Tuesday 22 February 2011

Saya mahu iPad dari blog MySuperKids

 

Hari ini,hari Rabu bersamaan dengan 6 April 2011, melihat jam di tangan, baru menunjukkan pukul 10 pagi. Ada masa lagi 1 jam untuk berjumpa client. Memang hari ni aku ada janji dengan En Abdul Hamed untuk berjumpa di sini.

InsyaAllah rezeki dari Allah, aku akan dapat cek bernilai RM 200,000 hari ini. Client berminat dengan cadangan aku, jadi beliau akan melaburkan sebahagian wang simpanannya di CWA.

 

Sambil sedang menghirup Double Chocolaty Chip Frappuccino® di Starbucks Seksyen 9, Shah Alam, tiba-tiba terdengar sepasang merpati dua sejoli di meja sebelahku berbual.

 

Double Chocolaty Chip Frappuccino® Blended Crème

 

Bukan mahu menjadi penyibuk, tapi aksi dan gelagat dua remaja ni menggamit hati aku untuk mendengar dan amati perbualan mereka. Mereka masing-masing sibuk dengan iPad di tangan. Lepas tu mulut plak masing-masing becok je.

Yang aku ni, mengadap la laptop yang dah berkurun aku pakai sejak menuntut ijazah di UiTM dulu…huhuhuhu…budak-budak sekarang ni beruntung betul kan…

 

Entah apa yang seronok sangat sampai tak dipedulikan orang lain, mujurla di Starbucks waktu pagi macam ni, masih belum ramai orang. Jadi, sebab tu la lagi ketara dengan keletah dua remaja ni.

 

Antara perbualan mereka yang menarik perhatianku ialah:

 

Si Jelita: Apa jawapan soalan 1 ni? cepat la..tolong la, kalau lambat nanti orang lain plak yang menang

Si Macho: Kejap la, I tengah edit blog I ni….kan dah bagitau tadi jawapannya apa….

Si Jelita: Ye la, tapi macam tak betul je….soalan Abang Ben kali ni mencabar sangat la.

Si Macho: Mestila, mana tak pecah kepala….lepas selesai Gegar 1000 blog, kali ni Abang Ben buat gegar 5000 blog plak…

Si Jelita: Ok, done….I dah post jawapan I….U kalah…hehehehhe…

Si Macho: Apa plak….I yang tolong U cari jawapan kan…kalau menang hadiah kena kongsi….kalau tak lepas ni U belanja I Domino’s…

 

Tiba-tiba, Blackberry ku berdering, nama En Hamed terpapar di skrin…Aku pun menjawab panggilan, jadi terlepas sudah perbualan budak-budak tu tadi. Tak sempat nak tunggu penghabisan cerita..hehhee…

Rupa-rupanya, client aku bagitau dia tak dapat datang, jadi dia minta budak despatch dia yang datang hantar cek RM 200,000 tu….Alhamdulillah, income hari ini saja sudah mencecah RM 6,000.

 

Dalam hati melonjak riang, boleh la aku beli iPad macam budak berdua tu kan….heheheh…senang sikit nak keluar je pejabat untuk jumpa client, tak perlu nak usung beg berat-berat lagi….cukupla bawa handbag Coach dan iPad….

Betapa canggihnya kehidupan ku ketika itu….aku pun seronok berangan la membayangkan gaya hidup aku sebagai seorang penasihat kewangan yang berjaya dan bergaya….hehehhehe….

 

Dah client tak jadi datang, boleh la nak buka blog kejap…nak tengok apa yang menarik…sejak mula aktig menulis blog ni, hidup aku memang tak dapat dipisahkan jauh dengan laptop. Mana taknya, kalau boleh 24 jam nak mengadap laptop.

Sebab tu la bila dengar dua remaja tadi duk kecoh aku nak sangat dengar, sebab butir-butir perbualan mereka ada sebut nama Abang Ben. Sejak menulis blog nama Abang Ben memang dah selalu terpahat sebagai contoh yang hebat dalam menulis blog.

 

Kelebihan lagi buat aku, kalau aku beli iPad lagi mudah aku nak online dan update entri. Barulah boleh hasilkan entri banyak-banyak dan sekerap mungkin macam Abang Ben.

Bila ada idea je, boleh terus ON iPad dan menaip entri…uhuhuhuhuh…tak sabarnya nak dapatkan iPad.

 

Tiba-tiba, ada email masuk…aku pun check email aku dengan menggunakan Blackberry …Memang hari ini hari yang paling indah kurasakan..dahla client invest RM 200,000….sekarang ni aku dapat email dari Mommy Lyna atau pemilik blog MySuperKids.net.

Email tu mengatakan, aku adalah pemenang iPad untuk Contest Saya Mahu…yang pernah aku sertai dulu….wah…memang tak sangka sangat aku yang terpilih….

Jadi, aku tak perlu la lagi beli iPad, sebab MySuperKids.net akan hadiahkan aku iPad yang bernilai RM 1,549..

 

 ipad need for speed

 

Tak lama lepas tu despatch client aku sampai dengan cek RM 200,000 tu…Aku pun jemput mat despatch ni minum dulu, tapi dia terpaksa pergi sebab ada surat penting yang perlu di hantar.

Aku pun tak tunggu lama lagi, terus ke kaunter untuk bayar….Sekali aku tengok mamat kat kaunter ni boleh tahan juga kacaknya..hehehehe..tapi budak lagi….tak sesuai la….tak sesuai apa? adalah…..

 

Bila dah selesai, sempat lagi aku menjeling pasangan dua sejoli tadi….masing-masing masih asyik dengan iPad diorang…entah nak kejar jawab soalan Abang Ben yang mana pula la tu….

Aku pun mengorak langkah ke kereta….nak balik pejabat dan tak sabar nak kongsikan cerita kejayaan hari ini dengan kawan-kawan. Kejayaan dalam kerjaya dan juga kejayaan dalam menulis blog…

Semuanya indah, dan kejayaan ini takkan datang bergolek. Semuanya perlu di semai benih-benih usaha…kemudian barulah kita menuai kejayaannya.

 

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. SertaiBengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

 

 

Cerita ini adalah berdasarkan impian dan cita-cita….watak dan jalan cerita juga adalah bayangan dan ditambah untuk sedapkan jalan cerita.

 

Nak tahu siapa yang berlakon dalam gambaran impian DeQdEq ini:

DeQdEq semestinya pelakon utama…hehehe..

Client: Myvitrd

Si Jelita: Sunah Sakura

Si Macho: Nazirul Hazwan

Mat Despatch: Ujang9897

Mamat kaunter: Alief

 

17 comments:

Sunah Sakura said...

kakak! hahaha~ sangat comel entry ni!
all the best tau~ kalo dapat tu, kena belanja kami sebab da tolong berlakon sekali~~~ hehehe

Nurdiyana Yaccob said...

@Sunah Mohammad

heheheh..comel tang mananya sunah...

kalau akak menang ni, akak pun berbesar hati nak jumpa pelakon2 akak ni...

Anonymous said...

cereka ke rupanya..hehe

apdm said...

assalam

punyalah syira kusyuk baca, sampai sedapnya dpt ipad,,alih2 amboi3,, kena tipu dah..huhuhu

Ujang9897 said...

duit tu sbnr duit mat despatch tu kan..=)

Kira Sakura said...

best cite nie.. mcm real je dh dpt ipad tue.. hehehe

Rina AVAIL a.k.a cikbetty said...

hehe..sangat cool this story..i loikeee! tp i tak dapat jadi pelakon u yer..:(

nazirulhazwan~ said...

jijik gile ujang jadi despatch, hahaha.<--gurau jer, kang org kate den mengkeji kerje despatch plak:)

maseh deq pilih den jadi pelakon utama, hehe maseh3:P

nak ipad yer deq, nati den belikan la:P

aliarosli said...

alah,nape tak tersenarai jadi pelakon pulak nie

sob sob sob

balik kene berlatih nie :)

Nurdiyana Yaccob said...

@Mr.IX

a'ah...cereka demi mendapatkan iPad...heheheh

Nurdiyana Yaccob said...

@sissyira

alamak..takde niat nk menipu pun...ini cuma angan2 yg diharapkan menjadi kenyataan...

Nurdiyana Yaccob said...

@Ujang9897

hahahha....klu mat despatch dgn client org yg sama ye la tu...

Nurdiyana Yaccob said...

@kiera'sakura

terima kasih...heheheh...deqdeq harapkan sgt cerita ni menjadi kenyataan...

Nurdiyana Yaccob said...

@Rina AVAIL a.k.a cikbetty

heheheh...terima kasih....cik betty nak jadi pelakon juga ke?

tunggu cerita lain plak la ye

Nurdiyana Yaccob said...

@nazirulhazwan~

naz nk belikan deqdeq iPad ke...wah, best nih....dah boleh la jadi kenyataan impian deqdeq ni

Nurdiyana Yaccob said...

@bun

ramai juga nak jadi pelakon cerita deqdeq ye...nak kena buat cerita lain plak la ni...

nur said...

lakonan box ofis ni..JOM KE: ALL IN ONE
good luck