Monday 29 November 2010

FARMBOOK.MY……aper tu?

Korang mesti tak tau lagi pasal farmbook nih kan…ala2 facebook la…tapi yang istimewanya, laman sosial nih dicipta oleh seorang anak muda MELAYU…. Beliau adalah Azri Zahier Azmi….Nak tgk muka dia? Haa….tu mamat yg berdiri sebelah DeQdEq tu la orangnya….Bagus idea mamat nih kan…..Mula2 dengar Farmbook nih, DeQdEq terus teringatkan game farmville yg dlm facebook tu je…hehehe..bila tgk laman Farmbook ni plak mmg nampak macam game sbb banner dia pun guna kartun kan….tp xapala, yg penting kegunaan Farmbook ni kan….

P1010985

Ok, serba sedikit tentang Farmbook ni ialah, Farmbook merupakan laman sosial untuk para usahawan terutamanya peladang dan penternak untuk berinteraksi lebih mudah. Tapi tidak terhad kepada pada golongan penternak dan peladang je…Kalau korang ada bisnes sendiri, ada produk yang nak dijual atau pun korang nak beli atau tempah barang2 dari farmbook nih pun bleh. Sebabnya, Farmbook ni dilengkapi dengan e-commerce atau e- perniagaan melibatkan bank-bank seluruh dunia. Ini mengikut apa kata En Azri sendiri, bukannya DeQdEq pandai2 buat cerita plak ye…Jadi, farmbook nih tak semestinya hanya untuk usahawan malah sesuai juga untuk anda sebagai para pengguna atau pelanggan yang ingin membeli sebarang produk yang ditawarkan.

 

image

Nih merupakan banner Farmbook.my….DeQdEq dah mendaftar pun sebagai ahli farmbook nih wlupun tak tau lagi mcm mana nak gunakannya…DeQdEq join sebagai tanda nak bagi sokongan pada program mcm ni…..kalau kita tak tolong bangsa sendiri, saper lagi kan..Jadi, korang semua yang mmg ada bisnes sendiri tu apa lagi, cepat2 la mendaftar dan kongsikan maklumat perniagaan anda seperti lokasi, jumlah stok, gambar, perkembangan perniagaan, promosi atau apa sahaja untuk dibaca oleh seluruh dunia (petikan dari flyers Farmbook yg DeQdEq dpt kt MAHA smlm)

Antara lain yang boleh dipetik dr flyers tu……

BAGAIMANA FARMBOOK.MY BOLEH MEMBANTU PERNIAGAAN ANDA?

  • rangkaian perniagaan tanpa sempadan
  • transaksi ‘online’ yang selamat
  • pemasaran tanpa had 24 jam sehari
  • kemaskan status perniagaan
  • artikel berkaitan pertanian
  • e-tutorial dan video untuk tips pertanian

image

Ok, cukup kot review DeQdEq pasal Farmbook nih….ni bleh minta komisyen dari Farmbook nih sebab tolong promosikan utk diorang…hehehe…Apa tunggu lagi….jom la kita join farmbook plak terutamanya para usahawan di luar sana ok….Mari sama2 kita mambantu dan membangunkan ekonomi bangsa kita.

 

P/S: Korang jgn la nak kutuk2 sgt lagi Farmbook nih….masih mentah lagi, mgkn msh byk kekurangannya…jadi byk lagi yg Farmbook nih nak kena upgrade dan update laman sosial nih supaya lebih ramai tertarik utk menggunakannnya…tapi kalau korang boleh bg cadangan utk diorang ni improve itu lg baik…beri cadangan membina.

No comments: