Monday 4 April 2011

Fenomena baru…populariti Usop Wilcha mengatasi Bintang Paling Popular Shaheizy Sam

 

3 April 2011 telah menyaksikan berlangsungnya Majlis yang gilang gemilang di Arena of Star Genting Highland iaitu Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Memang rasanya ramai yang menantikan detik ini untuk mengetahui siapa yang bakal menggondol Anugerah Bintang Popular 2010…tambahan pula Dato’ Siti kita dah tarik diri…jadi peluang untuk artis-artis lain merasa pula….

 

Tapi Dato’ Siti tetap mempunyai aura tersendiri….persembahan beliau pada akhir majlis macam biasa tidak mengecewakan…Dato’ Siti juga hebat dengan menjadi penaja majlis besar ni. Nampaknya SimpySiti memang boleh pergi jauh. Siti memang pandai dalam merangka perjalanan kerjaya beliau.

Walaupun dah tarik diri dari anugerah macam ni..tapi tetap muncul sebagai penaja dan juga artis yang membuat persembahan. Siti memang pandai, bila jadi penaja, orang lebih kenal la produk SimplySiti kan. Jadi, makin masyuk la bisnes Siti.

 

Sepanjang berlangsungnya anugerah Bintang Popular malam tadi, rasanya mesti ramai yang sukakan saat si Usop Wilcha dan Johan muncul untuk mengumumkan Bintang Popular 2010.

Memang dapat dengar gamat je Arena of Star malam tadi bila 2 watak dari Hantu Kak Limah ni keluar, siap menyanyi Soley Soley lagi…

DeQdEq pun memang tak tahan, asyik gelak je sepanjang kemunculan Usop Wilcha ni. Jom layan video saat Usop WIlcha ni muncul.

 

 

Memang watak si Usop ni kuat sangat..sebab orang kenal Usop bukannya pelakon tu sendiri…sedangkan nama pelakon yang membawakan watak Usop Wilcha ni adalah Shy8…kalau sebut Shy8 mesti orang tak kenal….

Tapi kalau sebut Usop Wilcha, semua dah boleh bayangkan Usop Wilcha dengan gaya tangan beliau..ehhehehee…..watak yang kuat pasti akan meninggalkan kesan kepada peminat.

 

 

Mamat Khalid memang hebat la dalam menggarap semua watak-watak dalam Hantu Kak Limah tu.

Macam Johan, orang masih kenal Johan sebagai Johan kan..bukan sebagai Abi Hurairah…walaupun watak Abi Hurairah tu juga ada kekuatan yang tersendiri.

 

Apa-apa pun….Usop Wilcha ni boleh jadi macam 1 fenomena pula rasanya…hehehehhe…dah siap ada fanpage kat Facebook okey….tengok la betapa kuatnya pengaruh si usop wilcha ni

Fanpage khas: Usop Wilcha glamor di pentas Abpbh 2010

 

Di saat DeQdEq tulis entri ni…jumlah LIKE di fanpage Usop Wilcha glamor di pentas Abpbh 2010 mengatasi jumlah LIKE di fanpage Tahniah Shaheizy Sam kerana menjuarai Abpbh 2010 gua caya sama lu beb .

Jumlah LIKE di fanpage Usop Wilcha sekarang ni dah mencecah 8,000 lebih manakala fanpage Shaheizy Sam baru 1,000 lebih…..tapi DeQdEq tak pasti berapa lama kedua-dua page ni dibangunkan.

 

Akhir kata, tahniah buat semua pemenang ABPBH 2010.

 

3 comments:

Tasha said...

nmpk tak muka zizan.......dia rasa dia dapat. tapi masa diorang sebut shaheizy sam dia try to be cool n shout out loud juga

Nurdiyana Yaccob said...

@ Tasha:

A'ah...deqdeq perasan juga zizan senyap je wkt tu...mungkin dia rasa dia boleh menang kot...jadi nervous je...sampai tak leh nak ckp...

tak apa la zizan...mana tau tahun depan zizan boleh menang...shaheizy sam dah lama dlm industri klu nak dibandingkan dgn zizan

Nur Hanani said...

memang klako usop wilcha..best ABPBH tahun ni. penuh dengan lawak.. :)
Jom baca ni: Dimanakah kejujuran? Kikis sikap berbohong sejak kecil..
Jom baca ni: Cerita selepas ABPBH 2010..Datuk Siti Nurhaliza, Yuna??