Thursday 7 April 2011

Nak cantik atau nak sihat?

 

Kalau sebut cantik rasanya sangat sinonim dengan wanita kan? Betul tak para wanita semua…

Tapi kalau sebut sihat pula…semua orang pun terlibat…

Kenapa DeQdEq tiba-tiba nak sentuh pasal cantik dan sihat ni? Kalau korang nak pilih yang mana satu..cantik atau sihat?

 

Sebenarnya tadi, bila mengadap cermin besar dalam bilik pejabat DeQdEq….DeQdEq rasa macam badan DeQdEq ni bongkok…nampak sangat tidak menarik bila badan bongkok….

P1011194 Ini adalah gambar cermin di bilik pejabat DeQdEq…kualiti gambar agak kabur ye….

 

Jadi DeQdEq cuba la betulkan postur badan sebaik yang boleh. Jadi DeQdEq tegakkan badan…tak boleh lama…kejap je dah rasa penat.

Ni tengah menulis entri ni pun DeQdEq cuba duduk dalam postur yang betul…

 

DeQdEq pun mencari info pasal postur badan yang betul…Dari sumber 1 (terdapat info untuk postur ketika duduk, berdiri dan berjalan) :

 

Postur ketika duduk

Gambarajah dibawah menunjukkan postur yang betul ketika anda sedang duduk. Ketika duduk, kepala dan punggung mestilah berada dalam garisan yang lurus. Ini adalah supaya berat badan anda disokong sepenuhnya oleh punggung. Ini dapat menghindari dari menghadapi sakit belakang.

 

 

Postur ketika berdiri

Ketika berdiri, bahagian badan dari kepala ke kaki mestilah berada pada garisan yang lurus seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah. Gambarajah di sebelah kanannya pula menunjukkan postur badan yang tidak betul dimana postur begitu akan memberi beban kepada tulang belakang anda.

 

 

Postur ketika berjalan

Ketika berjalan, postur badan kamu adalah sama ketika kamu berdiri. Yang membezakannya adalah kamu bergerak. Ketika bergerak, kaki kamu mestilah menghala ke hadapan. Dan ketika meletakkan kaki, mestilah didahului dengan tumit.

Untuk imbangan badan, setiap langkah kamu mestilah betul-betul di tengah graviti setiap langkah. Langkah yang terbaik adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3. Kamu juga boleh berjalan seperti ditunjukkan dalam rajah 1 dan 2.

Tetapi imbangan badan kamu tidak berada dalam kondisi yang paling baik. Postur berjalan dalam rajah 4 adalah yang paling buruk dan haruslah dijauhi.

 

 

Sumber 2 pula ada menerangkan cara untuk mengelakkan sakit belakang…..TERJAH SINI

 

Kepada Ujang9897 dan YanaMIB sila praktikkan gaya jalan yang betul sebelum hari persandingan anda berdua….barula Ujang nampak hensem, Yana bertambah cantik…

 

5 comments:

Unknown said...

aah smela bongkok..dlu ngat org jln mendada tu sje nk tnjuk sombong

Tasha said...

kadang2 I pun ditegur sebab suka membongkok. and bila tegakkan badan. kadang2 terasa mcam mendada and cam sombong la pulak. tapi itulah posture yang betul keliru dah ni

Jones said...

saya sakit pinggang sebab cara duduk xbetol..doktor yg ckp..

- abdul hadi abdul muti - said...

kalau selalu meniarap, bagus tak untuk poster badan?? sebab selalu meniarap depan lappy

budakserius™ said...

Tq for the entry

http://ampico.blogspot.com