Monday 16 May 2011

Panas betul dengan MAXIS Broadband…

 

Assalamualaikum dan selamat petang….

 

Banyak sangat cerita yang nak tulis tapi tak sempat nak menaip panjang lebar….cumanya DeQdEq rasa marah dan bengang dengan MAXIS broadband yang DeQdEq langgan seminggu yang lalu…

Sepanjang 7 hari DeQdEq melanggan sekali pun tak boleh connect….katanya tak register..tapi bila call customer service katanya dah register…call lagi kata line kena sekat la…pastu diorang akan sambungkan balik…dalam masa 2 jam boleh digunakan….siap pergi MEPS Maxis…sama juga diorang cuma tolong call customer service..

 

 

Jadi, benda yang sama tak juga selesai…jawapannya kena pergi MAXIS center dan check samada mungkin broadband DeQdEq dapat tu rosak…kalau betul rosak…memang tak patut….baru je melanggan dah rosak….takkan tak ada QC yang check keadaan broadband..

Tak apalah…mungkin kes macam DeQdEq alami ni 1 dalam 1000 agaknya…

 

Tapi disebabkan customer service main tolak sana, tolak sini…bagi no fon itu ini minta DeQdEq yang call….buat DeQdEq jadi bengang…

AKHIRNYA…tadi DeQdEq dah pulangkan MAXIS broadband tu….dalam 7 hari melanggan sekali pun DeQdEq tak boleh pakai…jadi DeQdEq pulangkan je balik…senang hati…kalau tak asyik sakit hati je sebab tak boleh connect…

MAKA….wang RM100 akan dikembalikan…MAXIS akan menghantar cek…paling cepat pun dalam masa 3 minggu baru dapat…..emmm….paling cepat pun 3 minggu…huhuhu

 

Maaf la MAXIS….DeQdEq tak berpuas hati dengan perkhidmatan broadband MAXIS…

 

Mungkin DeQdEq akan cuba untuk melanggan DIGI broadband pula….

 

 

 

10 comments:

habsahharun said...

awak guna la wireless...
unifi mmg terbaik..:)

Azman Roslan said...

betul tu.. guna la unifi..

puan nina said...

mcm bola pulak main tolak-tolak suruh settle sendiri..

tolong vote Danial boleh..?
klik je link ni n like danial

thanks =)

Mama Zharfan said...

me tak de pengalaman dgn mana2 broadband sbb me guna streamyx ;)

Sunah Sakura said...

tak try celcom?

Mohd Zakwan Zain said...

Singgah sini dari blog jiran.erm .digi ? Lebih baek guna celcom broadband! Memuaskan,tengah guna la ni ..hehe ..
smileasuwant.blogspot.com
Tu blog sya .singgah dan follow kalau suka :)

Ris Siri said...

saya guna celcom

Anonymous said...

saya guna celcom

Anonymous said...

saya guna celcom

Myvitrd said...

Nilah masalahnya penyedia internet.. time bagi promosi mulut manis.. tapi support after sales..macam hampeh..

saya pengguna maxis berukband juga.. tapi oklah..cuma asik limit je..huhu