Thursday 31 March 2011

Ilmu dah cukup tinggi ke sampai nak kutuk bangang terhadap Tan Sri Harussani dan Majlis Fatwa Negeri Perak

 

DeQdEq tertarik untuk kongsikan perkara ni bila ternampak kat wall Facebook tadi, Dr Azizan share link via Dr Maza.com.

Ini pasal isu tarian poco-poco yang diharamkan, mengikut hasil perbincangan dan kajian Majlis Fatwa Negeri Perak….DeQdEq perasan semalam ramai blogger tulis tentang isu ni.

 

Cuma DeQdEq agak rasa kecewa dengan komen seorang insan di link yang Dr Azizan share di Facebook. Korang leh tengok kat imej bawah ni.

poco2KLIK imej untuk lebih BESAR

 

Tak nampak? Kalau tak nampak meh DeQdEq tulis balik apa insan ni komen: “ x kaji dulu dah kuar fatwa…tu haram ini haram….banggang..

 

Wajarkah nak mengutuk keputusan Majlis Fatwa Negeri Perak ni. Andai ilmu tu dah cukup tinggi pun, rasanya tak perlu nak keluarkan perkataaan macam banggang tu.

Pada pendapat DeQdEq, Majlis Fatwa pastinya telah mengkaji dari segala sudut dan berbincang sebelum mengeluarkan fatwa mengatakan Tarian Poco Poco diharamkan. Takkan la sewenang-wenangnya mereka nak keluarkan fatwa. Ini soal akidah dan agama, takkan nak main-main pula.

 

Seperti link yang Dr Azizan konsgikan tu….bersumberkan dari Malaysian Insider, bekas Mufti Perlis iaitu Dr Asri mengeluarkan pendapat beliau yang Poco Poco Tak wajar Diharam…

Kalau nak keluarkan pendapat biar kena caranya macam Dr Asri ni…beliau hormat keputusan Majlis Fatwa Negeri Perak, tapi tetap keluarkan pendapat mengikut ilmu dan takrifan beliau.

Bukannya macam insan yang sesuka hati komen kata banggang tu…DeQdEq memang tak boleh terima la….

 

Nak baca penerangan Dr Asri tentang isu tarian poco-poco….TENGOK SINI

13 comments:

MamaYatie said...

ilmu tak cukup didada ini ler jadinya...

misza said...

Kalau orang yang berfikir dan berpendidikan tinggi perkataan tu memang tak sepatutnya disebut.

Kita tunggu je la dulu apa kesudahan dengan tarian poco-poco ni. dulu masa mula-mula majlis fatwa kata merokok haram pun banyak gak yang membantah...

yanamib said...

ye lah deqdeq..xsalah nk utarakan pendapat masing²..tp biar betul caranya..xperlu nk maki hamun org kan..nmpk sgt beliau itu cetek akal..oppsss =P

Budak Botak said...

adeiii, kalo ahli2 agama pon kita bangkang, susahlah. Petanda akhir zaman la kot...

Anonymous said...

yang si azizan tu pown cetek agama....knpe ntah ckp mcm tu??? dh tak ingat dh akhirat? dunia dunia...akhir zaman ni makin banyak pulak pencaci ulama...

solomolo said...

inilah yang terjadi apabila orang bijak pandai yang pandai berkata-kata tapi tidak pandai untuk berkata menggunakan minda dan hati...


jom sertai 5 blog paling kerap dilawati 2011...

entry terbaru >
http://solomolo.blogspot.com/2011/03/5-blog-paling-kerap-dilawati-2011.html

Unknown said...

Bahasa melambangkan keperibadian..

aLieF si Muncung ManiS said...

tenang je cara doctor tu jawab..huhu...nasib baek alief tak pandai menari poco2..

apdm said...

salam

yang komen bangang tu bangang sebenarnya.....

Nurdiyana Yaccob said...

@ mama yatie:

klu kita xkan sanggup kan nak keluarkan kata2 mcm tu...tmbh2 pada orag yg lebih alim ni

@ misza:

skrg ni klu berpendidikan tinggi ada PhD master pun takkan mampu membentuk akhlak...apa yg lebih penting didikan agama betul tak?

@ YanaMIB

betul tu Yana, kita boleh je nak bagi pendapat tapi biarlah kena caranya

Nurdiyana Yaccob said...

@ Budak Botak:

itula kan...skrg ni org alim dan ulama disanggah....

@ nikaviolet:

pasal dr azizan tu deqdeq pun heran juga apa maksud kata2 tu

@ solo molo:

itulah...kebanyakkan kita ni bukan buta mata kepalanya, tapi buta mata hatinya

Nurdiyana Yaccob said...

@ Dr Mohd Hafiz:

setju dr, bahasa mmg melambangkan keperibadian kita...

@ alief:

heheheh...klu alief pandai poco2 ntah apa jadinya..heheh

@ sis syira:

mmg org yg mengata org ni sbnrnya dia yg lebih teruk

Mohamadjahn said...

salam singgah...

benar... kalau ya pun nak membantah... kenalah tahu fakta yang betul...

kalaupun salah fakta yang lebih penting pandai nak berbudi bahasa...

kalaupun salah orang tak marah2 macam ni, boleh tegur elok2 untuk kebaikkan lagi...