Kepada yang sudi singgah blog DeQdEq mesti sudah mengetahui keadaan dan episod baru dalam kehidupan DeQdEq kan…DeQdEq telah mula mengambil pakej menurunkan berat badan dari Herbalife.
Bila dah mengambil herbalife ni, diri DeQdEq kena lebih disiplin dan komited dengan impian DeQdEq ni….
Jadi, DeQDdEq blogwalking untuk mencari teman-teman yang dah berjaya dengan Herbalife ni…sekali DeQdEq terjumpa satu laman web ni yang sangat menarik…yang mana kita boleh masukkan diari makanan kita, mengira BMI,BMR dan banyak lagi….
Lama web tersebut ialah http://www.myfitnesspal.com/
Jadi, langkah pertama DeQdEq, DeQdEq cuba mengira BMI DeQdEq….jangan terkejut semua dengan berat DeQdEq ni…memang sangat berat ye..dan kenaikan berat badan ni hanya mengambil masa setahun lebih sahaja untuk ke tahap sekarang.
Haaa…..tengok tu….DeQdEq terlebih berat okey…OVERWEIGHT…..jadi berat badan yang sesuai dengan ketinggian DeQdEq ialah antara 45.6 – 61.6 kg. Seingat DeQdEq, berat DeQdEq yang terakhir sebelum mula naik ialah 55kg.

Jadi, sekarang ni DeQdEq ingin meletakan target untuk kembali mencapai berat 55kg tu….
Bila mula promosikan takaful pada client DeQdEq dan selalu ceritakan pasal penyakit kritikal, DeQdEq mula risaukan diri sendiri juga…yelah, kebanyakan penyakit bermula dengan pemakanan kita….jadi sebab tu la juga DeQdEq mengambil keputusan ini untuk mengambil herbalife sebagai pengganti makanan dan membekalkan nutrien yang sepatutnya untuk badan DeQdEq.
Sejak mula bekerja, DeQdEq memang makan tak menentu dan ikut suka nak makan apa je…pendek kata DeQdEq tak menjaga pemakanan DeQdEq…sebab tu la berat boleh menjadi 71kg.
Jadi, semoga kita semua lebih mengambil berat tentang pemakanan kita….