho’an anda tersendiri…tinggalkan LINK anda di SINI.

 

Untuk mereka yang telah join bloglist Geng DeQdEq…boleh semak senarai terkini yang telah dikemaskini di GENG DeQdEq

 

Siapa yang ingin menukar gaya rambut dan didandan oleh pakar, dan pastinya dengan harga yang jauh lebih murah…Dapatkan Milk A Deal at Ivan & Max dengan hanya RM 30.

 

Friday, 21 January 2011

Update bloglist Geng DeQdEq setakat 21/01/2011

Salam hari Jumaat,

Setakat ini DeQdEq telah mendapat respons dari 20 blogger untuk menyertai bloglist Geng DeQdEq…jadi DeQdEq telah masukkan senarai blog yang telah meninggalkan komen di entri Jom Tukar Link: Join Bloglist Geng DeQdEq.

Terima kasih sangat sebab korang semua sudi untuk join Bloglist Geng DeQdEq ni yer..

 

Jadi….harap korang yang telah join Bloglist Geng DeQdEq ni dapat melawat blog Geng DeQdEq dan semak senarai blog yang telah DeQdEq masukkan yer…

UNTUK SEMAK >>>> KLIK SINI

Kalau ada yang tertinggal sila tinggalkan komen di page utama Geng DeQdEq.

 

Terima kasih

 

Tuesday, 18 January 2011

Jom Tukar Link

DeQdEq mendapat idea untuk bertukar-tukar link dengan kawan-kawan blogger semua…Rasanya semua pun tahu kan betapa bertukar link dapat membantu meningkatkan trafik ke blog kita.

DeQdEq mendapat idea untuk membuat satu blog khas untuk letak link-link blog kawan-kawan semua mengikut kategori yang sesuai dengan blog anda…kalau ada lebih dari 1 blog pun boleh diletakkan di sini..sbb DeQdEq akan cuba muatkan semua link kat blog ni mengikut kategori. Idea ni DeQdEq dapat dari kawan sekolah DeQdEq iaitu mie yang menyambut hari lahirnya hari ini…

 

SELAMAT HARI LAHIR MIE

 

Kalau nak letak semuanya kat blog  ^ _ ^ penawar rindu, pengubat jiwa ^ _ ^ ni macam tak cukup ruang je kan…jadi DeQdEq nak pastikan semua kawan-kawan boleh masuk dalam senarai blog DeQdEq.

 

Mungkin dengan cara ini dapat sama-sama kita membantu untuk meningkatkan trafik. DeQdEq tak boleh nak jamin yang dengan masuk bloglist DeQdEq ni, blog korang akan dapat trafik kencang…sebabnya blog DeQdEq pun masih suam suam kuku…tak ada la hebat macam blog BEN ASHAARI atau Cik Epal. Tapi tak salah kalau kita berkongsi kan.

 

Berikut antara senarai yang DeQdEq tengah fikir untuk letak dalam blog exchange link tu nanti:

 

Mama dan Papa Kucing

Ini khas untuk pencinta kucing di luar sana yang sangat-sangat baik hati. bila dah ada blog ni, baru DeQdEq jumpa ramai pencinta kucing yang sanggup dan baik hati berkorban masa, wang, dan tenaga demi menjaga meow…

Andai anda terdiri dari blogger pencinta kucing…anda akan tersenarai dalam bloglist Mama dan Papa Kucing.

Yang mana DeQdEq dah tau DeQdEq akan letakkan terus dalam senarai ni…tapi pada blog yang DeQdEq belum kenal, boleh la tinggalkan link nanti yer.

 

Chef Hotel 10 bintang

Kategori ni plak khas untuk yang suka berkongsi resepi….ramai juga yang DeQdEq tengok ada blog resepi kan…jadi kategori ni khas untuk anda…jadi senang bila orang nak cari resepi..terus je ke blog anda.

 

Photographer/ Videographer/ Butik Pengantin

Kategori ni DeQdEq nak buat supaya senang DeQdEq nak rujuk bila nak kahwin nanti…heheheh….sekurang-kurangnya korang pun boleh juga tengok kat senarai ni je bila nak survey nanti kan…

 

Control Macho

Kategori ni adalah untuk blogger yang tak termasuk dalam senarai kat atas ni…tapi hanya untuk blogger lelaki je…sebab tu la nama kategori pun Control Macho

 

Contol Ayu

Ini plak khas untuk rakan blogger wanita yang tak termasuk dalam kategori-kategori di atas yer…anda semuanya cantik dan ayu, jadi kategori khas hanya untuk anda.

 

Macam mana? Ok tak idea DeQdEq nih…..jadi lepas ni DeQdEq akan buat satu entry khas untuk pertukaran link nih…jadi korang semua tinggalkan link dan juga kategori mana yang sesuai dengan korang yer…

Monday, 17 January 2011

JOM TUKAR LINK : Join Bloglist dalam Geng DeQdEq

UPDATE @ 8.00 PM 19/01/2011:

ADA PENAMBAHAN KATEGORI KHAS UNTUK PARA IBU DAN JUGA PARA USAHAWAN

 

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera,

DeQdEq ingin mengumumkan yang DeQdEq ingin membuat pertukaran link dengan kalian semua agar kita dapat membantu sesama kita. Macam yang DeQdEq dah ceritakan dalam entri sebelum ni < KAT SINI >

DeQdEq akan buat blog khas untuk meletakkan senarai blog mengikut kategori.Bila kita saling membantu, kita akan sama-sama mencapai kejayaan..insyaAllah. Terutamanya blogger baru pasti nak promosikan blog anda kan…mungkin ini salah satu caranya.

 

link exchange

Untuk memastikan DeQdEq tak terhilang mana-mana blog, DeQdEq harap kalian dapat tinggalkan komen di entri ini dengan memberitahu URL blog kalian berserta kategori pilihan. Kalau ada 2-3 blog pun boleh senaraikan semua. Tapi biarlah blog yang aktif je ye…kalau yang dah bersawang tu tak yah le…hehehhe

Sebelum kalian tingglkan link, RUJUK di entri sebelum ini untuk lebih fahamkan kalian ye.

 

Setakat ini, DeQdEq telah menetapkan beberapa kategori seperti berikut:

1) Papa dan Mama Kucing

2) Chef Hotel 10 bintang

3) Photographer/ Videographer / Make-up

4) Control Macho

5) Control Ayu

 

Tambahan:

6) Kami Yang Kreatif >>>> Ini khas untuk mereka yang mempunyai blog untuk mempromosikan hasil kerja tangan seperti menjahit manik, key holder, kad dan lain-lain lagi.

7) SMKAY >>>> Ini khas untuk blogger satu sekolah dengan DeQdEq dulu

8) Mereka memang hebat >>>> Ini khas untuk blogger yang sudah terkenal di alam blog mcm Ben Ashaari, Red Mummy dan lain. Mereka tidak akan berada di home page.

DeQdEq buat page baru untuk mereka ni. Sebabnya DeQdEq nak blogger yang baru ni orang akan nampak dulu di HOME PAGE…mereka yang hebat ni tak perlu diperkenalkan lagi, mmg dah terkenal seantero dunia blog. Jadi, letak page lain pun tak jadi masalah kan.

9) Belajar Buat Blog >>>> kategori blog yang memang menyediakan banyak tutorial

10) Mommy Vogue >>>> kategori khas untuk para ibu…atas permintaan seorang ibu yang malu untuk masuk kategori Control Ayu…hehehhehe

11) Kami Jutawan >>>> khas untuk mereka yang berniaga melalui blog. Tak kira la apa pun…anda berniaga cup cake, baju atau tudung, produk kecantikan dan macam – macam lagi…apa-apa la asalkan anda dipanggil usahawan.

 

Rasanya cukup kot kategori-kategori yang DeQdEq senaraikan ni…kalau rasa tak termasuk dalam mana-mana kategori di atas, kalian secara automatiknya akan memasuki kategori Control Macho untuk blogger lelaki dan Control Ayu untuk blogger wanita.

Kerana kalian semua adalah blogger yang hensem, cantik dan menawan…

 

CARA NAK JOIN:

Kalian cuma perlu tinggalkan URL blog dan kategori di ruang komen entri ini.

Contoh:

Ini link DeQdEq : http://diyanayaccob-deqdeq.blogspot.com/

Kategori: Control Ayu

 

P/S: Andai rasa DeQdEq patut tambah kategori…sila tinggalkan pendapat anda di ruang komen ye.

 

Sekian, terima kasih.