Kepada yang sudi singgah blog DeQdEq mesti sudah mengetahui keadaan dan episod baru dalam kehidupan DeQdEq kan…DeQdEq telah mula mengambil pakej menurunkan berat badan dari Herbalife.
Bila dah mengambil herbalife ni, diri DeQdEq kena lebih disiplin dan komited dengan impian DeQdEq ni….
Jadi, DeQDdEq blogwalking untuk mencari teman-teman yang dah berjaya dengan Herbalife ni…sekali DeQdEq terjumpa satu laman web ni yang sangat menarik…yang mana kita boleh masukkan diari makanan kita, mengira BMI,BMR dan banyak lagi….
Lama web tersebut ialah http://www.myfitnesspal.com/
Jadi, langkah pertama DeQdEq, DeQdEq cuba mengira BMI DeQdEq….jangan terkejut semua dengan berat DeQdEq ni…memang sangat berat ye..dan kenaikan berat badan ni hanya mengambil masa setahun lebih sahaja untuk ke tahap sekarang.
Haaa…..tengok tu….DeQdEq terlebih berat okey…OVERWEIGHT…..jadi berat badan yang sesuai dengan ketinggian DeQdEq ialah antara 45.6 – 61.6 kg. Seingat DeQdEq, berat DeQdEq yang terakhir sebelum mula naik ialah 55kg.
Jadi, sekarang ni DeQdEq ingin meletakan target untuk kembali mencapai berat 55kg tu….
Bila mula promosikan takaful pada client DeQdEq dan selalu ceritakan pasal penyakit kritikal, DeQdEq mula risaukan diri sendiri juga…yelah, kebanyakan penyakit bermula dengan pemakanan kita….jadi sebab tu la juga DeQdEq mengambil keputusan ini untuk mengambil herbalife sebagai pengganti makanan dan membekalkan nutrien yang sepatutnya untuk badan DeQdEq.
Sejak mula bekerja, DeQdEq memang makan tak menentu dan ikut suka nak makan apa je…pendek kata DeQdEq tak menjaga pemakanan DeQdEq…sebab tu la berat boleh menjadi 71kg.
Jadi, semoga kita semua lebih mengambil berat tentang pemakanan kita….
6 comments:
deqdeq,idah pun overweight jgk nih..dohla pendek..stakat arini turun 4 kg pahtu x gerak2 dah...tu pun sbb minum figure up...
target nak turun 5 kg lagi smpi jd 55kg..tp x th la jadi kenyataan or tak
saya kurang berat...T_T
@Sunah Mohammad
kurang berat tak apa sunah...yang penting sihat.
@cik dah ganu kiter
yeke...insyaAllah klu kita disiplin rasanya pasti akan dapat turunkan berat...deqdeq pun baru hari ke-2 ni
deqdeq
chaiyok2...semoga berjaya
awak kena sentiasa syer etry tth perkembangan terkini BMI awak..
moga2 ramai yang sama2 usaha nak berjaya kurus macam awak...
kak ayu pun nak kurus
@Citarasa Rinduan
terima kasih kak....insyaAllah deqdeq akan sentiasa beri perkembangan tentang program diet deqdeq ni.
kak ayu dah kurus la...
Post a Comment