Monday 21 February 2011

Apakah hukumnya bulu kucing yang melekat di pakaian? Adakah sah solat?

 

AMARAN:

Entri ini agak panjang kerana DeQdEq berasa bertanggungjawab berkongsikan ilmu dengan semua terutama pencinta kucing. Semoga perkongsian ini memudahkan anda merujuk dan mencari sumber yang sah dalam kemusykilan dalam hukum sah solat dan bulu kucing.

 

Assalamualaikum semua….selamat sejahtera hendaknya..

Ini entri kedua DeQdEq untuk 21 Februari 2011…sekarang ni masa amat mencemburui DeQdEq…urusan kerja menyebabkan DeQdEq tak dapat nak mengadap blog lama-lama. Jadi, urusan blogwalking dan update blog juga berkurangan.

Walau apa pun, jaminan DeQdEq, blog ni takkan sunyi…DeQdEq akan pastikan juga berupdate….kalau tak mesti pengunjung blog DeQdEq akan merasa bosan kalau tak ada cerita baru.

 

P1011130

 

Malam ni, baru sempat nak buka laptop…jadi singgah-singgah la dulu blog yang wajib singgah….bila dah singgah blog Cik Lekit, DeQdEq tertarik dengan satu entri berkenaan kucing…memang DeQdEq ni pantang sikit pasal kucing…mesti nak tau je.

Cik Lekit hari ni telah berkongsi tentang “Bulu Kucing Tidak Membatalkan Solat”. Sebelum ni DeQdEq pernah baca pasal ni di Majalah Solusi Keluaran 26, ada menerangkan hukum tentang bulu kucing dan solat.

Dan DeQdEq juga pernah jumpa ada satu blog ni menunjukkan isi dari majalah Solusi keluaran 26 ni berserta kartun untuk menampakkan lebih menarik dan jelas. Blog tersebut ialah: mediasiber.com

 

 

 

Sumber kartun yang menarik ini ialah dari, ada lebih banyak kartun klu nak tengok: Adik yang kreatif dari HaaaaaCiiiiUmm

 

Apa kata DeQdEq:

 

Apa yang dapat DeQdEq simpulkan di sini ialah:

1) Kucing itu bukan najis, disebabkan itu bekas minuman atau makanan bekas kucing adalah suci. Ini adalah berdasarkan hadis berikut:

 

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat.

Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut, lalu ia membersihkan bagian yang disentuh kucing, lalu Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing,

(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

 

Untuk rujukan hadis lain, boleh LIHAT SINI.

 

2) Bulu kucing dikira najis bila sudah tercabut dari tubuh badannya. Maksudnya, bulu kucing yang luruh adalah najis, ini kerana kucing itu tergolong dalam haiwan yang tidak halal dimakan. Ini adalah bersumberkan hadis berikut:

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati.

Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai.

(Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

 

Untuk mendapat keterangan yang lebih tentang bulu haiwan yang lain, bleh RUJUK SINI.

 

3) Untuk mengelakkan rasa was-was, sebab terdapat banyak pendapat tentang hukum bulu kucing dan sah solat ini, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Ataupun, mengambil langkah yang lebih baik iaitu, mengikut Mazhab Shafie itu sendiri yang mengatakan bulu kucing yang tertanggal dari badannya adalah najis.

Jadi, bila kita menanggung najis di pakaian solat, maka solat itu tidak sah.

Oleh itu, adalah lebih baik bagi kita, pakai pakaian bersih untuk solat bila dah main dengan kucing. Jadi, tak ada la timbul rasa was-was lagi.

 

Dalam Mazhab Shafie juga mengatakan kalau terdapat juga bulu kucing yang tertinggal dan melekat sikit-sikit, sehelai dua adalah dimaafkan, jadi solat itu sah.

Kalau kita dah mengambil langkah yang terbaik, salin pakaian bersih, tapi masih ada yang terlekat di mana-mana, insyaAllah solat kita sah…

 

Jangan la lepas dah main dengan kucing, dok bergomol dengan kucing terus pegi solat dengan pakaian yang sama….sudah tentu la pakaian tu penuh dengan bulu kucing kan.

Jadi, apa kata salin dulu pakaian baru solat. Lebih bersih, kita pun tak rasa was-was…solat pun kusyu’ insyaAllah…

Tapi kalau tak ada baju nak salin, cuba la sedaya upaya buang bulu kucing yang melekat di pakaian, dan berdoala supaya Allah menerima solat kita.

 

Berikut adalah forum dan blog yang membincangkan soal ini:

Sumber 1

Sumber 2

Sumber 3

Sumber 4

Sumber 5

 

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua….insyaAllah.

Andai ada yang ingin berkongsi ilmu, dipersilakan…Sesungguhnya, DeQdEq ini masih cetek ilmu dan jahil..

 

14 comments:

suria lekatlekit said...

bercanggah yer dengan pendapat ustazah Masyitah... kena rujuk kepada yang lebih pakar

Sunah Sakura said...

good akak~ terima kasih untuk info ni~ ;)

Awang Hafiz said...

bagus info nie. rumah awang ada sekor anak kucing.. skrg dh asingkan satu bilik khas utk solat.. kucing mmg takleh masuk langsung.

Kak Lia said...

bagus info deq2....nanti akak sharekan kt FB ye....

meowwmania said...

penah juga terdgr pasal bulu kucing ni tp macam tak berapa pasti

bg diri sy sndiri, bila nak bersolat tu mmg akan salin pakaian khas utk solat lebih yakin bila rasa diri kita bersih :)

Nurdiyana Yaccob said...

@THE LEKAT LEKIT STORY

bukanlah bercanggah....tapi terdapat banyak pendapat dan hujanhnya..

jadi kita cuba ambil yang terbaik

Nurdiyana Yaccob said...

@Sunah Mohammad

ilmu mmg perlu dikongsi kan?

Nurdiyana Yaccob said...

@Awang Hafiz

wah...bagusnya, mmg lebih baik macam tu kan...ada bilik solat, jadi lebih bersih dan lebih khusyu'

Nurdiyana Yaccob said...

@Mamarempit

terima kasih kak sbb sudi nak share....

Nurdiyana Yaccob said...

@meowwmania

itulah yg terbaik kan..dari rasa was-was, baik kita berjaga2...salin je pakaian...settle...

Ina said...

As Salam...Yang penting kalau nak solat tu..make sure everything bersih la kan..

Nurdiyana Yaccob said...

@Ina

betul tu....yg penting bila solat mst bersih...

padlie said...

Assalam, bulu kucing ni masalah jugak untuk sy.. padahal ada dua ekor kucing je..
Kena lebih teliti sebelum solat lepas ni..
Terima kasih atas entry ini.

Entry terbaru padlie: Saudara Anjing

Anonymous said...

tq info...nasib xde bela kucing....ngeeeee...~~