Showing posts with label spot makan. Show all posts
Showing posts with label spot makan. Show all posts

Saturday, 1 January 2011

Pengalaman mengerikan di malam tahun baru 2011…kucing lemas dalam tasik

Malam tadi, malam tahun baru 2011….mungkin ada yang pegi sambut tahun baru kat mana-mana…tengok bunga api, konsert dan sebagainya..DeQdEq tak pula pegi sambut kat mana-mana.

Cumanya, keluar pegi makan dengan kawan-kawan je…keluar makan pun dah pukul 10 lebih…memang la nak menambahkan lemak yang dah sedia banyak ni…huhhu…padahal azam tahun baru nak turunkan berat badan….

DeQdEq dan kawan-kawan pergi makan kat Tasik Idaman. Pernah tak korang sampai kat Tasik Idaman nih….kalau belum DeQdEq nak bagitau tempat dia menarik la sebab dikelilingi tasik dan ada hiburan macam deejay dan juga persembahan nyanyian. Kalau tak silap ada karaoke juga rasanya.

Nak tau lebih lanjut pasal Tasik Idaman, korang boleh ke laman web rasmi, blog atau facebook Tasik Idaman ni. Tasik Idaman nih terletak di Dengkil.

Tasik Idaman

 

Tak sangka la plak Tasik Idaman ada buat pertunjukan bunga api juga malam tadi…Kiranya DeQdEq dapat juga la tengok bunga api, walaupun tak pegi ke mana-mana sambutan tahun baru.

Bila dah habis pertunjukan bunga api, DeQdEq pun nak balik la….DeQdEq makan kat tempat macam dalam gambar kat atas tu. Bila je lalu jambatan tu, elok je sampai kat tepian darat, DeQdEq macam perasan ada benda tergolek jatuh dalam tasik. Sebabnya tepian darat tu membukit, ternampak la ada benda yang jatuh ke dalam tasik.

Atas dasar ingin tahu, DeQdEq pun patah balik sebab nak tengok apa benda yang jatuh. Sekali DeQdEq tengok ada anak kucing yang sedang terkapai-kapai kelemasan dalam tasik tu. DeQdEq dah mula gelabah bila tengok anak kucing tu terkapai-kapai….menjerit DeQdEq minta tolong..

Tak fikir dah malu kat orang, sebab fikirkan anak kucing tu je. Nasib baik ada seorang pekerja Tasik Idaman nih yang sudi nak tolong selamatkan anak kucing ni. Mujur juga anak kucing nih jatuh bukan ke tengah tasik, masih di tepi tasik…Jadi dapat la tangan pekerja tu nak mencapai anak kucing.

Alhamdulillah dapat juga selamatkan anak kucing tu…DeQdEq tak jadi balik lagi, cuba temankan anak kucing tu dulu…Bayangkan jantung dia tengah berdegup kencang dan tengah basah kuyup. Tak sampai hati DeQdEq nak tinggalkan anak kucing tu macam tu je.

Ada pekerja bagi kain pada DeQdEq jadi DeQdEq keringkan badan anak kucing tu dan cuba panaskan badan anak kucing tu. DeQdEq peluk anak kucing tu nak bagi haba pada dia.

Bila dah mula kering, DeQdEq cuba dirikan anak kucing tu…tapi DeQdEq perasan ada yang tak kena dengan anak kucing nih….

Nak tau apa yang tak kenanya…nanti DeQdEq sambung cerita ni yer…

 

 

Wednesday, 15 December 2010

Bubur Ashura….puasa sunat Muharram

Sahaja aku berpuasa sunat Ashura di bulan Muharram kerana Allah Taala…Apa yang korang akan fikir bila sampai ja bulan Muharram dan paling tepat, 10 Muharram….org kita selalu panggil Hari Ashura…

DeQdEq plak paling suka bubur Ashura…mmg sedap…dulu waktu kat sekolah, mst ada buat gotong royong kacau bubur Ashura nih…mcm di tempat DeQdEq, bubur Ashura nih manis, dan bahan-bahan yang dimasukkan antaranya ialah pisang, ubi keledek, kacang kuda,,,tu ja yg DeQdEq ingat hehehe…

Bila berkawan dgn org2 timur dari Kelantan dan Terengganu, diorang kata bubur Ashura cara tempat diorang plak lain…diorang nih mcm ke arah pedas skit, sbb letak daging dan rempah….

Kalau kt selatan kalau tak silap DeQdEq la, bubur Ashura cara selatan mcm Bubur Lambuk…sebabnya seingat DeQdEq wkt kat UiTM Shah Alam, kolej penginapan DeQdEq ada la diorang buat bubur Ashura dan bagi2 pada setiap bilik…DeQdEq dah mmg berharap bubur Ashura mcm dlm gambar kt bawah nih..tp skali tgk mcm bubur lambuk la….pelik juga….diorang nih yg confuse atau mmg cara diorang masak bubur Ashura mcm tu…

Pada yang berpuasa pada 9 dan 10 Muharram,,,selamat bepuasa…..

Monday, 13 December 2010

facefood.com.my…aper plak nih?

Sebelum nih DeQdEq penah citer pasal Farmbook.my kan….kalau yang tak tau…leh >>>>> TEKAN SINI

Macam-macam sekarang nih ka, dari facebook…lahirlah banyak lagi laman sosial atau laman niaga macam Farmbook.my dan yang terkini, facefood.com.my….caya lah diorang nih….ada jer idea diorang utk membantu sesama kita….

Tadi bila masuk je Farmbook.my tu…DeQdEq ternampak plak promosi dari facefood.com.my….Apa lagi, DeQdEq pun terjah la tengok kan…apa benda la plak nih….laman web nih menempatkan senarai kedai-kedai makan beserta gambar kedai lagi mengikut jenis, contohnya Melayu, Cina, India, Thai, Western dan banyak lagi.

Jadi pada sapa2 yang mmg minat utk jalan-jalan cari makan, boleh la melawat facefood nih utk mencari idea kat mana plak spot nak makan….mmg byk senarai yang diorang sediakan….

image

KLIK imej untuk melompat ke laman Facefood.com.my

Ni plak…DeQdEq saja la nak share….selalunya page view blog picisan DeQdEq nih tak penah sampai angka 200…tp ari nih…alhamdulillah telah mencecah juga ke angka 200…

Terima kasih buat semua yang sudi singgah ke blog DeQdEq nih….salam perkenalan pada yang sudi menjadi follower DeQdEq pada hari ini….tanpa korang yang dtg ziarah blog DeQdEq nih, blog DeQdEq ibarat rumah yang tiada penghuni gitu..hehhehe….Terima kasih semua…Lurve u ollssss….

image

Friday, 10 December 2010

Pekasam goreng @ Restoran d’Limau Nipis (Part 2)

Tengah hari tadi DeQdEq ada citer yang teringin nak makan pekasam goreng kat Restoran d’Limau Nipis kt Bandar Baru Bangi kan >>>> SINI…..haaa, dpt juga DeQDeq merasa ikan pekasam goreng kat restoran d’Limau Nipis nih…

P1011033

Ni lah restorannya….warna hijau….

 P1011030 P1011031  

Ni plak rupa ikan pekasam goreng d’Limau Nipis…..rupa mmg mengancam habis….rasa plak, ok, bleh bagi 4 bintang dari 5 bintang….sebabnya DeQdEq penah makan pekasam goreng yang lagi sedap pada nih…heheheh..tp not bad ok…

Ini plak ialah air limau nipis special…air nih mmg trade mark pada Restoran d’Limau Nipis….mmg special sgt air nih….air dia masam la kan, sebab limau, tp kat atas tu dia letak ais krim vanilla….mmg cun la rasanya bila bergabung masam dan manis…1st time DeQdEq rasa air nih, DeQdEq terus teringat ada satu ais krim Wall’s yang dalamnya vanilla dan luarnya warna hijau mcm nih la…ais krim apa tah namanya.

Tapi tadi DeQdEq tak minum pun air d’Limau Nipis nih…DeQdEq minum sirap je….so, gambar nih DeQdEq mendapat ihsan dari http://lineestylo.blogspot.com/2009/12/blog-post.html

Haaa….ni la ais krim yg DeQdEq maksudkan kt atas tadi…ais krim Solerro….sedap kan ais krim nih…rasa air d’Limau Nipis tu lebih kurang mcm ni la…tp ada mcm2 lagi dalam air dia…Gambar aiskrim ni sumbangan http://akunieza.blogspot.com/2010/11/solero-split.html

Thursday, 9 December 2010

Pekasam goreng @ Restoran Limau Nipis (Part 1)

Tiba2 DeQdEq rasa nak makan kat Restoran Limau Nipis, Bandar Baru Bangi….terbayang-bayang plak ikan pekasam goreng dia….harap2 sempat la nak merasa ikan pekasam goreng dia…huhuuu…..

Korang tau tak ikan pekasam? sedap tau….kalau orang utara tu mmg tau kot….mcm DeQdEq mmg suka sgt dgn ikan pekasam nih….

Kalau sempat DeQdEq makan kat sana dan merasa ikan pekasam goreng dia…akan DeQdEq update yer…

 

Kalau goreng ikan pekasam dengan cabai dan cili mcm nih…..walllah…mmg sedap la…dah terliur pun DeQdEq…

Kalau mcm nih goreng biasa jer…..

 

DeQdEq dah update…tgk SINI

Tuesday, 7 December 2010

Cuppies Cake (series 2)

Sebenarnya entry nih DeQdEq buat khas nak bg kredit kat kawan DeQdEq iaitu Kak Ellin nih….dia mmg buat bisnes cup cake dari rumah…bukan je cupcake, mcm2 lagi la ada….korang leh tgk sendiri kat website totcupcakes….kira DeQdEq nak support kawan la nih..hehhehe….slalu dok tgk cup cake yg dia buat kat facebook je….jadi hari nih sempena besday kawan, teman sepejabat DeQdEq iaitu Amey Suriati….DeQdEq tempah la cup cake dari totcupcakes nih….tercapai la hasrat DeQdEq nak makan cupcake dr totcupcakes…..sooo yummmyyyy….and I really love this moment…..enjoy this pic ok…

 

P1011029

LOVE this pic…….

 

P1011019 P1011022 

Actually, happy belated Amey…..maaf la tak dapat nak sambut wkt 4-12-2010 ari tu…dh ada majlis tunang ili plak…..

 P1011026 P1011027 

Nice pic……semua pun sporting jer wkt nak bergambar nih….termasuk la Ustaz Jo…hehehe

Terima kasih semua yg ada bagi memeriahkan lagi majlis kejutan kecil-kecilan utk Amey…

Amey, semoga panjang umur dan sentiasa dilimpahi rahmat dan redha Allah…wishing you live happy,healthy and wealthy…

Cuppies Cake (series 1)

Ari sabtu lepas 4-12-2010, kawan DeQdEq bertunang….DeQdEq pegi majlis bertunang Ili utk memeriahkan majlis Ili nih…sama2 kongsi kegembiraan…..asyik pegi kenduri kawen kawan, tunang kawan….diri sendiri tak tau la bila…huhuhuu…cedihhhhh

DeQdEq membawa buah tangan kecil sebagai kejutan utk Cik Ili Fatimah iaitu…cup cakes dari totcupcakes.  Tot cup cakes ni sebenarnya kenalan DeQdEq juga. Jadi, teringin juga nak rasa cupcake dia, jadi DeQdEq pun tempah la utk jadikan hadiah utk kawan DeQdEq, Ili nih…tp tak dapat pun nak rasa cupcake nih…heheheh. Yelah, dh bagi kt orang mcm mana plak DeQdEq nak makan kan….Cup cake nih adalah red velvet cake, yang menjadi kegemaran ramai….Korang boleh la cuba cupcake dari totcupcakes nih…tak mengecewakan, pasti….

cup cake ili

Cupcake untuk Ili….

Ili tunang edit 

Hehhee…..baru nak belajar edit gambar….masih tahap lemah lagi….

P1011042

Kawan-kawan…

P1011021

DeQdEq, Lin dan Ili…

 

Tahniah Ili dan Fadhil….semoga urusan korang dipermudahkan dan cepat2 la jemput kami makan nasi minyak yer…