Thursday 31 March 2011

Hantu Kak Limah bakal ke Itali | Tahniah buat Pengarah Mamat Khalid

 

Pagi ni DeQdEq terasa nak blogwalking ke blog kawan-kawan sebelum nak keluar kerja….DeQdEq tertarik dengan entri pasal Filem Hantu Kak Limah bakal ke Itali. Ady Budika yang share pasal ni.

Jadi, DeQdEq pun terjah la Berita Harian….nak tau juga cerita pasal Hantu Kak Limah….

 

 

NAMPAKNYA Pengarah Mamat Khalid mendapat dua khabar gembira sekali gus. Pertama, dia menerima menantu pada Sabtu ini, dan keduanya filem meletup arahannya, Hantu Kak Limah Balik Rumah, diundang ke sebuah festival filem antarabangsa di Itali, tidak lama lagi.

Tahniah Cik Normah ucapkan buat Mamat yang sememangnya bijak menggarap sebuah cerita yang mampu menarik perhatian ramai. Tahniah juga kerana mendapat menantu. Tidak lama lagi, nampaknya bergelar datuklah pula Abang Mat ya.

Oh ya, berbalik ke cerita pemilihan filemnya kepada Itali, kalau tak silap Cik Normah, sebuah lagi filem arahannya, Zombi Kampung Pisang turut pernah menjejakkan kaki ke festival terbabit.

 

Kiranya, ini bukanlah kali pertama Mamat membawa filemnya ke sana. Kiranya juga, orang luar memang sudah kenallah siapa Abang Mamat kita ni, seperti mana mereka mengenali arwah Yasmin Ahmad.

Lebih membanggakan Cik Normah, filem Hantu Kak Limah turut menampilkan lakonan bos Cik Normah. Walaupun wataknya tidak besar, tetapi tetap meninggalkan impak. Malah, dialog yang dituturkannya dalam filem itu pun menjadi ikutan ramai.


Nampaknya, tak lama lagi peminat antarabangsa pun akan mengenali bos Cik Normah yang tampan itu. Makin naiklah saham dia. Dengan pemilihan Hantu Kak Limah, jangan anggap filem komedi tidak mampu melangkah ke festival antarabangsa.


Tengok, Mamat sudah pun membuktikan filem lawak juga punya kekuatan yang sama dengan filem drama dan sebagainya.

Sumber: Berita Harian

 

Apa kata DeQdEq:

Dulunya DeQdEq memang tak suka dengan Mamat Khalid ni sejak kenal beliau dari rancangan realiti Akademi Fantasia dulu. DeQdEq rasa macam ntah apa-apa ja Mamat Khalid ni bila bagi komen. Asyik duk aaaa…aaa….aaaa…macam gagap gitu. Dah tu bagi komen yang macam tak relevan je.

Dah tu bila tengok hasil arahan beliau macam Man Laksa, DeQdEq macam tak boleh terima pun cerita macam tu. Apa yang bestnya pun tak tahu.

 

Tapi dengan lahirnya Hantu Kak Limah ni, Mamat Khalid berjaya membuka mata DeQdEq dan membuktikan bahawa beliau memang seorang pengarah yang sangat bagus dalam berkarya.

 

Antara watak yang pada DeQdEq mempunyai kekuatan dan tarikan yang tersendiri….Watak Usop, watak anak Si Mamat yang suka menembak je ni…dan juga Abi Hurairah.

 

Tak dapat dinafikan Hantu Kak Limah ceritanya ringan sahaja dan penuh unsur komedi tetapi MESEJ yang cuba disampaikan melalui Hantu Kak Limah sangat la besar….Adakah korang dapat mesej yang cuba disampaikan dari Filem Hantu Kak Limah tu? Atau dok seronok gelak je….

Tahniah buat Mamat Khalid. Teruskan berkarya.

 

2 comments:

suria lekatlekit said...

DEQDEQ DI TAG : http://duniamelekitku.blogspot.com/2011/03/header-simple-tapi-menarik.html

Sunah Sakura said...

aaa....aaaa...aaaaa....best gak cite yang saya buat ye...(mamat khalid)

hahahaha~