Sunday 20 February 2011

Warna warni 1 Malaysia di Lebuhraya Persekutuan

 

Sebenarnya dah lama DeQdEq nak share gambar ni….rasanya dah 2 minggu lepas gambar ni dirakamkan oleh DeQdEq.

Waktu tu, tengah memandu di Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menuju ke Bangsar untuk berjumpa client. Kalau tak silap jam waktu tu menunjukkan pada pukul 10 pagi, tapi jalan masih lagi sesak selepas Tol Batu 3.

Trafik bergerak perlahan sampai ke “Jambatan Pulau Pinang” kalau tak salah DeQdEq….dah macam nak bagi laporan trafik pula kat korang kan.

 

Bila dah jalan sesak macam ni, trafik pula perlahan…setakat gear 1 dan gear 2 je….layan radio je la….tapi tiba-tiba DeQdEq terdengar bunyi macam gendang cina…

Sekali, memang betul pun…ada lori yang bawa anak-anak muda yang nak pegi buat tayangan tarian singa rasanya…diorang ni pun nak menghilangkan bosan, jadi ketuk-ketuk la gendang tu.

 

Bila lori tu berada di hadapan kereta DeQdEq, kebetulan kamera ada, DeQdEq pun ambik kesempatan rakamkan gelagat mereka.

P1011159

 

P1011160

Gambar kedua ni, diorang dah perasan, jadi adik yang pegang topeng ni pun bergaya sakan la sebab dah tau DeQdEq nak ambil gambar diorang.

 

Kenapa warna warni 1 Malaysia? Sebabnya, kat dalam lori ni, apa yang DeQdEq nampak…pemuda bangsa Cina memang la ada, dah nama pun tarian singa kan…tapi ada juga pemuda India dan Melayu….

Bukan ke itu warna warni 1 Malaysia kan…

8 comments:

Myvitrd said...

wah ambil photo sambil drive.. bahaya tu deqdeq.. apa pon memang 1malaysialah tu... hehehe

meowwmania said...

oh! kucing sy takot dgn mende nih...tuan dia pon takot gak huhuu...

Cik Puan iLa said...

cantik.kalo cik ila duk blkg lori tu,msti cik ila gelak je drive.hahahaha

Nurdiyana Yaccob said...

@Myvitrd

hahaha....ala, setakat gear 1, gear 2 je en myvitrd....boleh la nak amik gambar....heheheh

Nurdiyana Yaccob said...

@meowwmania

deqdeq pun sbnrnya takut juga bila tgk topeng2 yg ntah apa2 ni....

Nurdiyana Yaccob said...

@Cik Ila

hahahah....deqdeq pun mmg gelak bila tgk gelagat diorg ni...

klu cik ila ada, lagi la meletup...

Tasha said...

wah~ cerianya...... suka suki~

Nurdiyana Yaccob said...

@Tasha

hehehe...riang ria...