Saturday 27 November 2010

Hai Cikgu Shida…..Dr Rozmey (Part 1)

Emmm……dah genap seminggu DeQdEq aktif blogging setakat nih…Jadi, dah banyak blog yang DeQdEq singgah dan terjah waktu blogwalking..Banyak cerita atau gossip yang selama nih dah heboh satu malaya, DeQdEq baru tau.

Contohnya, pasal gambar Bang Bil kita yang sorang tu la, Nabil Raja Lawak bercium mulut dgn pasangan barunya, Qasha . Ketinggalan betul DeQdEq ni kan….hehehe. Yang kedua, pasal kisah ‘Cinta syyy” Uncle Seekers dgn Permaisuri Aishah.

 

Tu la akibatnya kalau malas nak selak suratkhabar dan juga bertenggek depan kaca TV kul 8 mlm menonton Buletin Utama atau 12.30 tgh hari Ahad menonton Melodi…hehehe…klu ini gossip ja lebih kn.

Ini memang sikap buruk DeQdEQ yang masih tak leh nak ubah. Malas nak baca suratkhabar atau tengok berita. Tapi, dah ada kemajuan la berbanding zaman belajar dulu…

Sebabnya sekarang nih rajin juga la selak suratkhabar dan dengar berita untuk tgk apa jadi pasaran terkini terutamanya KLCI, dah berapa point, naik ke turun. Tu pun sebab nak bagi ada idea pasal pasaran semasa supaya senang bila kuar berjumpa client nanti.

 

Bila dah blogwalking nih, DeQdEq tertarik juga la nak tulis pasal dua insan yang memang tengah hangat di perkatakan sekarang nih. Ramai blogger yang amik peluang untuk membuat ulasan dan melontarkan pendapat masing-masing pasal dua insan yang begitu hebat aura mereka.

Sapa lagi kalau bukan CIKGU SHIDA dan juga DR ROZMEY. Ada lagi ke yang tak kenal saper mereka berdua nih. Pada mereka yang selalu ber’Facebook’ dan blogging mesti kenal la kan.

Tapi, pada mereka yang masih belum mengenali Cikgu Shida dan Dr Rozmey ni, orang boleh je google. Berderet-deret nanti keluar pasal diorang ni.

cikgu shida2[9]

Perkenalkan Cikgu Shida (Sumber: Google)

 

DeQdEq taknak mengutuk sapa-sapa pun kat sini atau mencari keburukan. Tak kira la sama ada Cikgu Shida, Dr Rozmey atau pun para pengkritik mereka ni. Apa yang DeQdEq nak tulis kali nih lebih kepada apa yang baik dan positif dari dua insan ini.

Bukan apa, DeQdEq memang lebih suka untuk melihat sesuatu tu dari sudut positif dan DeQdEq cuba plak berkongsi dengan korang semua di ruang blog yang tak seberapa nih .

 

Pengalaman banyak mengajarkan DeQdEq supaya tak pandang seseorang tu dengan sebelah mata atau berprasangka buruk walaupun orang tu seorang kutu rayau, mat rempit ke, pencopek ke, pelacur ke.

Tak kisah la buruk macam mana sekali, atau jahat macam mana pun mereka, kita tak ada hak untuk menghukum atau mengadili golongan ni, sebab kita pun manusia biasa juga. HAKIM yang seadil-adilnya cuma ada satu iaitu ALLAH.

dr rozmey

Inilah Dr Rozmey (Sumber: Google)

 

Apa yang baik dan bagusnya dari Cikgu Shida dan Dr Rozmey ni ek? Jangan kata banyak yang tak elok je ye….Cuba berfikir lebih skit, dan cuba renung-renung sokit…hehehe

Mesti ada punya kebaikan dari diorang nih.Korang jumpa tak? Kalau tak jumpa, nanti DeQdEq bagitau ye…bersambung. (PART 2)

 

 

No comments: