Showing posts with label 18 SX. Show all posts
Showing posts with label 18 SX. Show all posts

Sunday, 23 January 2011

Sila hubungi suamiku kerana aku tak dapat memuaskan dirinya

 

Emmm…..apahal plak la malam-malam ni DeQdEq buat entri dengan tajuk macam ni kan..suami siapa yang DeQdEq maksudkan..

Sebenarnya DeQdEq nak share sikit apa yang telah DeQdEq alami tadi. DeQdEq baru je balik dari Bangi. Meraikan hari lahir seorang yang istimewa…

DeQdEq ada la singgah Petronas sebab dah nak terkucil sangat tadi…bila dah selesai qada’ hajat…DeQdEq tertarik nak baca apa yang tertulis kat pintu tandas yang DeQdEq gunakan.

 

 

Apa yang tertulis adalah seperti tajuk DeQdEq ni la…Sila hubungi suamiku kerana aku tak dapat memuaskan dirinya berserta dengan nombor handphone, tapi DeQdEq tak ingat la kan…hehhehe…terkejut juga bila DeQdEq baca tu.

Biar betul…takkan la ada seorang isteri yang sanggup buat macam ni kan…atau ada tangan-tangan yang memang tak reti dok diam…suka menconteng dan mengotorkan harta awam.

Rasanya korang pun mesti dah selalu tengok kan kat pintu-pintu tandas awam…mesti ada no telefon dan ayat-ayat yang ntah apa-apa…

 

DeQdEq rasa memang ini semua kerja orang yang tak bertanggungjawab…yang suka menconteng dan merosakkan harta benda awam…apa la yang seronok dok menconteng belakang pintu tandas tu kan…macam mana la kita nak maju kalau masih ada yang bersikap macam ni…

Thursday, 16 December 2010

Panas…hangit…video seks dua beradik melakukan aksi orang dewasa

Pagi tadi bila menonton Malaysia Hari Ini (MHI), segmen diorang bacakan tajuk-tajuk berita akhbar utama, agak mengejutkan bila dengar berita di laman utama Harian Metro mengenai video dua beradik dalam aksi terlampau….Mengucap panjang juga la, terkejut ada, hairan pun ada bila baca berita penuh kat HMetro Online nih.,,image

KLIK pada imej untuk lebih jelas

Berikut petikan dari Harian Metro Online:

BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.

Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.

“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.
“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.
Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.

 

Apa plak korang rasa bila baca pasal berita nih….pada pendapat DeQdEq pengaruh media mmg faktor penyumbang kepada masalah mcm ni. Ye la, DeQdEq penah berbual dgn seorang kakitangan di bahagian komunikasi atau pasal internet ni la, dia kata diorang mmg minta untuk ada sekatan penggunaan internet pada anak-anak kecil dan remaja bagi membendung masalah menonton video lucah dan sewaktu dengannya…tapi pihak yang berkenaan mahukan dasar bebas dan maju dalam semua hal, jadi biarla tak ada sekatan pun.

Pernah juga DeQdEq berbual dengan seorang cikgu plak, dalam majlis yang sama dan kami semua makan di satu meja yang sama, mmg dekat sekolah rendah dah ada pelajar yang mengandung dua tiga kali…tu baru sekolah rendah, tapi kebanyakan kes nih tak dihebohkan demi menjaga nama dan prestasi sekolah terbabit. Sama la juga kes mcm dua beradik ni kan…mana diorang tau pasal seks, hubungan intim semua nih kalau tak dari media, tak kisah la internet ke, TV ke, buku ke, atau majalah.

Tapi, pasal video dua beradik nih, DeQdEq agak musykil juga, macam mana budak sekolah rendah mcm nih dah boleh pegi tempah bilik di hotel dan berlaku plak aksi rakaman dari pihak ke-tiga. Ntah la kan, skrg nih apa yang tak mustahil kan…

Sama-sama kita berdoa semoga Allah memelihara iman kita, keluarga dan keturunan kita, seluruh umat nabi Muhammad, serta jauhkan dari segala maksiat demi mengejar impian yang SATU….iaitu MATI masuk SYURGA….amin….

Tuesday, 7 December 2010

18SX ke lawak?

Bila jalan-jalan di malam hari, terjah sana terjah sini, mcm2 blog dan entry yang DeQdEq baca…maklumlah esk kan cuti sempena Awal Muharam, jadi leh la nak ber’blogwalking’ lama-lama skit…..bila ada jer idea nak tulis, DeQdEq terus la menulis sebelum hilang plak idea nya…

Bila terjumpa satu cerita nih, tak tau la nak kategorikan dalam kategori apa..18sx atau kelakar….Tajuknya ialah “Malam Pertama Untuk 4 Pengantin”. DeQdEq jumpa entry nih kat SkyCrewzNetwork. Tima kasihla….sebab citer nih buat DeQdEq tergelak di tgh2 malam nih…hahhahah…pandai betul pada sapa yang mencipta cerita nih….ada je idea korang kan…

Gambar: http://frenari.com/pengantin-baru/

Kisahnya begini:

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kahwinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman,Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’ . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis “Besar, teguh dan peramah”.. Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis “Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir” Bahagialah Si Seri rupanya…

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis ‘KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’… Bahagialah Si Murni rupanya… Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau.

Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA “. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya.Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??

“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON- STOP!!”

Sekian

hehhehe…DeQdEq cuma berkongsi…xtau la nak kategorikan apa yer….DeQdEq mmg asyik tergelak jer bila baca….AKorang rasa bleh masuk kategori apakah cerita ini…18PL ke, 18SG ke…yang pastinya bukan U la kot…hehehe

Nak citer lawak lagi?Klik kat link bawah nih yer….

Read more: http://www.skycrewz.net/blog/malam-pertama-untuk-4-pengantin-18sx/#ixzz17MXE3qPT

Monday, 6 December 2010

18 SX: bestnya bercium…cemolot….

Pagi nih jalan-jalan blogwlaking dan membalas ziarah kawan-kawan yg singgah ke blog DeQdEq, DeQdEq jumpa entry yg sgt menarik…tapi nih sesuai utk mereka yang sudah berkahwin sahaja…yang belum tu jgn nak praktikkan lagi yer….

Korang nak tau apa tak….bercium nih byk sekali kebaikkannya….bak kata Azrina dlm entry dia, Fadhilat Bercium….kelas kan…selalunya kita dgr Fadhilat Solat jer….tul tak…

kissing-couple

Ini hanya utk pasangan yang sudah berkahwin

Ini sedutan dari artikel Fadhilat Bercium:

“Bercium dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman,detak jantung makin cepat sehingga 110 degupan jantung per minit…wuii”

Haaa…..tu baru satu tau, ada byk lagi…nak tau lagi? Takyah nak malu-malu…<KLIK>

 

Adik-adikku, jangan mcm nih yer…..saper yg tak kenal kan pasangan “hot” dlm gambar nih….Ini ada dilarang sama sekali jika masih belum ada ikatan yang HALAL….Tunggu bila dah ada ikatan yang sah…semoga Allah jauhkan kita dan keluarga kita serta lindungi semua dari maksiat…InsyaAllah…