Saturday 26 March 2011

AWAS SEMUA WANITA, SILA AMBIL PERHATIAN…INI SERIUS | ULAT DALAM PAYUDARA

 

Sebentar tadi DeQdEq melihat 1 gambar yang sangat-sangat menakutkan dan meremangkan bulu roma DeQdEq ni….ini bukan gambar hantu ke pontianak ke atau yang sewaktu dengannya.

Gambar tersebut merupakan sesuatu yang amat rapat dengan semua wanita.

Jadi DeQdEq berasa sangat la perlu DeQdEq kongsikan perkara ni dengan para wanita semua.

 

ulat payudara

 

 

Mungkin ada yang dah tau dan mungkin juga ada yang masih belum tahu pasal perkara ni. Jadi, mari kita sama-sama sebarkan perkara ni. Kesahihan perkara ni DeQdEq tak dapat pastikan.

Waktu di UiTM dulu, pensyarah DeQdEq pernah juga berkongsi cerita ini, tapi bukan pasal bra…tapi pasal seluar dalam. Cuma, kesan dari ulat tersebut memang lebih kurang macam dalam gambar ni, sebabnya dia akan makan isi kita.

Sejak tu, pensyarah DeQdEq akan pastikan seluar dalam dibasuh dengan air panas dan dia akan seterika dahulu seluar dalam terutamanya di bahagian getah.

 

DeQdEq cuba la Google cari maklumat pasal ulat atau larva yang hidup pada badan manusia…Makin di cari, makin banyak info, gambar dan video yang membuatkan DeQdEq nak termuntah dan geli rasanya….huhuhuhu

 

Apa yang DeQdEq berjaya temukan ialah:

 

Sumber 1 yang mengatakan gambar tersebut adalah tidak benar. Ianya hanya diedit menggunakan photoshop. Dan kalau kita amati pun, memang mirip seperti bunga teratai kan….Macam gambar yang DeQDeQ jumpa ni.

Gambar ni juga disebarkan bersama kisahnya tersendiri. Nak baca kisah tersebut boleh TERJAH SINI.

 

ulat dan teratai

 

Jadi, DeQdEq terus lagi menggali dan mencari maklumat:

 

Sumber 2 dan Sumber 3 menerangkan memang wujudnya ulat atau larva yang hidup dalam badan mamalia. Ia dikenali sebagai Botfly.

 

Banyak video yang memaparkan perihal ulat atau larva botflies (lalat bot) yang menjadikan manusia yang masih bernyawa sebagai perumahnya. Bukan sahaja pada payu dara, kepala, mata, leher, kepala, tangan, bahagian belakang badan dan juga kaki.

Lalat Bot adalah dari keluarga  Oestridae. Wujud  sekitar 150 spesies yang dikenal di seluruh dunia yang menjadikan mamalia sebagai perumah larvanya. Larva spesis lalat Bot, Hominis Dermatobia yang juga dikenali sebagai Tarsola atau American Warbie fly bukan sahaja menjadikan binatang ternakan dan rusa sebagai perumahnya.

Bahkan ia juga  adalah satu-satunya spesies yang menjadikan manusia juga sebagai perumah larvanya. samada dengan memasukkan terus telur-telurnya ke dalam badan manusia.

 

Ataupun menjadi kira- kira 40 jenis nyamuk, lalat lain dan juga sejenis kutu menjadi vektornya, agen bagi memulakan kitaran hidup anaknya. Bagi nyamuk dan kutu ia berada pada cecairnya yang akan disuntik masuk ke tubuh manusia.

Manakala bagi lalat, lalat Bot betina akan melekatkan kira-kira 30 biji telur di bawah sayap lalat spesis lain. Telur lalat bot yang dijatuhkan pada kulit kita, akan bertindak balas dengan kepanasan suhu badan kita, lalu segera menetas.

 

Seterusnya ia akan mengorek lubang pada kulit dan terus memasuki tubuh badan manusia . Ia membesar dan terus tinggal di dalam badan kita dengan memakan lemak, lapisan kulit dan tisu-tisu badan.

Duri-duri pada larva lalat Bot ini akan mengait, menghiris dan melumatkan isi daging sisi lubang yang dibina bertujuan membesarkannya dan juga menjadi makanannya, menyebabkan kita merasa  sangat sakit. Semasa ia tinggal di dalam lubang pori tersebut, ia juga merembeskan antibodi yang bertindak sebagai penghalang jangkitan kuman.

 

Kira-kira 8 minggu ia akan mencapai peringkat kepompong. Kebiasaannya pada peringkat kepompong ia akan jatuh ke tanah dan seminggu di tanah ia akan bertukar menjadi lalat Bot yang dewasa.

 

CARA MENGATASINYA:

1) Salah satu cara untuk mengeluarkan Larva tersebut dengan meletakan daging mentah pada bahagian kulit yang didiami larva tersebut sebagai umpan.

 

2) Cara lain adalah dengan menggunakan  gubal pokok matatorsalo, didapati di Costa Rica, yang akan membunuh larva, tetapi larva yang mati masih wujud di dalam kulit.

 

3) Selain daripada itu, menutupi lubang pada permukaan kulit dengan pengilat kuku, vaselin (Gel Petroluem) atau pita pelekat menyebabkan larva tersebut tidak dapat bernafas dan selepas 1 hari larva tersebut akan mati kelemasan.

Dengan kematian larva tersebut bererti tiada lagi rembesan antibodi yang menghalang jangkitan kuman. Lalu risiko untuk dijangkiti kuman adalah tinggi sekiranya tidak mendapat rawatan yang betul.

 

4) Baru-baru ini, doktor  mendapati bahawa alat yang digunakan bagi mengeluarkan bisa ular,  boleh digunakan bagi mengeluarkan larva dengan mudah dan berkesan pada semua tahap tumbesar larva lalat bot. oleh sebab ia bertindak dwi kegunaan maka kini ia menjadi salah satu komponen utama dalam kit peti pertolongan cemas.

 

Sumber lain juga ada menyatakan perubatan penyakit misteri melalui kaedah perubatan Islam. Seperti contoh pesakit diabetes yang dah berulat kakinya mampu sembuh menggunakan kaedah perubatan Islam ini.

Kalau kita cuba singkap kembali kisah Nabi Ayob juga, beliau pernah diuji Allah dengan penyakit ganjil dan ulat pada dirinya. Jadi, Allah maha mengetahui segalanya. AllahuAkbar.

 

Antara video yang menunjukkan bukti bahawa memang wujud ulat yang boleh hidup dalam badan manusia.

Dalam payudara: Video 1

Dalam kepala: Video 1 dan Video 2

 

 

Apa kata DeQdEq:

Mungkin benar gambar pertama tu adalah hasil edit sahaja..tapi hakikat sebenar memang wujud ulat atau larva yang boleh hidup dalam badan manusia ni. Walaupun Botfly tak wujud di negara kita, tapi kemungkinan untuk ada tu juga besar. Sekarang ni, apa saja yang tak mustahil kan.

Jadi, sebagai langkah terbaik, kita perlu menjaga kebersihan terutamanya pakaian. Bukan wanita sahaja malahan lelaki juga okey. Tubuh badan kita adalah pinjaman dan amanah Allah, jadi kita perlu menjaga dengan sebaiknya.

Sebab itulah Islam mengajar umatnya menjaga kebersihan dan kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.

 

Mungkin DeQdEq kena kembali pastikan basuh baju menggunakan air panas kembali……

 

11 comments:

syairahmohdanuar said...

gelinya!!takotnya!!

Shira Mary Jenn said...

sumpah geli !!!!!

huhuhu

Aimi azam said...

menakutkan..mintak mintak di jauhkan dari diri kita,amiinn!

||aLeaSaRa|| said...

meremang kite tgk ulat2 tu..yelah kan kena cuci panties guna air panas ler....dulu kite gelak bila mama gosok panties dia...la ni kite pun nak gosoklah he3..tq 4 this info ye deq2..sori lama tak sggh sini...ni baru dpt balas jejak kekawan

Cik Sara said...

weee..meremang bulu roma sangat membaca dan melihatnya kak deqdeq..
By the way, thanks for the sharing info..sangat3x menarik..

Cik Bambam said...

geram tgk ulat tuh! rasa nak amek cungkil2 jekkkk~!!! eeeee!

AishaAminudin said...

seyes sgt takut..huhu, mintak dijauhkan perkara2 camni

puanbee said...

deq bee tengok video tu memang betui lah hurm geli ank bee sampai fobia tengok benda hitam mcm kepala ulat tu :)

Unknown said...

sgt2 geli ok..
tp kt mmg kena taw fakta psal nie pun..
abes tdi sy wat research psal nie..=)

eidah said...

meremang bulu roma tengok...

Unknown said...

Meremang bulu roma tngk pic 2...