Thursday 24 March 2011

Tak guna kalau ada jawatan tinggi tapi…

 

Selamat tengah hari semua…

DeQdEq tulis entri ni sebab tengah sakit hati dengan salah seorang client. Bila dah ada ramai client, macam-macam la perangai yang ada….

Cuma DeQdEq sakit hati sangat bila orang tak hormat kita…apa dia ingat dia bagus sangat ke? susah ke nak hormat orang lain kalau pun kau tu belajar tinggi kerja pun jawatan tinggi tapi tak tahu nak hormat orang lain.

 

Kisah ni sebenarnya bermula dari Januari 2009 bila client ni invest dengan DeQdEq…memang dia kategori client besar la, sebab orangnya jawatan tinggi banyak la duitnya.

Sepanjang tahun 2009 tu okey lagi…tapi masuk je tahun 2010, client ni dah mula tunjuk perangai pelik. Dari selalu senang nak jumpa, dah jadi susah…asyik mengelak…macam-macam la lagi.

 

Tapi DeQdEq tetap selalu contact dan bagi update tentang pelaburan dia. Pada tahun lepas, pada Mei 2010, waktu hari lahir dia, kebetulan hari lahir dia dan isteri dia jatuh pada hari yang sama. Jadi, DeQdEq pun pergi la rumah dia bawa sebiji kek hari jadi nak jadikan kejutan pada client dan isteri.

Tapi, client DeQdEq tak ada, yang ada isteri dan anak-anak dia. Jadi, DeQdEq pun berbual la sekejap dengan isteri dia…lepas tu balik la.

 

Pada keesokkan paginya, client DeQdEq ni awal-awal pagi lagi dah mesej dan nak keluarkan duit pelaburan dia. Memang dia dah untung banyak, jadi DeQdEq kata DeQdEq perlu jumpa untuk dapatkan tandatangan dia.

Tapi sampai ke sudah tak boleh juga nak jumpa dia…dia pun asyik nak mengelak je.

 

Tiba-tiba, pada tarikh 13-08-2010, DeQdEq terima mesej dari client ni. Memang rasa pelik sangat sebab, selama ni bila DeQdEq call dia, nak jawab pun susah, mesej pun tak berbalas, sekali dia yang mesej DeQdEq.

Mesej dia berbunyi:

“Hi d….free tak malam ni?”

 

Memang rasa sangat pelik…rupa-rupanya dia nak jumpa sebab nak ajak DeQdEq join bisnes apa tah….tapi DeQdEq kata malam tak dapat nak jumpa. waktu tu pula kan bulan puasa.

Jadi, DeQdEq kata siang okey la….apa kata jumpa kat rumah en je…sebab bulan puasa macam mana nak jumpa kat kedai makan kan.

Tapi dia tak balas mesej DeQdEq tu..

 

Pada malamnya, lepas solat terawikh, DeQdEq dapat mesej dari client ni…kali ni berbunyi macam ni pula":

“ Ni nak bagitau, jangan sesekali datang ke rumah lagi sebab tiada undangan….dulu u datang pun sya tak suka…u r not welcome at my house..tq “

 

Macam tu la gayanya mesej dari seorang General Manager di salah sebuah syarikat pengeluaran kereta tempatan yang besar juga la.

 

Bila dapat mesej tu, DeQdEq abaikan sahaja….tapi lepas-lepas tu DeQdEq tetap call dan updates pasal pelaburan dia.

 

Sekali hari ni, bila semak dalam sistem DeQdEq, client ni dah melabur dengan consultant lain plak…baru lagi pada 4 Mac lepas.

DeQdEq baru je lepas call client ni pada Khamis lepas, tapi client ni tak pula cakap sepatah dia dah invest dengan consultant lain.

 

Jadi, tadi DeQdEq call client ni dan dapatkan kepastian dan maklumkan pada dia, sekarang dia boleh berurusan dengan consultant baru. Jadi, DeQdEq tak perlu menjaga lagi akaun dia.

Tapi, dia boleh buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.

 

Kalau la orang yang ada budi bahasa, pastinya akan maklumkan sepatah dua pada DeQdEq. Tapi tak ada langsung. Dan DeQdEq selalu contact dia, dia yang tak nak berjumpa atau bercakap.

Dia boleh mesej je kata tak berminat atau dah invest dengan orang lain. Kan senang….DeQdEq pun tak ada nak buang masa nak contact dia lagi.

 

Tapi, sekarang ni DeQdEq rasa lega sangat sebab dah lepas tanggungjawab DeQdEq dari menjaga akaun dia lagi…DeQdEq dah jalankan tangungjawab DeQdEq dengan sehabis baik pada dia, tapi kalau dia tak suka biarlah.

 

Akhir kata dari DeQdEq, hormat la pada orang lain, tak kira apa jawatan kita, setinggi mana pangkat kita, setinggi mana pun pendidikan kita, hormat la pada orang lain.

Budi bahasa kan budaya kita.

 

5 comments:

suria lekatlekit said...

level seseorang bukan di nilai dr pangkat or darjat tp adab & budi bahasa.. org camtu letakkan je dia di kasta paling bawah

mie said...

lain orang lain perangai...
lagi banyak jumpa orang..
lagi pening melayan kerenahnya

Unknown said...

sayangg!!
ya Allah..baru dpt jalan2 blog awak...
sehat kah?
sorylah syg..hp dila sim rosak :(
da 2 minggu gune num baru smbil tunggu sim elok..tuh takleh folow coaching awak sayang.. and busy kalah PM skrg nih. jadik S/U sane sini.
hows ur shakes dear? :)

entry nih dila sgt respek dgn awk sbb awk tak melatah..huhu. bagus2 :). sabar byk2 ye yang.. semakin awk bersabar dgn dugaan and redha dgn rezeki, semakin byk nikmat yg awk akan dpt. insyaAllah :) take care ye :)

AishaAminudin said...

takpelah d, org macam ni mmg wujud, bajet sangat bagus dlm kehidupan dia, biarlah hanya Allah yg membalasnya..

yolanda diego said...

biasa la manusia ni mcm2 perangai.