Thursday 24 November 2011

Malukah Kita Untuk Bercakap dalam Bahasa Melayu?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Selamanya…selamanya….selamanya….Harimau Malaya…..tiba-tiba pulak..heheheh…..mood Harimau Malaya masih berbaki selepas kita menang pingat emas di Sukan Sea lepas….walaupun kalah dengan Syria, DeQdEq tetap berbangga menjadi Rakyat Malaysia.

Lama rasanya DeQdEq tidak menulis di blog ni….Tuntutan kerja,menyebabkan minat untuk menulis ni terbatas. Namun, pada hari ini, DeQdEq terasa untuk menulis dan meluahkan perasaan di hati.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Baru tadi, DeQdEq pulang dari satu majlis jaringan perniagaan yang dianjurkan oleh kumpulan usahawan Melayu kebanyakannya.

Bila dalam majlis tadi, DeQdEq terfikir….kenapa pengerusi majlis dan penganjur menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar,manakala pembantu mereka pun bercakap menggunakan Bahasa Inggeris rojak dengan Bahasa Melayu.

 

Memang DeQdEq tak nafikan Bahasa Inggeris adalah Bahasa antarabangsa, tapi dalam majlis tadi, rasanya lebih hebat kalau kita bangsa Melayu memartabatkan Bahasa Melayu kita. Apa salahnya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Apa, malu sangatkah untuk kita berbahasa Melayu. Apa rendah sangatkah martabat kita bila kita bercakap dalam Bahasa Melayu.

 

DeQdEq sendiri pun selalu teragak-agak dalam menggunakan Bahasa Melayu ni.Tambah-tambah bila berurusan dengan pelanggan samada melalui telefon atau bersemuka.

Sebolehnya DeQdEq nak guna Bahasa Melayu, tapi bila pelanggan dah mula ‘speaking’, jadi kenalah DeQdEq ikut rentak mereka….

 

Cuma rasa hati ni, apa kita bangsa Melayu sendiri MALU untuk menggunakan Bahasa Melayu? Jadi, sia-sia usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu ini. Kenapa masyarakat Jepun boleh berjaya dan berbangga dengan Bahasa mereka?

Ini bukanlah kempen menggunakan Bahasa Melayu dari DeQdEq, cuma luahan perasaan saja….

 

sketsa bahasa melayu

10 comments:

Unknown said...

xmalu
bangga adela



diorg bajet omputih le tewww

rebellion said...

nak buat cam maner bro, masalah pemikiran kite tak sama dengan orang lain. Mungkin bagi sesetengah orang melayu ni suka bercakap dlam BI kalo mende2 formal sebab depa pikir lebih nampak profesional, lebih kepada persepsi.

Bila sesuatu bahasa tu bukan bahasa ilmu, memang kurang digunakan dalam majlis profesional, bahasa melayu sekarang ni tak dianggap sebagai bahasa ilmu.

jadi untuk memartabatkan bahasa melayu ni kite kene jadikan bahasa melayu ni sebagai bahasa ilmu.

Noorsha Muhamad said...

stuju..kekadang tersisih kita org melayu ni..smua nk bi..hukhuk..

faraherda.razalan said...

Sy suka bercerita tentang isu mcm nie. Bila sy utarakan isu nie kat blog, masih ada yg nak mengagungkan bahasa Inggeris. Sy pelik.

Haw said...

dah lama blog ni tak update entry

Emmet said...

wah, entry yang bagus, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

dill said...

mungkin die tak reti cakap bahasa melayu.

lidah terbelit.

hihi

dill.

Green Wave Line said...

silap kita jgak..mentaliti kita sejak kcik,org yg ckap bhasa inggeris,dia hebat...

tp jpun bktikan yg sbaliknya....

nurmisnan said...

pelik zaman skrg ramai yg malu utk berborak
bahasa melayu sedangkan di negara Brunei
mereka menggalakan rakyatnya bertutur bahasa melayu dan eng...

Anonymous said...

Sy rse mmg patut pun dorg buat cmmtu, mmg x dpt dinafikan kte kne muliakan bahasa melayu, tp, kte kne la try ckp bahasa inggeris, klu tidak camne kte nak maju kehadapan? camne kte nak tau perkembangan dunia dgn lebih specific? cnn, bcc, al-jazeera, sme ckp dlm bahasa inggeris. takpe, klu rojak pun, rojakla, asalkan kte perbaiki diri dan akan menjadikan bahasa inggeris sbg bahasa kedua kite.. that's all :D