Tuesday 22 February 2011

Terharu, kagum dan rasa bersyukur bila menonton drama ‘Hani’ di Slot Lestary TV3

 

Bila melihatkan kesusahan orang lain, barula terasa diri ini sangat bertuah dikurniakan pelbagai nikmat dari Allah. Membuatkan rasa syukur kian menebal di hati.

Sungguh tak pernah DeQdEq terfikir akan kewujudan Al-Quran Braille khas untuk orang buta. Subhanallah, Allah Maha Suci dan Maha Besar..walaupun hambanya ditakdirkan buta, tapi bukanlah alasan untuk melupakan tanggungjawab sebagai hamba dan melupakan kewajipan untuk beribadat dan menonton ilmu.

Allah Maha Adil kepada semua hambanya….segala yang ditakdirkan untuk kita adalah yang terbaik buat kita. Sesungguhnya, kita yang dilengkapi dengan nikmat melihat ini, pernah ke kita berfikir, apa kita menggunakan mata ni dengan sebaiknya…

Bersama-sama la kita muhasabah diri…

 

 

Kagum dengan penerbit dan penulis skrip drama Hani ni, banyak maklumat yang disampaikan melalui drama ini. Tak adalah ceritanya kosong atau asyik berkisar tentang perkara yang biasa dan kosong je…

 

Tambahan:

Biar betul di Malaysia cuma ada satu je Al-Quran Braille ni….jadi susahla untuk mereka yang buta ni nak belajar…takada ke peruntukkan untuk pendidikan Al-Quran bagi orang buta ni….Kerajaan perlu juga ambil tindakan untuk masalah ini. Jangan kita pinggirkan hak mereka yang kurang upaya.

8 comments:

Azuan said...

tak pernah pulak tgk drama nie..huhu

Sunah Sakura said...

eiks, satu je ke kak kat malaysia ni?

Nurdiyana Yaccob said...

@Azuan

dah nak habis pun rasanya...mungkin minggu depan dh episod akhir

Nurdiyana Yaccob said...

@Sunah Mohammad

itu mengikut apa dalam skrip drama hani tadi la....akak pun tak pasti

m4rilyn said...

kewujudan al Quran tu dah tahu tp pasal satu je yg ada tu adalah tak sangka.

susah nak layan drama2 nie tp Hani saya salute sbb dorang bentangkan drama yg berilmu+penuh nasihat+keagamaan+fakta yg berguna.

Nurdiyana Yaccob said...

@m4rilyn

itulah...cerita hani best..lain dr yg lain...

aimi nadiah said...

citer nie mmg sedih.. huhu..

Nurdiyana Yaccob said...

@aimi nadiah

sedih kan..tapi best sgt...sbb byk info