Rasanya ini merupakan perkahwinan pertama artis di tahun 2011 ni…Tahniah buat Rebecca dan suami…semoga ikatan yang dibina akan kekal di dunia dan akhirat…amin
Selepas ni, seperti yang umum ketahui…tak lama lagi pelakon manis Ayu Raudhah dan pemain bola sepak kebangsaan Zaquan Adha juga akan diijabkabulkan tidak lama lagi…Ayu bakal berbiras dengan Rita Rudaini la nampaknya….kecil je dunia ni kan..
Seronok bila tengok orang kahwin..heheehh

AMPANG: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 43,Jumaat.
Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 9.40 malam.
Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan.
Rabecca yang menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu itu melangsungkan acara pertunangan setengah jam lebih awal sebelum diijabkabulkan.
Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.
Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu pada 14 Februari depan.
Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat kedua-dua belah pihak.
Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu (hari ini ) untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.
Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad (esok).
Credit to: mstar online
7 comments:
salam
seronok tengok org kawin :D
@ sissyira:
mmg seronok tgk org kawen...hehehhe
nie yg ase nk kawen nieh!!
Alhamdulillah..kawen dah..harap lepas ni dah tak pakai seksi2 lagi dah..huhu..neway ngan datuk mane die kawen ni? hehe
@ amira naddia:
tunggu apa lagi...cepat2 la kawen...hehhe...
@ sufi tshirt printing:
mudah-mudahan dah tak seksi lagi...ntah la rasa bkn datuk, cuma anak datuk je...hehe
deqdeq bushukkk :)
sory3 lme tak tggal cap kaki dila yg wangi nih..hehehe...lame tak BW..haiz..busy memanjang :)
tahniah lah buat kazen deqdeq si rebbecca nur islam..moga jadi isteri yang SOLEHAH.. same solehah dgn namanya ...mcm deqdeq..takpun cm kak dila yg comel nih..ups :p
@ luvYOU:
tima kasih sudi singgah blog DeQdEq..
mudah-mudahan rebecca jadi isteri solehah ye..sama2 kita doakan..
Post a Comment