Sunday 8 May 2011

APA KES | Tak pakai tudung BERDOSA, pakai tudung pun berdosa

 

Assalamualaikum semua…selamat pagi dan selamat berhujung minggu….apa korang buat hari ni? ada kenduri kahwin ke?MAcam DeQdEq minggu ni tak dapat plak mana-mana jemputan…

Bulan 6 nanti memang banyak la jemputan yang DeQdEq dapat…al maklumlah…cuti sekolah……

 

Pagi ni DeQdEq bangun awal sangat sebab malam tadi dah tidur awal, badan tak berapa sihat jadi tidur je la…bila dah bangun awal ni, siap mandi dan solat…buka laptop la, tunggu apa lagi…dah la lama tak dapat nak blogwalking ke blog kawan-kawan…memang banyak benda DeQDeq ketinggalan….

Bila jalan-jalan pagi ni, DeQdEq tertarik untuk kongsikan entri dari cma yang bertajuk Anak Tudung Penambah Dosa.

 

DeQdEq hanya ingin berkongsi maklumat dan pendapat dengan semua…bukan niat untuk menilai atau mempertikaikan seseorang ye…sila baca dan ambil sudut positifnya.

Bila terbaca tajuk entri cma ni, DeQdEq dah boleh agak apa yang cma cuba sampaikan dan bila dah baca entri cma, memang menepati tekaan DeQdEq.

Apa lagi kalau bukan pasal trend bertudung sekarang ni kan….yang semuanya ada sanggul besar dan tinggi-tinggi ( bonggol unta). Girlsss…u ollsss ada ke bonggol unta ni? Bonggol unta DeQdEq yang asli rasanya tak setinggi  mana pun dan masih dapat disembunyikan.

Tapi kan, trend sekarang ni, tak kisah la ko ada ke tak bonggol unta…korang boleh beli di pasaran….berlambak ada….bila dah pakai hasilnya lebih kurang macam ni la…heheehe…

 

 

Mari kita renungkan bersama…apa sebenarnya bertudung? Apa yang perlu kita tekankan ialah menutup aurat bukan? Bukannya pakai tudung….bla kata pakai tudung, macam-macam la fesyen yang keluar…

Tapi bila kita ingin menutup aurat dengan betul…rasanya, insyaAllah kita sedaya upaya akan cuba mengikut apa yang syariat telah tetapkan…

DeQdEq menulis entri ini sebagai perkongsian dan peringatan untuk diri DeQdEq sendiri….

 

Mana yang baik sama-sama kita jadikan panduan…mana yang buruk jadikan sempadan ye adik-adik….

Untuk mengetahui lebih lanjut kenapa anak tudung bonggol unta ni berdosa…sila ke blog CMA

 

Sebelum DeQdEq mengakhiri entri pagi ni…jom kita tengok ilustrasi tentang MENUTUP AURAT….bukannya BERTUDUNG ye….

Fahamkan dulu konsep menutup aurat itu sendiri…

 

 

P/S: Andai ada yang terasa hati DeQdEq mohon maaf, cuma tak salah kalau kita sama-sama memperingati kan..sama-sama lah kita cuba menjadi seorang muslim yang lebih baik dari hari ke hari…DeQdEq juga bukannya sempurna untuk menegur orang lain…

Cuma berharap agar kita dapat muhasabah diri dan berubah untuk menjadi lebih baik, insyaAllah

 

4 comments:

Cik Pulau said...

nice sharing deqdeq..
tak paham nape suka sangat diorang pakai sanggul tinggi tu..
bukan cantik mana pun,, hahha

apdm said...

salam..

semoga terbuka hati mereka yang melakukannya.

Mama Zharfan said...

tq for sharing

JOM vote MZ kalau sudi!

afifah said...

ni mmg betol sgt dah..deq deq xpayah risau org terasa apa..bcoz ini BETUL..berani kerana benar..takot kerana salah..bila tak ada ayat like mintak maaf tu..baru org rasa point deq deq tu STRONG